Sepatutnya skim pinjaman khas untuk usahawan bankrup juga diwujudkan
KESEDIAAN kerajaan mengkaji kemungkinan mewujudkan skim pinjaman wang untuk golongan yang tidak mempunyai kerja tetap bagi mengelak golongan itu meminjam dengan ah long sebagaimana yang dinyatakan oleh Tmbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin patut dialu-alukan.
Kewujudan skim itu bagi mengatasi masalah mereka yang tidak berpendapatan tetap memang boleh di'ya'kan tetapi bagi mengelak daripada golongan berkenaan meminjam dengan ah long, ianya boleh diibaratkan umpama seorang pemburu yang membidik senapang pada sasaran yang tidak tepat.
Golongan tidak berpendapatan tetap bukan sasaran ah long sebenarnya. Kegiatan mereka adalah untuk mengaut keuntungan dan mereka hanya memberi pinjaman kepada peminjam yang pada jangkaan mereka yang mampu bayar balik pinjaman dengan keuntungan sahaja.
Kalau seseorang peminjam itu gagal membuktikan keupayaan untuk membayar balik pinjaman (lazimnya kena dibuktikan kemampuan dengan menunjukkan penyata terbaru akaun bank dan lesen pendaftaran perniagaan yang belum tamat tempoh), pinjaman tidak akan diberikan.
Manakala pekerja makan gaji pula kena tunjuk salinan slip terbaharu. Jika baki bulanan bakal peminjam didapati mampu menanggung kos bayaran balik pinjaman, sekurang-kurangnya dalam bentuk intrest, barulah diberikan pinjaman. Tanpa sebarang bukti keupayaan membayar balik, ah long tidak akan memberikan pinjaman.
Oleh itu jika diwujudkan skim khas untuk golongan yang tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk mengelak dari mereka membuat pinjaman dengan ah long adalah tidak menepati sasaran.
Saya yakin setelah penerima pinjaman dibawah skim itu agak stabil perniagaannya, barulah mereka akan didatangi ah long untuk ditawarkan pinjaman. Kalau ada juga mereka yang tidak mempunyai pekerjaan membuat pinjaman, bermakna peminjam memberikan maklumat, termasuk penyataan bank palsu kepada ah long.
Mereka inilah lazimnya yang gagal membayar balik pinjaman dan menimbul kemarahan ah long, malah cuba lari dari kesepatutan membayar balik pinjaman. Bila peminjam jenis ini ditemui, ah long akan melakukan kekasaran kerana marah ditipu dan peminjam pula payah ditemui.
Peminjam-peminjam yang mempunyai rekod bayaran balik yang baik, akan ditatang macam minyak yang penuh kerana mereka akan mendapat keuntungan dari peminjam jenis ini yang lazimnya terdiri dari kalangan para peniaga, termasuk kontraktor.
Mereka membuat pinjaman dengan ah long kerana menghadapi masalah kewangan semasa yang terdesak yang mana kalau dibuat pinjaman dengan bank bukan sahaja akan mengambil masa yang panjang tetapi juga terpaksa menghadpi pelbagai syarat dan prosedur sukar.
Peminjam jenis ini akan gagal membayar pinjaman ah long dan berdepan dengan kenaikan intrest yang berganda-ganda apabila gagal mendapat bayaran kerja (progres) pada masa yang sepatutnya kerana kelambatan pemerosesan yang lazimnya membabitkan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan.
Saya difahamkan, Lembah Sireh di Kota Bharu, Kelantan rancak membangun kerana pemajunya membuat pinjaman dengan ah long, malah kebanyakan projek-projek yang dibangunkan dengan cepat di mana-mana pun rata-rata kerana pemajunya meminjam dengan ah long.
Oleh itu selain dari mewujudkan skim pinjaman khas kepada golongan yang tidak memiliki pekerjaan tetap, kerajaan juga patut mewujudkan skim pinjaman khas untuk para usahawan yang bankrup untuk menebus kegagalan yang telah dialami.
Para usahawan yang sudah bankrup mampu bangkit jika untuk tidak mengulangi kegagalan jika diberi dana pemulihan yang mencukupi kerana pengalaman gagal boleh dijadikan panduan dan teladan untuk membina kejayaan
Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mari kita makan sup depan masjid, bawah rm 10.00 amba bayar.
Nak royat baiknya kerajee, tulung rakyat. Tapi ingat..hak awa2 nk lwn siapla...
Post a Comment