Banteras ah long mudah jika pembanteras tidak makan umpan
TANPA diketahui sebab dan punca yang menyebabkan ah long tergamak memenjarakan peminjam yang tidak membayar balik pinjaman di penjara buatan sendiri, kini kegiatan ah long dilihat dan dianggap sebagai suatu ancaman, sebagai suatu bentuk malapetaka yang perlu dibendung dan dibanteras.
Tidak pernah ada yang terfikir dan mengambil kira kemungkinan, tidakkah kerana nila setitik maka rosaknya susu sebelanga. Sebenarnya ramai peniaga yang berjaya berdanakan pinjaman dari ah long. Kegiatan ah long itu sendiri adalah suatu bentuk perniagaan yang mengutamakan keuntungan.
Melakukan keganasan terhadap peminjam adalah merupakan tindakan paling akhir atau pun lebih bersifat individusme, bukannya suatu bentuk, dasar, rangka atau kerangka mutlak kegiatan ah long yang lazimnya taukeh besarnya terdiri daripada mereka yang bergelar 'datu' atau 'tan seri'.
Pergaulan dengan beberapa ah long dengan matlamat mahu belajar taktik dan teknik pemungutan hutang dari pelanggan yang merupakan bukan suatu kerja mudah sebenarnya, secara peribadi saya terkejut apabila mendapati pada kawasan kampung jauh di pedalaman pun rupanya ada peniaga yang membuat pinjaman dengan ah long.
Ertinya kegiatan ah long bukan sahaja setakat berlegar di bandar-bandar besar atau pekan, tetapi turut mencangkupi kawasan-kawasan pedalaman, tempat adanya Amanah Ikhiar Malaysia (AIM). Di Kelantan ada juga Qardu Hasan yang diuruskan oleh pihak masjid.
Bila ditanya peminjam kenapa mesti meminjam dengan ah long, kenapa tidak pinjam dengan AIM, Qardu Hasan atau Tekun Nasional (TEKUN) yang menbyediakan perkhidmatan pniaman mudah dan kononnya tujuan skim pinjaman-pinjaman itu diwujudkan keana mahu mengelak dari mereka yang terdesak membuat pinjaman dengan ah long, jawaban yang diberikan kononnya pinjaman dari AIM, Qardu Hasan atau TEKUN bunyi saja mudah tetapi hakikhanya sangat payah.
Kalau diperlukan sebanyak RM50,000 bagi memodal perniagaan yang memelukan dana sebanyak itu dan pinjaman dikemukakan kepada TEKUN yang kena pula ada pengesahan dan perakuan dari wakil rakyat Umno/BN atau Ketua Umno Bahagian, kalau pun pinjaman yang dipohon diluluskan, jumlahnya sekitar RM20,000 sahaja tau lebih rendah dari itu.
Bila dana yang ada jauh lebih rendah dari yang diperlukan untuk sesuatu perniagaan, mahu tidak mahu perniagaan tidak akan mampu dijalankan dengan lancar. Padahnya bukan sahaja perniagaan akan terbantut tetapi bayaran balik pinjaman juga pasti tidak akan dapat dibuat sebagaimana yang dijadualkan.
Berniaga dengan dana yang jauh lebih rendah dari jumlah yang diperlukan samalah seperti menghalalkan senapang siap berpeluru hidup dengan pemacu siap ditarik ke dahi sendiri atau umpama sengaja masuk ke kandang singa lapar. Adalah lebih mudah kalau berniaga berdana pada jumlah jauh melebih dari yang diperlukan.
Selain dari datang mencari peminjam dan menawarkan pinjaman (bukannya peminjam yang datang macam peminta sedekah ke AIM, Qardu Hasan, TEKUN atau bank-bank), ah long lazimnya akan menawarkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi dari yang dipinta di samping syaratnya jauh lebih mudah dan tempoh kelulusan hanya makan masa beberapa minit sahaja, yang payah dirundingkan ialah bagi memurahkan kadar bunga pinjaman.
Pergerakan ekonomi negara juga diktakan tidak akan akan lancar tanpa adanya kegiatan ah long yang mana walaupun dipandang negatif kerana adanya peminjam yang diganasi (sama seperti Parti Komunis Malaya atau PKM yang tersemar imejnya kerana angkara Koumintang) pinjaman mudah dan cepat ah long banyak membantu para peniaga yang dalam keadaan terdesak bagi mengatasi masalah.
Justeru, daripada memburu ah long seolah-olah mereka adalah pengganas, rasanya adalah lebih baik jika dijemput taukeh-takukeh besar mereka berbincang secara baik dan meminta mereka menjalankan kegiatan secara sopan dan meminta mereka mengelak dari melakukan keganasan.
Berdasarkan pengamalan saya bergaul dengan ah long bagi tujuan mahu belajar cara memungut hutang dengan berkesan, mereka paling marah jika peminjam membuat pinjaman dengan menipu dokumen, apatah lagi kalau cuba lari dari tanggungjawab membayar balik pinjaman atau pun ada sesetengah menukar nombor telefon dan tidak memberikan alamat yang betul dan sukar dicari.
Kebanyakan ah long yang datang berjumpa peminjam adalah pekerja yakni mereka makan gaji yang mana mereka juga akan dimarahi, malah mungkin gaji dan segala kemudahan mereka akan dipotong jika mereka gagal buat pungutan balik hutang tanpa alasan yang kukuh dan meyakinkan. Tidak hairanlah kalau mereka boleh mengamuk dan ganas.
Saya juga hairan macam mana semacam terlalu sukar untuk memberkas ah long oleh pihak berkuasa. Bagi saya ah long mudah diumpan yang mana umpamnya tidak perlu guna duit pun. Cukup sekadar telefon dan nyatakan keinginan untuk meminjam, mereka akan segera datang ke lokasi yang dijanjikan, mulanya untuk memeriksa dokumen yang diperlukan.
Pihak polis boleh berbuat demikian dan boleh tangkap dengan mudah, tidak perlu mengambil masa berhari-hari atau berbulan-bulan, malah tidak perlu menggunakan tenaga yang ramai. Bila ditangkap pekerjanya, dengan sendiri markas operasinya akan dapat dikesan dengan mudah.
Kerja menjadi payah kalau yang menjalankan kerja mahu memberkas ah long yang makan umpam. Hal yang sama saya rasa turut berlaku dalam kes pencegahan dan pembanterasaan peniagaan dadah dan kegiatan-kegiatann jenayah yang lain.
Tuesday, June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
AKIBAT SIkap mu maka lahir penulis yang seperti dibawah ...
100 Pupu Rasyid Maidin said...
Doh jenis jilat gat...takleh lari la. Nampak punggung Husam berlocor air mulut selalu.
Nozula minta maaf ke, sembah bertuankukan Husam ko apa kaitan dengan Meli nyo?
Betul ke Meli bodek kerajaan pusat? Hasilnya Meli boleh begapo?
li kaya macam Vincent Tan atau sekurang-kurang macam Syed Mukhtar Al-Bukhari atau Mustapa Kamal MK Land?
..........bantuan KWAMP utk plajar miskin perlu disign oleh tok ngulu lantikan pusat je... klau hok kerjaan negeri lantik tidak sah ...doh hok kjaaan negeri bkn Hok mlayu ko............ benda lagu ni mengaku ko Meli pun Meli boleh buat behapo. Dah dekpon keras palat dan keletik sangat nak lawan kerajaan pusat, padan la dengan muka. Tok 'kan la kerajaan pusat nak buwi peluru ko lawan. Hak kerajaan negerinya pula begapo hak boleh terima tok ngulu Umno sign? Tok ngulu Pas toksoh dok tunjuk lapar kkijo la, kalu tok kena sign banyak tak banyak kkijo, patut suko, bukan dukacita. Tok ngulu Umno takdok gege boktan tokleh sign...boktan tok ngulu Umno takdok hok gon...hak gilo nak kkijo tak padan dengan upah.
Apa komen Demo tentang permohonan maaf ADUN BN TENTANG FITNAH KEATAS HUSAM.... fitnah yg dibuat oleh DUA ADUN NILAH YG MENJADI RUJUKAN / ISU OLEH PUOK YG IRAS2 NOK MASUK ameno
Post a Comment