Tok Guru Nik Aziz tunjuk teladan sangat tidak baik
BERBANDING dengan tokoh-tokoh Pas yang lain, Mursyidul Am Pas Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru Nik Aziz) lebih bernasib baik kerana tidak perlu berdepan dengan masalah sukar untuk mendapat tempat dalam kedudukan parti.
Bagi saya nasib baiknya itu lebih bersifat suatu bentuk ujian dari Allah s.w.t. bagi melihat kualiti ilmu amalnya yang sebenar. Jika beliau berjaya menghadapi ujian dengan penuh iman dan taqwa, maka selamatlah beliau dunia akhirat, jika sebaliknya, beliau akan lebih tahu ke mana sudahnya.
Saya mengharapkan apa yang dilakukan dianggap perbuatan ahli syurga memang benar-benar perbuatan ahli syurga, bukan sebaliknya kerana terlalu yakin bahawa tidak ada orang lain lebih Islam, lebih alim, lebih beriman dan bertaqwa dari kita.
Kerana itu saya ambil risiko menegur apa yang patut ditegur walaupun saya sangat jahil. Saya ambil panduan si pincang yang menegur Khalifah Umar Al-Khattab dalam membuat teguran orang yang standardnya jauh lebih tinggi dari saya.
Pengalaman perkhidmatan Tok Guru Nik Aziz selain dari sebagai ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri dan menteri besar ialah sebagai guru sekolah buta (kelas) dewasa KEMAS dan guru Maahad Muhammadi.
Beliau tidak ada pengalaman politik pada peringkat akar umbi, tidak pernah jadi ketua cawangan (dulu dipanggil ranting) dan ketua kawasan. Beliau terus berada pada cagak yang tinggi dan selesa.
Kematian Ahli Parlimen Kota Baharu Hilir (kini Pengkalan Chepa) Ahmad Prai membuka laluannya untuk menduduki kerusi ahli parlimen sejak tahun 1972 apabila beliau dipilih sebagai calon mewakili Pas.
Tidak hairanlah kalau dia merasa dirinya serba mahal, serba perfect dan paling berpengaruh, tambah-tambah apabila apa yang keluar dari mulut beliau atau apa juga tindak tanduknya dianggap suci belaka oleh para pendukung dan penyokong Pas.
Beliau seakan-akan diBERHALAkan oleh pendukung dan penyokong Pas, terutama dari kalangan yang menjadi pendukung dan penyokong kelas 'ppokko angguk' dan malas merujuk al-Quran dan hadis sama ada apa yang dicakapkan dibolehkan atau dilarang oleh Islam, sebaliknya ditelan sebagai manis leting belako.
Bila beliau menyebut menatang (binatang) yang ditujukan pada mana-mana individu, menyamakan perokok dengan lembu atau apabila didoakan agar seseorang ditimpa bala, semua orang menerima sebagai kata-kata suci dan doanya diaminkan, tidak ada yang berani membetulkannya.
Saya sendiri sewaktu bertugas dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn) pernah dipanggil oleh seorang exco hanya kerana menegur Tok Guru Nik Aziz yang penulis rasakan tindakan dan apa yang diucapkan boleh membawa kepada kerosakan prestasi dan reputasi parti.
Teguran itu saya buat melalui majalah bulanan yang saya terbitkan atas sifat SEBAGAI penerbit dan ketua pengarang kepada majalah bulanan milik saya, bukannya atas kapasiti sebagai Pengarang UPKn ketika itu. Ikut perjanjian lisan, di samping bekerja dengan UPKn, saya boleh meneruskan penerbitan majalah saya.
Exco berkenaan semacam memberi amaran bahawa saya boleh digugurkan dari UPKn kerana menegur apa yang disifatkannya sebagai boss paling besar parti dan Kerajaan Membangun Bersama Islam.
Kepada exco berkenaan saya tegaskan bahawa Tok Guru Nik Aziz bukan nabi atau malaikat, beliau tidak maksum. Selain dari menegur, dia juga kena ditegur, malah tugas menegurnya adalah menjadi fardu kifayah kepada pendukung dan penyokong Pas.
Saya ambil risiko menegurnya kerana saya sayangkan dia, saya takut beliau akan takbur kerana syaitan yang menggodanya jauh lebih besar pangkat dan lebih pakar dalam menggoda berbanding dengan syaitan yang mengoda saya atau orang biasa yang tahap ilmu amalnya tak seberapa.
Saya tak mahu nasibnya akan sama dengan orang alim zaman dahulu, termasuk ulamak yang sangat alim dan masin mulutnya pada zaman Nabi Musa a.s. yang mati masuk neraka kerana menerima upah yang disalurkan melalui isteri agar berdoa supaya Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir.
Kepada exco berkenaan saya tegaskan kalau kerana teguran itu menjadikan saya tidak layak untuk terus bertugas dengan UPKn, maka saya lebih rela tidak disambung kontrak dari berhenti menegur apa yang patut saya tegur menggunakan bakat kepengarangan yang Allah anugerahkan kepada saya.
Hakikatnya exco berkenaan lebih awal terpaksa nyah dari Kerajaan Membangun Bersama Islam apabila kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-11. Saya dikeluarkan dari UPKn (tidak disambung kontrak) jauh terkemudian darinya.
Kini ketakburan Tok Guru Nik Aziz semakin menyerlah apabila sanggup menyanggah Presiden Pas yang mana dari sudut susunan kedudukan kepimpinan, Presiden lebih berpower berbanding dengan Mursyidul Am.
Rasanya kalau ikut prosedur beroraganisasi, beliau boleh dikenakan tindakan displin kerana menyanggap presiden sebagaimana Mat Iraq (bekas Ketua Dewan Ulamak) diancam akan diambil tindakan oleh seorang Naib Presiden Pas (kini bekas) kerana kenyataannya yang dianggap melanggar peraturan parti.
Oleh kerana tidak ada pengalaman berorganisasi pada peringkat akar umbi, walaupun untuk pencalonan presiden parti pada muktamar Pas ke-55 beliau hanya dapat satu pencalonan sahaja, beliau masih boleh redas dan redah apa sahaja, termasuk menyanggah presiden yang menang jawatan tanpa bertanding.
Kenyataannya yang menyanggah Presiden dan permintaan Pengarah Pilihan Raya Pas (kini bekas dan Setiausaha Agung Pas) yang dicarry oleh hampir keseluruhan media cetak merupakan suatu bentuk kenyataan bersifat 'tidak heran' dan tidak ada rasa hormatkan sesiapam nada dan gaya orang gedebe mamah mentah kepala keretapi.
Kenyataannya itu mahu tidak mahu akan membawa kepada perpecahan pendukung dan penyokong Pas antara yang berpolitik dan berparti politik secara rasional dengan pendukung dan penyokong yang berpolitik dan berparti politik dengan memBERHALAkan pemimpin atau tokoh tertentu.
Tidak mustahil pihak yang dibidas sebagai 'boneka Umno' kerana mempertahankan cadangan Presiden Pas untuk membentuk kerajaan perpaduan akan melastik balik beliau sebagai 'boneka syaitan' apabila beliau pernah berkata sanggup bekerjsama dengan syaitan.
Pada saya tindak tanduk Tok Guru Nik Aziz itu (saya memohon agar Allah ampuni saya jika tersilap persepsi) bersifat menunjukkan teladan yang sangat tidak baik dan boleh menyumbang kepada keleburan Pas.
Semacam ada dendam kesumat di hati sanubari beliau apabila boleh menganggap kalangan yang mempertahankan gagasan Presiden sebagai boneka Umno yang mana tanggapan itu turut tertuding kepada presiden dan setiusaha agung.
Saya yakin akhirnya apabila beliau tersepit, sebagaimana lazimlah, pihak medialah akan dipersalahkan, kononnya sengaja mengda-adakan benda yang tidak ada.
Sebagai orang yang sentiasa kemaruk, gigih dan ketagih berilmu amal dan membina benteng iman serta taqwa, mustahil beliau tidak tahu bahawa berbaik sangka dan menyambung serta memantapkan silatur-Rahim sangat dituntut oleh Islam.
Apakah orang Umno lebih syaitan dari syaitan atau lebih DAP dari orang DAP sehingga cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan, boleh ditentang oleh tokoh sehebat Tok Guru Nik Aziz?
Thursday, June 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
HOI HANG MEMANG SETAN. BARUA UMNO, SETAN UMNO DLL. BABI UMNO.
sapa yang upah hang tulis pasai tok guru mcm ni. memang hang geng boneka umno.
celakala kamu dunia dan akhirat
Aku SMS Meli, minta komen beliau tentang sumpah seranah tiga komen yang guna Anonymous, tapi katanya dia berada di Mokel, tolong ubatkan adik ipar kena batu karang.
Meli menang ada kebolehan mengubati batu karang, seduan (resdung, gaut dan beberapa jenis penyakit lagi.
Aku copy komen-komen berikut dad sms secaea bersambung-sambung kepadanya:
Anonymous said...
HOI HANG MEMANG SETAN. BARUA UMNO, SETAN UMNO DLL. BABI UMNO.
June 13, 2009 5:33 AM
Anonymous said...
sapa yang upah hang tulis pasai tok guru mcm ni. memang hang geng boneka umno.
June 13, 2009 5:34 AM
Anonymous said...
celakala kamu dunia dan akhirat
Meli balas melalui SMS: DEMIKIANLAH STANDARD PEMIKIRAN PENTAKSUB TOK GURU. PENTAKSUB JENIS NILAH YANG TELAH MENJADIKAN TOK GURU SEKARANG SEOLAH-OLAH MACAM DATUK NIKAH KAHWIN DALAM FILEM MUSANG BERJANGGUT ARAHAN P. RAMLEE.
BIARKANLAH MEREKA TERJUN DENGAN LABU PUNGGI MASING-MASING. TEGUR TETAP TEGUR WALAU KERANANYA SAYA AKAN GUGUR.
amender la demo ni
tegur tok guru pun salah k?
kite tegur tok guru nak suruh tok guru semakin baik...
teruskan abe meli
ambo setuju mena dengan meli,...
TGNA,jauh doh lari dengan hok mulo2 jadi MB,loni koho ngarut doh!!!!
SEBAB TGNA jadi gini kes puok2 hok ado kpetingan peribadi dok likong dio.........
Kesian la ko tgna jangan pakat dok pinoh dio,
meli kena tulis lagi bia ore lain SEDAR yang selama ini tgna di PUNOHKAN OLEH PROFESIONAL!!!!
Sdr MKJ,
Ulasan tuan terhadap TGNA mungkin ada asasnya atas sifat kelemahan manusia. Tapi kelemahan yang lain dari TGNA lebih parah lagi kalau nak diulas.
Tapi dari segi seni siasah dan strategi politik, saya amat terkesan dengan fikrah & pendekatan TGNA. Untuk peringkat ini, kehebatan tokoh2 politik berpengaruh yang lain seperti Tun Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, TGHH, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Samy Vellu,...event Anwar Ibrahim walaupun hebat, tapi tidaklah setara dengan ketokohan TGNA.
TGNA diterima secara menyeluruh oleh setiap lapisan & ras rakyat Malaysia! - ( .. maaf, mungkin saya tersilap judged!}
Mengenai isu idea "Kerajaan Perpaduan (Unity Government)" .. tuu .... -sungguh celaru- strategi politik lalang - "KLUK-KLEK", "FLIP-FLOP", "tak lekat unjak" - mula2 TGHH kata "kita perlu kerajaan perpaduan", ahli geger, kemudian TGHH tarik balik, kemudian TGHH sebut balik di muktamar PAS ke-55, geger pemimpin2 PR, kemudian SUA PAS kata "isu tutup-jangan bincang", .... siasah apa nih? sepatutnya rakyat semakin jelas, Islam dilihat semakin berwibawa, tapi, semakin celaru oleh puak2 nih ... tuu yang TGNA marah!
Puak2 pro-muqabalah UMNO nih mengapa cadangkan KERAJAAN PERPADUAN saja, kan baik lagi tepat kalau cadangkan kepada UMNO/BN dengan KERAJAAN NEGARA ISLAM.
Idea Kerajaan Perpaduan ini susah nak terjemah, hurai dan tafsir kepada rakyat kerana perlu ilmu yang amat tinggi- firasat Ilmu Laduni, makam wali kutub kot?
Kalau konsep KERAJAAN NEGARA ISLAM - ahli PAS biasa dan lebai kampong pong dah boleh hurai. Cina, India pon dah faham doh. Cuma UMNO saja buat pekak badak dengan Daulah Islam. alasan takut kudung tangan, kena sebat, pelabur & pelancung lari la, tak membangun, ekonomi jatuh la, dll. ..
TGNA marah sangat nih mungkin puak2 ni dirasakannya macam la Boneka UMNO. Bercakap BERDOLAK-DALIK. Tidak pegang janji (ikrar/aqad) dalam muamalat. BerMUKA-MUKA. berBOHONG. Ada udang disebalik batu. Tidak telus dan berintegriti. Mengkhianati ikatan persahabatan. nak jaga kepentingan individu bukan jemaah & ummah. Memperalatkan kedudukan dan jawatan dalam parti untuk tujuan peribadi. Mengkhianati amanah ahli PAS dan harapan rakyat.
Kerjasama dan perpaduan dengan semua pihak adalah harus. Terutama untuk amar maaruf nahi munkar. untuk kebajikan dan ketaqwaan. Itu ajaran Islam.
Tapi jika kerjasama & perpaduan dengan "musuh" untuk merosakkan perjuangan kebenaran, keadilan dan harapan rakyat, ini perlu dinilai semula. Kisah Nabi Harun membisu terhadap kesyirikan Samiri demi perpaduan bani Israel, telah diherdik oleh Nabi Musa sekembalinya dari munajat 40 hari di Bukit Tursaina. Kisah Ulamak Yahudi, Bal'an Barsisho bersengkongkol dengan raja yang memusuhi Nabi Musa juga satu iktibar. Kisah Hatib yang bekerjasama dengan musyrikin Makkah untuk serang kerajaan Islam Madinah pun satu lagi hujjah yang jelas. dan banyak lagi lah ....
Gerakan sulit "PAS bermuqabalah dengan UMNO" dan impian "Kerajaan Perpaduan" telah mengundang polemik yang berlarutan. Apakah PAS hendak menunggu parah dulu baru sedar dan bertindak?
Sebenarnya kredibiliti pemimpin2 PAS yang pro UMNO sudah sangat dicurigai dan dipertikaikan walau sebahagian besar perwakilan muktamar PAS ke55 menyokong mereka. Keputusan perwakilan tindak menggambarkan realiti ahli dan rakyat. Perwakilan mungkin dijerat dengan takrifan "kepimpinan ulamak" yang sempit.
Usaha dakwah Islam melalui PAS kepada seluruh rakyat Malaysia akan terenjat oleh golongan & pimpanan PAS yang menjurus kepada acuan/boneka UMNO ini!
Sebelum tentang gagasan kerajaan perpaduan kena bincang secara ilmiah dulu...jangan mudah celupar labelkan orang dengan boneka Umno.
Segala masalah dan ketidak-sealiran pendapat paling bijaksana kalau dibawa ke meja rundingan. Mungkin tidak setuju itu ekoran dari kerana tidak cukup faham.
MemBERHALAkan sesama manusia memang tidak dibolehkan apa apa tujuan dan maksud sekali pun. Misalnya menpercayai kerana doa atau tok guru kerana sembahyang hajat maka hujan pun turun adalah bersifat memBERHALAkan semasa manusia.
Menganggap tok guru betul belaka, apa yang tak guru cakap tidak boleh dibangkang amat tidak kena. Saya bersetuju dengan Encik Meli, selain dari menegur, tok guru juga kena ditegur dan menegur tok guru menjadi fardu kifayah kepada ahli Pas.
Ambil iktibar Ustaz Nik Abduh yang turut tidak sealiran pendapat dengan ayahndanya. Apakah Ustaz Nik Abdul tidak berilmu atau telah menjadi boneka Umno?
Tok guru bukan serba tahu dalam semua perkara. Tidak mustahil dalam soal kerajaan perpaduan yang digagaskan oleh presiden parti, tok guru menerima nasihat dan pandangan dari penadihat-pensihatnya yang dari sudut ilmu amalnya belum tentu mengatasi ilmu amal presiden, apatah lagi ilmu amal tok guru.
Sebagaimana yang umum tahu kerana kelurusannya, tok guru tak prejudis kepada sesiapa dan ada pihak yang ambil kesempatan mengeksploitasi sikapnya itu sehingga beliau boleh bercanggah pedapat dengan presiden yang mahu tidak mahu akan menjadikan ahli parti terkejut berut, macam mana dua tokoh penting yang sama-sama bergelar tok guru boleh bercanggah pendapat secara terbuka tentang suatu isu yang sepatutnya diselesaikan secara tertutup dan sopan.
Inilah antara hebatnya Husam Musa apabila mempergunakan Tok Guru semaksimum mungkin untuk kepetingan diri dan politiknya.
Budak-budak baru dalam PAS tak boleh memahami strategi politik Husam Musa.
Tok Guru Nik Aziz terpengaruh sampai mati segala idea Husam. Walaupun banyak masaalah dalam pentadbiran Kelantan sekarang ini hasil dari idea yang gagal oleh Husam.
Post a Comment