Sunday, June 14, 2009

MUNCUL KEMBALI (219)

Punca TGNA todak TGHH

KALAU dalam Umno todak menodak di kalangan pemimpin bukan lagi seperkara yang luar biasa. Tan Sri Musa Hitam dan Tengku Razaleigh pernah todak, tanduk dan sugun Dr Mahathir atas nama Presiden Umno.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kini TPM) dan Mukhriz Mahathir (kini Timbalan Menteri MITI) pernah menodak, menanduk dan menyugun Datuk Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun dan bekas Perdana Menteri Kelima).

Tetapi bila Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz (TGNA) sebagai Mursyidul Am Pas menodak, menanduk, menyugun dan semacam memberi kentut kepal kepada Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang (TGHH) selaku Presiden Pas, menjadikan ianya sesuatu yang agak luar biasa, pelik lagi ajaib.

Ekoran dari itu, seperti mana kebanyakan orang, saya juga tercari-cari puncanya, sebab dan kerananya kenapa TGNA menentang sungguh-sunggu isu kerajaan perpaduan yang digagaskan oleh TGHH sehingga boleh membawa kepada bergocoh kalau ianya membabitkan orang kampung.

Nasib saya agak baik kerana dalam memikirkan tentang perkara itu, ada seseorang yang boleh dianggap orang dalaman Pas datang ke rumah pagi ini. Tanpa ditanya, dia yang tanya saya: "Abe Li tau ke bakpo TGNA tentang kerajaan perpaduan?"

Saya jawab tidak tahu kerana saya tidak banyak bergaul dengan orang politik sekarang. Masa saya banyak saya habiskan di depan komputer atau pun di sungai dan muka kuala memancing atau pun di kawasan semak mencerit burung untuk hilangkan boring.

"Abe Li tau siapa sponsor muktamar baru-baru ni?"
"Tak tau"
"Abe Li Pernah dengar Puncak Niaga?"
"Pernah. Masa ke Kemboja ikut rombongan TGNA dulu kita semua tinggal di hotel milik Puncak Niaga di Pnonh Penh"
"Penajanya Puncak Niagalah"
"Betul ke?. Bukankah Puncak Niaga tu bayangan Umno? Pengerusinya kalau tak salah saya Tan Sri Razali Ismail, orang Umno"
"Betul"
"Bakpo Puncak Niaga sponsor Muktamar Pas?"
"Untuk pecah-belahkan Pas. Paling utama nak jatuhkan Husam, boktan dengki ko Husam"
"Tak munasabah"
"Kita ada maklumat. Kita siasat"

Saya membalas dengan senyuman dan tidak berminat untuk berbalas kata lagi kerana saya dapat agak, orang dalaman Pas itu adalah antara yang taksub kepada TGNA dan juga Husam.

Dalam hati masih timbul rasa tidak munasabah. Puncak Niaga kalau tidak salah saya adalah yang terlibat dalam pengurusan Loji Air di Selangor. Maknanya Puncak Niaga ada kepentingan perniagaan di negeri berkenaan.

Tidak mustahil kerana kepentingan perniagaan, bila diminta sponsor, maka Puncak Niaga sponsorlah kerana muktamar diadakan di Selangor. Turut disponsor dikatakan screen besar. Entah sebenar mana screen yang dimaksudkan, saya tidak tahu.

"Abe Li ada nampak dua orang yang sentiasa di belakang TGHH sepanjang muktamar?" orang dalaman Pas itu tanya saya ketika saya mahu melangkah ke kedai kopi memenuhi keperluan perut untuk diisi dengan sarapan pagi.
"Tak perasaan" jawab saya
"Komando"
"Ye ke?"
"Ya. Komando yang dihantar khusus untuk kawal TGHH dan gengnya, yang akan memastikan penentang kumpulan boneka Umno kalah dalam pemilihan"

Saya mula dapat jawapan kenapa TGNA boleh bercanggah pendapat dengan TGHH sehingga sanggup melabelkan penyokong idea penubuhan kerajaan campuran adalah boneka Umno, tentulah pelabelan itu turut tertuding sama kepada TGHH dan Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa.

TGNA telah terpedaya dengan bisikan, cerita lisan, propaganda dan gerak saraf sebagaimana beliau percaya Umno guna pengundi hantu, SPR tidak telus, orang yang dah mati pun mengundi, lantas menganggap TGHH dan penyokong gagasan telah dibonekakan oleh Umno.

Soalnya betulkah Puncak Niaga sponsor untuk pecah-belahkan Pas, paling khusus untuk tumpaskan Husam?. Juga apakah Puncak Niaga yang tawarkan sponsor atau Pas yang minta Puncak Niaga sponsor muktamar ke-55?. Betulkah wujud dua komando mengawal TGHH sepanjang muktamar?.

Apakah kecurigaan terhadap Puncak Niaga dan dakwaan kewujudan dua anggota komando itu adalah siri cerita rekaan apabila tokoh-tokoh yang diharapkan akan menang telah kalah dalam pemilihan, lantas dibuat ceritalah sebagaimana cerita-cerita yang sering disebar apabila Pas kalah dalam sesuatu pilihanraya.

Kepada saya punca todak menodak, tanduk menanduk dan sugun menyugun di kalangan pimpinan utama Pas telah ada bayangan punca, sebab dan musababnya yang memerlukan kedua-dua pihak yang bertelagah segera ke meja rundingan supaya pertelagahan yang boleh menyumbang kepada kemusnahan tidak berkuman-kudiskan andaian dan maklumat yang bukan sahaja tidak betul tetapi hanya sengaja diada-adakan.

Seelok-eloknya perangai orang Umno dan tindak tanduk Umno tidak diasak masuk ke dalam Pas kerana orang Pas tahu bagaimana mahu menguruskan setiap khabar yang sampai!.

8 comments:

Abuzar said...

Kenangilah kisah silam .... "Setelah PAS ditendang dari BN pada 1977, krisis kepimpinan PAS bertambah parah, kegawatan kerajaan negeri Kelantan ketika itu semakin bernanah, .... berlarutan: Presiden PAS, Datok ASRI MUDA dan KUMPULAN 20 terus mengasak MB PAS Kelantan Datok Hj. MOHAMMAD NASIR yang jujur & disenangi rakyat. Umno mengambil kesempatan, Kerajaan PAS tumbang pada 1978."

Apakah pertikaian antara Presiden PAS,TGHH Vs TGNA MB Kelantan yang disenangi rakyat hari ini akan mengulangi sejarah ASRI MUDA Vs MOHAMAD NASIR ?

Penyokong Kerdil Pas Gombak said...

Kerana itu mereka yang sayangkan parti kena berani tegur dan peringatkan macam Meli. Jangan takutkan kehilangan kepentingan atau dibabi-Umokan macam Meli kena.
Sesungguhnya untuk mengajak kepada kebenaran dan membina kekuatan seribu kali lebih sukar dari melakukan kemusnahan.
Kena sentiasa sedar diri bahawa kita sebagai manusia serba lemah dan tidak mungkin bersih dari melakukan kesalahan supaya kita tidak anggap kita saja betul, orang lain semuanya salah.
Tidak akan rendah mertabat kita kalau kita andaikan orang lain sentiasa betul dan kita sentiasa silap.
Saya harap Meli boleh setuju dengan saya.

Anonymous said...

takpandai kata..: walau apa pun punca dan sebabnya, semua pihak harus bermuhasabah dan seterusnya duduk semeja untuk menyelesaikan masalah berpandukan Al Quraan dan Hadeeth. Itulahe cara yang comel dan selamat..bukan dengan cara membuat kenyataan-kenyataan yang bole di petik oleh pengamal media seterusnya di manipulasi untuk memecah belah perpaduan PAS. Juga jangan di biarkan isu ini "membengkak di dalam " sebab kalau sudah busuk dan pecah dddalam payah nak berubat..punah ranah

Anonymous said...

Sebenarnya di kalangan orang PAS yang dah mula merasai mabuk kuasa. Khayalan 16 September yang tak menjadi di khayalkan bahawa Umno / BN akan kalah dalam PRU 13 nanti. Dapatlah orang-orang kita yakni dari Pakatan Rakyat menjadi Menteri. Itulah sebabnya sigun menyigun dalam PAS sudah bermula.

Sehingga pertama kali dalam sejarah PAS, Husam Musa dan Cikgu Wan Rahim membedal pihak Presiden dalam program Taklimat Muktamar PAS (selepas Muktamar) di Pejabat Perhubongan PAS Kawasan Kota Bharu pada 11 Jun 2009 yang lalu.

Apa benda jenis belakang parang ni. Kebiasaannya selepas Muktamar diadakan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden, bukan taklimat Muktamar (atau dalam bhasa mudah penerangan kenapa kami kalah)

Program yang terbuka kepada siasapa saja. Adakah berakhlak sebagai pemimpin dalam berorganisasi?? membuka masaalah dalaman kepada umum??. Inilah antara budaya dan perangai UMNO. Katakankan lah tidak bersetuju dengan UMNO tetapi perangai lebih parok daripada UMNo, dimana bezanya??

Anonymous said...

Aku setuju dgn meli sokmo,kalu tk belaga angin dgn kita 'balun cukup2'tapi kalu setuju yg masam cakap manis,
yang herannya nak berjuang guna quran hadis tapi bila berselish pandangan tak guna quran hadis,maki ulama,cerca ulama,tah macam lg di mana kepimpinan ulama selama ini yg dilaungkan,apakah kita lupa bila hajat kita tk kesampaian,
PELIK JUGAK....Taklimat selepas kalah,patutnya buat Munaqasyah bukan taklimat.....ade ape-ape ke Bro....
MELI kena tolong pbetul molek kes ni....ramai doh hok jadi karut,lupo doh asa-usul....masuk iblis habih doh.....takut ko U.G lebih pada takut ko tuhan

Anonymous said...

ambo raso la semua ni kerana kes HUSAM kalah jah,tra mene dio baru ni........crito lain pulok hok tubik......kah..kah..kah PUiiiiii!!!!lagu ni baso munafikkkkkkkk

Anonymous said...

Kawe nampak di sekitar Kota Bharu, Kube Kerian dan Khalan Chepa ada di pasang sepanduk 'KERJAAN PERPADUAN - BONEKA UMNO. SAH!.

Kita pakat lihat, kita pakat kelih, puak-puak PAS dah mula main sama sendiri doh. dah mula serang sama sendiri.

Kalau manusia jenis main sama sendiri, bagi lelaki disebut GAY, bagi wanita disebut LESBIAN. Tapi puak PAS hok jenis masin sama sendiri baka dari keturunan Nabi Noh ada lagi Ko?

Tok Guru Nik Aziz kena be'tul budok-budok, jangan dok ikut erel budok-budok. Kita sebagai orang tua buat cara orang tua, Pemimpin buat cara peminpin.

Janganlah, kito dah kena pimpin ... masih nak memimpin.... payoh jugok....

Anti pong jijak said...

Janganlah, kito dah kena pimpin ... masih nak memimpin.... payoh jugok....
PEDIH BENAR BUAH DEMO