Sunday, July 12, 2009

MUNCUL KEMBALI (269)

Manek Urai jadi kota agropolitan: mampukan ianya menjadi realiti?

KALAU yang membuat janjinya adalah calon Umno yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai, ianya boleh diketawakan kerana boleh dianggap bahawa calon berkenaan perasan dan berangan seolah-olah sudah jadi wakil rakyat walaupun sebagai calon, beliau tentu lagi akan menang.

Kalau ketua bahagian atau pengerusi badan perhubungan Umno yang buat janji, juga boleh diketawakan kerana mereka barangkali bertindak lebih lajak dari laju, lebih sudu dari kuah kerana ketua bahagian atau pengerusi badan perhubungan hanya boleh mengemukakan cadangan tetapi belum tentu akan dipersetujukan.

Tetapi bila Timbalan Perdana Menteri yang buat janji, apakah mustahil untuk Manek Urai jadi kota agropolitan sebagaimana yang dijanjikan yang pastinya nanti bukan sahaja hasil-hasil pertanian, perladangan, ternakan dan hasil industri hiliran akan diurus-selia dengan sistematik, tetapi juga urusan pemasaran tetap dipantau, diselia dan dipedulikan.

Suara dan jaminan Timbalan Perdana Menteri adalah merupatakan fotostat kepada suara dan jaminan Perdana Menteri. Sudah tentu Timbalan Perdana Menteri tidak akan menyuarakan atau pun memberi jaminan sesuatu yang tidak direstui oleh Perdana Menteri yang berslogankan rakyat didahulukan.

Menyediakan kemudahan asas untuk keperluan rakyat adalah termasuk dalam senarai rakyat didahukukan. Sesungguhnya memastikan hasil-hasil pertanian, perladangan, ternakan dan hasil industri hiliran dapat dipasarkan dan tidak menyebabkan pelbagai buah-buahan menjadi baja tanah pada musim puncak adalah harapan sebenar para pengundi di Manek Urai kerana hasil pertanian, perladangan dan hasil industri hiliran itulah gernyut nadi mereka.

Hanya kalangan yang melihat sembahyang, bilang tasbih, janggut panjang, serban dengan ekornya mencecah punggung, jubah labuh dan bila bercakap guna 'ana-enta' sebagai tanda bukti dan rukun kehebatan amal ibadat seserorang, akan menganggap pembinaan jambatan dua lorong bernilai RM17 juta yang dijanjikan akan segera dibina, akan dianggap bersifat kepentingan dunia semata-mata dan tidak boleh dibawa mati.

Tetapi kepada mereka yang faham dengan ajaran Islam yang lebih terbuka, memastikan hasil tanaman di ladang, hasil ternakan dan pemenfaatannya adalah juga dilihat sebagai antara kerja-kerja ibadah, malah besifat mengunmpul komponen-komponen untuk pembinaan jamabatan ke syurga.

Ini adalah kerana pokok yang ditanam, binatang yang diternak akan bertasbih kepada Allah, malah pokok yang ditanam dan haiwan yang diternak akan turut bertasbih untuk orang yang menanam dan melihara serta menjaga. Bayangkan betapa dukacitanya pokok yang hasilkan buah tetapi buahnya tidak dihargai dan dibiarkan jadi baja tanah, walhal kalau ada kemudahan sebagaimana yang diperlukan, kes buah-buahan jadi baja tanah barangkali tidak berlaku.

Walaupun nampak kaku dan beku, jambatan, masjid, jalanraya dan segala kemudahan yang dibina untuk memenuhi keperluan awam, termasuk tandas yang dibina untuk tempat berak dan kencing pun akan bertasbih dengan bahasanya yang akan hanya difahami oleh mereka yang melihat Islam dan amal ibadat dengan cukup terbuka.

Harus diingat bahawa bila sampai ke destinasi penghirahan baginda dari Mekah ke Madinah, Rasulullah s.a.w. membina masjid Quba yang merupakan masjid pertama dibina dalam Islam. Selepas pembinaan masjid berkenaan, barulah baginda masuk ke Kota Madinah dan mendirikan sembahyang Jumaat dan berkhutbah.

Masjid berkenaan dinamakan Quba sempena nama kampung tempat baginda berehat sebelum masuk ke Madinah. Baginda dan Abu As-Siddiq sampai di Quba pada hari Isnin 8 Rabiulawwal bersamaan dengan 17 September 622 Masehi dan masuk ke Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawwal bersamaan dengan 24 September 622 Masehi.

Baginda mendahulukan pembinaan masjid berbanding dengan berkhutbah (bersyarah/berceramah/berkuliah) dan menunaikan fardhu Jumaat pertama dalam Islam. Ertinya Rasulullah s.a.w. sendiri mengutamakan penyediaan kemudahan asas, termasuk bagi keperluan beribadah, bukan beribadah dulu baru bina kemudahan asas atau beribadah ikut asal ada tempat tanpa adanya tempat khusus.

Maknanya menolak kemudahan yang menjadi keperluan semasa, dalam bahasa kita sekarang ini dipanggil projek-projek pembangunan menjadi pegangan dan anutan bagi mereka yang belum menemukan hikmah dan pengajaran di sebalik apa Rasulullah s.a.w. kerana malas untuk berfikir dan terlalu yakin dengan apa yang telah dibuat adalah paling betul dengan hukum hakam dan yang orang lain buat tidak betul belaka.

Sehubungan dengan itu, pada pendapat saya, mana-mana pengundi Manek Urai yang berjaya dibebaskan dari kekal sebagai umat Islam berfikiran terkatup serta yang juga berpolitik secara fanatik totok, mereka akan memilih Umno pada kali ini kerana jika diteliti dengan membebaskan pemikiran dari karat fanatik, sebenarnya apa yang Umno lakukan walaupun tidak didabik dada sebagai perbuatan berteraskan Islamik, namun ianya lebih mirip kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang saya yakin Umno sendiri pun tidak sedar mengenainya.

4 comments:

pemudacakna said...

Tok soh dok jjanjilah apa pun, Kalu de dio nok ko PAS gok, dio undi PAS jugak.
Takdok GERTAK pun takpo, DIA sanggup BERENANG......Basah pun tak po, janji JIHAD.....!
Ko Lagu mano?

Abuzar said...

Sdr MKJ kata........
"Baginda mendahulukan pembinaan masjid berbanding dengan berkhutbah (bersyarah/berceramah/berkuliah) dan menunaikan fardhu Jumaat pertama dalam Islam. ....."
--------------------------------
HURAIAN AYAT INI TAK BERAPA TEPAT ...Hujjah:
Rasul SAW di Mekah ...takdak pun tempat ibadat khusus, tapi diperintahkan para sahabat sembahyang 5 waktu selepas Israk-Miraj. Nabi SAW berdakwah, mengajar, berceramah sembunyi2an kepada umat dimana sesuai (termasuk kabilah Yathrib di Mina) walaupun tiada madrasah/ masjid lagi masa tu.. Bila mula tiba di Yathrib, Nabi singgah diQuba', beliau mengambil batang2 & pelepah tamar dan jadikan tapak masjid dan beliau bersolat diatasnya. Nak bina masjid diperingkat awal taklah melibat "pengistiharan projek besar bina masjid dengan kos RM juta2" - yang senyum adalah para kontraktor kroni/ proksi .... rakyat senggeh gigi, lama2 cukai naik, harga barangan naik, ...rakyat tanggung sendiri..
----->
Sdr MKJ kata........
"Maknanya menolak kemudahan yang menjadi keperluan semasa, dalam bahasa kita sekarang ini dipanggil projek-projek pembangunan menjadi pegangan dan anutan bagi mereka yang belum menemukan hikmah dan pengajaran di sebalik apa Rasulullah s.a.w. kerana malas untuk berfikir dan terlalu yakin dengan apa yang telah dibuat adalah paling betul dengan hukum hakam dan yang orang lain buat tidak betul belaka."
---------------------------------
AYAT TAK BERAPA TEPAT. ... sebenarnya rakyat tak pernah tolak pembangunan, kemajuan, kemakmuran dan kekayaan yang bercirikan Islam & amalan Rasulullah.. tetapi yang RAKYAT TOLAK ADALAH PENYELEWENGAN & KEPIMPINAN AMNO/BN DALAM URUS TADBIR .. KUASA, HARTA & AMANAH RAKYAT!
Macam2 kita dengar janji setiap PRU/PRK ...semasa di KT dulu ..nak kembalikan royalti minyak kepda rakyat trengganu ... di Bkt gantang pun janji jugak, di penati..senyap, tup tup di Manik Urai ... menjadi KOTA AGROPOLITAN ..bagaimana rupa tak tau lah, muga ambo ore kapong saje. tak ngaji bahasa orang puteh. ngaji tak tinggi, sekolah atap aje, tak berapa sohorla.
------>
sdr MKJ kata...... "sebenarnya apa yang Umno lakukan walaupun tidak didabik dada sebagai perbuatan berteraskan Islamik, namun ianya lebih mirip kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang saya yakin Umno sendiri pun tidak sedar mengenainya."
----------------------------------
... takkan tau pulak? Pembangunan Genting Highland tu sapa luluskan ...dll.

Kontraktor Tua Lepasan Al-Azhar said...

Semasa di Mekkah Nabi memberi tumpuan kepada mengimankan umatnya berpandukan kepada 4.780 ayat al-Quran yang dinamakan surah-surah Makkiyyah. Baginda mengambil masa 13 tahun untuk itu. Di Mekkah baginda lebih menonjol sebagai pendakwah, menyeru tentang keesaan Allah dan agar diimani bahawa baginda adalah Rasulullah s.a.w.
Semasa di Madinah, berpandukan 1,456 ayat al-Quran yang dinamakan surah-surah Madaniyyah barulah soal-soal yang berkaitan dengan kesejahteraan (hasanah) dunia dimulakan. Baginda di Madinah adalah pendakwah, ketua kerajaan, penglima perang.
Kita hidup pada era setelah Allah gezetkan kesempurnaan Islam dan kesempurnaan tugas baginda sebagai Rasulullah s.a.w. Maknannya kita kena berpandukan kepada 4,780 ayat-ayat dalam surah-surah Makkiyyah dan 1,456 ayat dalam surah-surah Madaniyyah sekali gus, bukannya kena ikut cara umat Islam sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah.
Rasulullah s.a.w. mennggunakan pelepah dan batang tamar guna masjid Quba lebih kepada meletak batu asas pembinaan di samping pada waktu itu hanya itu komponen yang ada dan keupayaan yang ada. Masjid itu kemudiannya dibina dengan bahan-bahan binaan yang kukuh, tidak dikekalkan dalam keadaan asal. Kalau masjid tidak penting tak 'kan pula ia dinamakan rumah Allah.
....tetapi yang RAKYAT TOLAK ADALAH PENYELEWENGAN & KEPIMPINAN AMNO/BN DALAM URUS TADBIR .. KUASA, HARTA & AMANAH RAKYAT!...
Atas dasar apa maka tuduhan sebegini dibuat? Berapa ramai rakyat yang mati kebulur. Atau kerana ada yang malas berusaha dan hidup tidak ssenang orang lain, maka dianggap gara-gara pentelewengan.
Kerajaan tidak mungkin pikul kekayaan untuk dipersembahan kepada setiap rakyat macam persembahan ufti kepada raja Siam dulu. Peluang dibuka, rebutlah. Nak tau betul ke tidak berlaku penyelewengan, jadi kontraktor sendiri, libatkan diri dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan, baru au keadaan sebenar. Jangan buat tuduhan sekadar dengar cakap. Kalau kewangan negara disalahgunakan negara tidak akan bertambah maju, sebaliknya akan mundur dan rakyat akan kebulur, masjid barangkali akan hanya dibina guna pelepah kelapa sawit.
Genting Highland untuk orang bukan Islam. Negara ini mayarakat majmuk. Dah kita orang beriman dan bertaqwa kenpa akita mesti oergi ke sana untuk ikut buat maksiat. Untuk makluman anda Kerajaan Membangun Bersama Islam pun ada tabung sumber tidak halal untuk pembinaan rumah ibadat penganut agama lain dan pembinaan jalan untuk keperluan awam. Kalau sumber tidak halal itu tidak boleh, masakan tabung seumpamanya diwujudkan. Tidak mustahil apa-apa hasil dari Genting Highland dan sumber-sumber yang tidak halal digunakan sama seperti yang tabung tidak halal kerajaan Kelantan gunakan.
Sumber pendapatan utama negara bukan dari Genting Highkand tetapi dari hasil getah, kelapa sawit, hasil petrolium dan sebagainya. Sebelum buat andaian yang bukan-bukan kena dapatkan naklumat yang tepat kerana andaian yang tidak tepat boleh mendatangkan fitnah dan dosa.
Lagi pula pembinaan jamabatan di Manek Urai dan Kota Agropolitan yang dicasangkan di Manek Urai bukan nak jadikan Manek Urai macam Genting Haighland. Yang nak jadikannya ialah Manek Urai sebuah pengeluar hasil-hasil pertanian untuk tujuan komersial. Akan dibuat ke tidak tunggu dan lihatlah, Kalau Umno menang tetapi gagal kotakan janji, pilihanraya ke-13 mandat yang diberikan boleh tarik balik, kuasa di tangan pengundi.
Lagi pun tak 'kanlah kerana

Anonymous said...

Ramainya yang bercakap umpama Ibn Khaldun dengan falsafah kemasyarakatan.

Tak kenal lagi ko UMNO tu sapo. Termasuklah Meli.

Jawab soalan periksa bulehlah pakai fakta tu.

Kalu berlawan dengan UMNO? Lu pikirlah sendiri...