Sunday, July 12, 2009

MUNCUL KEMBALI (270)

Kena tahu baru boleh gerutu

Nik Abdul Aziz Tidak Tahu Nasaruddin Jalani Pembedahan
By: Ramjit-->

KOTA BAHARU, 12 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak tahu yang timbalan presiden parti Nasaruddin Mat Isa sakit dan menjalani pembedahan yang menyebabkannya tidak dapat hadir pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Isnin lepas.
"Saya tak tahu langsung. Tak adapun orang beritahu...rupanya dia sakit, kena?operate (bedah), saya tahu sangatlah (sakitnya) orang kena operate, sebab saya sendiri pernah kena operate."Kalu (kalau) saya tahu awal-awal lagi saya tak minta dia datang," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita di sini Ahad.

Kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum ini yang kesal kerana Nasaruddin tidak hadir pada hari penamaan calon itu telah menyebabkan pelbagai spekulasi timbul lebih-lebih lagi selepas beliau dicabar meletakkan jawatan parti dan anggota Parlimen Bachok, berikutan mempertahankkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nasaruddin hanya muncul semalam pada majlis solat dhuha bersama Nik Abdul Aziz di Manik Urai walaupun tidak sempat menyampaikan ceramah kerana keuzurannya.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Nasaruddin kerana kehadirannya itu dapat meredakan keadaan dan anggapan sesetengah pihak terhadap isu "kehilangannya" dalam kempen PAS di Manik Urai.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai Selasa ini menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50. Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS pada 22 Mei lepas.-- BERNAMA

Saya mulakan posting saya kali ini dengan memetik laporan BERNAMA (saya mendapat pendedahan praktikal dalam bidang kewartawanan melalui Bernama yakni bermula tahun 1982 hingga 1984). masuk Harian Nasional sekejap (6 bulan) dan masuk Bernama balik pada 1984 hingga akhir 1990.

Dalam masa yang sama dengan menggunakan pelbagai nama saya menulis kepada Utusan Malaysia/Utusan Melayu/Mingguan Malaysia/Utusan Zaman, Bintang Timur, Berita Harian/Berita Minggu, Mingguan Bumi, Mingguan Tanah, Mingguan Watan, Merdeka (Mingguan Nusantara). Mingguan Perdana dan lain-lain termasuk majalah.

Laporan Bernama di atas yang turut dicarry oleh Utusan Malaysia hari ini menarik perhatian saya apabila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata beliau tidak tahu yang timbalan presiden parti Nasaruddin Mat Isa sakit dan menjalani pembedahan..........

Apa yang berlaku kepada Ustaz Nasaruddin dilaporkan melalui laman web Harakah, Siasah dan blog-blog pro-Pas/PR. Kalau pun Tok Guru mungkin tak ada kesempatan untuk membacanya, tak 'kanlah pegawai-pegawainya, terutama pegawai akhbarnya tidak memaklumkannya, malah orang parti pula tak 'kanlah tak tolong beritahu.

Kalau betullah Tok Guru tak tahu kerana tidak baca laporan mengenainya dan kerana tidak diberitahu tentang keadaan semasa Timbalan Presiden Pas, maka terbukti ada kebocoran, ketirisan dan ketembusan kepimpinannya di sana sini.

Kalau perihal orang nombor dua dalam parti pun tak ambil peduli, dari lojiknya, macam mana dengan hal-hal yang lain yang lebih jauh dari dirinya sebagai MB dan Mursyidul Am Pas nak dipedulikannya.

Cara Tok Guru memberi reaksi terhadap kes Ustaz Nasaruddin itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Tok Guru jenis bila ulas dan bercakap tentang sesuatu, bukannya setelah beliau benar-benar tahu apa yang diulas dan dicakap sebenarnya.

Maka kerana jadilah beliau apa yang dikategorikan oleh sahabat saya saudara MSO bahawa Tok Guru banyak meraban akhir-akhir ini. Meraban membawa erti melakukan sesuatu tanpa diketahui dengan jelas apa yang dilakukannya.

Saya yakin Tok Guru tolak dan marah sangat terhadap pihak yang bersetuju dengan gagasan kerajaan perpaduan kerana beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak cuba ambil tahu tentang konsep, falsafah, tujuan dan apa perlunya gagasan itu sehingga beliau sanggup menyanggah gagasan Presiden yang atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin tidak boleh menyanggahnya (Presiden).

Tok Guru kata Umno sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin pun bagi saya kerana beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak ambil tahu apa itu Umno sebenarnya dan apa tujuan ianya ditubuhkan serta peranan yang telah, sedang dan akan dimainkan dalam membangun dan memakmurkan negara dan rakyat pelbagai kaum.

Kalau Tok Guru berkesempatan jumpa Haji Abdullah CD, Haji Rashid Maidin (kini Allahyarham), Haji Abu Samah Mohd. Kassim (kini Allahyarham) atau setidak-tidaknya Mat Amin (pengendali blog Kampung Perdamaian) pasti tanggapan/persepsinya terhadap PKM, terutama Rejimen Ke-10 PKM, akan berubah sebagaimana berubahnya persepsi beliau terhadap permainan wayang kulit dan persembahan Dikir Barat yang pernah diharamkan seawal beliau menjadi MB dulu tetapi dihalalkan apabila beliau bersemuka dengan penggiat kedua-dua seni budaya warisan nenek moyang itu.

Malah selepas melihat snooker di Cina, beliau kata permainan snooker di Kelantan yang sebelumnya diharamkan dibolehkan, konsert-konsert juga dibenarkan, malah beliau boleh beramah mesra dengan penyanyi rock, boleh terima Mawi sebagai produk kelahiran realiti tv (AF) yang dikatakan tidak selari dengan Islam.

Bagi saya beliau tidak cukup tahu, tidak diberitahu dan tidak cuba ambil tahu apa itu komunis dan apa itu ajaran sesat Ayah Pin sehingga kedua-duanya disamakan dengan Umno.

Dan tidak mustahil Tok Guru juga tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak ambil tahu tentang apa itu Pas, siapa yang menubuhkannya, siapa yang meluluskan pendaftarannya, apa yang dilakukan oleh orang Pas sekarang, termasuk di sekelilingnya menyebabkan beliau melihat Pas begitu suci.

Bercakap benda-benda yang tidak benar-benar diketahui latarbelakangnya akan mendatangkan banyak mudharat dan musibah. Umpamanya suatu ketika timbul kes anggota exco Takiyuddin Hassan berbini dengan anak Dato' Kamaruddin Abdullah. Orang Pas percaya dan sebarkan berita tidak benar itu.

Hal tu dilapor dalam blog saya oleh penjenguk. Abe Jak datang jumpa saya menafikannya kerana dia tahu perkara itu tidak benar. Anak Dato' Kamaruddin Abdullah adalah anak saudara Abe Jak. Saya kenal Dato Kamaruddin lebih awal dari saya kenali Abe Jak.

Dato' Kamaruddin adalah adik seibu dan sebapak Abe Jak, sama-sama baka Pakistan mari. Kenapa Dato' Kamarudin bin Abdullah dan Abe bin Abas? Saya ada maklumat, sepupu Aba Jak dan Dato' Kamaruddin yang sebin dengan Dato' Kamaruddin adalah kawan saya.

Dato' Kamaruddin orang kuat Umno, Abe Jak orang kuat Pas. Adakah kedua-duanya kalau berjumpa akan berkepal buku tangan dan ajak bergocoh. Jawabnya tidak. Bila berjumpa masing-masing akan berpelukan dan berkanda beradinda penuh mesra.

Anaknda Tok Guru, Ustaz Nik Abduh dikaitkan dengan penggunaan kereta yang kononnya disponsor oleh Abe Jak menyebabkan bekas orang Umno dan S46 yang menyertai Pas untuk menjadi seperti Khalid Ibnu Walid dalam Pas itu dan anaknya (Cikgu Mi yang cukup kenal dan agak mesra dengan saya) memberikan fakta-fakta sebenar.

Orang Pas sebarkan fitnah itu kerana berdasarkan maklumat-maklumat yang tidak tepat dan hanya berdasarkan maklumat rambang, malah tidak mustahil bersulamkan niat yang tidak berapa harum terhadap Ustaz Nik Abduh dan kepada Tok Guru sendiri.

Saya nampak (saya minta ampun dengan Allah kalau apa yang saya nampak tidak tepat dan mendatangkan fitnah) kesilapan besar Tok Guru yang tergamak menyatakan sesuai yang sangat janggal bila ianya keluar dari mulut seorang tokoh sepertinya adalah kerana beliau tidak cukup tahu, tidak diberitahu dan tidak ambil tahu dengan secukupnya tentang sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu ulasan, apatah seranahan.

Amalan sedemikian boleh memusnahakan reputasi dan prestasinya. Orang yang asyik 'alok'nya belum tentu berniat baik dan suci tetapi yang menegurnya supaya sedar dari kesilapanlah yang akan sama-sama berjelepek dengan beliau jika akhirnya beliau hilang harga di persada perjuangannya.

Orang yang sayangkannya pasti tidak mahu melihat bila bersara dari jawatan MB atau terpaksa tidak lagi aktif dalam politik, Tok Guru akan jadi sebagaimana yang telah terjadi kepada MB dan pimpinan parti yang lepas-lepas, bagi saya suatu tragedi yang amat memilukan!

10 comments:

Anonymous said...

Kawe tahu demo ore lamo pas..

rasonya moleh doh kalu demo nk sokong umno

setaro To Guru demo buleh libas..

ingat la taraf demo tu setaro mano meli.

Demo jange dok kube Pas

~Pok Yah Wokas Che Yeh

pemudacakna said...

Amalkan sikap berani kerana benar takut kerana salah. Beranilah berkata benar walaupun kadang-kadang disanggah.
Tiada sesiapa yang bergelar makhluk Allah yang tidak membuat salah.
Tegur menegur adalah insan yang bermaruah. Usah bimbang apa yang kita buat asalkan kerana Allah. Teruskan usahamu saudara Meli, moga diberkati Allah.

Taunpunya Beruk Mat Yen Kg Kota said...

Nabi pun ada sahabat tegur. Kalau nak kira setara mana sahabat yang tegur nabi berbanding dengan nabi.
Tak 'kan Tok Guru lebih tinggi taraf dengan nabi bila Meli tegur libas untuk kebaikan Tok Guru dan Pas sendiri, suruh ingat taraf Meli setara mana.
Kes dok rasa setara mana dirilah, maka bila Tok Guru celebe kotsir, buat badingan yang bukan-bukan disahut dengan takbir tanda setujuiah tentunya, bukannya nak ghoyat kata tak betul, tok guru silap.
Patutnya ada orang macam Meli kena mujur, biar Meli tukang libas sesuai dengan kandungan surah al-Asyr.
Kena ingat weii, bila orang taraf besar ilmu amal macam Tok Guru, setan hak dok goda dia pun besar statusnya, bukan jenis setan hak dok goda Meli.

Haji Osman Arau Perlis said...

Pas akan punah kalau pemimpin tak boleh ditegur dan enggan menerima teguran. Yang kena tegur as adalah orang Pas, orang parti lawan macam mana nak tegur pasal dia orang tak tahu apa itu Pas dan apa yang belaku dalam Pas.
Bolehkah komen-komen dibuat guna bahasa standard, susah kami orang luar Kelantan nak faham.

tokey kambing pintu geng said...

setan yg duk kerumun tok guru tu semo setan gred A, buke jenis setan cakiya, cap ayam...

hok tu ore pas kena kaba etek...taraf nik aziz kan tok guru, jadi setan yg dihantar utk goda dia pun setan jenis tok guru jugok la weh...sbb tu nik ajis duk meraban kokse, sbb dia gelap mata, dia ingat setan-setan yg mari goda dia tu setan cap ayam yg dia boleh rembas tk tentu pasal...

sbb tu kan ada dlm sejarah islam kita ramai alim ulamak yg dijanjikan neraka kerana riak, sombong, bodoh dan takabur dgn amal ibadat dan kealiman serba jubah serban dia

yes said...

Ya Allah Ya A'Alim Allah yang maha mengetahui. Apa juga niat kita menulis semua di ketahuinya. Jadi berhati hatilah ketika mengeluarkan kata kata. Jangan bangga jika di puji dan jangan gusar ketika di keji. Ada masanya teguran itu lebih baik dari pujian. Perbuatan yang keji tidak akan di berkati Allah.

Anonymous said...

Aku bukak blog meli nih sebab blog dia dok di atas blog tukar tiub dalam tranungkite. Kalu tak, mampus aku tak kenal meli kapak gelebek nih.

Jauh beza dengan tukar tiub. Nampak sangat meli dok bawah tempurung.

Kah..kah...kah...(stail tukar tiub gelak)

Sulung a/l emvung Kuala Berang said...

Kalu mu tak kenal Meli pun Meli tak rugi apa-apa. Mu tak suka baca, ramai lagi orang lain suka.
Meli dengan Tukar Tiub tu orangnya tak sama. Pemikiran mereka tentulah tidak serupa.
Apa yang dibawah tempurungnya, kerana Meli tak sebulu dengamnu, kerana hak Meli tulis belaga angin denganmu.
Seingat aku. Meli bukan orang parti politik, penah keja dengan kerajaan Pas Kelantan dan dia tahu apa yang berlaku dalam Pas berbanding dengan apa yang hanya sokong tetapi tudak pernah masuk dalam bakul Pas secara langsung.

manzaidi said...

Selama ini pun tok guru tak pernah terima maklumat terkini mengenai masalah yang dihadapi pemimpinnya dan partinya. Dia tahu pakai godan saja tanpa dapatkan fakta.

muda said...

Mintak ampun dengan Allah jika kita berdosa... tapi kalu dosa dengan manusia macam mana cara minta maaf..