Anggota kabinet dan jentera kerajaan kena bantu realisasikan 11 hadiah untuk rakyat
ANTARA tugas utama seorang ketua, termasuk oleh seorang perdana menteri ialah mengidea, merangka dan mengkerangkakan sesuatu program atau dasar yang dirasakan berfaedah bagi kepentingan orang rakyat.
Bagaimanapun seseorang ketua, sama ada ianya seorang perdana menteri atau presiden tidak akan memampu mrealisasikan apa yang diidea, dirangka dan dikerangkakan bersendirian.
Seberani mana, sehebat mana dan secekap mana pun seorang panglima perang, ianya tidak akan menang dalam peperangan kalau strategi yang dirangka dan dikerangkakan jika tidak dibantu oleh anggota bawahan dalam pelaksanaannya.
Dalam konteks untuk merealisasikan '11 hadiah untuk rakyat' yang diumumkan sempena 100 hari menjadi perdana menteri, Dato Seri Najib sebagai pengidea, perangka dan pengkerangkanya tidak akan berdaya melakukannya menjadi kenyataan jika tidak dibantu secara peroaktif oleh anggota kabinet dan jentera kerajaan.
Sehubungan dengan itu perdana menteri perlu dibantu oleh anggota kabinet dan jentera kerajaan bagi merealisasikannya supaya ianya tidak akan hanya tinggal sebagai suatu bentuk retoriksme.
Dato' Seri Najib sendiri kena terus berazaman untuk menjadi perdana menteri 100 kali lebih baik sepanjang menjawat jawatan itu berbanding dari sepanjang 100 hari beliau menduduki kerusi berkenaan yang hakikatnya jauh lebih payah dan lebih mencabar dari menjadi ketua pembangkang.
Sebagai perdana menteri, Dato' Seri Najib kena menganggap semakin banyak kritikan, teguran dan bantaian pembangkang terhadapnya membuktikan bahawa kedudukannya sebagai perdana menteri semakin kukuh dan pembangkang semakin payah untuk menggugatnya secara peribadi mahu pun atas nama peraju kerajaan dan parti.
Beliau kena yakin bahawa beliau tidak akan binasa kerana ketutukan dan beliau juga tidak akan boleh meningkat dalam kerjayanya kerana dipuji dan dijulang, di samping kena juga disedari bahaya sesuatu yang pahit lazimnya berubat manakala yang manis akan menyumbang padah dan musibah.
Cuma kalau boleh saya cadangkan, dalam bab mengurangkan jenayah, Dato' Seri Majib patut memberi penekanan kepada menyekat dan membasmi keberleluasaan kegiatan ah long di samping memberi tumpuan kepada mengurangkan jenayah ragut dan curi kenderaan.
Saturday, July 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bejurus nyer meli biler beri komen pada najib ada aper2 kerrrrrr..
Tak 'kan Manjib nak senatorkan Meli dan jadikannya anggota kabinet kot.
Kamham mudah prejudis dan berprasangka buruk. Yang patut puji kena punji yang patut keji kena keji. Yak tak Meli?
Saya tak maklum '11 hadiah PM kpd rakyat' tuu ... termasuk jugak ke hal2 KETELUSAN & INTEGRITI BADAN KERAJAAN SPT KEHAKIMAN, POLISIA, ISA, SPR,SPRM, AUKU, AKTA CETAK, rtm, TOL Lebuhraya, ...... DLL yang rakyat dok resah selama ini?
en abuzar .....bila disebut hadiah tu terima je lah ...... kalau abuzar nak smua ......tunggulah abuzar jadi PM nanti....terimalah seadanya yang orang nak bagi.... toksah dok banyak PRASANGKA BURUK kepada orang lain.... ni tak kalau dahn nak lawan orang buat baik kat kita pun nak hentam jugak....mana pondok dan sekolah abuzar belajar tu... buat malu je.
Post a Comment