Anonymous said...
assalamualaikum buat mkj n semuasaya tak tau nak komen kat mana, just letak kat sini kerana ini posting terbaru abe li. tulisan abg li ni kekadang just tulisan la, kalu buleh nak juga tgk gambar2 abe li ker, atau apa2 gambar ker yang berkaitan posting ker, mana tau kalu jumpa kat kb mall boleh minta sain autograf. really wajah abe li yang ada dalam kepala saya masih seperti di tahun 90 an. dengan kurus n bermisai macam halim yazid(anak tupai) skang. kalu ada gambar2 baru n lama kan menarik.
assalamualaikum buat mkj n semuasaya tak tau nak komen kat mana, just letak kat sini kerana ini posting terbaru abe li. tulisan abg li ni kekadang just tulisan la, kalu buleh nak juga tgk gambar2 abe li ker, atau apa2 gambar ker yang berkaitan posting ker, mana tau kalu jumpa kat kb mall boleh minta sain autograf. really wajah abe li yang ada dalam kepala saya masih seperti di tahun 90 an. dengan kurus n bermisai macam halim yazid(anak tupai) skang. kalu ada gambar2 baru n lama kan menarik.
a.m
July 21, 2009 2:08 AM
July 21, 2009 2:08 AM
Terima kasih kerana jenguk blog saya. Sebenarnya kalau anda nak jumpa saya di pasaraya mungkin ianya tak kesampaian kerana saya paling tidak suka ke pasaraya. Sekarang (bila perniagaan saya tersangkut seketika) saya banyak habiskan masa di Pantai Seri Tujuh, memancing.
Yang on sekarang ni hanya perniagaan membeli dan melupuskan kereta terpakai. Macam mana pun ianya diuruskan oleh rakan niaga saya, Mr Lim. Saya lebih memberi tumpuan kepada kerja-kerja teknikal, terutama urusan dengan pihak berkuasa.
Dua faktor kenapa perniagaan (penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku) tersangkut, pertama kerana masalah dana, kedua kerana pejabat saya (bangunan dua tingkat di kepala jalan nak masuk Pasaraya Tesco - dekat Mee Isa) kena dirobohkan kerana terlibat dengan pembinaan jambatan baru.
Walaupun ada pihak yang mentertawakan saya kerana perniagaan saya sangkut, namun saya tetap tidak akan patah semangat, saya tahu apa yang berlaku ada hikmahnya, setidak-tidaknya saya boleh kenal antara kawan dengan sahabat dan pekerja yang bekerja untuk berjuang atau sekadar kerja untuk dapatkan habuan.
Insyaallah kalau tidak ada ada aral melintang setelah permohonan pembahruan permit Mingguan Konsep, majalah Wasilatul-Ummah, Aneka Peristiwa dan Geletek diluluskan oleh KDN dan hasil penjualan Mingguaan Wasilah berjumlah RM300,000 9Ringgit: Tiga Ratus Ribu)dilunasi oleh pembelinya ikut perjanjian, perniagaan saya akan dionkan semula di sebuah pejabat baru di Jalan Kuala Krai.
Doakanlah kejayaan saya. Kalau dah ada pejabat kembali, anda bolehlah datang ke pejabat, semolek-moleknya bersama tulisan untuk akhbar dan majalah saya. Sekarang kalau nak jumpa datanglah ke rumah. Setidak-tidaknya boleh minum air sejuk (kawan saya kata paipesi).
Atas permintaan anda, maka saya pamerkan gambar terkini saya. Kawan-kawan kata saya sudah jauh berisi, mungkin kerana saya tidak lagi merokok, makan pun cukup berlera, membujur lalu melintang telan.
Macam mana pun gambar saya tidak banyak berbeza dengan yang dimuatkan pada masshed blog saya. Kalau jumpa di mana-mana sapalah, saya ni jenis pemalu sikit, jarang menyapa orang dengan kata-kata selain dari hanya dengan senyuma, lagi pun saya dari jenis tidak banyak bercakap.
penawarrindu said...
Soalnya abang Meli ialah dalam Islam setiap pertuduhan mesti ada pendakwaan sebelum dihukum mestilah dibuktikan dulu bersalah. Bukannya pakai tangkap dan muat terus. Bila sesuatu yang bercanggah dgn islam maka hukumnya haram.
Soalnya abang Meli ialah dalam Islam setiap pertuduhan mesti ada pendakwaan sebelum dihukum mestilah dibuktikan dulu bersalah. Bukannya pakai tangkap dan muat terus. Bila sesuatu yang bercanggah dgn islam maka hukumnya haram.
July 21, 2009 1:21 AM
Ustazah barangkali bercakap mengenai ISA. Soal hukum rasanya Ustazah lebih arif kerana setidak-tidaknya ustazah mengaji sampai U, saya tidak. Rasa kecil benar diri ini untuk berhujah dengan Ustazah.
Macam mana pun biarlah saya anggap saya mahu belajar dan atas dorongan ingin tahu, maka saya ingin katakan bahawa kita tidak boleh sempitkan pemikiran dan kefahaman. Memang betul ISA tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w.
Hakikatnya banyak yang tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w. ada pada zaman kita. Zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada kereta, tidak ada bedil, tidak ada bom, tidak ada kertas (pembukuan al-Quran dan Hadis pun dibuat lama selepas kewafatan baginda) macam zaman kita.
Tetapi harus diingat, dalam memimpin pasukan perang, adakalanya setelah menerima maklumat risikan, baginda memerintahkan ketumbukkan mujahid membuat serangan terlebih dahulu kerana jika membiarkan musuh serang dulu, mungkin tentera Islam akan kalah.
ISA pun macam tu juga. Walaupun ianya digubal oleh orang putih tetapi kerana ianya ada faedah terutama bagi langkah-langkah pencegahan, maka ianya bagi saya boleh diterima pakai. Sebelum ditangkap risikan dibuat.
Mungkin ada yang teraniaya dan ditahan kerana pihak berkuasa diberi maklumat berniat jahat oleh pemberi maklumatnya. Itu salah pemberi maklumat yang mulut dan perut busuk, bukannya salah sistem ISA. Lazimnya tahanan dari kelas ini lebih cepat dibebaskan.
Tetapi bayangkan kalau kumpulan macam Hindraf seandainya pemimpinya tidak diISAkan, apa akan jadi kepada negara. Mereka yang pernah ditahan dibawah ISA sebenarnya ada perlunya mereka ditahan. Ibrahim Ali umpamanya, apa akan jadi kepada negara jika ketika beliau diISAkan tetapi akta itu tidak ada. Beliau tahu kebaikan ISA dan beliau tidak mahu ISA dimansuhkan.
Barangkali tidak ada yang menafikan bahawa ada tahanan ISA yang asalnya tidak warak mana menjadi lebih warak bila jadi tahanan ISA, yang tidak hafal Quran pun jadi boleh hafal. Mereka dari jenis ini tentu melihat dengan mereka diISAkan ada hikmahnya.
Lagi pun kita yang bukan polis, kita yang bukan memikul tugas menjaga keamanan tidak mungkin tahu betapa mencegah sesuatu yang perlakuan atau tindakan yang mengancam kenteraman awam jauh lebih baik dari usaha untuk menghentikan apa yang berlaku. Pada saya ISA banyak membantu meringankan tugas polis.
Kepada saya ISA itu sama juga seperti program perancang keluarga. Perancang keluarga sepatutnya tidak menjadi amalan umat Islam kerana ianya haram jadah, menghalang kelahiran. Tapi kerana jahil, wanita Islam lebih ramai yang merancang keluarga berbanding dengan bukan Islam.
Demikian juga dengan ISA, sepatutnya kita boleh agak ianya untuk siapa kerana umat Islam tulen tidak akan merancang dan melakukan sesuatu yang boleh mengancam ketenteraman awam.
Umat Islam tulen tidak akan berdemonstrasi dan menyertai perhimpunan haram atau melakukan provokasi yang boleh menyumbang kepada berlakuknya huru hara yang boleh merosakan harta benda awam dan membantutkan aktiviti harian masyarakat terbanyak.
Ini adalah kerana negara kita mengamalkan demokrasi yang membolehkan kita menukar kerajaan menggunakan suara majoriti rakyat, ruang dan peluang secara sopan dan telus masih terbuka untuk tujuan menukar kerajaan.
Umat Islam yang sertai demonstrasi dan perhimpunan haram dalam menghadapi sesuatu isu di negara yang tidak menyekat peluang mereka untuk menukar kerajaan melalui pilihanraya, bagi saya, adalah melakukan dosa.
Ustazah jangan pakai pandangan saya ini tetapi kalau boleh betulkan saya kalau saya silap!
5 comments:
assalamualaikum buat mkj n semua
satu kelebihan abg li, memberi pendapat n meminta disemak semula. maybe pendirian ni akan terjelma setelah kita menjadi orang yang tidak berkepentingan. really saya memerhatikan tulisan abg li sejak sekian lama, semasa saya remaja(pertengahan tahun 90an). kalau dibukukan, akan nampak perbezaan fikrah dari 90an masuk abad ni. saya jarang memberi komen di ruangan mkj ni, saya lebih suka memerhati n akan terus memerhati.
terasa nak berjumpa mata dengan abg li, namun saya jauh di kuala krai, sempadan gua musang. jarang2 saya ke kb. terasa nak tanya apa yang berlaku sekitar tahun 1997-2002. tahun2 saya di kaherah(zaman saya x lagi mengikuti tulisan abg li)yg menjadikan abg li agak berbeza. biarlah berbeza, saya tetap mengikuti tulisan abg li walau dalam senyap
walaupun tidak semua pendapat abg li saya setuju, dan ada yang cukup bertentangan dgn fikrah saya, saya tetap terima abg li seadanya. menulislah...walau pun pahit...ada yang menilainya. semoga berjaya
a.m (abu muhammad)
ahli pas no 421646
atas alasan ijtihad maslah amman .. perlu undang2 separti ISA ini?
Dizaman Rasulullah SAW & para sahabat, khulafa' arrashidin, ... tiadakah perangai orang2 yang suka buat onar, rusuhan, sabotaj, provokasi, manipulasi ...dll ? siapa tak kenal Abdullah bin Ubay bin Salul (Chief munafikin), agen2 yahudi madinah, agen2 musyrikin makkah, spy2 Kerajaan Rom dan Parsi, dll... Mengapa mereka tiada gubal/ijtihadkan undang2 ala-ISA nih? .... para sahabat tetap melalui proses pengadilan/ mahkamah yang telus dan berintegriti tanpa pilih kasih/ pilih bulu bila berdepan dengan pelbagai isu/ pertikaian. ... KEADILAN ISLAM YANG HAKIKI dibawah naungan wahyu Allah tanpa tersirat agenda peribadi dan kegelojohan nafsu ... akhir ISLAM menjadi tempat rujukan dan naungan seluruh ummah (muslim + zimmi) ....membina tamaddun & empayar yang agong!
Apakah kita masih bersandarkan hujjah aqliah & nafsu saja, bagaikan "kaum mu'tazilah moden" ....???
Islam begerak mengikut zaman. Keperluan dan cara hidup juga kena bergerak. Kita tidak boleh terus naik unta dan naik kuda. Dalam perang kita tak boleh lagi guna pedang, tombak.
Mencegah puak pelampau zaman dulu tak macam sekarang. Dulu sekali pedang hanya seorang yang cedera atau mati, sekarang sekali bom meletup, bukan ratusan orang boleh cedera dan mati, bangunan pun boleh ranap.
Rasulullah s.a.w. buat masjid guna batang dan pelepah tamar, sekarang orang buat masjid dengan batu marmar. Dulu mana parti politik, ada kena bayar deposit untuk jadi calon pilihanraya (semacam ada pembelian/pertaruhan untuk dapatkan jawatan), dulu mana ada kereta, kapal terbang, kepal laut.
Tetapi senjata, kenderaan dan cara hidup diubah ikut kesesuaian zaman. Pokonya jangan syirik, niat dalam apa pun yang kita buat adalah kerana Allah. ISA kalau digunakan untuk mencegah kemungkaran berdemonstrasi,perhimpunan haram dan provokasi yang boleh menyebabkan keadaan yang serba baik menjadi buruk tetap berpahala.
Rasulullah s.a.w. dah tinggalkan al-Quran dan Hadis sebagai pusaka unuk mengelak dari umatnya sesat dan disesatkan jika keduanya dijadikan rujukan mutlak. Baginda tahu kehidupan umat baginda selepas keafatan baginda tidak akan zaman dengan zaman hayat baginda dan para sahabat. Allah pula kurniakan akal. Bila akal, al-Quran dan Hadis digabungkan nescaya umat Islam mampu mnjadi umat Islam yang brkualiti. Bagi saya perintah serang dulu sebelum musuh menyerang dan pembinaan parit (khandak) dalamPerang Khandak adalah antara langkah-langkah pencegahan mengikut keperluan pada waktu itu manakala ISA adalah terjemahan daripada itu. Kalau sekarang untuk cegah reusuhan digali parit, bolehkah rusuhan dan demonstrasi dihadang. Anggaplah ISA itu sebagai parit dan perintah srang dulu sebelum musuh menyerang. Kita jangan terlalu sempit. Kalau tidak mungkin Pas tidak akan sertai plihanraya kerana zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada pilihanraya, apatah lagi kena bayar deposit (pertaruhan)sebagai syarat bertanding. Oleh itu pada saya kita jangan sempit pemikiran (pnjam kata abang Meli).
Tak payahlah mentang-mentang pakai kopiah dan simpan janggut sikit-sikit maka nak jadi lebai lebih dari mufti atau majlis fatwa. Semolek-moleknya para mufti dan majlis fatwa keluarkan fatwa mengenainya. Pun begitu saya yakin pembangkang akan tetap tentang dan akan dianggap fatwa dari ulamak terompoh kayu tak boleh pakai. Kalau guna mufti atau imam besar besar Mekkah pun Pas aka kata fatwa dibeli. Yang betul hanya Pas yang tidak disedari bahawa hanya anggap dan rasakan apa yang orang Pas kata atau fatwakan sahaja betul itu sebenarnya ada unsur-unsur riak, sombong, angkuh dan takbur. Unsur-unsur sedemikian membawa dosa sebenarnya.
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari thaghut itu. Dan syaithan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.
QS. an-Nisa' (4) : 60
Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.
QS. an-Nisa' (4) : 61
Maka bagaimanakah halnya apabila mereka (orang-orang munafik) ditimpa sesuatu mushibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna".
QS. an-Nisa' (4) : 62
Assalamualaikum,
Sy baru jumpa blog ni dan dapati pandangannya bernas juga. Yg mana saya boleh terima saya terima, yg saya tak setuju saya simpan je. Sy bukan lulusan Ijazah yg pandai berhujjah.
Pasal ISA, dulu ramai pembangkang (termasuk Karpal Singh) kena ISA. Bila keluar tak pulak mereka ni saman Kerajaan dan/atau PM masa tu pasal tahan mereka secara HARAM. Kenapa ek ?
Nak tahu dari mereka yg lebih tahu.
Nani Cheras
Post a Comment