Sertai upacara nyalakan lilin peringai kematian: pimpinan Pas tidak sependapat
MENGELIRUKAN. Ketua Dewan Ulama Pas kata majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan, yakni tidak jelas antara halal dengan haram.
Bekas Naib Presiden Pas yang kini adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang dilantik, Dato' Haji Husam Musa yang juga exco kanan kerajaan negeri yang kononnya disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar Kelantan sebelum ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.
Soalnya siapa yang lebih betul dan patut diterima pakai kerana yang kata meragukan adalah Ketua Dewan Ulamak Pas manakala yang mempertahankan, yakni membawa maksud boleh pula adalah seorang tokoh yang boleh dikira berpengaruh dan anggota exco kepada kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam.
Juga akan timbul persoalan di kalangan masyarakar terbanyak, termasuk di kalangan pendukung dan penyokong Pas kenapa di kalangan pemimpin parti itu selalu tidak seragam pendapat dalam banyak perkara sedangkan hukum hakam mutlak sifatnya.
Kelaziman juga bila terjepik, akan dikatakan pihak media salah lapor atau sengajar memutar-belit dan mengada-adakan cerita. Dalam hal yang meragukan ini, agaknya kenyataan dan pendapat siapa pula di antara Harun Taib dengan Husam yang akan didakwa akhbar salah lapor dengan niat jahat?
Bagi Harun Taib, Muhammad Nizar sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifat upacara menyalakan lilin itu yang meragukan itu. Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli Pas.
Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan. Beliau juga kata ianya bukan satu fatwa tetapi suatu ketetapan atau garis panduan yang telah diputuskan oleh Dewan Ulamak Pas selama ini.
Menurut Harun, Rasulullah sendiri amat menitik-beratkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
Hadis berkenan menyuruh umat Islam meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Dalam kes pandangan Harun Taib dan Husam bukan sahaja meragukan tetapi mengelirukan.
Mungkin Husam mempertahankan tindakan Muhammad Nizar itu berpandukan kepada sebuah hadis yang mana Rasulullah s.a.w. pernah bangkit berdiri menghormati jenazah yang lalu dihadapan baginda, lalu sahabat kata: itu mayat Yahudi yang kafir & musuh Allah. Rasul s.a.w. menjawab bahawa diakan juga (merujuk kepada jenazah) seorang manusia.
Ulamak dan cendekiawan Islam yang tidak bias mana-mana politik patut tampil dengan pandangan dan hujah bagi menghapuskan kekeliruan dan keraguan serta untuk dijadikan panduan pada masa-masa akan datang pada zaman umat Islam sendiri semakin renggang dengan al-Quran dan Hadis yang merupakan penyakit akhir zaman.
Wednesday, July 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Patutkah demi menjaga maruah seorang ahli, sanggup mempermainkan hukum Allah. Antara Halal dan haram tak sanggup diluahkan! Ada kata haram, ada kata boleh. Yang mana satu nak pakai? Amat mengelirukan orang Islam.
Patutkah seorang ulamak berbuat demikian?
Apakah kalau kena batang hidung sendiri tak sanggup kata haram?
Adakah ini ulamak yang sebenar?
... keliru antara dua!
Jangan biarkan umat Islam dikelirukan.
Bagi saya la...
Nabi s.a.w menghormati jenazah yahudi itu. (Jenazah melalui depan nabi).
Tapi nizar memberi penghormatan (dengan menghadiri majlis)
Pandangan saya aje..
Betullah kata Abang Li, kalau tanya Tan Seri Harusani atau Dr Mohd. Asri Zainalabidin dan cendekiawan Islam yang lain apa yang dilakukan oleh Muhammad Nizar itu terlarang. Orang dalam Pas dari Dewan Ulamak pun kata tak patut Nizar sertai, cuma kumpulan edorgan saja kata boleh. Macam mana keulenan Kkisalaman Pas boleh mendapat sokongan majoriti umat Islam negara ini.
Tapi kalau Tok Guru Nik dan seluruh pendukung dan penyokong Pas kata boleh walaupun kalau Tok Guru Haji kata boleh, belum tentu semua orang Pas menerimanya. Seolah TGNA itu ibu bagi segala hukum, bagi saya ianya ada unsur-unsur pembehalaan esama manusia.
salam abe mkj,
setuju pandangan abe li tapi sedih tgk set2 pas ni wak main2 hukum Allah sbb politik...tok guru pun ,mace takut nak jwb bilo ore tnaya pasl nizar ni..bakpo gak..takut gapo..xkela tok guru xtahu hok mano betul ko xbetul....tokkela tok guru takut kot geng erdogeng kot....
Kes Nabi s.a.w amat berbeza dengan Nizar.
.... Nabi, jenazah yahudi lalu ke arahya lalu dia menghormati dengan bangun sahaja.
.... Nizar, sengaja pergi ke arah majlis dan sengaja memegang lilin menghormati jenazah yahudi.
kan keadaan berbeza itu.
Takkan perbezaan ini tak boleh fikir.
Kok mana mana pun kena aku buwi fatwa, hak bulih nya ialah mung buwi banyak banyak derma kak ku, untuk bekki ketik aku. Hak lebih tu aku buat beli TOTO, kalu kena kita bagi 2 koo guana Khir Jamalun Al alopasirunn?
Isu2 sensasi politik .. yg khilaf ...
Nizar pegang lilin peringati kematian Teo Beng Hock,
exPM tunduk hormat kearah Tugu,
KuLi pakai tanjak kadazan bersalib,
Tok guru NA masuk ketek (kuil) siam upacara semadi sami budha,
Tok guru NA bagi bantuan masyarakat siam diketek,
Melayu dok amalan april fool,
Melayu sambut hari telentine,
Amalan Sambutan Tahun Baru Masihi,
Pemimpin pakai bow-tie ala-paderi kristian,
Melayu kongsi raya: Deepa-raya dll
Meraikan hari raya Deepavali, Thaipusan, Wesak, Tahun Baru Cina, ...hari gawai, dll,
Bersalaman lealki-perempuan bukan muhrim/ kafir,
tangan pemimpin pegang bahu (tak berkain) wanita cina,
Perempuan melayu pakai sari/chongsang terbuka aurat,
Amalan YOGA,
Melayu dok sambutan harijadi seperti amalan kafir,
Melayu pasang pelita/api masa malam tujuh likor,
Majlis bersanding macam budaya hindu,
Melayu dok kenduri arwah 7hari, 40hari, 100hari,
Pemimpin melayu dok pakai bomoh & jampi hindu, ada guna bomoh siam, dsb,
Guna sumpah buku surah yasin supaya undi,
Melayu
...........
........... dll.
Para ahli hukum, ahli fiqh, ahli tafsir, ahli hadist, mufti2, qadhi2, alim2, ulamak, profesor agama Islam kena syurakan .. ijmakkan...kitabkan supaya ummat dapat pedoman yang jelas. Jangan masing dok hukum sendiri mengikut selera masing2.
Tiadalah dibising pulak terhadap dosa2 yang qati'e ... zina .... minum arak .... berjudi .... bunuh orng, fitnah orang, .. dedah aurat, .... syirik/khurafat.
Sepatutnya Pas yang dalam namanya ada Islam patut perjuangkan ini semua, biar benda-benda macam ni selesai dulu sebelum perjuangkan hudud. Bila semua dah sedar tentang apa yang halal dan haram, nak laksanakan hukum hakam yang lebih berat, termasuk gudud akan mudah.
Macam mana nak laksanakan hukum hudud kalau umat Islam, termasuk pemimpin, pendukung dan penyokong Pas sendiri pun masih bercanggah dalam menetapkan hukum.
Jangan merujuk kepada Umno, kononnya bila Umno buat tak apa Pas tak boleh. Pas kena merujuk al-Quran dan Hadis, bukan merujuk kepada Umno. Pas dengan pastikan tindak tanduk pemimpin, pendukung dan penyokong benar-benar selari dengan Islam tulen.
Saya setuju dengan Meli, kalau Pas benar-benar mengamalkan Islam sejati, sekalian makhluk di langit dan di bumi akan sokong Pas, umat Islam Malaysia khususnya mahu kalau kerajaan perlu ditukar, kerajaan pengganti BN mesti guna acuan Pas, kerajaan yang kalau Islam/hukum hakam kata tak boleh, maka kena tak boleh dalam keadaan apa sekali pun, kalau yang boleh kena kata boleh walaupun dari sudut kepentingan politik barangkali ianya merugikan. Pas juga tak boleh takut akan hilangan sokongan atau pimpinannya lambat merasa menjadi anggota kabinet kalau ikut 100 peratus hukum hakam. Kalau keadaan itu berlaku, Islam yang Pas perjuangkan sudah tidak tulen lagi.
Agak-agaknya lah, kalau hukum hudud ala PAS, Jika anak orang UMNO buat kata haram dan jika anak orang PAS buat kata boleh dan carilah mana-mana hadis nabi yang boleh menghukum sedemikian.
Sdr Meli.....inilah yang dikatakan virus yang paling bahaya yang memecahkan umat Islam di negara kita sekarang....dan virus ini lebih bahaya dari H1N1.....kecelaruan dan kekeliruan umat Islam dalam hal ini akan berterusan... selagi ada fatwa berteraskan politik dan bias kepada individu dari kumpulan yang sama. Benda yang jelas dikaburkan mengikut kepentingan masing-masing.
Virus ini akan terus merebak dan memusnahkan akidah dan pegangan orang Islam....Dalam isu ini adat dan agama dijadikan alasan untuk membenarkan atau menghalalkan sesaorang hadir. Apa-apa pun antara upacara adat dan upacara agama terus dimainkan oleh mereka yang bergelar atau dinobatkan sebagai Ulama. Sebab upacara adat dan upacara agama selalunya bersatu dalam sesuatu upacara.
Pada ambo semua isu yang berlaku ini hanya satu tujuan saja iaitu mendapat sokongan politik semata-mata.... kenapa kematian cina lain tidak diberi penghormatan sebegitu rupa oleh DSAI dan pengikutnya serta Nizam sendiri...., sebab kematian cina lain itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan politik....pada mereka.
Mengapa isu Nizar pegang lilin yang samar2 dari segi hukumnya kita perbesarkan?
Mengapa isu pembunuhan/kematian yang meragukan - kes jenayah berat tidak diambilberatkan?
Jika nizar pegang lilin sebagai hanya simbolik kepada protes/ sokongan terhadap mereka teraninya - mungkin ini taklah sesuatu tasyabbuh kepada amalan ibadah kufar (yahudi/ nasrani/ hindu/ budha, dll). Bagaikan orang melayu pakai topi ala rabi yahudi, pakai tali leher ala kristian, angkat ibu jari sabagi simbol ok/ beres/ berjaya/ bagus. Asykar melayu dok tabik ketua macam asykar kristian/ kuffar. Tembakan 21 das semasa hari pertabalan raja melayu. dll. Ia lebih merupakan adat kebiasaan.... tidak bercanggah jika jika bersalahan dengan mana2 peruntukan syarie dan jika tidak diqasadkan sebagai satu ibadat.
Sekiranya amalan tasyabbuh dan ditokoktambah sebahagian dari ibadat Islam yang bersalahan dengan sunnah Rasul SAW, maka ianya kurafat, bidaah, syirik, dll. na'au zubillahi min zalik.
Mengapa kita tak hirau wanita2 Islam dok dedah aurat, pergaulan bebas tanpa syarie, yang dok makan harta riba, rasuah, penyelewengan, penipuan,....., yang dok buat dosa besar yang terang2 .... ??
Ada kita, orang melayu, puak sangat gemar berkata2 tentang agama. Walaupun kuasa ditangan, tapi amat keberatan nak amalkan syariat dan mertabatkan hukum hakam Allah! ... seperti perangai kaum yahudi, ahlilkitab!
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (al-Baqarah : 44)
Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (ash-Shaff: 2-3)
Post a Comment