Era tegur Umno sudah berlalu
(BAHAGIAN KEDUA)
ADA penjenguk antara lain memberi komen terhadap posting MUNCUL KEMBALI (295): ...."tidakkah anda merasakn tulisan anda ini akn mmbantu mengurangkan populariti pas.... sterusnya membantu mngurangkan keyakinan masyarakat pd pas...seterusnya meningkatkn populariti pd umno.....seterusnya meningkatkan pengaruh cengkaman kekuasaan umno,seterusnya menyokong segala kezaliman depan mata yg dilakukan UMNO....sedangkan kita semua tahu dlm politik ..populariti itu penting" .
Apa yang boleh saya faham (minta maaf kalau tersilap) bahawa tulisan saya melalui posting berkenaan menjejaskan Pas. Secara peribadi saya tidak yakin blog yang tidak seberapa pengaruhnya ini kerana pengendalinya bukannya ada pengaruh apa-apa pun boleh sampai sehingga ke tahap itu.
Berapa kerat sangatlah yang jenguk blog saya ini. Cara introkan sesuatu tulisan dalam blog saya ini pun ada yang mahu tolong ajarkan, tentu kerana ada kesumbangan, ketidak-tepatan struktur ayat atau sistem, formula dan rukun penulisan sesuatu laporan.
Saya tidak sekolah tinggi macam kebanyakan pengendali blog yang lain, terutama yang pro pembangkang yang rata-rata pemikiran dan ulasan mereka serba tajam dan serba lengkap dan sempurna, yang barangkali apa yang dicatat semuanya mendatangkan pahala belaka.
Saya tidak yakin apa yang saya tulis membuahkan pahala tetapi saya berserah kepada Allah yang Maha Tahu tentang nawaitu bagi setiap patah yang saya tuliskan.
Kalaulah tulisan saya melalui blog ini jejaskan Pas, maka ianya akan secara tidak langsung akan melabakan Umno khususnya dan Barisan Nasional (BN) amnya. Tentulah bagi orang Pas, dalam keadaan apa pun Umno tidak patut diberi laba.
Sebabnya Umno zalim, itu yang sering dipadat dan dipahat di kepala ahli dan penyokong oleh para pemimpin Pas. Yang selalu bermain difikiran saya ialah apakah majoriti rakyat merasakan mereka dizalimi? Kalau dizalimi, kenapa mandat terus diberikan kepada Umno/BN untuk terus jadi kejam?.
Tak 'kan mereka lebih bangang dari lembu atau Beruk Mat Yeh untuk terus kekal dalam keadaan dikejami. Kalau Pas dan parti-parti pembangkang anggap Umno sebagai parti pemerintah zalim, ianya bukan mewakili majoriti rakyat negara ini pada hakikatnya, ianya mungkin hanya mewakili pemimpin, ahli dan penyokong Pas yang jumlahnya lebih kecil dari bilangan yang menganggap Umno/BN tidak zalim.
Kalau tidak sudah tentu Pas & The Gengs yang jadi kerajaan dan Umno yang jadi pembangkang. Mungkin kerana impian pembangkang untuk bertukar menjadi kerajaan tidak berhasil, maka Umno sebagai tulang belakang parti pemerintah dianggap zalim. Kerana tidak pandai menari kata orang, maka tanah dikatakan tiak rata.
Yang menjadikan kerajaan Umno/BN terus kekal memerintah adalah ia kerana terus diberi mandat. Mungkin kerana majoriti rakyat nampak dan yakin Umno/BN lebih berkualiti dari Pas & The Gengs.
Pas anggap bila tolak Pas bermakna tolak Islam, menyokong Umno bermakna menolak Islam. Itu kata Pas, bukan kata al-Quran dan Hadis. Pas lahir lebih awal 1,400 tahun dari kelahiran Islam.
Yang bermain di kepala saya apa authority yang Pas ada untuk mendakwa Pas itu Islam dan Umno tolak Islam. Lagi pun apakah Pas memang seratus peratus berjuang atas nama Islam.
Apakah Pas tidak taruh bimbang kalau-kalau mungkin akan berlaku kes apa yang disangkakan apa dilakukan itu perbuatan ahli syurga sebenarnya adalah perbuatan ahli neraka manakala yang dianggap perbuatan ahli neraka adalah perlakuan ahli syurga?.
Saya tak mengaji banyak tetapi saya berpegang teguh dan mutlak kepada pesanan Rasulullah s.a.w. jika berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, pasti umat baginda tidak akan sesat kerana kedua-duanya releven hingga kiamat.
Al-Quran larang berkata buruk (orang Pas yang sakan ilmu agama pasti hafal ayat berkenaan, sila rujuk sendiri) tetapi tokoh besar Pas melakukan sebaliknya, maki hamum dan menyamakan sesama Islam dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin.
Bila berlaku keadaan begitu, sebagai orang yang tidak mengaji tinggi, tentulah saya akan berpegang kepada al-Quran (kerana dijamin tidak akan sesat kalau berpegang teguh kepada al-Quran dan Hadis), sekaligus saya akan menolak apa yang tokoh besar Pas/
Ini kerana bagi saya apa yang terkandung dalam al-Quran adalah mutlak dan tokoh besar mungkin silap kefahaman, silap penafsiran atau sengaja mempersisalapkan kefahaman dan penafsiaran kerana tujuan-tujuan tertentu. Al-Quran dan Hadis tidak terdedah kepada pemesongan oleh syaitan dan iblis tetapi tokokh besar kepada Pas pasti terdedah makhluk-maklhuk perosak dan laknat itu.
Tuduhan Umno zalim itu sendiri saya tidak cukup faham, malah saya yakin pimpinan, ahli dan penyokong Pas sendiri pun tidak jelas, hanya ikut kata apa yang pemimpin utama kata. Begitu juga dengan ISA yang dianggap antara suatu bentuk kekejaman Umno terhadap rakyat negara ini.
Masalahnya macam mana orang yang pernah ditahan dibawah ISA sendiri seperti Datuk Ibrahim Ali tidak mahu ISA dimansuhkan, sebaliknya hanya mahu ianya dipinda sahaja. Sedangkan ramai pemimpin, ahli dan penyokong pembangkang yang tidak pernah ditahan, malah tidak cukup tahu pun apa itu ISA sanggup bercawat kotel,berkembang gantung mahu ISA dimansuhkan.
Sayugia diketahui, negara mengamalkan demokrasi. Parti yang terima mandat majoriti, maka parti itulah yang berhak jadi kerajaan. Menentang kerajaan yang terbentuk hasil mandat majoriti rakyat bermakna sengaja mencari balah dengan pemberi mandat, yakni rakyat.
Kalau dah majoriti rakyat terus memberi mandat kepada Umno/BN, maknanya majoriti rakyat menolak tanggapan dan persepsi pembangkang terhadap Umno/BN, termasuk tanggapan Umno/BN zalim dan busuk. Itu hal macam tu pun tak boleh faham macam mana main politik, macam mana nak menjadi pemimpin.
Bagi dalam berpolitik ni sama juga seperti kita sama-sama jual tapai.Ada ke patut bila tapai kita tidak laku dijual sedangkan tapai penjual di sebelah kita walaupun dianggap pakai bomoh, rendam seluar dalam atau tuala wanita sudah guna sebagai pelaris tetapi tapai penjual sebelah kita tetap laku tetapi kita lalat langau pun tak singgah, maka kita cuba terbalik-kuangkan tapai penjual sebelah kita. Ada adat dan pernagi comel kita kalau lagu tu?
Jangan anggap semua pemimpin, ahli dan penyokong Umno bongok, sasau dan sasan, apatah dianggap jahil teropong (lebih teruk dari jahil tukil) sehingga tidak boleh bezakan antara zalim dengan tidak zalim, antara sakit dengan sedap.
Bagi saya para cendekiawan Islam dan kalangan yang jauh lebih alim dari sudut ilmu amalnya berbanding dengan pimpinan Pas, ada berlambak-lambak dalam Umno. Cuma mereka tidak dipanggil dan tidak membina imej supaya dipanggil Tok Guru.
Umno dianggap tolak Islam, sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin walhal Umno 'lah yang mewujudkan PERKIM yang telah mengislamkan puluhan ribu kalangan bukan Islam dan membimbing saudara baru yang mana ada di antaranya kini menjadi penyokong Pas dan menentang Umno. Tapi Umno tak tutup pun PERKIM
Pas pula mana badan khusus untuk tarik bukan Islam masuk Islam? Sepanjang Pas ditubuhkan, sudah berapa ramai bukan Islam berjaya diIslamkan sebagaimana yang peranan yang telah dimainkan oleh PERKIM.
Tumpuan Pas lebih kepada mempertikaikan keIslaman orang lain yang sudah sedia Islam, menuduh kalangan yang sudah Islam menolak Islam kerana tidak sokong Pas. Ayat mana dalam keseluruahn 6,236 ayat al-Quran serta mana ada satu hadis menyebut kalau tolak Pas, maka bermakna tolak Islam?
Kerana itu saya sering bertanya pada diri sendiri, betul ke cara Pas. Saya sedang mencari jawapannya. Lagi pun Umno yang dituduh tolak Islam adalah pencetus kepada usaha kepada Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) yang masih wujud hingga kini.
Tabung Haji, Bank Islam, Yayasan Dakwal Islam Malaysia (YADIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), kerajaan bertulang-belakangkan Umno yang tubuh, demikian juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.
Pas bina satu masjid pun (di Rantau Panjang) belum mula digunakan sampai sekarang. Sebaliknya bila ke Pengkalan Kubur ikut Cabang 4 Tok Mek Ngah, ada patung bersila bersaiz bergasi, kalau ikut Morak, akan terserempak dengan patung berdiri.
Baru-baru ni saya tersesat jalan di Kampung Balai, Bachok. Ada lagi patut besa hampir tinggi dengan pucuk pokok kelapa sedang dalam proses dibina.
Seingat saya masa Umno/BN meerintah Kelantan dulu hanya ada patung bersaiz bergasi tidur di Ketik Terbak sahaja. Saya catatkan ini untuk tambahan fakta dan pihak Pas barangkali tidak menolak hakikatna tetapi orang Umno tidak perlu pergegekannya kerana patung-patung dibina oleh oenganut Buddha bagi menampung keperluan mereka beribadat cara mereka.
Saya tidak akan bangktkan ini jika Pas tidak anggap Umno tolak Islam. Kerana saya saya sering tanya diri sendiri apakah PERKIM, Bank Islam, YADIM, IKIM, JAKIM dan masjid-masjid yang dibina mahu pun OIC dimainkan peranan oleh pemimpin Umno selaku peneraju negara bertujuan bagi memenuhi kerperluan kegiatan maksiat?
Apakah Umno sebagai tulang belakang kerajaan ada sekat kerja-kerja amal ibadah umat Islam, termasuk kerja amal ibadah orang Pas?. Apakah orang Pas dihadang masuk ke perjabat-pejabat kerajaan persekutuan, anak-anak orang Pas didiskriminasikan dalam penerima pelajaran di sekolah rendah, menengah dan juga di peringkat universiti?
Pas asyik minta derma untuk menggerakan parti dan juga untuk bayar gaji petugas parti tetapi orang Umno lebih banyak memberi dan tidak kutip derma. Kerajan Umno/BN banyak memberi kepada rakyat, Pas tidak pernah berhenti mengutip dari rakyat. Bukankah tangan yang di atas itu lebih mulia dari tangan yang di bawah?.
Memang betul pusat perjudian dan pusat hiburan ada di mana-mana muka bumi di Malaysia. Tetapi ianya bukan untuk orang Islam. Negara kita bermasyarakat majmuk dan pelbagai anutan agama. Umat Islam tulen tentu tahu berjudi haram, tetapi kenapa berjudi juga?.
Kenapa umat Islam tidak jijikan tabiat berjudi yang haram sebagaimana jijiknya umat Islam melihat daging babi? Mana-mana yang diharamkan oleh Islam, sebagai orang Islam jauhilah, jangan dekati, apatah lagi melakukannya.
Yang pasti umat Islam yang sanggup melakukan sesuatu yang haram adalah kerana jahil dan tidak cukup sempurna keIslamannya. Sebagai parti yang mendakwa berjuang berteraskan Islam, Pas 'lah sepatutnya yang kena dakwah supaya umat Islam yang jahil akan merdeka dari kejahilan dan ketidak-sempurnaan Islamnya disempurnakan.
Orang Islam yang jahil ini (termasuk saya) akan keliru apabila Umno yang wujudkan PERKIM, Bank Islam, YADIM, JAKIM, IKIM, yang bina masjid dan yang mengideakan penubuhan OIC dianggap tolak Islam, disamakan dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin.
Yang mendalam ilmu agamanya barangkali boleh anggapan dakwaan-dakwaan terhadap Umno oleh pimpinan utama dan hebat Pas sebagai ada maksud berlapis dan memerlukan ilmu yang banyak untuk benar-benar faham.
Masalahnya mereka yang sikit ilmu lebih ramai dari yang banyak ilmu banyak seperti pemimpin, ahli dan penyokong Pas. Prof. Madya Mahmud Zuhdi Abdul Majid, Tan Sri Harunsani Zakaria, Dr Mohd Asri Zainalabidin dan kalangan yang setaraf dengan mereka barangkali adalah antara yang dinilai jahil dan tolak Islam pada penilaian pemimpin, ahli dan penyokong Pas kerana mereka tidak sokong Pas.
Soal hudud bagi saya bukan tidak boleh dilaksakanan tetapi kena dipastikan negara mempunyai tenaga pelaksana yang cukup dan bakal penerima hukuman pula kena faham kenapa mereka kena dihududkan.Misalnya untuk potong tangan bagi pencuri, selain dari kena ada pakar untuk membicarakannya, juga perlu ada pakar untuk kerat tangan kerana keratan bukan boleh berlaku sebarangan.
Kerja memberi kefahaman terhadap bakal penerima hukuman serta kelahiran tenaga pelaksana hudud sepatutnya Pas 'lah yang kena berusaha lahirkannya kerana kalau dengar pada cakap-cakap orang Pas, mereka macam tahu lebih dari imam Masjid Mekkah tentang Hudud. Setidak-tidaknya laksanakan dulu di negeri-negeri yang Pas perintah untuk dicontohi, termasuk oleh keajaan pusat.
Rasulullah s.a.w. rasanya tidak mengutamakan hudud dalam kerja-kerja kenabian dan kerasulannya. Baginda utamakan pembinaan iman dan takwa. Baginda ambil masa selama 13 tahun untuk itu.
Bila dah kukuh iman dan takwa baru perintah sembahyang dikenakan. Setelah umat Islam beriman dan bertakwa serta faham kenapa mereka mesti dihududkan, barulah soal pentadbiran, pertahanan, kewangan dan perundangan dilaksanakan.
Untuk itu baginda ambil masa 10 tahun. Justeru pada hayat baginda, pelaku kesalahan sendiri yang minta dihukum, bukannya pakai lawyer untuk mengelak dari dihukum walaupun sah lakukan kesalahan seperti sekarang.
Kesan penjajahan yang agak lama menjadikan ramai di kalangan umat Islam banyak tidak tahu dan tidak diberitahu, tidak faham dan tidak diberi kefahaman yang sebenar tentang Islam sejati. Pelaku kesalahan akan cuba menyembunyikan kesalahan yang dilakukan, hampir tidak berlaku pesalah minta supaya ia dihukum.
Pas sendiri sejak sekian lama mengatakan kerjasama dengan bukan Islam tidak dibolehkan sehingga Umno dianggap kafir kerana itu. Ianya berpunca dari kerana tidak tahu. Tidak mustahil kerana pakai agak-agak atau pakai hentam kromo kerana kepentingan politik.
Tetapi akhirnya Pas sendiri bekejasama dengan DA, parti politik yang bukan sahaja bukan kepunyaan orang Islam tetapi sangat anti Islam. Lama Pas tidak membenarkan wanita menjadi calon pilihanraya, tentulah kerana tidak diketemukan alasan kenapa wanita boleh jadi wakil rakyat. Sekarang sudah boleh.
Banyak yang dulu Pas kata tidak boleh, sekarang sudah boleh termasuk dalam soal-soal berkaitan dengan konsert dan kebudayaan dan permainan snuker dan belliard. Yang lucunya snuker dan belliard yang diharamkan telah dihalalkan setelah merujud dari Bejeing China, bukannya dirujuk al-Quran dan hadis.
Atas faktor itulah, maka menjadikan saya melihat perkembangan politik dan pentadbiran negara dari pelbagai sudut dan hasil dari pemerhatian, kajian dan tenung renung yang panjang, saya khuatir kalau-kalau Pas dalam keadaan menyangkakan melakukan perbuatan ahli syurga tetapi adalah sebaliknya. Saya berhak membuat sangkaan sebagai memperingatkan diri sendiri kerana saya ada otak yang gunanya untuk berfikir.
Ini sekadar pandangan saya pada waktu ini. Sesiapa pun tidak boleh ikut percaya dengan pandangan saya. Gunakanlah ilmu amal dan daya fikir yang berpandukan rujukan al-Quran dan Hadis untuk MENOLAK atau BERSETUJU dengan pandangan saya.
Kena yakin bahawa saya tidak boleh memberi syafaat kepada sesiapa yang BERSETUJU dengan pandangan saya, malah saya sendiri tidak boleh jamin apa yang saya buat selari dengan hukum hakam, apatah lagi untuk yakin akan masuk syurga.
Macam mana pun saya sentiasa memohon ampun dari Allah dan berharap supaya segala amal ibadah dan apa yang saya lakukan adalah penuh ikhlas dan bebas dari bisikan syaitan dan iblis laknatullah.
Saya akan redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah sama ada akan ke syurga atau neraka kerana saya tidak berkuasa untuk mengubah takdir-Nya. Saya sentiasa merasa tidak layak untuk ke syurga-Nya tetapi saya tidak sanggup untuk ke neraka-Nya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Kalu abang ya hidup lagi wajab abang ya buwi penampar hak paling deras...
hok demo royat tu, kawe sokong, hok molek kita ambik terimo, hok udoh kito tegor.
kalu ada ore buat tok molek, tapi tok leh keno tegor, tu namonyo jahil tukil.
PAS orang syurga katanya tak boleh di TEGUR.....UMNO orang NERAKA katanya.....berapa ramai sangat rakyat Malaysia yang jadi ahli PAS dan UMNO...yang tak jadi ahli tu ge mana agaknya ya!!!!
Tahniah abe meli
SAtu tulisan yg buat ore PAS terduduk TKO sebab tokleh nok jawab. Meme keno atas potek.
Lojik dan disokong denga fakta.
Memang UMNO banyak buat jasa, terutama pada pemimpin UMNO. Kalau dulu naik proton sekarang naik mercedes, isteri pakai 4 wheel drive anak ank belajar di luar negara.
Memang UMNO ikut hukum, cuma dia tak jumpa dalam Quraan di mana yang kata wanita patut tutup aurat, judi haram.
Jadi, rakyat Malaysia mestilah sokong BN. Orang orang seperti Meli ni harus di beri penghormatan. Mereka lah wira negara.
Orang PAS tak pandai ke naik Mercedes,berbini ramai?
Nampaknya ada yang sorang tu, bininya tuntut 3 juta di mahkamah? Kalau tak ada duit, bekas bini mana yang sanggup tuntut begitu banyak? Orang PAS tak nampak semua itu. Mengata orang, kita apa kurangnya?
Tegur menegur amalan mulia. Cuma, cara teguran biarlah beradab sebagaimana kita mengaku kita sebagai orang Islam. Perkataan yang mengguris hati harus dielakkan. Tak tahulah, kalau menyumpah dan mencarut Islam benarkan???
Bila Umno terus diberi mandat, bukan Umno yang kena marah tetapi pemberi mandatlah yang kena diseranah, guano yang benok dan bengong bangan dok terus buwi mandatnya.
Kalau pembei mandat dalam kedaaan normal, maka yang dok sumpah seranah orang Umno lah yang ada tersumbat orangsaluran urat mmikir di mana-mana
Sebenarnya selepas komunis seteju berdamai, negara sudah tidak ada anacaman ketenteraman awam lagi kalau bukan kerana ada pihak yang gila seperah buat dmonstrasi, perhimpunan haram dan angkara-angkara nampak prlahap, lapar dan ketagih nak rasa huru hara. Kalau aku ada kuasa, ep[ala demontrasi dan puak-puak lagu ni akau muat atas rakit batang pisang peranyut ke laut atau aku akan campak dalam kolam ternakan buaya. Aku ada baca tulisan Meli mengenai ganster yang mana untuk atasi kekejami perlu dilawan dengan lebih kejam. Tapi kalau unuk kepentingan ramai, campak seorang perancang/penganjur perhimpunan haram/deontrsaoi ke dalam kolam ternakan buaya tidaklah kejam namanya. Ko guano Meli?
mu ni aku raso ade sesuatu dengan orang pas dulu
? kalu berasa jangan marah..he he he
Kawe ni orang beso dengan bedil dengan bom, jerangkap samar. Kawe rasa kalu hak beso jadi askar, jadi polis, mereka akan rasa selesa hidup dalam keadaan sekaeang dan akan bimbe bila ada demonstrasi atau perhimpunan haram yang menumbang kepada suasana kaca-bilau.
Kawe pun macam Meli, tak berehi ke parti politk. Masing-masing guna putar belit peralatkan orang ramai untuk ketatkan kocek.
Sungguhla.. ramainya para Ulamak, Ustaz, Professsor, Pakar2 Hukum, Tok Guru, Tok Alim, Tok Kadi, Tok Lebai dsb ..dalam UMNO, tapi dah lebih 50 tahun, tak mampukah mereka ini nak mengubah dari IDEOLOGI SEKULAR kepada ISLAM?
Apale.... kerja mereka nih? Yang pimpin umno mereka2 yng bukan tok alim jugak.
Mereka yg 'jahil', haru-biru fahaman, pegangan dan amalan agama tu le yang dok mempermain2kan Islam.
Renungilah...ayat2 berikut ...
Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu; padahal mereka bukanlah dari golonganmu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut (kepadamu).(at-Taubah : 56)
Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.(an-Nisa': 61)
Maka bagaimanakah halnya apabila mereka (orang-orang munafik) ditimpa sesuatu mushibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna".(an-Nisa': 62)
Mereka (orang-orang munafik itu) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang menyakitimu). Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah Islam, dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya; ..... (at-Taubah: 74)
(Orang-orang munafik) yaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekedar kesanggupannya, maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih.(at-Taubah: 79)
Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin) dan karena kekafiran (nya), dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).(at-Taubah: 107)
Pokoknya siapa sebenarnya di antara orang Umno dengan Pas yang munafik?. Kalau Pas kata orang Umno munafik tetapi Pas bukan munafik, atas dasar dan nas mana maka orang Pas boleh yakin?
Ukuran kealiman pula dibuat atas kapasiti atau ukuran apa?. Apakah berdasarkan serban, jubah dan janggut panjang?
Apalah orang Pas tidak bimbang kalau-kalau apa yang orang Pas buat disangkakan perbuatan ahli syurga tetapi sebenarnya perbuatan ahli neraka.
Bukankah iman dan taqwa itu berada dalam hati sanubari, bukannya dalam serban, dalam jubah atau bergayut pada janggut.
Tak buat apa yang dicakap, dilarang berkata buruk tetapi pmpinan Pas sering celupar, syaitan yang minta dimusuhi mahu dijadikan rakan kerjasama, bila Allah mencarut (kalau betullah), bila Allah samseng maka kita pun ikut mencarut sedangkan Rasulullah s.a.w. tidak melakukannya, apakah tidak munafik jadinya kita?
Assalamualikum. Buat sahabat saya Bekas 23 RAMD. Gunakanlah akal yang ALLAH kurniakan....ISA ni pada pandangan Islam guano. Pasai apa majlis fatwa kebangsaan tak bersidang dan keluarkan fatwa sampai sekarang. Yang fatwa tentang tugu negara pun para pemimpin dan Jen tak mau ikut macam mana. Tengok raja perlis dan sultan terengganu sahaja yang tak mau letak kalungan bunga..sebab depa faham tentang fatwa tersebut. Yang jadi mangsa adikx kita yang dok tafakkur kat tugu tu. Macam mantan mufti perlis kata:Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.
Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.
Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.
- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK. Renungx kanlah sahabtku....bekas 4 RAMD
Kawe setuju. Biar mufti dan majlis fatwa buwi fatwa. Duk gi bubuh bunga dan tafakkur dekat tugu negara tu kawe pun tak setuju. Benda-benda macam tu patut tidak ada. Lebih baik diganti dengan majlis tahlil dan sedekahkan al-Fatihah dan Qulhuallah pada hari pahlawan. Tugu tu pun patut dileburkan!
Teruskan ampu Meli moga jadi macan Yb Berahim Katak
Teruskan ampu.Moga jadi macam Berahim katak
Post a Comment