Sunday, August 2, 2009

MUNCUL KEMBALI (305)

Nyahkan budaya kurang ajar - kepala penganjur dan peserta masuk air

SAYA yakin ramai di kalangan rakyat negara ini yang cintakan kedamaian dan keharmonian hidup, sukar mencari sebab kenapa ada segelintir manusia yang 'kepalanya masuk air' sanggup berdemonstrasi tanpa memikirkan padah di sebalik perlakuan tidak bertamadun dan kurang ajar mereka.

Bayangkan untuk tempoh sehari mereka 'bergila' dengan cuba memperalat dan memperkakaskan orang ramai supaya turut sama bergila bersama mereka, seramai 550 peniaga di lokasi-lokasi yang disampah-sarapkan oleh peserta perhimpunan haram dikatakan kehilangan punca pendapatan sebanyak RM100 hingga RM200 juta.

Itu tidak termasuk para pemandu teksi, pengusaha bas dan sebagainya yang terpaksa kehilangan punca pendapatan atau menghadapi pelbagai masalah. Malah anak isteri, suami, ayah, ibu, anak, kakak, abang rakan taulan dan jiran tetangga kepada 589 yang ditangkap dilanda resah dan gundah.

Tidak mustahil ada pelajar institut pengajian tinggi awam yang kena buang kerana ingkar amaran supaya jangan menyertai perhimpunan haram semata-mata kerana terikut-ikut dengan 'kegilaan' dan 'kekurang-ajaran' pihak yang semacam lupa bahawa peluang untuk mereka tumbangkan kerajaan disediakan secara sopan lima tahun sekali yakni melalui pilihanraya, bukannya melalui 'kegilaan' bertempik dan melalak macam dirasok polong di jalanan.


Bila kalah dalam pilihanraya, kerana gagal mendapat mandat rakyat, maka dicari peluang untuk berdemontrsai tunjuk ''gila' dan kurang ajar, tidakkan itu namanya orang yang dimasuki air kepalanya, padah dan kesusahan orang lain akibat perbuatan mereka tidak diambil kira.Itu namanya orang tak guna otak atau mungkin otak ada tetapi tak ada akal, kalau ada akal pun dah hilang fungsi.

Justeru wajar benarlah kalau bila tiba pilihanraya, para pengundi yang diharap memberi undi telah meleburkan harapan dan mimpi mereka, menyebabkan mereka terus berangan-angan seperti katak puru yang angan-angankan kerapunya akan licin dan lemu pada setiap kali bunyi guruh tetapi sejak turun temurun ianya tetap kekal sebagai mimpi yang tidak mungkin jadi realiti, katak puru tetap kerapu.

Oleh itu pada pendapat saya, pihak polis selaku pihak yang dipertanggungjawabkan memelihara keamanaan dan ketenteraman awam kena gunakan segala keupayaan yang ada untuk nyahkan budaya kurang ajar tanpa kompromi, tanpa toleran dan simpati.

Yang degil dan yang termasuk dalam kategori air dalam kepalanya sudah tidak ada harapan untuk dikeringkan lagi, gunakanlah apa cara sekali pun untuk memastikan orang ramai tidak akan menanggung padah dan musibah kerana ketidak-warasan dalam merancang melakukan tindakan yang merosakkan ketenteraman awam kerana kalangan yang kepalanya masuk air gagal menerima hakikat bahawa majoriti rakyat belum pelahap memberikan mereka mandat.

Saya bersetuju dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak supaya para perusuh, penganjur dan peserta perhimpunan haram beraktiviti pada kawasan-kawasan yang tidak menyebabkan peniaga mengalami kerugian dan kelancaran urusan awam terbantut.

Gunakan stadium-stadium di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang sebagai gelanggang dan bertempiklah sampai subuh atau sampai lima tahun tanpa henti dan jemputlah secara rasmi wakil media cetak dan elektronik dari seluruh dunia buat liputan dengan kena dipastikan ada siaran langsung oleh radio dan tv serta internet, biar seluruh dunia lihat dan tonton secara terus 'kegilaan' dan 'kekurang-ajaran' yang mahu dipamerkan.

Dalam pada itu, kalau sudah berani langgar peraturan dan undang-undang, bila polis yang mempunyai tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam buat tangkapan, jangan pula salahkan polis, apatah lagi difitnah sebagai polis bertindak kejam atau tidak berperikemanusiaan kerana menangkap dan menembak gas pemedih mata.

Ini adalah kerana sebagaimana berhimpun, berdemontrasi dan berarak dianggap urusan pihak penganjur dan peserta perhimpunan, maka menangkap atau menyemburkan gas pemedis mata pula adalah merupakan urusan, tanggungjawab dan memang kerja polis.

Mereka dibayar gaji untuk itu dan kena utamakan ketenteraman awam dan menghadang 'kegilaan' dan 'kekurang-ajaran' pihak yang kepalanya masuk air. Kalau tidak nanti pihak yang memberi mandat kepda penubuhan kerajaan yang ada akan anggap polis makan gaji buta pula!.

7 comments:

Thick Face Black Heart said...

Budaya kurang ajar ni puak puak PAS belajar dari SIFU dia DAP.Pas doh kena kecing dgn puak DAP dan PKR.Bila Ronie Liu kata Beer boleh jual sbb tidak haram mana suara Hj Hadi,HJj Nik Aziz,Haron Din Ulamak2 besar PAS hok dok kecek hukum Hudud.Kawe rasa ore pertama kena hukum hudud kalu buat di Malaysia ni kena Nik Aziz dulu.Allah siap neraka hok special ko puak puak serban ni hok jual islam dgn kafir

john said...

cik umi...saya rasa awak ni jantan. buka mata la...selama 19 tahun perintah kelantan tak dok satu pun kes rasuah. beer tidak haram kepada bukan islam tengok ayat biar habis la..kalu umno haram arak kerana x dak lesen ada lesen melayu islam nak tunggang pun boleh. tengokla pemimpin2 umno yang awak sanjungi tu kalau majlis keramaian geng2 dia arak satu kemestian..tengok anak2 mereka yang kamu sanjungi tu..harap anak kamu macam anak najib dak pun anak nazri aziz..sejuk perut ibu mengandung!

Anonymous said...

John,

sape kata kat Kelantan tak ada kes rasuah?...cuma ditutup sahaja..kalau tanpa rasuah mana boleh seog ADUN PAS boleh beri mutaah berjuta-juta untuk bekas isteri?..Mereka bukan ambil rasuah tetapi ambil komisen pula..lebih kurang sama aje..jangan sampai bute mate mr john..

Satu lg Mr John, org cakap pasal kebodohan dan kurang ajar PAS dan PKR atau PAKATAN RAKYAT bukan cerita pasal anak sape2..

Cuba panjang akal sikit, fahamkan topik perbincangan..ni Mr John ni hok kepala masuk air juga..

cakap pun tk guna..nak suruh fikirpun, macam katak dah lemau..

Al-Osman Albotoki said...

Semua hak baca dan komen blog ni sama saja kepalanya dengan meli, kepala masuk air, wayar hijau masuk air, ssumbat lemak. Borr lah dok bincang dan komennya weh. ak lih gapa satu, lama kan aku buwi jek spring

Al-Faqirun said...

Meli buwi pandangan kita pakat-pakat fikirlah, mana yang betul terima, yang tak betul buang. Kerja penulis mencampakkan buah fikirannya kepada pembaca.
Sebagai pembaca pula kita kena jujur, kalau silap walaupun kesilapan itu merugikan kita dan puak kita kena mengaku kesilapan dan memperkbaiki kesilapan, kalau yang betul walaupun menguntungkan lawan kita kena memperakukannya.
Sokong atau menyembunyikan kesilapan sendiri dab puak sendiri tanpa mengambil langkah membetulkan kesilapan rasanya berdosa, kalau yang lawan kita betul tetapi kita kata salah, berdosa.
Kena ingat kita ini hanya terdedah kepada dua kemungkinan: buat dosa atau buat pahala dan bila mati kita akan kekal di dua tempat yakni neraka atau syurga.

Anonymous said...

hei john, mu ni tak tahu gapa satu hak kerajaan pas buat dikelantan,tanah aku di gua musang jalan nak gi loging tu habis kena ambil ke kerajaan bui ke cina singgapo
wat tanam kelapa sawit,habis dokong aku nya tebang ke topek tu.membangun bersama islam begapa lagu tu.

john said...

anonymous,

kawe raso tanoh demo hok guo muse tu tak dok gerae sbb tu kena jual...barane tk dok hitam putih pah ngaku hok sediri..rama laa. so lagi pajok ko cino singapo tak po bui hasil ko rakyat jugok pado dok demo tu wak naik rok jah..tok produktif langsung...demo cari tanoh lain la pulok ngaku tanoh demo....