Sunday, August 9, 2009

MUNCUL KEMBALI (319)

Misi royalti: saya rasa turut terkutil dengan nasib petugas media terlibat

SEHEBAT-HEBAT Hitler pun, pemimpin Nazi itu memandang tinggi kepada orang media, walaupun saya yakin setiap orang yang menceburi bidang kemediaan bukan minta ditakuti, digeruni, dipuja dan disanjungi pun. Memastikan tugasan dapat diselesaikan dengan mudah sudah dikira nasib baik.

Bagi Hitler seorang wartawan, kekuatannya sama dengan seplaton pasukan tentera, sebuah majalah kekuatannya sama dengan sebatalion tentera, sebuah akhbar mingguan kekuatannya sama dengan sedivision askar dan sebuah akhbar harian kekuatannya sama dengan angkatan tentera bagi sesebuah negara.

Kerana itulah dalam mana-mana peperangan pun, media akan jadi alat serangan dan membalas serangan utama dalam bentuk propganda. Sama ada dalam perang Indocina, Perang Telok, Perang di Aghanistan dan sebagai, media yang digunakan sebagai peluru utama bagi membuat serangan saikologi, malah media juga digunakan bagi membalas serangan lawan sebelum kedua-dua pasukan tentera bertempur.

Dalam kes sekumpulan petugas media yang memenuhi undangan Kerajaan Negeri selaku penganjur dalam mengatur perjalanan media ke kompleks utama Cakerawala, di Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) di Teluk Siam yang dikatakan tidak memberi faedah kepada petugas media, saya yakin ianya tidak akan berlaku kalau para petugas media benar-benar kenal diri dan kuasa yang ada di tangan mereka.

Bila mendapat nama tahun ketua rombongan misi itu, saya tidak pelik kalau petugas media terpaksa menerima nasib malang, mensia-sia masa dalam misi berkenaan kerana kerja-kerja pengukuran yang mahu dibuat itu sendiri adalah kerja sia-sia yang sengaja mahu tunjuk hebat untuk bagi kerja-kerja yang pada hakikatnya bukan hebat.

Saudara MSO misalnya ada pengalaman pahit dalam projek kambing manakala saya pula ada pengalaman yang tidak seronok berkaitan dengan permit akhbar mingguan kepunyaan saya, malah ada beberapa individu lagi yang turut mengalami peristiwa dan pengalaman yang tidak menyeronokkan.

Ketua rombongan dan pastinya kalangan yang tergolong sebagai bilangan VIP menaiki bot laju yang meninggalkan para petugas media 16 jam perjalanan yang dimuatkan dalam bot nelayan secara tidak langsung dapat memberi gambaran betapa rendahnya nilai para petugas media kepada ketua rombongan dan geng VIP bagi misi yang bagi saya bersifat double standard dan mahu tunjuk lebih pakar dari kalangan yang benar-benar pakar itu.

Seandainya berlaku sesuatu yang buruk, umpamanya bot karam, saya yakin kepada penganjur kematian mereka yang mereka yang terlibat tidak ubah seperti kematian ikan di kolam kerana keracunan airnya sahaja, akan berambungan tanpa siapa pun ada hati mahu menyentuh, mempeduli dan menghargainya.

Sebenarnya sebagai pengamal media (walaupun tidak lagi bermajikan mana-mana syarikat akhbar atau agensi berita lagi) saya rasa turut terkutil dengan nasib para petugas (sesetengahnya berkelas adik-adik dan anak-anak saya) yang menyertai misi yang bersalut egoistiksme yang bagi sayaoleh pihak yang berlagak mahu jadi leih pakar dari pakar sengoti itu tentang persepadanan di lautan.

Saya tidak tahu sekuat mana Kelab Wartawan Kelantan (KAWAN) terajuan sahabat lama saya Wan Zulkifli Wan Yaacob. Aoakah ia kelan baru atau talian hayat kepada KWK dulu.

Kalau masa saya dulu dan rakan setugas, pasti pihak bertanggungjawab kepada tragegi yang memeritkan itu akan diajar cukup-cukup. Misalnya kami pernah pulau Polis Kelantan bertahun lamanya dan hubungan polis-wartawan hanya pulih kembali bilsetelah ketuanya bertukar.

Pernah berlaku kes kerana bila petugas media diajak makan tengahari bersama Menteri Pelajaran selepas satu majlis tiba-tiba dua orang daripada kami dihalau dengan kasar, maka kami sepakat meninggalkan majlis menyebabkan menteri akhir tercari-cari kami, malah setiausaha akhbar terpaksa datang ke setiap pejabat akhbar hantar teks ucapan dan merayu supaya ucapan bossnya dipublishkan.

Macam mana pun kerana berpegang kepada janji yang telah dikrarkan, kami semua (media cetak dan elektronik) tidak buat sebaris berita pun tentang ucapan menteri dan majlis yang dirasmikannya. Pada waktu itu kami petugas media menjadi pihak yang diperlukan dan bukannya kami memerlukan tokoh-tokoh tertentu untuk jadi bahan berita.

Hati kami para petugas media yang kena dijaga, bukannya kami kena jaga hati sumber. Saya tidak tahu macam mana tindakan dan pendirian KAWAN selepas petugas media begitu diperhinakan. Tugas kemediaan adalah tugas profesional, bukan bidang kerja orang tamada.

Bagi saya KAWAN kena sedar, segedebe-gedebe tokoh pada era sekarang ini, mereka tidak akan segedebe Hitler yang memandang tinggi terhadap orang media, malah pemimpin Nazi itu pasti dapat menganggak apa akan jadi jika beliau menjadi sasaran serangan media. KAWAN kena tahu kuasa yang mereka ada supaya tidak akan diperhinakan lagi pada masa-masa akan datang.

Tentang sekumpulan petugas media yang memenuhi undangan Kerajaan Negeri selaku penganjur dalam mengatur perjalanan media ke kompleks utama Cakerawala, di Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) di Teluk Siam, pada saya pengalaman pahit, perit dan mengerikan itu tidak akan berlaku jika pihak Pas dan Kerajaan Negeri Kelantan khususnya tidak bersikap keras pedal dan egoistiksme.

Sepatutnya pendekatan macam Tok Guru Nik Aziz digunakan, dekati dan mesrai Perdana Menteri, bukannya maki hamun dan merasa seolah-olah tidak hairan kepada kerajaan pusat, seolah-olah kerajaan pusat nothing, siap dengan ugutan kononnya kalau tak penuhi tuntutan bayaran royalti, akan dibawa ke mahkamah antarabangsa.

Sepatutnya kalau sudah tahu kita hanya sebesar hama, jangan pula nak berak taik gajah, kerana mahu tidak mahu jubur akan pecah dan terkoyak rabak dibuatnya.

Pada saya jalan untuk memudahkan pembayaran royalti sudah terbuka sebenarnya, tetapi kerana wabak dan sindrom geoistiksme, maka ianya jambatan penghubungnya diletupkan.

Seandainya kerajaan perpaduan yang digagaskan oleh Presiden Pas yang disokong padu oleh Timbalan Presiden direalisasikan, bukan sahaja masalah royalti akan selesai, tetapi pelbagai keperluan Kelantan dan negeri yang dikuasai Pas akan dipenuhi dengan mudah.

Tetapi kerana egoistiksme mentaikki hati, perasaan dan pemikiran kalangan yang seolah-olah tidak reti untuk menilai keupayaan diri gara-gara merasakan kerana gedebenya kita maka semua orang kena tunduk menguku dengan kita, padahnya rakyat yang tanggung akibatnya.

Sikap tidak pedulikan kepentingan rakyat demi kepetingan sendiri di kalangan pimpinan Pas dan Kerajaan Kelantan terserlah apabila dalam mengetuai misi yang kalau tak kena gayang boleh membawa maut, sanggup dibiarkan tetamu yang diundang tertinggal 16 jam di belakang, walhal dari sudut patutnya, ketua misi kena pastikan anggota rombongan selamat sampai baru ketua misi sampai ke daratan, atau setidak-tidaknya kena sampai serentak.

Sebelum boss teguk seteguk air, kena dipastikan anak buah tidak ternganga-nganga dalam kehausan. Kalau boss betak pedal sedangkan anak buah dalam kehausan dan kelaparan, itu namanya boss PPALO BAPOK!.

14 comments:

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

TUBIK SMULA-abe li..kito kalu dae tok kenae ko sorae-sorae tu..dio buat lagu mano pun kito akae kato dio ado niat kok lain/ niat tok molek/wak nayo ko orae (dale rama2 peserta xpdc royalti tu,bakpo duo ore bbetulae pulok ore bawoh utusae meloyo hok mace x puas hati..ore lain ok jah-hitler hormat pengamal media hok ado etika, kalu hok tak dok etika gak nyo bedil situ slalu kalih)..mugkin pengalame demo nga sayuti ko seseorae tu tidok memuaskan hati, demo berduo dengan kekuatan penulisae ni berpadu la utk memburukkan ore tu. x po..tu pengalamae demo nok buat guano. tapi ambo suko ko ore tu (ore tu tok kena ambo, ambo kena ore tu-ambo napok dio wak kijo kemahh..berfakta..hok tu hok ambo sukonyo, so lagi ambo tak dok 'kena' lagi bab2 projek gapo2 permit ko kambing ko..) kito kalu kito kijo denga ikhlas mgkin tuhe tulong kito..tp kalu kito kijo dan ado nok 'mugo' bilo kito ado ruae dan peluae lps tu tak tercapai..hok tu kito tok puas hatinyo..mula la wak cerito kokser kokdan. Setengoh2 ore buleh terimo bulat2 apo hok kito kato mugo kito panda nulis, setengoh ore pulok dio kaji dulu yo lo ko dok..takpo abe li..teruskan..ambo pun suko ko tulisae demo..hari2 lo ni nok baco..

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Tak kena demo kata dua wakil akhbar sahaja bawah utusan sahaja yang tak puashati. Demo try acu cuba baca ruangan 'Orang Kita' halaman K20 Sinar Harian (9 Ogos), Normie Raitini Rahman tulis lain macam.
Kita tunggu apa catatan pengalaman Sinar Harian yangkononnya akan mula disiarkan tidak lama lagi.

Orang Badan Perhubungan Pas Kelantan said...

Demo hok dok rasa Abe Li orang Umno acu cuba tray checks gat Abe Li ambo ni parti mano. Kawe checks doh, kawe tau nombor ahlinya. nombor kad kenalan Abe Li ambo ialah 561020-03-5201. Nombo lama 5245714.
Minta maaf Abe Li, ambo nak suruh budok-budok tau, ambo buwi nombor kad kenalan Abe Li. Jange mareeee!!!

Anonymous said...

Ambo ore pah jugok..

Setahu ambo, abe lie ado apply pinjaman Tekun. Tekun tu hok Barise.

Nok mitok tekun, kena ado nombo ahli umno.

Ambo pon ado no ahli Umno mugo ambo pernoh mintok dana Tekun.

Jadi. toksoh kejut gguling la kalu ado ore pah ado nombo ahli umno.

Pahtu so lagi, kalu budok2 nk mitok cikgu YIK, keno register ahli Pah. Budok2 barise pon dafta ahli pah mugo nk mitok YIK.

Jadi, seri

buke nok ngapu abe li, tapi nok royat mugo sungguh.

kalu gitu gak, dafta umno, automatik 'terpakoh' lambe dacing lah?

Ko guano boh?

Orang Pas Dah Pinjam TEKUN kali ke-3 said...

Nak dapat pinjaman TEKUN tak semestinya jadi ahli Umno. TEKUN untuk semua asalkan untuk berniaga boleh pinjam TEKUN. Ramai yang pinjam TEKUN di Kelantan orang Pas. Pokoknya bila pinjam kena bayar. Sekarang ni pinjaman pertama TEKUN boleh sehingga RM50,000, lepas tu boleh pinjam dengan jumlah lebih banyak. Kalau tak bayar balik pinjaman, orang Umno pun TEKUN ambat. Cuma borang kena disahkan oleh PPM, tok ngulu Pas tak berapa laku dalam kes TEKUN ni

Anonymous said...

Terima kaseh lah meli, mu wat tubik tulisan aku. Sekurang2 terbuka juga palo otak. Aku tak leh gapo baca apa hak mu tulis tapi tak sedap kalu tak bangkangmu. Sebab apa, sebab aliranmu ni pelik sangat. Mu kata tak sokong mana2 parti tapi mu dok nja alah ko pas sokmo. Aku sokong pas tapi ada jugak hak aku tak kene dengan ore pas ni. Tapi tunjang aku tak cabut meli.
Aku nampak mu cuba nak betul ore kelate dalam kefahaman sebenar bab2 politik. Maksudnya bukan menyokong membabi buta.Tapi mu gelap dalam kaedah-kaedah.
Aku tak kata ijazah tu jadi alat nak tunjuk pandai tapi nak royat kok mu level pemikiran. Nabi memanglah Dia ummi, tapi akal budi dia terbuka. Cerdik bukan sebab ngaji tinggi tapi sebab terbuka minda. Menerima sesuatu dan memproses mengikut akal budi tertinggi bukan emosi.
Aku bangkangmu sebab fakta-faktamu tak kuat untuk bawa ore kelate berubah minda. Ore kelate memang kebanyakan tak ngaji tinggi tapi cerdik dalam urusan kehidupan dan alam sekeliling. Sebab akal budi dia terbuka. Aku respetlah spm mu tuh. spm aku bo-bo buleh makan jah.
Macam tajuk ari ni, bakpo puak media nak ikut? Sebab nak berita. Lepas buleh berita dia tulis ikut apa sudut dia nampak. Kalu mu tengok katak mu bulih tulis seribu benda atas katak sekor.
Saja meli nak bagkang mu. Macam aduka taruna kata, kita balaoh dalam blog, luar kita sama saudara. Umpama berbahas dalam dewan, luar kita minum kopi sama. Serupa jugak berdebat dalam bilik tutorial, luar kita dok sebilik.
Jangan mare....

Cubaannnnnnnn! said...

Tan Meli biar menyulur gi. Mamat sekor ni dah jadi macam siam mabuk tuak doh. Bersohor mengaji universiti, rupanya SPMnya debek dari Meli. Tu tak masuk ttande pengisahan tokoh-tokoh ternama dunia lagi. Kalu masuk belum tentu mamak ni menang kalau Meli pun masuk ttande. Lain kali kalu mata tak berpa pina, tambah-tambah kalau ada wabak keceng, jangan mudah nak tunjuk biso. Jangan dok raso ngoh kita besar ppada orang lain sebelum orang lain wat tubik ngoh sebenar.

Anonymous said...

Kenapa wartawan sanggup pergi kiranya di rasakan tak selamat. Sebagai wartawan jangan jadi macam lembu kena cucuk hidung. Wartawan patut minta di insuran kan jika membuat tugasan yang di rasakan merbahaya.

Saudara Meli hanya nampak sebelah mata sahaja , ia itu mata yang melihat kesalahan Pas sahaja. Mungkin sesuatu telah berlaku sehinggakan tulisan nya mencerminkan beliau bencikan Pas yang amat sangat. Segala yang di lakukan Pas salah belaka.

Saya ingin sekali melihat beliau mengkeritik UMNO. Tak kan lah semua yang dilakukan UMNO betul belaka.

Wartawan Muda said...

Wartawan tak ada apa-apa mukjizat untuk boleh tahu apa yang bakal berlaku. Sebelum pergi mana mereka tau. Kalau awal-awal tentang tau apa yang terpaksa mereka kena alami, diusung dengan tandu emas pun tak akan mereka pergi.
Saya dan wartawan terbabit dalam tragedi itu bangga kerana Meli bersimpati dengan kami walaupun saya secara peribadi tak kenal Meli.
Dengan cerita, sewaktu mendai PD Pertubuhan Beita Nasional Malaysia (Bernama) Meli pernah muncul sebagai PD yang mencatat pendapatan bulan paling tinggi untuk tempoh beberapa tahun, pakar dalam menghasilkan laporan berbentuk human intrest.

Anonymous said...

Saudara meli!
saya terpanggil untuk buat sedikit
kumen terhadap tulisan saudara,sebe
nar nya ,ketidak puasan wartawan yg
pergi dlm misi ini sudah di jangka
kerana mereka pergi bukan utk kepentingan rakyat kelantan,dari awal lagi mereka pergi utk mencari mudal bagi membedal kerajaan kelantan, kalau mereka mempunyai objektif demi rakyat kelantan mereka tidak akan menrungut atas perkara sampingan.,sedangkan mereka
berhak tidak ikut serta dari pelabuhan kalau takutkan keselamata
n ,adakah mereka di paksa naik keperahu nilayan atau sengaja nak
mengalih tajuk atas agenda politik
kepartian.cukuplah kita orang2 kelantan di perbuduhkan oleh orang2
luar,duit kita kena baham ,kita pula berbalah dlm masalah kecil,cuntuhilah kuli sebagai negarawan yg tidak mementingkan ediologi politik ,kebenaran bagi nya itulah yg di junjung,jazakalla
h kuli,bumi dipijak di situlah langit di jungjung....

Wartawan Muda said said...

Pandangan demo lebih kepada berlunaskan prasangka dan andaian liar. Wartawan kerja profesional dan para petugasnya adalah profesional, tidak berpihak. Bukan semua wartawan pro UBN atau kerajaan pusat. Kalau demo nak tau, ada wartawan arus perdana termasuk di Kelantan bukan sahaja penyokong pembangkang dan bukan sahaja menjadi ahli Pas tetapi menjadi ahli seumur hidup Pas.
Soal keahlian dan sokongan terhadap parti keajaan atau parti pembangkang, itu hal petibadi. Masa buat kerja profesional. Yang tak betul kata tak betul, yang betul kata betul walaupun adakalna terjentik batang hidung sendiri, anak beranak sendiri dan puak sendiri.
Demo jangan berprasangka buruk dan buat persepsi liar kerana walaupunu demo pemimpin, ahli dan penyokong Pas, demo tidak akan kebal dari dikenakan dosa.

Anonymous said...

Jawapan ko cubaannnnnn!
Soho ko meli buleh spm gred 2. Kawe ngaku lah spm cukup makan tapi kawe ngaji kuat sampai lepas stp kawe masuk u. Hah...hak mano biso loni. Kalu nak royat biso cerita lama gak tok kawe biso lagi tapi wat gapo muga mati dah. Demo ni pengikut meli ko meli ngupo. Ngok

Cubaannnnnnnn! said...

Kawe tok pernah jjupo dengan Meli, bokali kawe layak bahasakan dia dengan Pakcik Meli atau Ayah Li. Neli soh liroh tak kenal kawe. Ttekoh sekolah rendah lagi kawe dok baca tulisan Meli, dengar drama radio Meli di radio.
Kawe suko caro dia, merendah diri. Demo ni berat...kononnya tubuk universiti tetapi tahap pemikiran macam benggali jual roti.
Kawe pun mengaji universiti, dulu dalam negeri. Lloni dok luar negeri ni. Kawe anak tani kot Tendong tapi llo ni dok London, mengaji. Dua tahum lagi kawe kelik.