Monday, August 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (321)

Bila Melayu diperlekeh Islam dihina, negara terdedah kepada bahaya

DALAM konteks Malaysia yang mana bangsa Melayu disinonimkan dengan Islam, maka jika Melayu diperlekeh dan Islam dihina, walaupun bukan sahaja pahit dan berduri macam buah khludi untuk ditelan, namun hakikatnya kena diperakukan bahawa negara dalam keadaan bahaya.

Demi apa yang dinikmati sekarang terus terpelihara dan tidak akan bertukar dengan setiap hari ada berita duka tentang kematian, serangan hendap dan letup sana letup sini macam di Iraq, Afghanistan, Selatan Thai, Selatan Filipina dan sebagainya, orang politik kena lebih berhati-hati dalam menggunakan lidah politik masing-masing.

Jangan sekali-kali memperjudi atau memperalat serta memperkakaskan bangsa dan agama bagi mencapai tujuan politik di kalangan pengamal politik sehinggakan sistem perundangan tidak diterima secara total tetapi hanya diterima bila keadilan berpihak kepada puak sendiri dan akan menolak jika keadilan berpihak kepada puak lain.

Orang parti politik kena berpolitik secara berhikmah dan profesional dan pastikan keharmonian dan nikmat keamanan yang telah dinikmati, terutama setelah tamatnya ancaman ancaman bersejata komunis tamat dengan sistem perundangan dihormati, hak Melayu dan kedaultan Islam diperakukan.

Saya amat bersetuju apabila Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memberi amaran bahawa negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri sebaliknya ia ditolak jika keputusannya memihak kepada pihak lawan.

Mahu tidak mahu negara akan terdedah kepada bahaya jika undang-undang dan penguatkuasanya mahu diketepikan manakala rakyat pula mula mengambil tindakan dengan tangan sendiri berasaskan emosi, sentimen dan hawa nafsu apabila pihak yang dianggap lebih 'celik mata' daripada mereka, yakni orang parti politik, tidak menghormati sistem perundangan.

Sekali lagi saya bersetu dengan Sultan Perak, jika pengenepian penguatkuasaan perundangan tidak dibendung secara berkesan, keadaan itu akan meruntuhkan 'budaya bernegara' secara sivil untuk diambil alih oleh 'kaedah bernegara' yang mengamalkan budaya hukum rimba dengan yang lemah menjadi 'makanan' kepada yang kuat.

Oleh itu, undang-undang perlu dipertahankan sebagai instrumen penimbang tara, tidak harus sama sekali dijadikan instrumen politik atau dipolitikkan.Kriteria pertimbangan untuk menggubal, menghapus atau meminda undang-undang hendaklah diasaskan kepada kepentingan negara, kepentingan keselamatan dan kepentingan rakyat jelata.

Kedaulatan undang-undang adalah suatu istilah lumrah, mudah disebut dan enak didengar namun susah hendak ditakrif serta diimplementasi malah amat sukar pula difahami ddengan erti kata sebenar. Kedaulatan undang-undang kadang kala diberi takrifan yang mengandungi unsur-unsur emosi untuk menyesuaikan dengan kehendak sesuatu pihak dan bukannya takrifan yang adil, benar, tepat dan berani berpandukan prinsip undang-undang.

Kerana maka amalan akan menyimpang daripada semangat pemerintahan yang adil dan saksama hingga membolehkan terjadinya perbuatan salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan. Di pihak rakyat jelata pula, berlaku perbuatan yang bukan saja tidak menghormati undang-undang malah secara provokatif mencabarnya dengan tujuan mencetuskan huru-hara dan kekacauan agar kerajaan yang sah tidak dapat berfungsi secara berkesan.

Sehubungan dengan itu rakyat skena membuat pertimbangan secara arif berhubung peristiwa-peristiwa yang dicetuskan secara tersurat dengan niat tersembunyi yang tersirat. Warga yang arif dan bijaksana perlu melihat sesuatu isu yang dibangkitkan dan tindak-tanduk politik yang sedang berlaku dari segi konsistensi suara dan perjuangan supaya negara yang aman lagi makmur tidak terjerumus dalam kancah huru-hara yang berterusan hingga sumber negara menjadi kurang produkti

Dalam perkembangan lain saya sependapat dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa bahaya kini berlegar-legar sebelum menimpa bangsa Melayu, apatah lagi dengan jajan cerita berkpentingan politik pembangkang kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain.

Jajajan icerita tu bagi saya sangat dangkal dan berniat jahat kerana antara slogan Umno adalah 'Hidup Melayu', masakan parti itu akan lanyak Melayu yang merupakan antara slogannya, apatah lagi dengan penegasan Tan Sri Muhyiddin, selagi UMNO dan BN mentadbir negara, idakwaan Umno/BN tidak lagi berminat membantu orang Melayu tidak akan berlaku. Sebaliknya dakwaan busuk lagi membusukkkan itu dibuat oleh Melayuyang mengkhianati Melayu.

Sehubungan dengan itu Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin Melayu sejati kena istiqomah bahawa urusan masa depan orang Melayu belum lagi selesai dan setiap pemimpin Melayu tulen tanpa mngira dari parti politik mana tidak boleh menerima masa depan bangsanya dipertaruhkan semata-mata kerana nafsu serakah politik pihak tertentu.

Semua pemimpin dan orang Melayu tulen pada semua peringkat kena sedar, malah kena menerima hakikat bahawa bila Melayu diperlekeh Islam dihina, negara terdedah kepada bahaya. Ingatlah menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna.

11 comments:

john said...

TUBIK SMULA-ambo kadae2 keliru jugok tafsiran Sultan Azlan ni. keliru buke apo dio tuju ko umno ko..ko sebeloh lagi. setahu kawe hok byk doh ngejah fungsi raja nga tanah melayu ni parti hok perintoh negaro mugo dio ado kuaso. cth mudoh..sapa berani tabal rajo melayu hok baru sedae hok asal hidup lagi, grup mano hok royak nate ko sultan..grup mano hok kkure kae kuasa rajo..sapo dio hok buat semuo tu? pening ambo. Apobilo raso rama doh ore melayu tok suko dio mula la mitok tulong istano hok raso buleh tulong dio, buleh ko abe li kito, nyo tamboh sedak ayat laginyo nok suruh melayu ni insaf. ambo jenis melayu tok mudoh lupo. tok soh dok gatung ko melayu la mugo bangso ni paling byk dok terlibat nga dadoh, bohsia, bohjae nga murtad (sedae hok berkuaso tu melayu jugok). ni kalu orae kato melayu lemoh takut isle lemoh (ayat brehem ali). tok payoh la dok gatung ko melayu lagu ni sebab isle bagi dio sekadar agamo/tempelan jah..penghayate tak dok. hok buleh banggo kalu pasal wasiat raja2 melayu cumo askar melayu jah hok lain sekada wasiat jo. ambo pun melayu jugok abe li eh. Tuhe wak umat manusia berbagai bangso tak dok firmae hok masuk syurgo tu melayu hok ado Imae yang sempurna..ko guano abe li setuju..think about it!

Anonymous said...

Hanya orang Melayu tahu ketuanan Melayu. Orang yang nama John tapi mengaku Melayu adalah salah seorang yang berpura-pura jadi Melayu tapi bukan Melayu. Tiada dalam mana-mana kamus yang nama itu adalah nama Melayu. Orang bukan Melayu tak layak berbicara mengenai raja-raja Melayu kerana dia bukan tahu atau pura-pura tak tahu mengenai ketuanan Melayu.
Jangan taksub begitu lalu sampai raja pun nak dicaci. Bukan orang yang berjiwa Melayu kalau sanggup mencaci raja Melayu. Maruah Melayu bergantung pada raja Melayu. Kalau tiada raja Melayu bagaimana maruah orang Melayu? Jangan diharap bangsa lain menjaga maruah bangsa kita. Bercakap guna akal dan jangan guna taksub semata-mata.
... salah satu kepunahan bangsa Melayu adalah tersalah bubuh nama kerana Melayu dan Islam selalunya kita akan cam pada namanya.

john said...

TUBIK SMULA-ambo tok banggo jadi melayu (jange deki deh) biaso jah tapi ambo banggo kerano ambo isle biar namo john pun!..tulong pehe belako deh..baco komen ambo dan bg hujah bernas..tq abe li kerana ado komen ni.

Anonymous said...

Kalau tak bangga jadi Melayu, mengapa mengambil peduli hak-hak Melayu. Jagalah hak-hak orang lain selain dari Melayu.
Orang Melayu pun tak peduli pada pengkhianat Melayu!

Anonymous said...

tu lah hok pr duk perjuang.singapore doh bui korang doh.penang,melaka,johor dll nok bui jugok ko???

cool said...

islam kuat kat mulut jah.gapo doh demo bui ko islam??takat gege jah.derma masjid?org susah?

cool said...

org supo john lah hok buat anok cucu jd susah esok2.pehe molek.otak ado.takkan nok keno ajar lg ko?kecek jgn jd koho bodoh lah john.biar cerdik lah sikit.

john said...

TUBIK SMULA-untuk cool..nok tanya mugo ado otok..sapo hok perintoh m'sia selamo kening?52 tahun bro..kawe raso demo tok wujud lagi..gak lo ni hok jenis nyusoh anok cucu melayu sapo?..kaum mano paling banyok skali susoh? oo nok bekecek..baso jenis melayu buto demo ni..ore bui komen, nok komen! melayu sangat kito nih..conpem masuk syurgo ko melayu?..'umno terus maju..bersama melayu dungu......'

cool said...

john eh wei.mu dpt gi sekolah,gi masjid,surau,adik mu dpt masuk U dll tu sbb hok 52 tahun ni lah duk jago.kalu samo rato gak weh jd supo singapura lah.pas takat ganu,kelate,kedah jah.hok lain bui ko pkr,dap lah.tobat pun.pah ko koho berat.sikit lg anok cucu mu pun tok leh masuk u,tok gi masjid dll.jgn harap lah ado pondok2 lg.cayo lah.puok2 mu kecek atah namo islam.tp gapo boh???nabi mesti nangis duk guna namo islam sokmo.sapa org boring dgr.sikit2 atas islam.perlaksaan gapo wat boh??kecik2saing belako.doh besar pakt baloh belako pasal parti meta gak pioh atah kepalo.jumaat pun dok gi.btl dok???kuat mulut,kecek dok masuk syurga boh.byk lg nok tulis.tp intro takat ni lah deh.semoga panjang umur abe lie.amin.Wassalam.....

cool said...

ceramah sikit2 royat indonesia,thailand bagus.jgn dok kacau rakyat ikut puok tu lah.takat mu sorang sudoh lah.jgn duk hasut ore.geram ko john ni.nok debat ko john??kawe ni ore lamo tp diam jah.malas duk layan.tp lonni jd koho berat.anwar tu try cabar debat dgn kawe.tau lah dio bijok pidato.saberi mulut buih tu boleh lah dio sekeh.jgn ingat ore malaysia hok diam ni takdok hok pandai.keno pandai2 lah cari.wassalam...

john said...

TUBIK SMULA-kpd cool,demo tok soh rusing nok berdebat nga ambo..ambo akae follow sokmo blog ni dae ambo akae mengomen. demo tggu jah posting gapo2, kalu izin tuhe kawe ado..sipae dulu 'benae basoh' demo tu..demo buleh 'tegokkan' bilo ado posting hok baru la..baru up2date ko guano.