Thursday, August 13, 2009

MUNCUL KEMBALI (326) - kemaskini dengan pembetulan ejaan

Moral kepada pendirian Mursyidul Am Pas

SAYA yakin ramai yang akan sanggah di samping akan ditanya sedalam dan secumak mana ilmu saya berbanding dengan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan, ahli serta penyokong parti itu ekoran posting saya kali ini.

Bagaimanapun hati saya kata saya kena posting juga atas tuntutan fardu kifayah.

Orang Pas nak marah, nak kutuk pun kutuklah asalkan Allah tidak akan kutuk kerana saya tidak menggunakan bakat dan minat menulis serta saluran yang ada untuk membuat teguran.

Kalau saya boleh berdosa kerana posting saya ini, maka saya minta ampun dari Allah dan jika para cendekiawan Islam nampak apa yang saya tulis bercanggah dengan hukum hakam, mohon betulkan saya yang cetek ilmu ini.

Sementara itu saya mengajak para penjenguk meneliti laporan berikut yang bagi saya ada sesuatu yang tidak kena jika dikelih dari kacamata kepentingan hukum hakam walaupun bagi kepentingan, pemikiran dan muslihat politik mungkin ianya adalah suatu keperluan:

Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

KOTA BHARU 12 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak-tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata, untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata, perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya. - BERNAMA.

Secara tidak langsung laporan itu telah memberi jawapan kepada saya kenapa tindakan Pas bersifat sering menongkah arus dengan apa yang Rasulullah s.a.w.lakukan dalam berdepan dengan kalangan bukan Islam.
Misalnya bila masuk ke Kota Mekah dan dakwah baginda diterima oleh masyarakat Mekah selepas baginda terpaksa tinggalkan kota kelahiran baginda itu kira-kira 10 tahun lamanya, keseluruhan patung-patung di atas dan di sekeliling Ka'abah dimusnahkan.

Selepas pemusnahan itu hingga kini, tidak ada lagi patung/berhala yang dibina di Mekah. Nabi Ibrahim a.s. dalam memulakan dakwah baginda telah bertindak mengapak/memusnahkan berhala-berhala walaupun tukang buat berhala itu adalah bapa baginda sendiri yang sepatutnya dijaga hatinya.

Tetapi di Kelantan selaku negeri yang diberi gelaran Serambi Mekkah, selepas kira-kira 18 tahun Pas yang diberi mandat membentuk kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam memerintah, patung-patung gergasi yang tingginya sama tinggi dengan puncak nyior di ketik semakin banyak jumlahnya dibina.

Walaupun ianya dibina tidak membabitkan wang sumbangan kerajaan dan dibina di kawasan milik penganut agama penyembah patung itu sendiri, namun ianya tidak mungkin dibina kalau tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan.

Mahu tidak mahu bermakna kerajaan juga secara tidak langsung ada syer sama dalam pembinaan patutng-patung itu, sekurang-kurangnya dalam bentuk memberi kebenaran sehinggakan patung di Jubakar dikatakan adalah yang terbesar di Asia Tenggara.

Upacara membubuh jatungnya dari emas dikatakan dilakukan 'tok raja' bagi segala tok raja' ketik-ketik Siam yang berpusat di Bangkok Thailand dengan acara penuh gilang gemilang.

Tok raja berkenaan kalau ikut sejarah yang saya baca adalah dari baka Rama Kamheng yang mati dibunuh oleh Puteri Urduga Malasingha atau Cik Siti Wan Kembang dalam satu peperangan di Saiya, Segenting Kera.

Rama Kamheng atau 'Rama Yang Berani' yang dalam misi menawan Tanah Melayu telah mati oleh tikaman seligi batang nibong Cik Siti Wan Kembang yang melompat dari atas gajah tunggangannya ke atas gajah Rama Kamheng dalam peperangan itu.

Sebagai hadiah ke atas kejayaannya itu, ayahndanya selaku pemerintah telah menghadiahkan pemerintahan Serendah Sekebun Bunga Kisaran Payung yakni bahagian Kelantan Selatan kepada Puteri Urduga Malasingha yang kemudiannya menukar nama kepada Cik Siti Wan Kembang dengan pusat pemerintahannya bertempat di Kuala Krai.

Ekoran dari kematian Rama Kamheng, keturunannya tidak lagi berminat menjadi pemerintah Thailand, sebaliknya telah memilih untuk menjadi sami buddha. Kerana itulah sami buddha juga dikenali dengan panggilan 'tok raja' di kalangan penganut agama berkenaan

Antara patung-patung besar yang dibina di Kelantan sepanjang pemerintahan Pas sejak hujung tahun 1990 ialah di Jubakar dan Terbak (Tumpat) dan kini yang sedang dalam pembinaan ialah di Balai (Bachok).

Patung-patung di Kok Seraya (Tumpat), Teresek (Repek, Pasir Mas). dan Kampung Beruk )Tumpat) diperelokkan lagi dan lebih terjaga serta terpelihara. Kampung-kampung Siam lain lagi antarnya adalah di Muring, Kuang dan Bechang (Tanah Merah) serta Aril, Melor.

Sepatutnya kerana keberkesanan dakwah, bukan sahaja patung di ketik-ketik dimusnahkan, tetapi jumlah kalangan bukan Islam di Kelantan sepatutnya semakin kecil bilangan, kalau pun tidak semuanya telah memeluk Islam.

Seandainya dalam sehari seorang bukan Islam berjaya diIslamkan, maknanya 30 orang bukan Islam diIslamkan sebulan, 360 orang setahun dan jumlahnya menjadi 7,120 orang untuk tempoh 18 tahun. Rasanya orang Siam tidak lebih dari 10,000 orang di Kelantan.

Bagaimanapun nampaknya Pas lebih memberi tumpuan kepada mempersoalakn keIslaman sesama Islam yang tidak sokong Pas, termasuk mengkafirkan sesama Islam dengan menganggap Umno menolak Islam, Umno sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin yang secara tidak langsung membawa maksud kafir.

Kesediaan bekerjsama dengan DAP juga bukanlah sesuatu yang pelik kerana dalam umat Islam digalakan membaca A-'uuzubillahi-mins-syiatan nir-rojim yang membawa bermaksud aku berlindung dari syaitan yang direjam, Pas pula sanggup bekerjasama dengan syaitan.

Kerana itu tidak hairanlah apabila belum sampai setahun bersama Pakatan Rakyat (PR), DAP berani menghina Islam yang bermakna menghina Allah dan Rasul-Nya kerana parti itu tahu PAS sebagai rakan dalam PR dalam keadaan apa sekali pun akan bela mereka.

DAP tahu walaupun seluruh ahli Umno yang berjuta jumlah ahlinya mengutuk tindakan menghina Islam, moral parti itu akan menjadi bersih oleh hanya kenyataan seorang tokoh berbisa Pas.

Membaca laporan yang menyiarkan kenyataan Dato' Nik Aziz bagi saya adalah merupkan satu lagi fakta kegagalan Pas untuk memberi kesedaran kepada bukan Islam tentang Islam, malah ianya merupakan satu lagi tindakan menyongsang arus berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," itu kata Dato' Nik Aziz dan saya pasti Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam adalah merujuk kepada kalangan yang tidak menyokong Pas.

Bila sudah tolak Islam maknanya orang yang tolak Islam itu sudah tidak boleh dilabel sebagai orang Islam lagi. Bila tolak Islam dengan sendiri akan kafirlah. Bukankah apabila menidak keIslaman seseorang, penidakkan itu akhirnya akan turun batu jemala orang yang menidakkan itu dendiri.

Tapi kalau sekadar tolak Pas, tidak sokong Pas bukan bermakna tolak Islam. Pas hanya sebuah parti politik yang wujud pada tahun 1951 dan pendaftarannya pun diluluskan oleh seorang pegawai pendaftaran pertubuhan beragama Hindu.

Pas bukan parti yang turun dari langit macam Islam. Kalau menganggap, apatah lagi menghukum kerana tolak Pas bermakna tolak Islam, maka secara tidak langsung bermakna Pas disetarafkan dengan Islam. Mensetarafkan Pas dengan Islam bagi saya boleh merosakkan akidah.

Saya minta ampun kepada Allah jika pandangan saya membawa kepada dosa dan mohon cendekiawan Islam betulkan saya jika saya silap. Para ulamak kena mengambil bahagian berhujah tentang hal ini demi kerana akidah.

15 comments:

Anonymous said...

setuju sgt dgn abg li, malah kalu sy dok peratikan tiadanya program tarbiah utk anak2 muda di kelantan utk memantapkan kefahaman ttg Islam, apatah lg utk parti Pas.

Jauh beza pd masa arwah ustaz Yahya Othman yg selalu buat usrah. Sekarang dgr kata tiada langsung program semacam tu lagi, yg ada ceramah politik bukan agama.

Kalu setakat dok ngajar tak berkesan semcm program usrah, tapi kerja2 tu sudah lenyap, tok guru pun dah tak tekankan. Hasilnya anak2 muda kat ktan tak jauh beza dgn anak2 muda dari negeri yg diperintah BN. Sepatutnya MESTI berbeza dgn pengisian yg mantap utk anak muda.

Jadi kalu sembang nak bg dakwah pd DAP jgn harapla tok guru, kalu anakmuda Islam kat klantan pun dah hancur dgn gejala sosial, dgn dadah cukup2 teruk berbanding dgn negeri lain. Maka apa yg tok guru cakap tu hanya cakap politik tak lebih dgn cakap ahli politik BN shj.

Program dakwah kat kelantan hancuur, jauh sekali dr retoriknya. Jgnla nak bandingkan dgn kjaan BN sbb depa tak guna agama, tak lulus Ijazah pengajian Islam, tapi tok guru mmg layak utk bawa agama tapi hancur kerana Allah nak tunjuk kpd yang mempunyai hati akan manusia yg menjual agamanya demi keuntungan.

Wallahuallam
Ghazaliyyah Bdr Jengka

mamamamam said...

assalamualaikum w.b.t

sudah tiba masanya untuk sedikit "keras"

1) mung napok beghehi bena ko tokong teh, ginila meli..lagu mano kalu kito wak memorandum hantar ko kerajaan Malaysia suruh kerajaan peghacur belako tokong2 hok ado dlm malaysia ni...mun setuju dok? baru kito ni Islam supo nga hok mun nok...

2)mung ingat keberkesanan dakwah ni buleh nilai dgn berapo oghe masuk Islam ko?...kalu gitu gak maka Nabi Nuh As dok pandai dakwah la..mugo jange kato rakyat dio, bini dio sendiri dok terima Islam, anak dio dok terima Islam.

berapo ramai nabi dari bani Israel pahtu berapo ramai bani Israel masuk Islam..??maknonyo gapo???.nabi2 dulu dok pandai dakwah??

3) aku nok tanyo mun la..mano lebih hina diantara oghe kafir hok pegang Al-Quran tanpa wudhu sebab tak reti hukum

dgn oghe Islam hok sengaja pegang Al-Quran tanpa wudhu padahal dia reti hukum

4)kalu mun segho Pas dok bawak Islam..mun wak parti mun sendiri la pah2 kito adu tengok sapo betul....

mun ni bedo'oh lalu nah ngarut...acu try tulis bendo hok ado pekdoh gak sikit..kalu oghe lain baco pun buleh ilmu

sekian,terima kasih

itulah sedikit coretan dr sy...yg baik itu dr Allah, yg buruk itu kesilapan sy sendiri..


p/s-untuk bewok pasir hok komen atas ni..kalu mun dok tahu toksoh kechek

Anonymous said...

Bercakap biar beradab, kita orang Islam biar kata-kata seperti orang Islam. Kalau mengata orang dengan kata-kata macam binatang. Inilah padahnya kalau menjadi pengikut Tok Guru yang membenarkan kata-kata carut. Ingatlah api neraka tidak mengenal sesiapa, sama ada Tok Guru atau orang biasa. Tok Guru tak seperti Nabi, bukan maksum. Kalau benda itu benar maka benarlah, tapi kalau tak benar, maka tak benarlah. Tak kira orang yang bercakap itu Tok Guru atau tidak. Menggelar seseorang Islam dengan macam-macam itu adalah berdosa. Kalau tak berdosa, maka semua orang boleh menggelar kepada orang lain. Apa akan jadi kalau semua orang pakat buat begitu. Maka berbalahlah kita semua orang Islam kerana mulut. Tuhan beri mulut bukan untuk mengata yang bukan-bukan.
Insaflah, wahai orang Islam yang mengaku benar-benar mengamalkan syariat Islam.
''' sekadar mahu mengingatkan pada saudara seagama.

RJ said...

Kepada mamamam....

Demo kata:
"3) aku nok tanyo mun la..mano lebih hina diantara oghe kafir hok pegang Al-Quran tanpa wudhu sebab tak reti hukum

dgn oghe Islam hok sengaja pegang Al-Quran tanpa wudhu padahal dia reti hukum"

Setakat hok ambo ngaji, org kafir itu jauh lebih hina disisi Allah berbanding dengan seorang Islam. Seseorang Islam berdosa boleh bertaubat nasuha!

Demo kata:
"p/s-untuk bewok pasir hok komen atas ni..kalu mun dok tahu toksoh kechek"

Kalu ya pun demo penyokong PAS totok, tak perlulah merendahkan org lain. Tak tahulah kalu Tok Guru demo ajar lagu tu....iaitu, oghe hok setuju dgn demo jah demo panggil "bewok komodo", hok tak setuju dgn demo, demo panggil "bewok pasir"....

Akhir kalam, org gila tidak akan mengaku yang dirinya gila. Sebaliknya dia akan mengatakan org yg tak bersetuju dgn hujahnya sebagai gila!

pemudacakna said...

Kalaulah orang Islam tidak merasa apa-apa ke atas penghinaan agama kita maka tak tahulah saya apa sebenarnya orang Islam itu. Sebagai orang Islam penghinaan itu haruslah di sanggah walaupun hanya di dalam hati. Kalau membenarkan atau menghalalkan, bagi saya memang tidak patut dibuat begitu. Saya merasa hairan, mengapa ulamak seperti Tok Guru berbuat demikian. Adakah dia sayangkan Islam atau sayangkan pengaruh politiknya yang menyebabkan ia berkata sedemikian?
Tidak wajar mengatakan tidak mengapa kerana orang kafir tidak tahu dengan selok belok Islam. Pada saya, kerana ia orang kafirlah, ia menghina Islam.

Anonymous said...

utk mamamam sy boleh bertemu tuan utk sembang pasal kebobrokan kjaan pas sekarang malah sy boleh bw jumpa broker dan lawyernya sekali ttg kerja2 cari komisyen balak dan sekarang tapak utk landing minyak mcm paka terengganu. Berebut tempat antara kemasin, kuala besar dan tumpat. Siapa yg minta komisyen dari broker2. Kalu lihat perjanjian antara kjaan negeri betapa bodohnya kjaan tok guru dgn syt yg nak majukan tempat2 tu.

Jadi kalu dok sembang secara idealis perjuangan dgn reality hidup anak adam ni maka yg bukan kerja dibalik koridor pentadbiran kjaan negeri mmg tak tau bahawa WANG, KUASA DAN PEREMPUAN merupakan idaman yg istiqamah pd pemimpin yg cakap islam2 tapi hati bagai musang, sama la juga dgn UMNO.

Jadi mamamam kena byk berzikir mohon petunjuk jumpa org yg benar berilmu (bukan nik ajis) barulah napok kebenaran hakiki dari Allah swt.

ghazaliyyah bdr jengka

Anonymous said...

orang jenis macam mamamaman ni sebenar nya tak berapa banyak dah tempat kita ni.Biar lah dia dengan angin cerdek serang dia tu .jangan dok layan sangat we.

Anonymous said...

salam sume..
napok gayonyo...abe li kita smakin napok doh yg dia memey maroh mena nga tok guru nik aziz...hok gapo tok guru oyak tu...napok srupo ore BN tafsir..
gini lah...
klu abe li x brapo nok jelas ttg gapo hok tok guru kato..trus gi jupo nga dio pahtu...mitok dia jelas sbnar-bnarnya...klu dok...benda-benda barah dalam hati srupo x stuju angin, maroh, sero beci...sero srabut tu...lamo lamo bleh wat kito smakin lama smakin parah...pahtu..timbul dlm hati yg pandangan kita shj yg betul....ore lain sume doh x betul...
1 lagi...cuba abe li renung2kanlah...apa gamaknya jadi kat m'sia ni klu xdok ore srupo tok guru nik aziz ni...

Anonymous said...

asalamualaikum
secara peribadi, mkj kena pastikan sejauh mana kesahihan sumber tu. bila tgk petikan akhbar utusan sahaja, rasa dah tawar. bukan apa, kita dah ada byk pgalaman pasal laporan akhbar. byk kali kita bersembang pasal benda yg tiada, atau pun ada tapi tidak sebagaimana yang diada-adakan.

a.m

Anonymous said...

Aku nampak komen MSO lebih kedepan dari komen Meli. MSO awal-awal lagi telah meletakkan Nik Aziz dalam dua wajah. Wajah politik dan wajah ulamak. Aku nampak 2 perkara daripada pemikiran Nik Aziz ini.

1. Maafkan Dap sebagai rakan baru dalam Pakatan Rakyat. - Perjuangan menentang kezaliman UBN adalah lebih utama dari bergaduh sesama sendiri. Ini adalah supaya matlamat tadi akan tercapai sekiranya pergaduhan tidak dibiarkan melarat. Nik Aziz dah kata ia akan mendekati Dap secara dailog, seminar, dll. Maknanya pemahaman menyeluruh hingga ke hulu hati itu penting. Lainlah cara ore gedebe. Tak kena sikit takir dengan kapak. Jadi cara hujah lebih padu dari takir dengan kapak. Aku bagi 2 contoh.
i) Katalah kita dengan kawan kita orang cina dan india kapir nak gi cari harta atas gunung. Dalam perjalanan, sebab banyak rintangan cina kapir kata jangan solat, buang masa. Kalu kita gocoh dengan dia bermakna kita tak akan sampai ke gunung sebab alik dia 2 orang. Jadi tak rasalah kita harta tuh. Caranya kita main politik sikit, tapi wajib atas kita kena royat bakpo kena solat dan lain-lain.

ii)Masa nabi dengan angkatan Islam dari Madinah nak masuk Mekah buat haji mula2 kena sekat ko ore kapir Mekah di Hudaibiyah. Cuba tengok isi perjanjian. Secara tersurat semua kalah alik nabi, tapi hak tersirat kemenangan nabi selepas itu. Selepas itu Meli. Hak tuh yang utama.

2. Lebih teruk lagi ore Islam hak kutuk dan tolak Islam.- Aloh la Meli. Bakpo mu jadi buta hati nih. Ginilah contoh mudah. Allayarham Tun Ghafar Baba pernah kata "kalu hudud dilaksana di Malaysia, maka orang Melayu ketinggalan sebab banyak tangan kudung". Mu tak reti nak tengok ko kenyataan gapo lagu nih. Tun tuh ore Islam sendiri. UMNO punya orang... Hak lain-lain mu siasat sendiri lah Meli.

Tapi bab masuk Islam hak mu tulis tuh...eeee rasa semacam aku Meli. Jijik ada, kesian ada. Nak marah tak leh muga mu setakat spm jah. Adoi.. rusak2. Tuhan pun marah nih. Gini lah. Pak Sedara Nabi Muhammad SAW sendiri tak masuk Islam walaupun saat-saat akhir kematian nabi suruh dia ngucap. Lepas tuh hak lain nabi janji nak bui syafaat di akhirat. Tok masuk pah ko suk. Meli mu tak tahu ko sapo bukak hati nak masuk Islam ko dok. Adoi...Tulis molek gak meli. Aku tau mu biso bab2 cerita klasik kelantan. Mu tak soh dok tunjuk biso situ ore tak pakai. Kena tunjuk biso loni.

Patung buddha banyak di kelantan. Mu mari tengok Kl gak lagu mana. Ore india buat kuil celah2 pokok..macam2 lah meli. royat kok mu bukan mu nak dengar ore kata. ikut cara keras keng mu. Kalu nak sedap lagi mu gi Bali (bukan tok bali)berselerak patung. Padahal Indon paling banyak umat islam atas muka bumi nih. renak2 tahun jemaah indon ramai sekali buat haji di mekah. Tok leh ko semua ore islam indon gi dakwah suruh ore hindu bali masuk islam. berapa ore jah hindu bali nak banding dengan ore islam indon.

Nak layan hak mu tulis gak tak padan rasa. tapi terlajak tak masuk akal, tajuk sedap2 isi kroteh jah. rusak ore baca. Jadi kena betul pulak lah.

Cuba gak mu tengok CORAK PEMIKIRAN Nik Aziz. Hak tu kena tengok bukannya bedal ikut pakai pemikiran kita. Sama juga kita tengok PEMIKIRAN Tun Mahathir mengenai Islam. Itu ore2 biso. Bukan mu dok sohor spm 2 tahun 70an.

Aku rasa mu tulis bab perniagaanmu lah. Apa jenis besi, besi hak buat kereta nama gapo, berapa harga besi loni, term and condition dalam bisnes besi, macam mana jual beli besi boleh meningkatkan pendapatan, kat mana nak cari besi, asal-usul besi, macam mana jepun tak dok besi buleh buat tubuk kereta comel2 dan menguasai pasaran dunia, apa beza kereta ore putih dengan kereta jepun. macam2lah. ada gak pekdah. aku bukan tahu sangat bab besi nih. buleh gak tahu maklumat pasal besi.

Atau mu gi tadah kitab surau ke, dalami bab2 tasauf ke, macam MSO. Dia bab tasauf biso tuh. Atau tulis karya kreatif ko.

Aku nak tanya. Mu nih macam penulis upahan UMNO. Kata tak dok alik mana2 tapi redas alah ko pas sokmo. Hak aku tanya nih, aku rasa mu tulis panjang lebar dah lepas nih. macam2 kata kak ku pulak.

-honda cub-

Kasturi said...

umno bukan tolak islam tapi pasai nak jaga hati parti bukan islam dalam bn macam pas la ni nak jaga hati dap dan pkr dalam pakatan. PKR dan dap takmau islam pun tak pa asalkan bila pas bertanding menang pilihanraya kerana bukan islam pun mahu sokong pas. Sebab pas la dah liberal, kita kata tak baik kat islam pun tak pa, ulama pas ampunkan, baik sungguh.

Anonymous said...

tuan honda cub kawe buke nak ngudoh ko sapo tapi bilo mung kata MSO biso bab tasauf cuba tanya dia kalu boleh dia royat hok sengoti.

Masa dia belajar kat Medan dulu sapa yg menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor kucing kerana kucing kurap tu telah mencuri makanannya, dgn menggunakan ayat2 mahkamah lalu dibacakan tuduhan dan keputusan hakim ( dia sendiri jadi hakim) bahawa kucing kurap tu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kucing kurap tu. Ramai student kat kampus tu menyaksikan kejadian tersebut, lalu matilah sikucing yg malang tu.

Kalu dia mengaku boleh cerita dgn jujur siapakah yg menjadi hakim dan tukang gantung kucing tu, maka aku dgn rendah hati bahawa MSO telah mendapat makam ahwal jazbah ketuhanan dlm perjalanan saliknya, semuga dia kenal diri tajali,diri terperi dan diri sebenar diri dan diampunkan Allah swt.Bermakna biso dia dlm bab tasauf buke sekadar omomngan, sbb nak kecek bab tasauf ni jutaan ore bole tapi nak implemennya amatlah kuree..

Wallahualam.

john said...

TUBIK SMULA- kpd honda cub, demo keno pehe dan berterimo kasih ko abe li kito pasal apo? kalu x dok blog ni lagu mano nok berdakwah ko geng karat biru. puok2 ni dio tok baco doh sumber lain. utusan meloyo, brito hairae blog2 biru jah bacaan dio. sekurae2 ado blog ni demo buleh jugok bui komen denga hujoh demo. ambo suko nga komen demo..belago angin. ambo sikit2 namboh buleh la..pasal bab besi hok tu kito suruh abe li kito buat srupo mso..diary maya ko guano?...

Anonymous said...

Dok balah wat gapa gat, tak lama lagi negeri Kelantan akan di istiharkan oleh pihak Guines Book Of Rekod sebagai negeri yang berjaya melahirkan BERHALA GERGASI KEMBAR TIGA. Jadi bolehlah Serambi Mekah ditukar kepada Darul Berhala Gergasi. Lagi ramailah pelancong dari seluruh dunia datang melawat Kelantan untuk melihat barang ajaib.

Waklong

Anonymous said...

kawan setuju waklong buah demo tu.Puak penagih pas tegar ni nik ajis wat gapa pun dia kata betul,otak puak ni karat tak lih nak cuci dah.TAPI MUJOR LAH ORANG SEPERTI MSO DAN ABANG LI SENDIRI NAK KABA DAH SIKIT,