Sunday, August 30, 2009

MUNCUL KEMBALI (363)

Arak kepala lembu menjadikan ISA ada guna pada pembangkang

AKTA Keselamatan Dalam Negri (ISA) paling dibenci oleh pihak pembangkang. Apabila bekas tahanan ISA seperti Dato' Ibrahim Ali dan Tajuddin Abdul Rhman mahu ISA dikekalkan dengan pindaan, kedua-duanya nya disuluh-kelih oleh pihak pembangkang sebagai pembodek yang cuba mengambil hati Perdana Menteri.

Perhimpunan dan demonstrasi desakan memansuhkan ISA diadakan menyebabkan para peniaga di kawasan diadakan demontrasi dan para pemandu teksi di ibunegara mengalami kerugian yang bukan sedikit.

ISA dianggap undang-undang yang zalim dan tidak bertamaddun. Walaupun ISA banyak menyumbang kepada menjadikan negara berada pada tahap sekarang, bersih dari kepetualangan, para pembangkang melihat ISA sebagi sesuatu yang menjijikkan, kononnya ia digunakan untuk kepentingan kerajaan, untuk menyelamatkan kerajaan dari gugatan pembangkang.

Walhal ISA itu sendiri bukan milik pembangkang pun, ianya adalah suatu bentuk perundangan bagi tujuan pencegahan dan ianya terletak dibawah bidang kuasa Yang Dioertuan Agong manakala polis adalah merupakan agensi pelaksana. Kalangan yang berpihak kepada kerajaan pun turut ditahan dibawa akta itu jika ianya berpotensi menyumbang kepada menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Jasa besar ISA adalah menyekat kebangkitan dan pergerakan bersenjata komunis, anasir subversif serta gerakan militan seperti Al-Maunah, Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) dan Al-Arqam di samping pelbagai gerakan yang boleh menyumbangkan negara dilanda huru-hara berjaya dibendung apabila pihak yang didapati menggerakkan sesuatu gerakan yang mengancam keselamatan negara diISAkan.

Walaupun komunis sudah secara resmi memberhentikan kegiatan bersenjatanya, namun kegiatan kesubversifan dan kepetulangan dari pelbagai pihak yang irihati dengan kemakmuran dan pencapaian kemajuan tidak semestinya '0' kerana keubversifan dan kepetulangan itu boleh diindustrikan sebagai perang diindustrikan.

Kerana itulah ISA masih diperlukan supaya negara tidak mudah untuk diajdikan tapak mengindustrikan kesubversifan dan kepetulangan, malah peperangan yang mana kilang-kilang pengeluar kelengkapan perang terpaksa ditutup jika tidak adanya peperangan kerana hasil keluaran tidak akan ada langganan.

Apa yang sering berlaku di Thailand mahu pun di Indonesia tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia kalau tidak dibendung dengan ISA kerana semacam ada segelintir rakyat negara ini nampaknya bosan hidup tanpa huru-hara, tanpa kenteraman awam terancam. Bukankah mencegah sesuatu penyakit atau wabak lebih baik daripada mengubatinya.

Dalam pada itu nampak sangat dalam penentangan terhadap ISA, para pembangkang semacam menggunakan kepala lutut, bukannya menggunakan kepala yang berakal dalam menimbangkan tentang buruk baik dan keperluan ISA yang diberlarak dan didesak agar dihapuskan. Ini terbukti apabila senggang tidak berapa lama selepas perhimpunan/demontrasi mendesak ISA dihapuskan, ada pula cadangan dari pembangkang agar kalangan tertentu diISAkan.

Mari sama-sama kita perhatikan laporan Sinar Harian sebagaimana berikut;
Gunakan ISA terhadap pihak terlibat: Rodziah

SHAH ALAM – Pihak yang terlibat: dalam perarakan membawa kepala lembu ke Bangunan Setiusaha Kerjajaan (SUK) sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Exco Selangor, Rodziah Ismail, akta berkenaan diwujudkan untuk menghalang sebarang aktiviti yang menjurus kepada ketegangan perkauman di negara ini seperti mana yang dilakukan 50 penduduk kelmarin.

“Saya sarankan agar kerajaan tangkap sahaja pihak-pihak yang terlibat bagi menunjukkan tidak ada ‘double standard’ diamalkan,” katanya selepas merasmikan Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula (PKKKS) di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata, tindakan mengarak kepala lembu adalah keterlaluan kerana ia merupakan simbol kesucian Hindu.

Selain itu katanya, majoriti pihak yang menyertai perarakan dan bantahan berkenaan terdiri daripada ahli UMNO dan hanya sebilangan kecil sahaja daripadanya merupakan penduduk Seksyen 23.

“Tidak ada ahli Pas mahupun PKR yang terlibat menyertai bantahan berkenaan tetapi majoriti daripada mereka merupakan ahli UMNO.

“Betulkah majoriti penduduk Seksyen 23 membantah pembinaan kuil berkenaan atau terdapat pihak lain yang sengaja memperbesarkan isu ini,” katanya.

Katanya, sebarang keputusan hanya akan diambil selepas majlis perbincangan bersama penduduk Seksyen 23 pada 5 September ini.

“Anjakan 300 meter dari tapak asal kuil berkenaan hanyalah antara cadangan mengatasi masalah ini. Keputusan akan dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama penduduk pada 5 September ini,” katanya.

Macam mana pula pendesak ISA supaya dihapuskan boleh mencadangkan ISA dipakai-guna dan tidak dianggap kejam dan tidak bertamaddun apabila mereka yang terlibat dalam perakan kepala lembu dicadangkan agar diISAkan. Bukankah cadangan itu bersifat menjilat, menyedut dan mengunyah-ngunya serta menelan geriak sendiri.

Para pemimpin Hindraf ditahan dibawah ISA dianggap kejam tetapi bila mereka yang terlibat dalam perarakan kepala lembu , maka dicadangkan dISAkan, tidak bimbang akan berlaku kejam pula. Pendirian apa ke namanya, berubah-ubah dan tidak tetap.

Kenapa bila berlaku kes gantung kepala babi di depan rumah Pengerusi JKKK dan kes kepala babi diletak dalam masjid, tidak ada pula mana-mana pemimpin pembangkang Melayu , apatah lagi yang bukan Melayu yang menyarankan supaya pelakunya diISAkan, sebagaimana pemimpin pembangkang Melayu menyarankan peserta perarakan kepala lembu DiISAkan?

Sama-samalah kita fikirkan dari sudut moralnya!

10 comments:

mamamamam said...

assalamualaikum w.b.t.

mudah ceritanyo ambo nok tanyo...

ISA ni kena ngan Islam ke dok???

mugo ambo xpandai bab2 agama ni..sebab tu la ambo tokse kechek pasal ISA ni..takut canggoh nga hukum Islam pasal ambo rajin dengar tok2 guru duk kato

"kejahilan mendekatkan kepada kekufuran"

...jd abe li dok kechek pasal ISA ni....mesti abe li mahir......mitok abe li hurai sikit antara ISA dan islam.......???



p/s- abe li kae oghe biso, tok guru pun abe li kritik selambo jah......mitok pendapat la deh

pemudacakna said...

Jika ISA menjadi ubat untuk mencegah daripada penyakit menjahanamkan masyarakat Islam itu sendiri bagaimana?
Jika Arak menjadi taruhan,kalau tidak ada minuman lain dan kalau terpaksa, kalau tak minum menyebabkan kita mati, bagaimana?
Kalau kita tidak minum juga menyebabkan kita mati, adakah itu termasuk dalam membunuh diri?
Adakah pada masa itu haram lagi?
Adakah Islam tidak melonggarkan hukuman jika menghadapi saat darurat?
Saya melontarkan persoalan kerana saya kurang arif dalam hukum hakam.
Tetapi saya tahu Islam bukan agama yang kejam. Allah maha pemurah lagi maha mengasihani.

uop said...

Saya semakin berminat membaca blog Meli, rasional dan tepat. Bagi saya hanya orang yang boleh berfikir dengan otak sahaja yang harus membaca blog ini, teruskan.

PUTRA CAKNA said...

Tidak mustahil :
Kalau dulu UMNO,MCA,MIC dalam BN, PAS kata haram tapi PAS,DAP,PKR sudah jadi halal.
ISA masa BN, PAS kata haram tapi ISA masa PR (kalaulah Allah mengizinkan) mungkin akan jadi halal.
Hukum dalam politik segalanya mungkin tapi hukum dalam agama Islam tetap sama walau zaman mana pun.

Anonymous said...

Tubik sokmo.itulah saja yg ada dlm pemikiran ore pas baik mamaman ko tuan guru jon ko sama saja.kecik pasal islam hanya mereka yg pandai dan terhebat.bila kena diri sendiri sibuk nak guna isa.bila islam diganggu gugat oleh kafir DAP mereka diam.islam PAs yg diterjui nik ajis kadang boleh dikatakan nik najis telah dipolitikan.pada ambo islam pas tidak tulis mcm duit plastik dan mana2 penyokong Pas akan masuk neraka kerana banyak menabur fitnah dan mengelirukan umat islam.

john said...

KENO TUBIK- nok royak deh..pas konsisten dengan ISA dimansuhkan..Roziah ore PKR bukan Pas deh..ok la dalam pakatan..bg ambo dio tok cermat (ore baru-perempuae pulok tu..emosi la sikit)..peluae lagu ni (pembankae suruh guno isa ni) srupo bola tanggung le ke set2 umno..buleh ko abe lie koho sedak ggoreng..tak po la..penulis bebas! kepado anynomous kalu demo tok ser dengar buoh ore, dok diae sudoh la..yg dok kutuk tok guru ambo ambo buleh gapo..ok..ok ambo harap mulut demo masin la..geng2 pas masuk nerako..pas geng palo lembu tok se masuk getek ko anynomous?..demo cari namo so muda ambo nok naip..apo nih x dok identiti langsung..tengok pemudo cakno nga johan kae bagus tuh..

kawe ado singkatan baru untuk umno..U.M.N.O (United Malay Not Organise) dalae bahaso melayunyo -melayu bersatu ngabae kok ser-mcm geng2 palo lembu..terae2 dok kilik palo lembu buleh kato tok tahu sapo dio..takut le tu! ambo tok kato ko individu ambo kato ko umno mcm tok guru ambo kato eh..islam plastik, buleh ko puok2 demo islam palestin! hexagon sungguh la puok2 ni...

Abuzar said...

Kalau tak silap, ISA ni.. ala undang2 Fir'un, atau Namrud .... hukum tanpa bicara/ diadili.

Hapuskan ISA habis cerita, dua2 BN atau PR tak boleh guna.

Kita gantikan undang2 ISA dengan Hukum Allah, undang2 Jinayat, Qisas dan Hudud lagi tepat. Takkan orang2 Islam dalam PKR, DAP, Gerakan, PBS, PPP, PRM, dll tak nak sokong hukum Allah kot? Mereka tak baca Quran ke? Begitulah jugak UMNO yang dok pertahankan ISA nih? Tak percaya kepada AlQuran ke?

Kembalilah kepada Perundangan Islam ... selamat semuanya.

Anonymous said...

selangor nak tiru kelate tu....kelate benarkan buat patung banyak dan besar2....selangor nak buat kuil banyak. nak buat d kaw org melayu pulak tu. Yadim kata jumlah kuil dah lebih byk dr masjid. sapa bantah nak suruh guna isa lagi. ni baru perjuangan islam sunggoh...lagu mana demo...ana senok perut dah

Anonymous said...

sebenar nya orang pr yg suruh guna
isa sengaja nak nganyin(persenda)
kerajaan barisan, kerana orang yg demo adalah kebanyakan orang2 umno
maka tidak munasabah dlm kes sebegini kerajaan akan guna akta isa.terutama nya, ternyata mengikut banyak cerita2 bahwa demo itu termasok dlm agenda umno utk menjatuhkan kerajaan pr di selangor.dlm hal kuilni pula, bukan kuil baru tapi kuil yg lama ,mahu dipindah kelukasi baru sepaya tidak mengangu
penduduk sekitar. ini lah peluang
umno mengapikan orang islam utk
menentang perancangan tampa kajian
secara mendalam kesesuian tapak baru, walhal perkara ini tak perlu di politikan, kerana kerajaan selangor sudah kaji bahwa kawasan ini paling sesuai dgn di sukung oleh banyak pihak.

mamamamam said...

assalamualaikum w.b.t

tertarik dengan komen PEMUDA CAKNA,


"Jika ISA menjadi ubat untuk mencegah daripada penyakit menjahanamkan masyarakat Islam itu sendiri bagaimana?
Jika Arak menjadi taruhan,kalau tidak ada minuman lain dan kalau terpaksa, kalau tak minum menyebabkan kita mati, bagaimana?
Kalau kita tidak minum juga menyebabkan kita mati, adakah itu termasuk dalam membunuh diri?
Adakah pada masa itu haram lagi?
Adakah Islam tidak melonggarkan hukuman jika menghadapi saat darurat?
Saya melontarkan persoalan kerana saya kurang arif dalam hukum hakam.
Tetapi saya tahu Islam bukan agama yang kejam. Allah maha pemurah lagi maha mengasihani."

-dapatlah saya membuat kesimpulan dari HUJAH saudara bahawasanya ISA itu menjadi halal kerana darurat...

baik, mari kita mulakan..........., i give my best shot

seorang wanita ditangkap kerana berzina, lalu ditanya mengapa kamu berzina...
jawabnya "darurat, mak bapak saya xkasi kahwin dengan bf saya"

seorang lelaki ditangkap kerana berjudi, juga ditanya mengapa kamu berjudi, jawabnya "darurat, sy terpaksa cari duit lebih utk tanggung anak ramai"

seorang pemimpin dituduh membunuh wanita mongolia, juga ditanya, menagapa kamu meletupkannya...oopssss!! silap,...mengapa kamu membunuhnya..jawab, "darurat, nanti pecah rahsia"....heheheheh

apabila darurat jangan kata minum arak, makan babi,biawak pun boleh

akan tetapi dalam islam darurat tidak dipanggil darurat selagi ada jalan keluar...

dalam masalah ISA apakah jalan keluar sudah tidak ada???

jika kita semua bersetuju bahawasanya permasalahan ISA tidak ada jalan keluar......bermakna,

kita semua telah bersetuju bahawa Malaysia sedang dalam darurat....

bermakna juga,

kita semua bersetuju bahawa sistem kehakiman di Malaysia tidak berkaliber kerana tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukum kepada pesalah ISA....

bermakna juga,

kita semua bersetuju bahawasanya undang2 yg dipakai kerajaan Malaysia lemah kerana tidak mampu untuk berHUJAH dengan tahanan ISA..

bermakna juga,

kerajaan Malaysia gagal menyediakan undang2 yg lengkap untuk rakyat Malaysia.......ermmm

disini mari kita diam sebentar dan ketawa..."mengapa masih ada lagi golongan yang bermati-matian mempertahankan kerajaan ini???.."

tiba-tiba,..jenggg jeng jejengg..

ada golongan yang mahu ISA dihapuskan...

bermakna ada golongan yg percaya bahawasanya mereka mempunyai undang2 yang mampu menjatuhkan hukum......

bermakna juga

mereka mempunyai undang2 yang lengkap untuk rakyat Malaysia...

bermakna juga,

rakyat Malaysia akan hidup dalam kebahagian tanpa ada penindasan, kezaliman dll

persoalannya sekarang...siapakah golongan itu????????

untuk menjawab soalan ini, ambo minta oghe ambo, JOHN jawab...steady john!!!

bule2 poso ni molek bena kalu kito ngaji quran sikit...

"Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)? "

An-Nisa, ayat 109

p/s-kalu doh darurat, bakpo dok guna undang2 darurat?????