Kematangan dan keterbukaan menjadikan pengamal politik lebih rasional
UNTUK menjadi matang, terbuka minda dan rasional, sekali gus dapat membebaskan diri dari kejumudan dan ketaksuban melampau bukan seperkara yang mudah sebenarnya, tetapi yang tidak mudah itu kalau berjaya dimudahkan adalah sesuatu yang sangat menikmatkan.
Demikian halnya untuk melahirkan pemimpin, ahli, pendukung dan penyokong parti politik yang benar-benar matang, terbuka minda, tidak jumud, tidak taksub melampau dan sentiasa rasional serta selamba adalah sesuatu yang sangat sukar, terutama di negara ini yang semacam wujudnya fenomena, wabak dan sindrom tidak penah mahu bersyukur dengan nikmat anugerah-Nya, menjadikan timbulnya rasa tidak puashati yang tidak pernah ada titik koma dan noktahnya.
Ini adalah kerana dasar, pendekatan dan formula berpolitik sesebuah parti politik itu sendiri sudah menjurus ke arah jumud dan ketaksuban melampau, lawan kena dilihat semuanya tidak betul manakala parti sendiri kena dilihat dan dianggap serba betul dan sempurna walaupun dalam bentuk hakikat berkemungkinan adalah sebaliknya.
Kerana itu tidak hairan apabila dua buah parti atau dua kumpulan parti yang berlawanan cuba untuk menidakkan kebaikan lawan dan semacam mahu memaksa para pengundi memperakuan parti yang didukung dan disokong sahaja yang baik dan sempurna, yang patu diberi mandat menjadikan ketegangan politik bukan sahaja berlaku sepanjang kempen pilihanraya tetapi menjadi tegang sepanjang masa.
Apakah cara berpolitik sedemikian memberi faedah kepada agama, rakyat dan negara? Yang jelas semakin hari semakin berskala besar jadinya ketegangan dan semangat berpuak-puak. Mahu tidak mahu ianya akan membawa padah dan musibah kepada negara seaadainya langkah-langkah segera dan proaktif serta usaha yang tidak pernah rasa jemu, kecewa dan putus asa tidak diambil bagi mengtasinya.
Pada pendapat saya, berpaksikan untuk kepentingan agama, bangsa, masyakarakat majmuk dan negara tercinta inilah, maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui blog 1Malaysianua mencatatkan sudah tiba masanya semua pihak khususnya mereka yang berstatus pemimpin mengamalkan politik yang lebih matang demi masa depan negara lebih cemerlang.
Saya bersetuju dengan beliau bahawa sekarang bukannya waktu untuk mereka berdebat atau mengupas sesuatu isu secara retorik kerana perbuatan seperti itu tidak akan memberi faedah terhadap usaha memajukan negara. Sebaliknya dalam proses Malaysia memasuki fasa menuju ke arah negara maju selepas 52 tahun merdeka, para pemimpin harus sedar bahawa banyak cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi. Dunia sekarang telah berubah dan menuntut para pemimpin dan yang bekerja lebih keras.
Sudah tentu bagi mencapai dalam berhadapan dengan cabaran serta perubahan yang berlaku, negara amat memerlukan amalan politik yang lebih matang. Elakkan sebarang perdebatan dan perkara yang bersifat retorik, yang boleh memberskala-besarkan lagi ketegangan dan sikap berpuak-puak yang melampau di kalatngan rakyat jelata yang terpengaruh dengan apa yang pemimpin buat dan cakap.
Kepada saya amalan politik yang matang, berminda terbuka, tidak jumud dan tidak taksub melampau boleh membantu ke arah membina kekuatan dan semangat yang tinggi di kalangan rakyat dan pemimpin negara ini bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan pelbagai agensi, gagasan, pelan, rangka dan kerangka menamba-majukan lagi negara menepati garis yang ditetapkan.
Kita generasi sekarang sama ada sebagai pemimpin atau yang dipimpin kena merasa bertanggungjawab untuk memastikan 'negara ini kita akan wariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan, dengan wajah dan suasana yang membanggakan mereka, bukannya mempesakan kepada mereka sebuah negara yang dilandan dan dipaliti oleh pelbagai masalah. Justeru kerjasama semua pihak tidak kira kaum menjadi keperluan kepada pihak pemerintah supaya berkeupayaan menyediakan negara yang mempunyai masa depan lebih cerah.
Hannya mereka yang sengaja butakan mata, pekakkan telinga serta hatinyanya hilang fungsi sahaja tidak sanggup memperakui dan membanggakan pencapaian negara sejak tahun 1957 k emari, termasuk dalam sudut pengurangkan kadar kemiskinan. Pada tahun 1957, lebih sebahagian rakyat kita hidup dalam keadaan miskin tetapi pada masa ini kurang daripada empat peratus mereka yang hidup dalam keadaan miskin.
Jaminan Perdana Menteri bahawa usaha mengurangkan kadar kemiskinan akan diteruskan patut diterima dengan positif, malah kerajaan perlu dipermudahkan untuk menjayakan usaha itu tanpa terbantut oleh sebarang kerenah dan gugatan yang boleh membantutkan usaha berkenaan.
Generasi 52 tahun akan datang patut menikmati kemajuan dan pembangunan negara seratus atau 1seribu, malah sejuta kali ganda dari apa yang kita nikmati sekarang. Untuk itu pemimpin yang dipimpin sekarang kena berusaha dengan matang, dengan minda terbuka, tanpa jumud dan taksub melampau supaya generasi sekarang bangga menjadi rakyat negara ini dan bangga dengan warisan yang dipesakan kepada mereka.
Monday, August 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
RELAKS MINDA-
Pada suatu hari di sebuah sekolah yang bukan sekolah ugama. Ketika seorang ustaz sedang mengajar subjek Pendidikan Islam yang bertajuk "kewajipan mendirikan solat fardu" di satu kelas di sekolah itu. Kebetulan suasana di bulan Ramadhan.
Ustaz : Anak-anak...!!! setelah ustaz ajar tentang solat, ustaz nak tanya boleh tak..?
Murid2 : Boleh ustaazz..!!!
Ustaz : Baiklah.., anak-anak..dalam sehari kita diwajibkan solat fardu berapa kali anak-anak..?
Murid2 : Lima kali sehari semalam ustaazz..
Ustaz : Baguss..Baiklah.. Apakah hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja anak-anak..?
Murid2 : Berdosa ustazz...!!!
Ustaz : Kalau kita tak tinggal kita dapat apa anak-anak..??
Murid2 : Dapat pahala ustaazz..!!!
Ustaz : Baiklah..kalau kita banyak pahala..mati nanti Allah akan masukkan kita ke mana anak-anak..??
Murid2 : Allah akan masukkan ke syurga ustaz !
Ustaz : Kalau kita dapat banyak dosa mati nanti Allah akan bagi balasan apa pada kita anak-anak..?
Murid2 : Allah akan masukkan kita dalam neraka ustaazz..!!!
Ustaz : Baguss..jadi kalau kita tinggalkan solat, Allah akan masukkan kita ke dalam syurga atau neraka anak-anak..??
Murid2 : Masuk neraka uustaazz..
Ustaz : Bagus..oleh itu..ustaz nasihatkan anak-anak agar jangan tinggalkann solat ye..!
Murid2 : Baiklah ustazz..
Maka bertebaranlah murid-murid sekolah ke rumah masing-masing selepas tamat waktu persekolahan. Salah seorang dari murid tadi bertanya kepada bapanya yang mengaku Islam tapi tak pernah mengerjakan solat melainkan solat jumaat (itu pun kadang-kadang) dan solat dua hari raya sebab takut kena kutuk dengan masyarakat agar tidak dituduh tidak melaksanakan islam dalam hidupnya. Maka berlakulah dialog ringkas antara anak dan bapa..
Anak : Ayah..kenapa ayah tak semayang ? Saya tak pernah pun tengok ayah semayang !
Ayah : Alah..kalau tak semayang pun..kita boleh hidup kan, tengok orang yang tak Islam tu..dia tak semayang pun, tapi diorang tetap kaya dan hidup senang lenang ! (sambil menuding ke arah jiran depan rumah mereka).
Anak : Tapi ayah, kalau tak semayang nanti kita dapat dosa, kalau kita berdosa mati nanti Allah akan masukkan kita dalam neraka kalau kita tak semayang ayah, ayah tak takut ker jadi ahli neraka nanti !
Ayah : Hahhh...!!! siapa yang cakap ?
Anak : Ustaz kat sekolah yang cakap !
Ayah : (Dalam hati) Cilakak punya ustazz..!!!
Maka keesokan harinya si ayah ini pergi menemui ustaz di bilik guru, maka si ayah yang mengaku islam tapi tak nak solat ini dengan marahnya berkata,
Ayah : Ohh..awaklah ustaz yang mengajar anak saya ya..!!!
Ustaz : Yer saya..ada apa yang encik !
Ayah : Berani engkau kata aku ahli neraka yer..!!! Engkau ingat, engkau Tuhan ke, engkau tak tau ke Majlis Fatwa kata, dosa pahala - syurga neraka hak mutlak Allah Subhanahu Wa Ta'ala..!!! (menyeringai sungguh bahasa ayahnya melepaskan geram).
Ustaz : Saya hanya menjalankan tugas saya mengajar anak-anak dan meneruskan kerja-kerja para nabi..menyampaikan ilmu dan kebenaran, ...(belum habis ayat itu dihadam oleh ustaz, terus dipancung oleh ayah budak itu sambil berkata..)
Ayah : AARRRGGHH...!!! Tuan-tuan jangan percaya cakap ustaz ni, seraya ayah budak ini terus blah keluar dari pejabat sekolah..
P/S-LAGU MANO WEHHHHH!
1 Malaysia DUIT RAKYAT DIDAHULUKAN,KEUNTUNGAN KERAJAAN DIUTAMAKAN..!!!KAKAKAKAKAKAH
Masjid RRI Sungai Buloh adalah masjid terdekat bagi saya untuk mengerjakan solat Jumaat ataupun apa2 solat berjemaah. Malahan, saya banyak kali juga bersolat tarawih di Masjid RRI Sungai Buloh. Yang menjadikan masjid (bukan surau) ini unik adalah kedudukan masjid ini yang bersebelahan sebuah kuil hindu.
Sepanjang yang saya tahu juga masjid ini sudah berkedudukan sebegini semenjak bertahun-tahun yang lampau dan selama itu, Selangor berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional/UMNO.
Soalnya sekarang, mengapa UMNO Selangor tidak menjadikan kedudukan masjid tersebut sebagai isu? Mengapa surau Al-Jannah (bukan masjid) yang akan terletak 120m dari tapak kuil baru itu pula dijadikan isu oleh UMNO Selangor dan beberapa NGO Melayu yang pro UMNO?
abe li tulis bahasa sedap sungguh. apa kata jika abe li serius lagi tulis.
sebab ramai pandai tulis tetapi kosong dan hampas.
saya suka menyilau nyilau di sini tengok buah fikiran abe li.
yang benar kita sokong dan salah kita tentang.
Antara kenyataan :
... Tidak sembahyang akan masuk neraka dengan
... Orang menyokong atau mengundi UMNO akan masuk neraka
adalah
dua kenyataan yang jauh berbeza.
Budak darjah enam pun akan faham bezanya itu tetapi sayang ...
orang tua yang dikatakan lepasan U tidak dapat membezakan antara keduanya.
Beginilah sifat orang PAS yang suka memutarbelitkan kenyataan. Kalau orang tua yang tidak mengaji (belajar) akan percaya dengan putar belit ini maka orang yang memutarbelitkan kenyataan itu akan berdosa.
Jangan ingat memutarbelitkan kenyataan tidak berdosa.
Jangan memutar belitkan kenyataan seperti membelitkan kain serban dikepala.
Serban saja besar tapi hati busuk.
(tidak semua yang pakai serban begitu).
relaks minda 2
Pada suatu hari ada seorang hamba Allah benama saya.. ceritanya bermula begini.....
Alhamdulillah saya masih diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T utk menunaikan sembahyang fardhu... 5 waktu...disamping solat2 sunat.... zakat, puasa... cuma haji yg tiada berkesempatan lg... dan semua yg saya lakukan adalah kerana Allah S.W.T....
Tatapi.. ada satu masaelah.....yg saya tahu ianya salah tetapi telah bersebati dgn jiwa saya...
Iaitu tabiat saya amat suka mencaci,menghamun, menghina, mengutuk, dan sentiasa mencari kesalahan jiran saya yg pada pandangan saya amat kurang ibadahnya jika nak dibandingkan dgn ibadah yg saya laksanakan....... barang yg benar sekalipun saya cuba pusing menjadikanya suatu yg salah dimata saya dan yg sesuai dgn diri saya....
Wahai mr. XXXX yg bijak bistari harap diadililah diri saya ini... keneraka kah... atau ke syurgakah saya....
p/s: suka baca kalau komen ditulis B.Melayu rasmi... senang nak baca.. senang nak paham....
Kalaulah saya Mr. XXXX (tapi yang pastinya bukan saya). Izinkan saya memberi sepatah dua kata:
Saya tidak mampu menghukum saudara kerana saya juga seperti saudara, makhluk Allah yang bergelar hamba. Hanya yang mampu saya katakan, baikilah hati saudara dengan beristighfar banyak-banyak dan memohon ampun kepada Allah dan berdoalah agar mempunyai hati yang tulus dan murni yang bersangka baik, tidak ada perasaan hasad dengki, fitnah memfitnah, kata mengata dan lain-lain yang dibenci oleh Allah. Anggaplah sesama Islam saudara kita. Cubit paha kiri, paha kanan terasa jua.
Minta maaflah kepada orang-orang yang kita sakiti hatinya. Insya-Allah moga Allah mengampunkan dosa kita.
Sekadar menasihati diri saya sendiri disamping menasihati saudara seagama. Kalau terkasar bahasa maaf dipinta.
Isu caci mencaci atau umpat mengumpat ini pada dasarnya tak baik ... kecuali mereka yang diharus dari segi syarak.. mungkin mereka yang menjadi mangsa kezaliman/ penipuan ... mereka ingin mendapat pembelaan dari hakim, atau mereka yang ingin mengelak dari orang ramai dizalimi ...
Dosa2 dan kesalahan menyesat atau menindas atau menzalimi atau menipu atau membunuh atau mendera rakyat/ orang ramai adalah lebih besar disisi syarak ....
Begitu juga perbuatan berzina, berjudi, minum arak/ dadah, bertenum nasib (nujum), jampian2 syaitan, riba', dedah aurat, rasuah, salahguna kuasa, ..... adalah amalan fasik & zalim yang amat berat dosanya disisi Allah.
Mengapa ada yang masih berkasih sayang dengan golongan fasik & zalim dengan meninggalkan pimpinan yang soleh lagi adil .....????
Tumpang lalu.....
PKR & DAP dalam golongan mana ya???
relaks minda 3
Itu le masalah saya.... sentiasa mencari alasan@jawapan utk menjustifikasikan perbuatan saya terhadap jiran saya. Segala macam jenis dosa saya senaraikan.... segala kitab kuning saya telaah..... tapi bila
kena batang hidung saya sendiri......... musuhku semuanya haram... rakanku semuanya harum....
Post a Comment