Sunday, October 4, 2009

MUNCUL KEMBALI (419)

saranan jadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN
Malaysia, Indonesia dan Brunei patut gembleng tenga jayakannya

BAHASA Melayu nampaknya kembali menjadi bahan percakapan dan kepedulian umum apabila untuk tempoh hujungbulsn September dasn pada minggu ptsms pertama bulan Oktober tahun ini, pelbagai media menyiarkan kenyataan dan pandangan tokoh dan pihak yang ada kaitan dalam soal Bahasa Melayu.

Dari segi patut memanglah Bahasa Melayu patut sentiasa dipedulikan kerana dengan jumlah 300 juta penutur, Bahasa Melayu menduduki tangga keempat selepas bahasa Mandrin,Inggeris dan Hindu/Urdu dari sudut jumlah penutur.

Separuh dari penduduk ASEAN bertutur dalam Bahasa Melayu sejak lebih 1,000 tahun dulu lagi di samping kini ianya menjadi bahasa rasmi bagi Malaysia, Indonesia dan Brunei di samping menjadi antara bahasa rasmi bagi Singapura.

Selain dari menjadi bahasa rasmi kepada negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan antara bahasa rasmi bagi Singapura, Bahasa Malaysia sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia turut dituturkan oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thai, Selatan Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Di Vietnam sahaja seramai 70,000 penduduknya dikatakan mampu bertutur dalam Bahasa Melayu pada waktu ini di samping dalam bahasa-bahasa pertuturan bagi bahasa rasmi bagi Thailand, Kemboja,Vietnam, Laos, Kemboja, Belanda, Jerman, India, filipina, Afrika Selatan dan Arab ada perkataan sama sebutan dan sama makna dengan Bahasa Melayu.

Tambah membanggakan setiap bakala Melayu adalah apabila Kursi Pengajian Melayu di Victoria University of Wellington, new zealand akan diteruskan berdasarkan kesan positif kepada Malaysia.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr Zulkefli A. Hassan kursi yang diwujudkan sejak 1996 di institusi pengajian tinggi itu tamat kontrak pada Disember tahun lepas.

Kerajaan sudah membuat kajian dan menunjukkan ada kesan positif hasil wujudnya kursi berkenaan. Jadi kerajaan membuat keputusan untuk meneruskannya dan menghidupkan balik kursi berkenaan.

Memorandum persefahaman dengan universiti berkenaan dan Kementerian Pelajaran New Zealand Isnin pada 5 Oktober dengan Dr Zulkeflymenandantangani mewakili negara yang mana pengenalan kerusi berkenaan memerlukan peruntukkan kewangan 279,000 NZ Dolar.

Sebanyak 114,00 NZ Dolar dari peruntukkan yang diperlukan adalah sumbangan Kerajaan Malaysia, 100,000 NZ Dolar sumbangan kerajaan New Zealand manakala 65,000 NZ dolar daripada syarikat-syarikat Malaysia.

Menurut Dr Zulkefly kali ini skop Kursi Pengajian Melayu bukan sahaja tertumpu kepada bahasa tetapi diperluaskan kepada pengajian Malaysia supaya orang luar juga belajar mengenai politik dan ekonomi Malaysia.

Seorang profesor kanan daripada Universiti Islam Antarabngsa dikenalpasti akan menduduki kerusi itu.

Selain Victoria University, terdapat tiga lagi Kursi Pengajian Melayu yang dianjurkan Malaysia iaitu di University of Ohio di Amerika Syarikat, Leiden University di Belanda, Beijing Foreign Studies di China manakala di Hankuk University, Korea kini masih dalam proses pemilihan.

Melihat kepada kedudukan jumlah penuturnya yang keempat tertinggi dan mudah dipelajari, maka cadangan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dan MBBIM pada awal tahun 2004,supaya Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN direalisasikan.

Bagi menjayakanya, Malaysia, Indonesia dan Brunei patut mengembelengkan tenaga, fikiran dan kewangan bagi menjayakannya.

6 comments:

Unknown said...

UMNO DAN GENTING

Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad.
Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.

Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.

Yayasan Noah kini diwarisi oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.

pemimpin macam ni ke nak berjihad ke jalan ISLAM

WOII MELI DAN PENDOKONG SEMUA HOK KAWE BERI ADALAH SEMUO FAKTA ...

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Kena bezakan Melayu dengan Islam. Melayu lain, Islam lain. Orang Melayu boleh terlibat dalam memegang saham perjudian tetapi orang islam tidak akan babitkan diri.

2. Orang Melayu, kerajaan Melayu boleh restu peminaan tokong-to'kong gergasi, orang Islam dan mungkin telibat, termasuk menyokong kelulusan pembinaannya. Kata John pembinaan to'kong, untuk orang bukan Islam, orang Islam peduli apa dengan pembinaan to'kong. pihak yang terbabit dalam pembinaan pusat judi pula kata, pusat judi bukan orang orang islam, apa orang Islam nak peduli. Kalau berhjudi juga bukan nama orang islam lagilah.

3. Yang asaskan pusat perjudian genti Noah (kalau betul) bukan najib. Mungkin Noah jahil tetapi tiak semestinya Najib juga jahil. Abu Talib kafir, ali anaknya Islam. Nuh Nabi, anak isterinya kafir.

4. Abu Bakar, Omar, Usman, Abdul Rhman bin Auf da lain-lain serah harta yang dikumpul sebelum mereka peluk islam, nabi terima, bukannya dibakar atau ditolak.

5. Nak hilang kekeliruan, rujuk al-Quran dan hadislah

Anonymous said...

Saham


Najib masih memegang saham dalam Genting Berhad, syarikat judi milik Tan Sri Lim Goh Tong dan anaknya Tan Sri Lim Kok Thay, melalui Yayasan Noah, sebuah badan milik keluarganya; tinggalan datuk mereka, bekas Pengerusi UMNO Tan Sri Noah Omar.

najibun almongoli altatntuyayi said...

ambik saham saje tak pe jangan bejudi sudah hehehehe duit sapa tak nak duit

john said...

JOHN LAGIH- kpd Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki..petikan demo
"Kata John pembinaan to'kong, untuk orang bukan Islam, orang Islam peduli apa dengan pembinaan to'kong. pihak yang terbabit dalam pembinaan pusat judi pula kata, pusat judi bukan orang orang islam, apa orang Islam nak peduli. Kalau berhjudi juga bukan nama orang islam lagilah"

-demo ni buto huruf kalih. Judi dalam agamo mano2 pun tok molek belako..tok tahu pulok kalu ore umno kato agamo lain buleh..demo g tanyo tok ca budha, sami hindu nga paderi kristian..judi ni molek ko dok dalae agamo mereko?..jange ttukar dengan to'kong..to'kong ni rumah ibadat?..agamo dio!..berat demo tok tahu agamo denga judi! mazhab umno lagu ni le hok keno bersih ni.

demo jange wak jahil nok mempertahankan pemimpin demo yang jahil jugok..apabila saham tu masih dio pegang maknonyo sumber dio dari hasil judi! nok tok nok najib kena wak keluar yayasan noah tu dari genting tu. ambo setuju demo suruh rujuk quran nga hadis...pemimpin ambo dan dasar parti ambo memang quran nga hadis..umno rujuk gapo eh??????? suruh pemimpin demo la dulu la Taik!..bukae ngato tapi namo demo lagu tuh!

p/s-sila baca ulasan dr.asri (bekas mufti) lagu mana umno buleh mendapat sokongan semula.

Anonymous said...

MKJ, idea ni bagus. Sepatutnya lingual fraca Nusantara ini adalah berteraskan Bahasa Rumpun Melayu ... tapi para pemimpin sekular negera tak berapa minat .. 52 tahun dok agungkan bahasa asing saja! Sebab itu kena lantik pemimpin yang patriotik bukan yang mata duitan saja!

Golangan yang menghina identiti bangsa sendiri ..... sehingga bahasa, budaya, maruah dan tanah air tergadai ....