Tuesday, October 13, 2009

MUNCUL KEMBALI (439)

Pembelian jawatan dan kepemimpinan tidak berlaku jika.......

SEMUA pihak yang cintakan keutuhan parti politikMelayu patut mengalu-alukan pindaan perlembagaan Umno, parti Melayu terbesar dan terkuat bagi negara ini, yang mana pindaan itu akan menetapkan kaedah baru pemilihan jawatan tertinggi UMNO yang boleh menghapuskan politik wang.

Pindaan itu merupakan transformasi parti melalui penghapusan sistem kuota kerana ia akan membuatkan UMNO lebih terbuka dengan perluasan bilangan perwakilan kepada 146,500 orang untuk memilih pemimpin tertinggi parti jika pindaan itu diluluskan pada perhimpunan agung kali ini.

Ia dijangka boleh menghapuskan politik wang dan jangkaan itu itu berdasarkan kepada perwakilan yang akan menentukan pucuk pimpinan parti nanti adalah dalam jumlah yang besar meliputi 146,500 orang berbanding 2,500 perwakilan sedia ada. Bagi Presiden Umno, datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menterim bilangan yang memilih lebih besar jumlahnya akan sukar untuk cuba dipengaruhi oleh sesiapa.

Saya pula bependapat, jumlah besar perwakilan tidak akan dapat membendung gejala rasuah politik atau membeli jawatan dan kepimpinan dalamUmo atau mana-mana parti politik serta apa-apa badan sekalipun selagi masing-masing melihat faedah dan laba berganda yang bakal diraih dengan menjawat sesuatu jawatan atau dengan menjdi pemimpin.

Ianya mungkin mudah dikesan tetapi tidak mudah untuk dibendung dan dihapuskan kerana keiginan yang didominan oleh ketamakkan yang merupakan antara nasulri semula adi manusia yang bertunggangkan nafsu serakah dan bisikan yaitan dan iblis boleh berbuat apa sahaja demi mencapai impian.

Formula yang terbaik ialah orang Umno sama ada pendukung atau penyokong, apatah lagi di kalangan barisan penerajuannya kena sedar dan disedarkan bahawa tugas dan tanggungjawan pemimpin jauh lebih berat dari menjadi yang dipimpin. Di akhirat nanti, pemimpin akan jauh lebih lewat masuk syurga dari yang kena pimpin seandainya sseoang pemimpin layak masuk syurga keranai naik mejadi pemimpin secara halal, bukan melalui rasuah atau membelinya.

Juga kena disedari dan disedarkan bahawa segala dosa yang dilakukan oleh orang yang dipimpin kerana kecuain pemimpin yang tidak mengambil langkah-langkah pencegahan dan pembasmian akan ditanggung oleh pemimpin. Rugi besar pemimpin yang mahu jadi pemimpin keranamahu seronok, mahu berdarjat, mahu dipadang tinggi dan mahu hidup senang di dunia tetap akan hina dina duka nestapa dan pada kedana di akhirat yang akan kekal sifatnya.

Dalam menaruh harapan agar UMNO mesti sanggup melakukan perubahan kepada yang lebih baik merangkumi soal perpaduan, budaya hidup, sikap dan pemikiran serta tingkah laku ahli kerana parti itu masih memiliki jenama yang diterima oleh rakyat, orang Umno juga kena meserentakkan kegiatan dan dasar parti itu dengan kepentingan agama kerana rata-rata Umno dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam.

Keadaan genting dan kritikal Umno sekarang akan bertukar menjadi kuat dan utuh dengan mudah jika diserentakkan antara keperluan ahli bersatu padu dan sanggup membuat perancangan kerja yang baik agar ia pasti akan diterima ramai dengan lebih mengislamikkan lagi Umno yang pastinya akan menjadikania ia akan menerima sokngan, maah dukungan solid dari umat melayu Islam negara ini.

Pada umumnya bagi Pas sebagai parti pembangkang paling utama kepada Umno, keupayaan Umno mendominan penerajuan kerajaan memang sukar ditandingi tetapi ada tema-terma tertentu yang menjadikan Pas terus perlu wujud untuk menentang dasar-dasar Umno, kecuali terma-terma yang kurang Islamik itu diislamikkan dan akanmenjadikan Pas.sebagai pembangkang idak ada sebab untuk menentang, malah menjadi tidakhalal untuk terus diwujudkan.

Setidak-tidak Umno kena ada cita-cita dan impian, selepas ketiadaan Mursyidul Am Pas Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada saf kepimpinan parti itut, namun gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Dato' Seri haji Abdul Hadi Awang dan disokong oleh Timbalannya, Nasaruddin Mat Isa perlu aktifkan semua. Kalau niatnya ada tetapi dihalang oleh faktor veto seorang tokoh tertentu dalam Pas atas alasan dan faktor yang hanya tokoh itu sendiri tahu, secara langsung maka Islamiklah Umno cara Umno berpolitik dan pastina akan akan berpahala.

Anggaplah bahawa apa yang digagaskan oleh Dato' Seri Hadi yang gagal direaliasikan itu sebagai masalah sementara atas kesedaran bahawa bagi melakukan kebaikan akan banyak hadangannya yang terpaksa dihadapi. Rasululah s.a.w. sendiri sebagai pesuruh-Nya kena mengambil masa 23 tahun yakni 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah untuk kembangkan Islam, kembangkan syar Islam bermakna kembangkang kebaikan dan membasmi kemungkaran.

Sama ada Dato' Seri Haji Hadi bersama penyokongnya mahu pun Umno, masing-masing kena bersabar untuk melihat gagasan yang sagat baik demi kepentingan Melayu dan Islam itu akan dapat direalisasikan dalam tempoh lebih dari 23 tahun akan datang, yakni setelah saki baki kepimpinan jumud dalam Pas sudah tidak wujud lagi di muka bumi Malaysia ini.

Dalam menunggu tibanya saat itu, maka Umno bukan sahaja kena merasa tanggungjawab sebagai lebih berat ada prestasi dan reputasi sentiasa molek di mata rakyat tetapi kena dipastikan selari dengan hukum hakam sejajar dengan kebangkitan Islam pada setap pelosok dunia sekarang.

3 comments:

john said...

Abe li kato
"Pembelian jawatan dan kepemimpinan tidak berlaku jika......."

John tamboh...jika

1. Pemimpin UMNO bertakwa
2. Pemimpin UMNO memimpin ikut
panduan sebenar al-quran,hadis
qias dan ijmak ulama'
3. Pemimpin UMNO ambik kiro
dosa/pahalo
4. Pemimpin UMNO tak dok niat nok
ambik harto negaro ko perut
sendiri lebih utamo dari
rakyat.
5. Pemimpin UMNO benci rasuah
6. Pemimpin UMNO tidak menanggap
harto negaro umpamo harto mok
bapok sendiri
7. Penyokong dio lebih cerdik dari
pemimpin dio! (bukae sokong
kerano samah/serial time
pilihanrayo

hok lain2 pakat2 tamboh la...ambo napok hok tu jah dulu...

Anti Al-Liwati Al-Juburi A-Taiki said...

Demo nak suruh pemimpinUmno takwa macam orang Pas
asalahnya betul ke orang Pas takwa. Sapo yang iktraf?

2. Demo ingat orang Pas macam demo yah tau dosa pahala.

3. Secumak mana hak rekod demo ada Umno ambik harta negara. Umno sebaga parti tunggak kerajaan urus harta negara. Rakyat susah buwi beras free lagi. Mugo lagu tu pun tak reti?

4.Orang Pas tadok rasuah. Demo nak/berani ttobat aci panah lliat kalu takdok orang Pas makan rasuah?

5. Bila Umno jadikan harta negara ssako makbapak. bukankah Umno dan komponen BN berhempas pulas bina ekonomi negara. Sesak ko rakyat Malaysia ni. Rasanya takdok hak mati boktan kes kebulur, hak mati kes lebih makan, banyak. Dalam hidup demo berapa kali demo kebulur. Demo tak try tanyo zaman tok dengan mokwe demo dulu hidup senang mace lloni ke?

6. Jadi demo ingat penyokng Pas cerdik?. Cerdik kot jerun mano, kawe taknampak cerdik, tapi taksub totok, sampai kentut tok guru pun kononnya bau sedap,ada aura, ada bau syurga. Crdik ko lagu tu?

john said...

John jawab al-juburi (atas konteks pemimpin dlm organisasi umno)...

"Demo ingat orang Pas macam demo yah tau dosa pahala."
PEMIMPIN UMNO KATA AGAMA SUKU (DOK MASJID JAH!) POLITIK SUKU-RAIS YATIM

"Secumak mana hak rekod demo ada Umno ambik harta negara. Umno sebaga parti tunggak kerajaan urus harta negara. Rakyat susah buwi beras free lagi. Mugo lagu tu pun tak reti?"
HOK NI BULEH CEK HARTA PEMIMPIN UMNO,TOK PADAN NGA JAWATAN HARTO LEBIH PADO TU. JADI ADUN,ADO SYARIKAT/ADO KEPENTINGAN SAHAM SYARIKAT AWAM

"Orang Pas tadok rasuah. Demo nak/berani ttobat aci panah lliat kalu takdok orang Pas makan rasuah?"
PEMIMPIN UMNO BANYOK DOH HOK DI CAJ RASUOH DI MAHKAMAH KIRO SKALI LA NGA POLITIK WANG TUH..ACU BAGI KO AMBO NAMO PEMIMPIN PAS HOK KENO TUDUH RASUAH

"Bila Umno jadikan harta negara ssako makbapak. bukankah Umno dan komponen BN berhempas pulas bina ekonomi negara. Sesak ko rakyat Malaysia ni. Rasanya takdok hak mati boktan kes kebulur, hak mati kes lebih makan, banyak. Dalam hidup demo berapa kali demo kebulur. Demo tak try tanyo zaman tok dengan mokwe demo dulu hidup senang mace lloni ke?"
HO LA MUGO DIO NOK PERUT DIO DULU,BARU BUWI KO RAKYAT, HOK HAMPIR KEBULUR NASIB BAIK MASYARAKAT SEKELILING TULONG,ORE PAS TULONG, INGAT UMNO SAJO HOK BAYAR CUKAI?..INGAT ORE UMNO SAJO HOK PANDA NEGO?KES UMNO PERINTOH DARI DULU LA EKONOMI KOHO JATUH..BUKAE KOHO NAIK..SEPATUTNYO M'SIA NI LEBIH DARI TU..M'SIA NGA KOREA,TAIWAN SAMO JAH DULU LEVEL TAPI LO NI DEMO TU JAUH DOH TINGGAL M'SIA SEBAB DEMO NI AMBIK BERAT SOAL INTEGRITI! KALU BERSALOH LETOK JAWATAN..KITO NI KOHO SALOH KOHO AKAT NAIK JADI CALON! KALU BAGAN PINANG TU LETOK DEMO PUN MENANG AL-TAIKI WAL JUBURI EH

'Jadi demo ingat penyokng Pas cerdik?. Cerdik kot jerun mano, kawe taknampak cerdik, tapi taksub totok, sampai kentut tok guru pun kononnya bau sedap,ada aura, ada bau syurga. Crdik ko lagu tu?"
DEMO TOK NAPOK CERDIK MUGO DEMO MEMANG JENIS TOK CERDIK, SABIT AMBO KATO, SELAGI MANO PENYOKONG DIO TOK CERDIK SELAGI TU DIO BULEH MAKE RASUAH!....

p/s-hok ketut tok guru tu geng2 demo jah reko mugo dok luar jema'ah.tak dok araoh nok bburuk, rekolah mace2..hok sungguh demo yang busuk tu tengok pado namo.