Friday, October 16, 2009

MUNCUL KEMBALI (445)

Kita tunggu hasilnya

SEMPENA Perhimunan Agung Umno yang kini telah mencecah usia 60 tahun banyak yang terucap dan tergarap oleh barisan pimpinan utama serta yang terluah dan tercurah oleh perwakilan, pasti tujuannya adalah untuk mempermolekkannya sebagai parti leader kepada parti pembentuk kerajaan yang memerintah negara ini selama lebih 50 tahun.

Apa pun yang terucap dan tergarap serta yang terluah dan tercurah sepanjang perhimpunan itu kalau dilihat menggunakan kacamata pembangkang tidak ada yang baik dan baru, kerana Umno adalah lawan kepada pembangkang yang akan mencari segala keburukkan dan menyembunyikan kebaikan Umno kepada rajyat jelata.

Manakala jika dilihat dengan kamata Umno, segalaapa yang terucap dan tergarap serta yang teluah dan tercurah sepanjang perhimpunan itu adalah merupakan suatu idea, formula dan keazaman yang mampu menjadikan Umno tambah mantap dan kian sukar digugat.

Justeru itu lebih baik ianya dilihat tanpa kacamata pembangkang atau kacamata Umno. Kita guna kacamata rasionalisme dan nutralisme, barulah kita akan berlaku adil kepada hati dan perasaan sendiri serta kepada parti-parti politik yang menagih dan mengharapkan undi kita untuk menang dalam pilihanraya.

Kita perhatikan, kita nilai dan dan kita renungi apay ang terucap dan tergarap serta apa yang terluah dan tercurah pada Perhimpunan Agung Umno itu;

1. Jangan eksploitasi pindaan - Najib

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada semua ahli UMNO supaya tidak merosakkan dan mengeksploitasi sebarang sistem yang terkandung dalam pindaan perlembagaan parti itu demi kepentingan diri.


Sambil membayangkan bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam soal berkenaan, Presiden UMNO itu dengan nada tegas berkata: "Kita serius, jangan... minta maaf... kalau kita rosakkan alamatnya kita sama-sama akan tanggung akibatnya."

Ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Najib berkata, UMNO ingin menampilkan imej yang bersih, berintegriti dan disenangi rakyat.

"Kita hendak menjadi juara rakyat bukan kalut sesama kita, bukan berbalah sesama kita dan bukan hendak dapat kontrak," tegasnya.

Najib yang menyifatkan pindaan perlembagaan kali ini paling signifikan, radikal dan besar sepanjang sejarah parti itu berkata, sistem kuota yang dihapuskan akan memberikan keadilan kepada semua peringkat pemimpin.

"Adalah tidak adil, jika penghapusan itu setakat jawatan ketua bahagian sahaja, sedangkan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Tertinggi ada sistem kuota.

"Kalau itu dilakukan ia seolah-olah, kita hendak melindungi kepentingan kita dan jawatan tertinggi. Oleh itu apabila perkara ini dibincangkan dalam Biro Politik UMNO, saya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, kami rela tidak berselindung di sebalik sistem kuota ini," katanya.

Perdana Menteri berkata, ada pihak menyatakan kepada beliau bahawa tindakan menghapuskan kuota berkenaan akan menyebabkan beliau tidak mempunyai perisai bagi melindungi kedudukannya.

"Saya kata perisai saya ialah ahli-ahli UMNO semua sekali, kalau saya seorang Presiden yang bekerja dengan baik, yang dapat berkhidmat kepada parti, yang dapat membela nasib rakyat, menjadi juara rakyat dan membangunkan negara, maka saya serahkan nasib saya kepada ahli-ahli UMNO menentukannya," kata beliau.

Najib berkata, semangat yang sama ada kepada Muhyiddin dan mereka berdua mahu berkhidmat selagi diperlukan oleh ahli parti.

"Kalau kami dapat menentukan kepimpinan yang membawa kepada keberhasilan dan kejayaan, maka pencapaian itulah yang akan menjadi dorongan untuk kami berdua dan rakan-rakan lain bekerja lebih kuat dan bersungguh-sungguh.

"Kami tidak mahu kata suruh orang di bawah bekerja, kami di atas ini tak buat kerja, kami di atas ni duduk atas kerusi empuk melunjur kaki, kami mahu menjadi pemimpin teladan yang baik.

"Kalau kami suruh orang di bawah bekerja, kami juga akan bekerja dengan sepenuh hati dengan komitmen tidak berbelah bagi," kata beliau.

Najib berkata, beliau berterima kasih dengan sikap keterbukaan oleh ketua-ketua bahagian yang bersetuju dengan pindaan perlembagaan yang dilakukan dan ia sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka ingin menjadi warlord yang mahu menjaga kedudukan masing-masing.

"Dalam hal ini, sudah jelas membuktikan ketua bahagian bukanlah warlord seperti mana dicap atau diuar-uarkan, tetapi (mereka) juga ingin perubahan supaya UMNO lebih demokratik dan terbuka," katanya.

Presiden UMNO itu menegaskan, melalui pindaan perlembagaan yang dilakukan juga ia akan menjadikan parti itu bersifat inklusif bagi menerima penyertaan semua golongan supaya UMNO kuat.

"UMNO sekarang menjadi parti yang membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa juga, jadi kita kembali kepada asal ketika UMNO ditubuhkan. UMNO jadi kuat kerana ia parti gerakan massa bukan elitis.

"UMNO adalah parti himpunan semua latar belakang dan sebagai satu pergerakan yang mencerminkan hati nurani rakyat, ini kekuatan kita," katanya.

Sehubungan itu Najib mengingatkan agar selepas ini tidak adalah cerita mengenai usaha menghalang seseorang menjadi ahli UMNO atau memberi alasan borang permohonan keahlian hilang.

Sambil menceritakan bagaimana seorang pegawainya gagal menjadi ahli UMNO kerana diberi alasan borang permohonan hilang, Presiden UMNO itu menegaskan, adalah sesuatu yang merugikan jika kehilangan orang yang patut berjuang bersama-sama dalam parti itu hanya kerana UMNO tidak bersikap terbuka.

Oleh itu, Najib mahu semua ahli UMNO meninggalkan sikap lama dan menegaskan, pembaharuan yang dilakukan bukan bersifat perlembagaan sahaja tetapi juga melibatkan budaya dan sikap.

2.Pendidikan Islam dimantapkan

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai matlamat itu juga, kegiatan dakwah Islamiah akan ditingkatkan manakala tulisan jawi terus diperkasa di sekolah-sekolah.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan berpendirian pendidikan agama merupakan asas pembinaan akhlak, sahsiah dan jati diri anak-anak.

“Mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini bersetuju supaya program itu diperluaskan,’’ katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.


Ia merupakan maklum balas beliau selaku Menteri Pelajaran terhadap beberapa isu yang dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan itu termasuk semasa Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Tambah beliau, antara program dakwah yang dimantapkan di sekolah-sekolah ialah kursus dakwah kepimpinan pelajar, tadarus al-Quran dan program solat bestari.

Katanya, setelah j-QAF diperkenalkan pada 2005, kelas pemulihan jawi telah diwujudkan bagi memulihkan murid-murid Islam yang tidak menguasai tulisan tersebut.

“Mulai 2005 hingga kini, tulisan jawi juga telah disisipkan dalam akhbar Utusan Melayu melalui usaha sama Kementerian Pelajaran,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada perwakilan yang mencadangkan agar mata pelajaran jawi diperkasakan.

Katanya, tulisan jawi memang satu elemen dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah.

“Waktu pembelajaran jawi adalah dua waktu bagi tahun satu dan satu waktu bagi tahun dua hingga enam manakala di sekolah menengah, tulisan jawi diterap oleh guru-guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

3.Perkemas keahlian setiap tahun

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya senarai keahlian UMNO diperkemas dan disahkan setiap tahun di peringkat cawangan agar tiada nama ahli yang tercicir.

Timbalan Presiden UMNO berkata, rekod itu perlu supaya jumlah keahlian di peringkat cawangan sentiasa terkini dan setiap cawangan mengetahui jumlah sebenar keahlian mereka.

"Soal kena simpan rekod ini penting. Misalnya, kalau ada ahli-ahli yang sudah keluar ke tempat lain dan lima tahun tak balik kampung, tetapi selepas itu balik semula dan hendak bertanding, kita ada rekod.

"Kalau tak ada rekod di peringkat cawangan, akan timbul kesulitan. Jadi, kalau ada senarai yang disahkan setiap tahun, ia boleh membantu sama ada nama mereka 'masih hidup' dalam senarai keahlian di peringkat cawangan," katanya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pembaharuan yang dimasukkan dalam pindaan perlembagaan parti itu akan diberi perhatian dan yakin ia tidak sukar untuk dilaksanakan.

"Saya rasa dengan sistem baru yang telah diputuskan dalam perhimpunan agung kali ini, ia bukan saja menjadikan sistem kita lebih baik tetapi parti UMNO lebih demokratik," katanya.

Salah satu pindaan perlembagaan yang diluluskan sebulat suara semalam ialah ahli UMNO kini tidak perlu lagi membayar yuran tahunan tetapi hanya membayar RM2 sebagai yuran keahlian seumur hidup.

Selain itu, ketua-ketua sayap parti di peringkat cawangan dibenarkan meluluskan permohonan keahlian baru.

Di samping itu, Muhyiddin yakin pindaan berkenaan memberi ruang dan peluang kepada UMNO untuk melahirkan barisan kepimpinan yang lebih jitu dan berwibawa.

Beliau berkata, ia juga akan memberi lebih ramai ahli di peringkat cawangan hak menentukan siapa pemimpin yang mereka kehendaki.

4.Bangkit jadi parti berkhidmat, dekati rakyat

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Perhimpunan Agung UMNO 2009 berakhir hari ini dengan 2,541 perwakilan dari seluruh negara menyahut seruan Presiden UMNO untuk bangkit menjadi parti yang mendekati rakyat dan berkhidmat kepada rakyat.

Para perwakilan memberi akujanji sedemikian ketika Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan beberapa pertanyaan kepada mereka di hujung ucapan penggulungannya.

"Nampaknya semangat kita dah berkobar-kobar. Saya nak tanya adakah tuan-tuan sudah bersedia untuk berubah?

Para perwakilan dengan nada sederap menjawab 'Ya!'

Najib dalam nada suara yang lantang terus bertanya: "Apakah tuan-tuan dan puan-puan bersedia untuk bekerja? Apakah tuan-tuan akan mendekati rakyat? Apakah tuan-tuan bersedia menjadi parti yang kuat? Apakah tuan-tuan bersedia berkhidmat untuk rakyat?

Para perwakilan terus memberi jawapan "Ya!" pada setiap pertanyaan Presiden secara serentak.

Najib menegaskan, sekiranya ahli-ahli UMNO sudah bersedia, mereka perlu bingkas bangun berjuang menyebarkan UMNO ke kawasan masing-masing sama ada di desa atau di kota.

Semua ahli UMNO kata beliau, perlu menguatkan semangat dan berjuang habis-habisan bagi melaksanakan tanggungjawab itu.

"Semboyan telah berbunyi. Marilah kita bingkas bersama-sama bangun, balik ke desa, kota, tebarkan UMNO, kuatkan semangat kita, berjuang habis-habisan. Insya-Allah UMNO akan jadi parti yang kuat, parti yang berjaya nanti, insya-Allah," katanya.

Mulai hari ini kata Presiden UMNO, setiap ahli perlu balik ke kawasan masing-masing dan berusaha menambah ahli parti bagi tujuan menguatkan UMNO.

Menurut Najib, ada dua perkara penting dalam politik di negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

"Pertama ia adalah permainan angka iaitu bilangan. Jika kita ada bilangan lebih, kita menang senang saja.

"Masa saya mula-mula masuk politik dahulu, masa kita kuat, saya tak perlu fikir banyak-banyak pergi rasmi cawangan UMNO dan cukup, gerenti menang tapi sekarang tak boleh macam tu lagi," katanya.

Oleh kerana itulah kata beliau, UMNO mesti mempunyai program outreach bagi mendekati orang ramai.

Menurutnya, setiap pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mesti menyokong UMNO.

"Jika mereka menentang kita, kita kena dekatkan diri dengan mereka, silap-silap mereka akan sokong kita," katanya.

Presiden UMNO menegaskan, beliau berani menyatakan sedemikian kerana cukup yakin UMNO pada saat ini dan ketika ini bersedia untuk bangun sebagai satu kekuatan baru.

Sebelum ini, kata Najib, beliau merasa agak gusar memikirkan sama ada ahli-ahli parti sudah pulih dari segi semangat akibat 'ujian besar' yang dilalui setahun lalu.

"Selama satu tahun saya berasa begitu gusar. Agak gundah-gulana juga hati saya melihat sama ada ahli-ahli parti kita sudah pulih dari segi semangat ke tidak, sudah boleh bangkit semula atau pun tidak, sudah sedar atau pun tidak, sudah benar-benar insaf atau pun tidak.

"Maka pada hari ini bila saya berdiri depan tuan-tuan dan puan-puan segala kesangsian itu sudah luput sama sekali," tegasnya.

5.Rapatkan semula barisan

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua anggota dan pemimpin parti supaya merapatkan semula barisan dan mengelakkan sebarang persengketaan supaya UMNO mampu meraih semula keyakinan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, mesej itu amat penting malah ia sentiasa diingatkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada setiap kali pertemuan dengan barisan pemimpin UMNO.

Beliau berkata, semua pihak harus mengakui bahawa pesanan yang sering disampaikan dua pemimpin utama itu merupakan senjata terbaik bagi mengembalikan semula kemenangan dua pertiga di peringkat Parlimen seterusnya menawan negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang.

"Harapan dan pesanan Presiden dan Timbalan Presiden kita hendaklah dihayati supaya apa yang kita cita-citakan ini akan tercapai. Kita mahu UMNO dan BN cemerlang pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita mahu merampas semula kerusi-kerusi yang dimenangi oleh pembangkang, kita mahu menang dua pertiga kerusi Parlimen dan kita mahu merampas semula negeri-negeri yang terlepas pada pilihan raya umum yang lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Bagi persediaan ke arah itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Biro Latihan berkata, pihaknya telah mengadakan pelbagai kursus untuk golongan pemimpin dan ahli bagi memantapkan lagi kekuatan parti.

"Secara umumnya ada tiga sebab kita adakan kursus ini iaitu memantapkan kekuatan parti, merapatkan barisan dan memartabatkan kedudukan parti dengan memastikan kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum nanti.

"Terbaru kita adakan kursus di Janda Baik, dalam kursus tersebut Presiden dan Timbalan Presiden kita beri amanat demi masa depan parti yang kita sayangi ini," katanya.

Sementara itu, beliau menyelar tindakan pembangkang yang mempertikaikan ketelusan undi pos pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang lalu.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan yang terbaik untuk mengendalikan pembuangan undi pos pada pilihan raya kecil itu, antaranya membenarkan wakil calon melihat proses tersebut satu persatu.

"Saya amat hairan dengan pihak pembangkang kerana mempertikaikan ketelusan proses undi pos sedangkan ada wakil mereka yang melihat proses ini secara dekat dan tanpa gangguan.

"Wakil-wakil calon ini melihat sendiri bagaimana anggota tentera kita membuang undi hinggalah undi pos itu dibawa ke tempat pegawai pengurus. Itu pun mereka boleh tuduh tipu. Saya sebenarnya amat tersinggung dengan tuduhan mereka ini," katanya.

Beliau berkata, pada pilihan kecil itu, BN memperoleh 3,501 undi manakala Pas mendapat 601 undi dan jika proses itu disifatkan sebagai tidak telus sudah tentu pembangkang gagal mendapat sebarang undi.

"Mengenai tuduhan pihak pembangkang bahawa tentera sebagai kerbau dicucuk hidung, bagi saya ia satu bentuk penghinaan terhadap anggota dan pegawai tentera kita," ujarnya.

Mengenai kedudukan terkini Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, beliau berkata, barisan pemimpin UMNO negeri itu berjaya dirapatkan selain jalinan kerjasama dengan parti komponen BN semakin ditingkatkan.

"Kita sedar kekalahan kita di Pulau Pinang bukan disebabkan pembangkang kuat tetapi kita lemah. Kelemahan ini kita akan terus perbaiki demi masa depan parti yang lebih cerah.

"Namun begitu ada satu isu di Pulau Pinang yang mana kita mendapat tahu pembangkang giat memindahkan pengundi di negeri itu yang mana terdapat rumah orang Melayu di dalamnya ada nama pengundi Cina," katanya.

Tambah beliau, di rumah orang Cina, ada nama pengundi Melayu, oleh itu SPR diminta menyiasat perkara tersebut supaya tidak berlaku manipulasi.

6.Karisma Najib ubah sikap pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Perubahan sikap pemimpin UMNO yang bersedia mengubah sistem yang membawa mereka ke persada kuasa berpunca daripada wawasan dan karisma Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan terharu dengan kesediaan itu kerana dari segi fitrah manusia, bukannya mudah untuk berbuat demikian.

Namun, katanya, mereka tetap berbuat demikian kerana sedar dan insaf bahawa yang penting bukan diri sendiri tetapi kelangsungan UMNO.

"Tidak mungkin semua ini dapat dicapai tanpa kesanggupan mengorbankan kepentingan diri demi matlamat lebih besar.

"Saya yakin perubahan sikap ini berlaku tidak lain atas dorongan, tiupan semangat, karisma, daya kepimpinan dan wawasan ditonjolkan Najib sebagai Presiden dan nakhoda kapal induk UMNO," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di sini hari ini.

Semalam, lebih 2,500 perwakilan menerima pindaan Perlembagaan UMNO membabitkan tujuh fasal dan 41 klausa yang antaranya mengubah sistem pemilihan pucuk pimpinan melibatkan 146,500 ahli berbanding 2,500 ahli sebelum ini.

Pindaan yang bertujuan mengekang politik wang itu turut menyaksikan sistem kuota kelayakan minimum calon jawatan Majlis Tertinggi (MT) hingga Presiden dihapuskan dan diganti dengan syarat menjadi ahli jawatankuasa bahagian selama sepenggal sahaja.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin mengakui tiada satu sistem yang benar-bebar sempurna bagi menyelesaikan masalah.

Menyedari hakikat itu, katanya, UMNO akan terus mengorak langkah supaya transformasi itu dapat dimulakan dan dimajukan demi masa depan UMNO.

"Kita akan memikul amanah dan tanggungjawab ini dengan memperhalusi perubahan yang berkaitan dengan peraturan persidangan.

"Kita akan melihat dan meneliti tata etika ahli, kita tengok kedudukan Lembaga Disiplin dan kita pastikan apa yang dipersetujui dalam perhimpunan bersejarah ini sampai ke matlamatnya," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada jurucakap UMNO Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan kerana membawa semangat pemukiman di Janda Baik sewaktu membahaskan usul ucapan Presiden semalam.

Katanya, ia jelas menampakkan bibit-bibit perubahan semangat kesatuan yang terbina dalam UMNO Terengganu mula terpancar.

"Insya-Allah apabila keadaan dalam keluarga UMNO semakin pulih, rakyat yang melihat juga akan turut merasa bersemangat untuk menyokong kita," katanya yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu.

7. Najib Faham Apa Yang Perlu Dicetuskan, Kata Rais

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pembangkang kini tidak akan mempunyai banyak ruang untuk mengambil kesempatan selepas ini berikutan "perjuangan Umno ini bergelombang untuk membawa perubahan.

Rais, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, menyifatkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang faham apa yang perlu dicetuskan.

"Dia juga mendapati keyakinan (untuk melakukan perubahan) itu sudah tertanam (dalam hati anggota Umno), yang memudahkan pembaharuan dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan agung Umno 2009 berakhir di sini hari Jumaat.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas ucapan penggulungan Najib yang penuh bersemangat untuk menjadikan Umno sebagai parti juara rakyat.

Sehubungan itu, katanya semua jentera kerja parti akan disusun, dan penduduk di pekan mahupun di kampung akan dapat merasakan setiap dasar kerajaan itu diterjemahkan dan akan dapat melihat perubahannya.

"Perubahan itu dalam bentuk kebajikan, pendidikan, makanan, elaun kehidupan dan bantuan pertanian. Jika ini mereka lihat, dasar yang digubal kerajaan dengan sendirinya akan dapat dirasai," katanya.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno sebagai parti juara rakyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Najib, perlu menjadikan status itu sebagai sati "tag line" barunya.

Beliau berkata kenyataan itu merupakan kali pertama yang disebutkan oleh presiden yang boleh juga dijadikan sebagai satu

Beliau memberi contoh di dalam ucapan dasarnya, RM22 ribu juta yang dibelanjakan bagi pelbagai subsidi kepada rakyat, itu adalah bukti yang jelas (Umno juara kebajikan rakyat).

"Dan selepas ini, tidak ada masa lagi untuk bercakap, Umno akan terus bekerja, menjalankan program, sekurang-kurangnya 191 program penerangan setiap bulan di setiap bahagian di seluruh negara," katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menyifatkan ucapan Najib bukan sahaja sebagai satu rangsangan kepada anggota Umno malah ia juga merupakan satu arahan

Ia juga sebenarnya arahan supaya Umno bekerja dari sekarang. Segala perancangan dan niat itu dizahirkan dan diterjemahkan dalam perhimpunan kali ini dan kami (Pemuda) pun dah ada penanda aras sebagai KPI (Petunjuk

"Perubahan itu bukan sahaja dari segi pindaan, semangat, tapi dari segi pendekatan buat rakyat," katanya.

Beliau yang turut tertarik dengan ungkapan "Umno perlu menjadi juara rakyat" berkata parti perlu mengikis persepsi negatif bahawa politik ini permainan angka.

"Bila persepsi ini dapat dibetulkan, maka angka politik akan kembali kepada Umno," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula menyifatkan perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan yang bersejarah buat Umno dan "melihat momentum yang begitu kuat ditunjukkan oleh sekalian anggota.

"Komitmen untuk menyatukan anggota, merencanakan pergerakan dan semuanya disimpulkan dalam satu semangat kekitaan yang begitu baik sekali. Saya yakin ini merupakan bibit baru kebangkitan Umno semula di mata rakyat," katanya.

nggota Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula berkata kesimpulan dari perhimpunan agung ini ialah Perdana Menteri mahukan supaya Umno bangkit semula.

Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang senada dengan Shahidan pula menyifatkan pindaan ini tidak akan berjaya sekiranya tidak disertai dengan perubahan.

"Yang penting pindaan mesti disertai dengan perubahan sikap. Presiden secara terbuka, tegas dan jujur beritahu kepada pemimpin-pemimpin Umno supaya benar-benar berubah. Bukan berubah dari segi sistem sahaja tapi berubah dari segi sikap dan pendekatan," katanya.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman percaya dengan semangat yang ditunjukkan oleh para perwakilan pada perhimpunan kali ini, Umno mampu mengembalikan kecemerlangannya serta menawan kembali negeri-negeri yang jatuh di tangan pembangkang.

eliau berkata sudah sampai masanya anggota Umno menterjemahkan hasrat pemimpin tertinggi yang mahu barisan dirapatkan, berkhidmat dengan seikhlas-ikhlasnya dan punya semangat sukarelawan yang ikhlas, tawaduk serta rendah diri.-- BERNAMA

8.Kotakan Janji Jika Mahu Kekal Jawatan, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pemimpin Umno menzahirkan perubahan dengan mengotakan janji kepada rakyat jika mahu terus berada pada kedudukan mereka sekarang.

"Saya pilih tajuk ucapan saya, menzahirkan perubahan maknanya, dia (pemimpin Umno) mesti berpijak di atas bumi yang nyata sehinggakan rakyat jelata boleh melihat bahawa Umno menampilkan imej yang baru, yang lebih mesra, lebih dekat dengan hati rakyat.

"Ini harapan saya dan mudah-mudahan ianya dapat menjadi kenyataan," katanya persidangan media pada akhir Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Jumaat.

Perdana Menteri berkata pemimpin Umno mesti berkhidmat dengan baik dan menunjukkan sifat kepimpinan yang baik jika mereka mahu mempertahankan kedudukan.

Ditanya tentang tanggapan sesetengah pihak bahawa Umno tidak serius dalam pindaan perlembagaan parti memandangkan tiada perbahasan pada perhimpunan agung khas semalam, Najib berkata: "Siapa kata Umno tak serius, sebab mood bagus.

"Bukan senang tau. Sebenarnya, rundingan telah dibuat berbulan-bulan, jawatankuasa pengurusan sudah bersidang beberapa kali nak meneliti cadangan yang didapati daripada semua bahagian.".

Diminta mengulas penghargaan beliau kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa ucapan penangguhannya, Najib berkata beliau menghargai janji bekas Presiden itu yang tidak mengkritik pentadbiran beliau.

Katanya, setiap pemimpin mempunyai stail masing-masing dalam mentadbir kerajaan serta menyuarakan pendapat.Abdullah yang tidak hadir semasa perasmian perhimpunan agung parti itu semalam, muncul di Dewan Merdeka semasa ucapan penggulungan oleh Majlis Tertinggi dan duduk bersama perwakilan dari Kepala Batas.-- BERNAMA

Apa yang terucap dan tergarap yang terluah dan tercurah sudah menjadi sebahagian dari sejarah bangsa dan negara selain dari merupakan sejarah kepada Umno. Apa yang yang dinanti dan diharapkan adalah sejauh mana kata dikota, segala janji dipenuhi.

Kalau segala perkhidmatan yang diberikan tidak selari dengan kehendak majoriti rakyat, kalau segala yang teucap dan yang tergarap, segala yang terluah dan dan tercurah hanya sekadar retorik, maka layaklah untuk Umno dan rakan-rakan dalam BN bertukar tempat duduk ke kerusi pembangkang.

Jika rakyat melihat perkhidmatan yang diberikan tambah berkualiti, maka Umno layak untuk terus menjadi leader kepada pemerintahan negara ini bukan setakat 52 tahun lagi tetapi tdak mustahil untuk 520 atau 52,000 tahun lagi atau pun untuk tempoh yang lebih lama dari itu!

4 comments:

PUTRA CAKNA said...

Bagi saya, Najib walaupun nampak tidak warak namun karisma kepimpinan yang ada padanya sangat jelas menjurus kepada yang dikehendaki dalam Islam. Sepanjang yang saya ingat beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang melukakan hati sesiapa kalau dibandingkan dengan tokoh yang nampak warak tetapi membuat kenyataan yang melukakan hati orang Melayu yang beragama Islam.
Sepanjang perkhidmatannya di bawah Tun Mahadhir dan Tun Abdullah Badawi yang merupakan bekas bosnya, beliau tidakpun bersuara mengkritik sistem kuota yang dijalankan oleh UMNO walaupun mungkin beliau tidak bersetuju. Malahan dalam saat-saat Tun Abdullah hendak meletakkan jawatannya beliau tidak menyuarakan sesuatu yang meyebabkan Tun Mahadhir marah kepadanya kerana berdiam diri.
Beliau merupakan seseorang yang setia kepada bosnya. Bagi saya pemimpin beginilah yang disayangi oleh seseorang bos dan mungkin seseorang kuli.
Tidak seperti pemimpin-pemimpin yang lain contohnya Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim yang terlalu ghairah hendak menjadi ketua yang mana sampai sekarangpun tidak menjadi-jadi.
Taat kepada ketua adalah satu sikap yang baik dan boleh dipuji. Sama ada kita bersetuju atau tidak bersetuju maka perlulah kita tanganinya dengan bijaksana supaya orang lain tidak boleh marah kepada kita.
Perubahan kepada UMNO dan pindaan perlembagaan UMNO ini sangat baik dan patut kita terima dengan hati terbuka.

Anonymous said...

JOHAN said...
Bagi saya, Najib walaupun nampak tidak warak namun karisma kepimpinan yang ada padanya sangat jelas menjurus kepada yang dikehendaki dalam Islam. ........
_____________________________________

Heee, heee, ....warak betul njib ni... Najib pada aku le sekadar retorik yg bersandarkan krasmatik ayahnya Negarawan Tun Ab Razak, tokoh putar alam exPm, Mahadir,... & .. dibawah telunjuk mabuk glamour bik mama,B1N1nya..

Kisah2 "kewarakan" najib sejak jd MB Pahang, .. Mentri Pendidikan,.. Mentri Perthanan, .. Menri Dalam Negri...dulu.. Pengerusi Felda, PKLN.. ,,, sgtlah banyaklah skandalnya, ada yg meloyakan, .. ada yg menyayatkan.. ada yg cukup tragis... rasuah, kronisme, fitnah konspirasi, salahguna kuasa, seleweng, pempuan, .. ada org kata asam garam hidupnya.. betul ke?

walau bgaimana nak lihat jugak najib berubah dan buat perubahan ... kalu boleh mula2 hari minggu diubah kpd yg lebih Islam ari Ahad kpd hari Jumaat, jge jadi mace Muhyiddin & Pawng Teh tukar dari cuti am hari jumaat ke ahad di Johor & perlis dulu tu dah le..
... hasil mahsul bumi, minyak & ROYALTI PETRONAS .. tu... jage double standard.. disaksamakan sama ada di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan .. jgn dok pulun oleh Mahadir & Sons saja....
... sistem & amalan kehakiman perlu pembetulan,..."separation of power- executive, legislative, judicial"- perlu jelas..
...Status Kuasa Perundangan Syariah hendaklah setaraf (kalu takleh lebih pun dari)dengan kuasa Perundangan Sivil Sekular tu... ini kuasa kadi lebih rendah dari kuasa majestret hakim daerah saja.. denda tak lebih RM 10,000.00, penjara 1 hari & rotan 6 sebatan saja! itu boleh pun di overrule oleh hakim sivil .. hinanya & rendahnya.. kehakiman Islam pd kacamata pemerintah sekular...

.......... sebenarnya banyak perkara2 lg yg ambo nok ghoyak ko najib & puak2 demo ... tentang perkara fundamental isu2 Melayu & Islam yg telah dirobekkan oleh para pemimpin UMNO sejak 52 lepas yang perlu pembetulan ....!!!!!! Supya puok2 demo ni kaba ckit yg melayu/islam akan terpinggir jika umno dok bawak perangai lamo2 tu......

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

slama 52 tahun ni Melayu mana tepinggir. Kalu demo terpinggir, itu bukan salah umno, salah demo sendiri, tak reti rebut peluang.

2. kalau Malaysia papa kedana bawah Umno, masakan rakyat asing sampai berjuta-juta mari cari makan di Malaysia.

3. Demo tuduh Najib macam-mcama, kaki perempuan dan sebagainya kerana dengar cerita . betul tak betu demo boleh dosa pasal aibkan orang. Kalu dosa bertepek, jadi orang Pas pun nak masuk syurga lagu mana.

4. Tokleh ke jadi rakyat negara bertuah ini yang bersyukur?

john said...

MUNCUL KEMBALI- al-juburi said
" Tokleh ke jadi rakyat negara bertuah ini yang bersyukur"

bersyukur bukan mengiyakan apa yang salah al-juburi..apa yang salah tu kena tegur..tak mahu dengar orang tegur, kita bangkang..cara nak bangkang undilah selain dari umno!
ratib orang umno..bersyukur..perpaduan..bersyukur..perpaduan..bersyukur..perpaduan(33X)...

p/s: bersyukur kepada Allah, bukan kepada Umno ataupun tok jib