Saturday, October 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (448)

Tulisan ini dihantar ke sebuah majalah terkemuka

Guna kacamata rasionalisme dan neutralisme melihat masa depan Umno
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

SEMPENA Perhimpunan Agung Umno yang kini telah mencecah usia 60 tahun baru-baru ini, banyak yang terucap dan tergarap oleh barisan pimpinan utama parti serta yang terluah dan tercurah oleh para perwakilan.

Tujuannya pastilah bagi mempermolekkan Umno sebagai parti teras dan tunjang kepada parti pembentuk kerajaan yang memerintah negara ini selama kira-kira 52 tahun, satu jangka gak panjang dan merupakan suatu rekod pencapaian yang alang kepalang.

Apa pun yang terucap dan tergarap serta yang terluah dan tercurah sepanjang perhimpunan itu kalau ianya dilihat menggunakan kacamata pembangkang, pasti tidak ada yang baik dan baru.

Kepada pembangkang, 52 tahun negara dibawah penuh dengan kegagalan walaupun hampur sudah tidak ada bumi di malaysia yang tidak ada api dalam kca dalam besi (kini pvc) di samping kereta lembu, kereta kuda dan tandu sudah jadi bahan sejarah. Kalau ada pun yang masih beroperasi lebih bersifat untuk tujuan pelancongan.

Bagi mereka Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sama juga seperti perdana menteri dan presiden Umno yang lepas-lepas, sangat jahat dan Umno parti yang tidak membolehkan para pendukung dan penyokongnya masuk syurga, satu hukuman mandatori yang dimandatorikan walaupun untuk menghukum syurga-neraka itu milik mutlak Allah sebenarnya.

Ini adalah kerana Umno lawan kepada pembangkang. Mahu tidak mahu pembangkang mencari segala keburukkan, kelemahan dan kecacatan Umno. Pada masa yang sama menyembunyikan kebaikan dan kesempurnaan Umno kepada rakyat jelata supaya minat dan kecenderungan terhadap Umno akan terhakis dan minat serta kecenderungan berpindah kepada pembangkang walaupun jika diberi mandat belum tentu pembangkang mampu mencatat rekod sebagaimana yang dicapaioleh Umno, apatah lagi untuk mencatat rekod lebih baik.

Jika dilihat dengan kacamata Umno pula, maka segala apa yang terucap dan tergarap serta yang terluah dan tercurah sama ada oleh barisan peimpinan atau para perwakilan sepanjang perhimpunan itu akan dilihat sebagai suatu idea, formula dan keazaman yang mampu menjadikan Umno tambah mantap dan kian sukar digugat yang kadang-kadang mencapai ke tahap 'terlebih 9over)' pular.

Sebagai defendan, Umno kena membuktikan bahawa ianya adalah parti terbaik yang akan terus baik dan memberi faedah kepada rakyat dan negara. Segala dakwaan persepsi dan tohmahan lawan adalah berniat busuk lagi membusukkan walaupun kalau direnung dengan tujuan untuk diteladani mana yang baik dan yang yang tdak menarik dijadikan sempadan, dalam busuk pembangkang ada juga wanginga.

Hakikatnya dalam keburukkan, kecacatan dan ketidak-sempurnaan itu ada kebagusan dan kesempurnaannya manakala dalam kebangusan dan kesempurnaan akan ada keburukkan,kecacatan dan ketidak-sempurnaan, dalam busuk ada wangi dalam wangi ada busuknya kerana demikianlah rona-rona kehidupan.

Tentang ini Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran melalui firman-Nya dalam ayat 5 Surah Aalam Nasyrah yang bermaksud melapangkan,mafhumnya: "Kerana sesungguhnya dalam kesulitan itu ada kemudahan' yang diulang lagi dalam ayat ke-6 surah yang serupa.

Justeru ituapa yang terucap dan tergarap serta apa yang terluah dan tercuran pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini perlu dilihat tanpa kacamata pembangkang atau kacamata Umno.

Kena guna kacamata rasionalisme dan neutralisme, barulah setiap penilai sama ada penilai prfesional atau 'penilai tamada' akan berlaku adil kepada hati dan perasaan sendiri serta kepada parti-parti politik yang menagih dan mengharapkan undi para pengundi untuk menang dalam pilihanraya.

Adalah amat tidak adil jika apa yang menjadi misi pneraju kepimpinan baru dalam mewajahkan Umno dan mewajarkan parti itu menadi semakin mantap, kuat dan hebat, diragukan atau dipersepsikan dengan persepsi negatif atau ditohmah dengan tohmahan-tohmahan yang juga negatifsme.

Sesungguhnya Allah sukakan kebaikan.Ini terbuka apabila diniat mahu melakukan kebaikan dan kebajikan, sudah pun diberi pahala. Kalau buat apa yang diniatkan, lagilah berphala. ertinya kalau berperasankap baik akan dapat tempias pahala kalau sebaliknya kena berdosalah.

Tetapi kalau untuk kejahatan, sekadar niat nak buat tetapi belum lagi buat, tidak akan dibubuh dosa. Setelah buat kejahatan/kemungkaran barulah diberi dosa, Itu pun tengok kepada pelakunya sama ada melakukan dosa dalam keadaan siuman atau sebaliknya.

Dosa yang dilakukan pun boleh berampun jika pelakunya meminta keampunan dan bertaubat nasuha. Maknanya setiap niat untuk melakukan sesuatu yang baik kena disokong, kena didoakan pencapaian dan kejayaannya.

Kerana itu adalah tidak wajar apabila unsur-unsur kebaikan yang cuba mahu diterapkan oleh Umno, terutama oleh Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri, diberi persepsi dan tohmahan negatif dengan dilihat dengan jahat segala kejahatan serta disebar-luaskan pula dengan niat 'biar padan dengan muka' manakala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dilihat melakukan kejahatan dibuang awal-awal lagi dari terhimpun dalam gedung prasangka baik.

Sama ada akan menjadi kenyataan atau tidak niat baik atau perbuatan baik itu pula terpulang kepada keadaan tetapi adalah amat tidak wajar kalau ianya diharap, dihadang atau sekurang-kuragnya didoakan agar tidak akan menjadi kenyataan kerana ianya tidak akan melabakan kita dan puak kita.

Kalau kita melihat kegagalan sebelum sesuatu itu betul-betul gagal dan hanya berdasarkan agakan yang penuh prejudis, maknanya kita telah mendahului takdir, suatu tindakan yang mungkin serig dilakukan oleh orang Islam tetapi bukan kelaziman bagi orang Islam yang beriman dan bertakwa.

Sayugia diingat bahawa orang yang melakukan kejahatan/kemungkaran tidak akan tertutup peluang untuk masuk syurga kalau ada keinginan bertaubat, apatah lagi jika ianya bertaubat nasuha kerana antara sifat allah adalah Maha Pengampunan dan Maha mengasihani.

Cntohnya seorang yang telah membunuh 100 orang akhirnya masuk syurga apabila dia mati dalam perjalanan dan berlarian untuk mencari orang alim yang boleh memberi jawapan kepadanya macam mana sebagai seorang pembunuh, dia boleh bertaubat dari perbuatan jahatnya.

Apakah Datuk Seri Najib dan presiden-presiden yang lepas serta Umno jahatnya sama atau lebih jahat dari pembunuh yang membunuh 100 orang tetapi disyurgakan, maka ianya dilihat terlalu mughallazah sehingga oleh tokoh parti tertentu bila digagaskan suatu bentuk kerajsama, ditolak bagaikan orang islam yang beriman dan bertakwa menolak hidangan daging babi sedangkan dengan DAP boleh bermanis muka dan berpeluk mesra.

Paling penring ditanyakan, betulkah Datuk Seri Najib dan Umno benar-benar jahat? Atau hakikatnya pihak yang menganggap Datuk Seri Najib dan Umno jahat itu seribu kali lebih jahat, malah tidak mustahil dalam membuat persepsi itu si penuduh berada dibawah pengaruh syaitan dan iblis laknatullah.

Atau apakah kerana parti politik yang didukung Datuk Seri Najib bukan parti yang dukung penuduh, maka pendukung dan penyokong parti bukan Umno anggap beliau jahat dan patut dihumban ke dalam neraka walhal di akhirat nanti belum tentulah lagi siapa yang akan diahlanwashlamkan ke syurga dan siapayang akan dilimpar songsang ke neraka.

Apabila Datuk Sei Najib kata setiap pemimpin dan ahli UMNO diminta bangkit menyalakan obor perubahan bagi memartabatkan perjuangan parti dengan keutamaan kepada kebajikan dan keperluan rakyat untuk membentuk kerajaan yang kuat serta stabil, apakah itu satu ungkapan berpalit kejahatan atau sebaliknya. Apakah ungkapan itu ungkapan orang yang bermulut dan berperut busuk?

Beliau juga mengajak setiap perwakilan supaya bangkit bersama-samanya kerana amanah yang besar itu tidak mampu dipikul oleh beliau bersendirian. Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, kepada saf kepimpinan diajak juga diajak bangkit bersama beliau.

Apakah orang yang tidak murni hati budi dan fikirannya akan sanggup membuat pindaan untuk memungkinkan beliau sebagai peneraju boleh hilang kedudukan dan kepentingan dengan laluan kemungkinan itu bliau sendiri yang buka.

Pejuang-pejuang UMNO di peringkat bawahan, pejuang-pejuang UMNO di bahagian, pendokong-pendokong UMNO di cawangan, seluruh warga UMNO yang baru dan yang lama, di kota dan di desa, tidak ketinggalan diajak dan diseru bangkit bersama-sama beliau.

Dalam pada itu beliau memberi peringatan kepada pihak yang semberono menuduh UMNO sebagai parti perkauman, sebaliknya diminta supaya terlebih dulu mencermin diri secara ikhlas, pihak terbabit harus sedar akan realiti komposisi kaum dalam parti mereka sendiri dan jangan terlalu angkuh mengaku konon merekalah parti pelbagai kaum yang paling bermoral dan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini.

Adakah ia benar-benar melambangkan keterbukaan yang mereka jerit dan laung-laungkan. Jika betullah Umno rasis bagai didakwa, beliau percaya tidak mungkin parti itu amat bertolak ansur terhadap budaya etnik lain sehingga wujudnya sekolah pelbagai aliran bahkan mustahil pula untuk bekerjasama akrab dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya Umno sebagai parti berasaskan Melayu yang didakwa rasis, kata beliau, telah menjadi nakhoda memimpin kesemua tindakan hebat kerajaan untuk kepentingan rakyat sejak lebih 52 tahun lalu.

Mengimbas sejarah negara yang seiring dengan susur galur Umno, beliau berkata, parti itu telah mengepalai usaha menyelamatkan negara bermula daripada ambang kehancuran akibat konflik kaum pada 13 Mei 1969.

Para pemimpin Umno boleh memilih untuk tidak meneruskan demokrasi yang telah digantung. Umno juga boleh memutuskan untuk menubuhkan kerajaan satu parti atau mungkin menyokong saja pihak tentera melakukan kudeta.

Akan tetapi, itu semua tidak dilakukan, malah Umno berusaha keras mengembalikan demokrasi dalam masa 18 bulan. Ini jelas mempamerkan bahawa Umno bukan sebuah parti yang mabuk kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman.

Bagi Datuk Seri Najib, perkauman sebenar adalah apa yang berlaku pada zaman aparteid di Afrika Selatan dan era 60-an di Amerika Syarikat, ketika amalan perkauman berlaku secara terang-terangan sehingga sekolah, bilik air, tempat makan di restoran dan tempat duduk dalam bas dibeza-bezakan.

Semua itu hanya berakhir setelah keputusan pengasingan kaum, institusi pendidikan tahun 1954 oleh Mahkamah Agung melalui kes Brown lawan Lembaga Pendidikan Kansas, Akta Hak Sivil tahun 1964 dan Akta Hak Mengundi 1965 digubal.

Menurut Datuk Seri Najib, pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang yang pengundinya terdiri daripada masyarakat majmuk, orang bukan Melayu menerima Umno dengan hati terbuka.

Justeru untuk terus diterima rakyat, amat penting untuk Umno berpegang kepada falsafah Umno yang sederhana sejak penubuhannya tanpa condong sama ada kepada fahaman liberal mahu pun konservatif.

Dalam pada itu beliau menegaskan bantuan kepada orang Melayu tetap diteruskan kerana secara keseluruhan mereka dilihat masih lagi ketinggalan dan memerlukan bantuan.

Walau pun ada yang mendabik dada bahawa mereka tidak lagi memerlukan sokongan, hakikatnya masih ramai yang memerlukan pertolongan kerajaan, yang perlu dikejut dan dijirus air supaya bangkit dari tidur yang lena.

Kata Datuk Seri Najib, sekarang ini boleh dilihat bagaimana produk tindakan afirmatif serta Dasar Ekonomi Baru (DEB) begitu gah dan bangga mendabik dada bahawa mereka tidak perlu lagi topang dan sangga.

Kononnya mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung kepada pertolongan kerajaan. Tentunya pendirian itubertujuan untuk mereka tidak merasa kekok untuk menentang kerajaan yang telah membantu mereka dan membolehkan mereka membantu pembangkang atau secara aktif menjadi sebahagian dari komponen pembangkang.

Nampaknya golongan ini lupa kepada satu hakikat yang besar bahawa jika benar pun mereka telah cukup berupaya untuk membuang topang yang menyangga mereka selama ini, bagaimana pula halnya dengan orang-orang Melayu lain yang masih memerlukan bantuan?

Adakah adil namanya jika topang ini dinafikan kepada kumpulan yang layak menerima, hanya kerana orang yang sudah mendapat bantuan tidak lagi bergantung kepadanya.Tidak ada siapa dapat menafikan orang Melayu menikmati faedah yang besar hasil pelaksanaan DEB dan kini mempunyai kelas menengah yang besar.

Keadaan ini hampir tidak wujud tatkala Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1971. Siapakah juga yang dapat menafikan bahawa hari ini terdapat golongan profesional Melayu dalam skala yang besar sebagai mahsul daripada langkah-langkah DEB.

Bagi Datuk Seri Najib, isu sebenar bukanlah soal bantuan tetapi soal pengurusan dan pentadbiran bantuan tersebut yang berfokus kepada yang masih memerlukan. Faktanya, orang Melayu dilihat dari lensa keseluruhan, masih ketinggalan dan memerlukan bantuan. Itulah sebenarnya yang menjadi perhitungan utama.

Dalam peluang untuk rakyat negara ini yang bukan melayu tdak diabaikan, malah merka tentunya tidak pernah disekat, malah tidak akan dihadang dari membena kejayaan dan kegmilangan di negara bertuah ini.

Oleh kerana apa yang telah, sedang dan akan dilakukan adalah untuk kebaikan rakyat dan negara ini yang sekali gus tidak hanya terhad kepada orang Umno atau orang parti-parti komponen sahaja, apa salahnya kalau seluruhrakyat negara ini berdoa agar apa yang diniat dan diusahakanoleh kepimpnan dan ahli Umno sekarang menjadi kenyataan dan kita akan dapat ikut merasakan nikmatnya.

Mendoakan kemusnahan dan mengharapkan kegagalan orang lain untuk digembirakan bukan sifat orang Islam yang dilengkapi dengan iman dan takwa. Kena ingat Islam tidak akan bernilai apa-apa tanpa iman dan takwa.

Kesimpulannya apa yang terucap dan tergarap yang terluah dan tercurah pada Perhimpunan Agung Umno pada usia ke-60nya sudah menjadi sebahagian dari sejarah bangsa dan negara selain dari merupakan sejarah kepada Umno. Apa yang yang dinanti dan diharapkan adalah sejauh mana kata dikota, segala janji dipenuhi.

Kalau segala perkhidmatan yang diberikan tidak selari dengan kehendak majoriti rakyat, kalau segala yang teucap dan yang tergarap, segala yang terluah dan dan tercurah hanya sekadar retorik, maka layaklah untuk Umno dan rakan-rakan dalam BN bertukar tempat duduk ke kerusi pembangkang.

Jika rakyat melihat perkhidmatan yang diberikan tambah berkualiti, maka Umno layak untuk terus menjadi leader kepada pemerintahan negara ini bukan setakat 52 tahun lagi tetapi tidak mustahil untuk 520 atau 52,000 tahun lagi atau pun untuk tempoh yang lebih lama dari itu, Umno akan kekal menjadi leader kepada kerajaan yang memerintah negara bertuah ini.

7 comments:

Anonymous said...

Semasa raya puasa lepas, sy ada dijemput pergi ke rumah seorang kawan lama di Tumpat, dia buat kenduri kesyukuran, semeleh seekor lembu.

Dia orang UMNO (tak tau plk fanatik ke tak, tapi dalam rumah ada gambar penuh ahli kabinet Malaysia)

ceritanya, dia cari lebai dari PAS untuk tlg sembelih lembu tersebut, sedangkan pak sedara dia tu lebai (UMNO) jugak (blh sembelih juga).

Sy tak mau tanya sebab tu, tapi sy dah blh agak.. dia mahu semua orang kampung menikmati daging lembu tersebut (sebab ada segelintir orang PAS tak makan sembelihan orang UMNO).

Nampaknya dia berjaya menyatupadukan orang kampungnya tanpa mengira fahaman politik.

Semasa menikmati makanan, ada tok-tok kt kerusi sebelah dok berbisik antara mereka "Psss.. sape sembelih?, walhal nasi dan lauk dah ada dalam pinggan mereka. Dan ada yg dah gaul dah.. tunggu rangos je.

Kg Kg Sireh ada lagi ke sembelih org Umno xleh dimakan abe Lie?

Anonymous said...

Lemah ambo nak mmikir, MKJ dok bincang isu politik nasional & global. Yg kawan ni do royak isu kampong dia saja. yg dia tak tahu bhw taraf pemikran politik kampongan dia tu dah ketinggalan zaman.... org tua yg tak makan sembelihan org umno tu pun tak ganggu mana2 projek krajaan yg diboloti oleh kontraktor2 umno.. mengapa dok bising isu tu ..klu dia nak makan, makanlah. kalu dia tak sir makan, biarla dia kebulur..umno pun tak rugi pulak krn tak kena tambah gulai jika bertambah ramai yg datang..Bincanglah politik matang & tinggi sikit ... cth rasuah punca membiaknya maksiat & jenayah hari ini... sistem ekonomi monopoli & riba', rakyat awam semakin dihimpit hutang, penindasan oleh penindasan kapitalis... hiburan berlebihan2 di media massa, menjurus kepada budaya malas, bermewah & memboros..? Ini dok besarkan isu2 terpencil dan samar2.... he..he, ..mentaliti melayu haprak!??

Peminat Puut Inti Kedai Rais said...

Kelantan dah bagus dah. Tak banyak maksiat. Dalam minggu ni saja ada dua kes tinggal anak di kawasan masjid. Tentu yang tinggalkan anak itu orang islam dan anak-anak tok lebai, kalau tidak, akan ditinggalkan di ketik Siam.

Saya teringat masa Abe Li posting isu GEJALA BUNCIT TENGAH DI KELANTAN, rami yang marah,ada yang kata mungkin yang buat kerja terkutuk tu anak-ank orang Umno yang tak sampai dakwah.

Masalahnya perkara tu berlaku di kelantan.sepatutnya tak kira anak orang Umno ke, anak orang MCA e anak orang MIC ke kena dakwah atau mendapat tempias dakwah belaka.

Ambo orang Kampung Sireh, rumah bertikah tak juh mana denga Abe li dan kami minum kedai kopi yang sama setiap pagi, tapi tidak pernah bertegur sapa. Abe Li ni dia tak banyak mulut, banyak diam dari bercakap tapi sentiasa bermuka manis. Dia mugkin tak cam saya.

Soal tak makan sembelihan orang umno ni tak timbul di Kampung Sireh. Tok Pengulu Kak Lah isteri Abe Li beri layanan yang sama kepada orang Ps atau orang Umno. tak hairanlah ramai yang undi Pas (Dato' Anuar Tan) walaupun Umno kerana malu mata pada Kak Lah dan Kak Tonah, seorang lagi pengulu wanita.

Ramai juga yang kecam Kak Lah dikedai kopi, misalnya kerana lambat dapat sumbanngan uniform sekolah anak, bantuan untuk armalah atau bantauan-bantuan lain kerana masalah teknikal, kononnya Kak Lah orang luar (bukan orang Kampung Sireh asal) tak patut jadi tok pengulu untuk oang Kampung Sireh. Ambo tengok bila Kak Lah isteriya dikecam, Abe Li selamba, masih tersengih. Orang yang kecam tu pula tentu tak tau yang Abe Li adalah suami kepada Kak Lah yang dikecam.

bagi saya Abe Li seorang yang sangat terbuka, tidak mudah marah atau mudah cepat naik darah. Kalau dia buat teguran,kritikan atau cadangan, saya yakin dia ikhlas dan tidak bias. memang patut pun kalau dia tidak beparti politik pun.

Satu lagi pelikya Abe Li, bila ke kedai kopi dia akan bawa segenggam ladang cngik yang akan dijadikan ulam masa makan nasi berlauk. Nampaknya dia suka pedas, kalau tulisan pedas pun patut sangatlah.

PUTRA CAKNA said...

Saya juga merasa pelik dengan penyokong-penyokong PAS ini. Serba tidak kena melihat kepada orang yang tidak sepuak dengannya seolah-olah puak dialah yang lebih betul daripada semua orang yang ada di dunia ini.
1. Menganggap sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan seolah-olah menuduh orang UMNO bukan Islam kerana sembelihan yang sah ialah sembelihan daripda orang Islam dengan berniat kerana Allah. Apakah dengan mengatakan begitu dapat memperbodohkan orang Melayu dan Islam dinegara ini. Begitu mudah bila menghukum seseorang seolah-olah dia boleh tahu sejauh mana iman seseorang itu. Boleh masukkah dia menjenguk ke dalam hati manusia dan membacanya seolah-olah membaca buku cerita. Kalau syaitan, bolehlah berbuat begitu kerana memang tugas syaitan memujuk hati manusia supaya menjadi sesat.
Bagi saya setiap sembelihan itu sah selagi orang itu berpegang kepad apa yang diucakannya semaa mengucap dua kalimah syahadah (cukup syarat sah syahadah) dan sembelihan itu adalah semata-mata kerana Allah, tidak kira seseorang itu UMNO atau PAS. Tapi kalau Lim Kit Siang yang berkawan dengan tok guru yang menyesembelihnya, sudah barang tentu dan saya yakin dan percaya ianya tidak halal makan walaupun dia rapat dengan tok guru.
2. Bagi saya tidak ada salahnya MKJ berbincang soal politik nasional dan global kerana itulah yang dipersoalkan masa kini. Itu adalah wajar diperbincangkan pada masa ini kerana pada zaman ini adalah zaman globalisasi dunia tanpa sempadan.
3. Soal maksiat adalah masalah dunia Islam pada hari ini. Maksiat ini berlakunya bukan saja di zaman ini tetapi telah berlaku di zaman Rasulullah lagi. Kalau tidak masakan ALLAH menyebutnya dalam ALQURAN. Punca berlakunya maksiat dari diri manusia itu sendiri. Kalau tidak ada IMAN manusia mudah terjerumus ke kancah maksiat. Bukan saja di Malaysia tetapi di negara arab pun ada maksiat. Maksiat juga berpunca dari kepincangan keluarga, masyarakat. Keluarga dan masyarakat harus ditarbiahkan supaya sedar bahawa gejala ini adalah sesuatu DOSA yang membawa kita ke neraka. Justeru itu kita tidak boleh semata-mata menyalahkan kerajaan saja. Soal ini bukan saja tanggungjawab kerajaan yang memerintah tapi juga pembangkang.
Kelantan yang diperintah oleh PAS, Ada sudah semuanya rakyatnya alim dan maksiat tidak berlaku lagi?
Saya dapati di Kelantan juga berlakunya maksiat dan jenayah. Kalau tidak masakan ada kes pembuangan bayi, rogol, ragut, curi kenderaan dan lain-lain lagi. Adakah Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS bersih daripada maksiat?
4. Soal hutang adalah soal individu. Kalau kita bijak berbelanja insyaallah ekonomi kita selamat. Kerajaan pusat tidak paksa kita berhutang sampai papa kedana. Jangan salahkan orang kalau kita banyak hutang. Siapa suruh kita berhutang banyak-banyak?
4. Mentaliti orang melayu tidak semuanya haprak. Jangan kata orang lain haprak takut-takut berbalik kepada diri sendiri tetapi kita tidak sedar.
5. Jangan perlekehkan masalah di kampung kerana masalah di kampunglah akan menular ke daerah dan seterus ke negeri dan negara. Juga jangan perlekehkan pandangan orang kampung kerana mungkin juga kita berasal dari kampung.
5. Memang benar kata MKJ Guna kacamata rasionalisme dan neutralisme melihat masa depan Umno.

pemudacakna said...

Najib mengisytiharkan 16 september adalah HARI MALAYSIA mulai tahun depan. Serentak itu juga bersempena ulangtahun HARI PEMBOHONGAN PAKATAN RAKYAT menubuhkan kerajaan mereka. Sama-samalah kita menyambutnya tahun hadapan. Bertuahnya kita dapat menyabut hari kemerdekaan dua kali dalam setahun sebagaimana hari perayaan orang Islam, hari raya idul fitri dan hari raya korban.

Anonymous said...

lagu mana kes perempuan monggalia yg kena bunuh, jasad hancur dibom tu dulu .... hakim yg maha arif dah tutup kes ko? Tp tak perlu risau krn polis, pendakwaraya & hakim m'sia jenis tanggung beres punya. Cuma nak padam dgn catatan Raqib & Atib ada masalah ckit, tak makan rasuah punya....? Sebab tu jugak ke towkey2 cina, india, pati indon.... mudah kaya dgn aktiviti haram....

pemudakucalakna said...

16 SEPTEMBER CUTI AWAM 2010 : NAJIB

Najib Razak mengumumkan Hari Malaysia akan disambut mulai 16 September 2010 sebagai cuti awam untuk seluruh negara.

Rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH….

woit…. INI DASAR SELIPAR JEPUN…. kah kah kah..

kah kah kah… 31 OGOS FLIP….. 16 SEPTEMBER FLOP…. kah kah kah….

woit… INI KEJAYAAN WARGA SABAH DAN SERAWAK...SYABAS ! kah kah kah…

woit…. INI KEJAYAAN KEMPEN BLOGGER….SYABAS... kah kah kah..

nota:
lepas ini kita kempen:
kenapa orang asal di semenanjung tidak ada hari cuti resmi?
dicadangkan:
hari menuba - untuk orang asal di pahang
hari menapai - untuk orang asal di semenanjung
hari melegok - untuk orang temuan
hari mengehek - untuk orang senoi

akhirnya 10 Oktober sebagai Hari Bangang
untuk meningati melayu kena tipu oleh
mat isa kah kah