Tuesday, October 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (453) - DIKEMASKINI SEMULA

Usia semakin senja

TUJUH pesanan ringkas (SMS) yang ungkapannya serupa diterima hari ini, enam dari anak, termasuk dri anak bongsu, pelajar darjah empat di Sekolah Kebangsaan Ismial (I) dan anak yang sedang mengaji dalam bidang pengajian media peringkat sarjana muda (penyiaran) serta dari isteri yang sudah 30 tahun berkongsi susah senang (banyak susah dari senang) dan suka duka (banyak duka dari suka).

"Selamat hari lahir, semuga abah dipanjangkn umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati-Nya selalu. Sayang abah dan kami bangga kerana jadi anak abah" itu ucapan diterima membuatkan kedegilan saya sebagai lelaki gagal dipertahankan, sebak melanda rasa dan saya menangis.

Semasa menikmati jamuan makan sempena hari jadi tajaan menantu terbaru saya yang berasal dari Besut, Terengganu saya terpaksa menahan sebak terkenangkan masa lampau. Kerana sibuk dengan tugas kemediaan, saya banyak mengabaikan anak-anak. Keluar jam 9.00 pagi, balik semula ke rumah pada pukul 9.00 atau 10.00 malam. Kalau musim pilihanraya, adakalanya pukul 3.00 atau 4.00 pagi baru sampai ke rumah. aanak-anak dah tidur.

Saya tidak ernah ada masa dengan anak-anak, tidak penah keluar makan bersama anak-anak, tidak pernah meraikan hari jadi anak-anak selain dari hanya membelikan hadiah dan diserahkan melalui bini. Saya teringat bagaimana anak ketiga saya (lelaki - ketika belajar di darjah empat) tidak menyentuh, malah tidak mahu disentuh ke hari jadinya kerana menunggu kepulangan saya. Bila bini mengadu, saya kata lain kali jangan majlis hari jadikerana ianya amaan orang putih,bukan amalan orang Islam.

Banyak masa saya adalah untuk bekerja. Saya datang dari keluarga susah dan saya tidak mahu anak-anak saya merasakan kesusahan sebagaimana yang saya rasakan. Saya tidak mahu anak-anak saya besar dengan memakan nasi celur pucuk ubi kayu, berulaman pucuk putat, pucuk laka, pucuk gelam cecah budu dan panggang tawar ikan puyu bercampur buah kecupu putik bakar, pergi sekolah bawa bekal nasi dibungkus dengan upih pinang berlaukkan ikan puyu masin bakar atau berbekal ubi kayu dan uba setelo (keledek).

Soal makan dan penyeiaan lauk pauk untuk anakanak saya serig pesan pada bini, jangan tengat, bini pernah terbisu tanpa berkata apa-apa bila saya pernah bawa balik ikan kelah sebesar budak umur tujuh tahun yang d beli di Kuala Berang Terenganu (dulu banyak dijual di tepi jalan) dan ditanya berapa harganya, saya kata RM150 (ketika itu harga kambing tak sampai pun RM100 seekor). Saya mahu bila orang bercakap tentang ikan kelah, tentang ikan siakap, tentang ikankearpu, tentang ikan talam, jemuduk, jerupo dan sebagainya anak-anak bukan hanya dengar tetapi mereka merasakannya.

Kerana kemiskinan hidup, semasa saya kecil keluarga saya terpaksa jual ayam atau serati dan telur ternakan itu untuk beli beras, garam, gula dan minyak tanah. Peluang untuk makan telur goreng, telur rebus atau gulai lemak jarang benar. Kalau ada sesiapa mminje (pakat ramai-ramai) mencedung anak padi atau baiki/buat rumah atau mengetam padi barulah dapat rasa gulai ayam.

Daging lembu atau kerbau pula hanya dapat dinikmati setahun sekali, semasa raya haji. Hanya waktu lepas mengetam padiagakmewah lauk pauk dengan ikan keli, ikan haruan dan puyu kering kerana diadakan upcara menimba telaga ikan yang dibina khas dan ditimba selepas musimengetam. Sesekali memburu napus, seekor atau dua ekor napuh/pelanduk akan yang diburu dan ditangkap akan menjadi hidangan sekampung. Lazimnya bila digula akan dicampur dengan ubi badak,ubi keling atau umbuk nyior supaya jadi banyak.

Kampung saya sangat pedalaman waktu itu. Jangankan kereta atau motosikal, basikal pun tidak ada. Saya ke sekolah Kebangsaan Bechah Kelubi dengan berjalan kaki. Turun dari rumah sekitar pukul lima pagi dan pukul empat atau lima petang baru samai ke rumah. Kerana itu ramai rakan-rakan sebaya tidak bersekolah, dalam sebuah kampung, hanya saya berlima bersekolah, yang lain ibubapa suruh jaga lembu.

Untuk ke sekolah terdedah kepada bahaya, kena melalui lorong-lorong kecil meredasi hutan tebal yang ada harimau dan binatang-binatang liar yang lain. Berperahu menyeberangi sungai pula terdedah lagi kepada satu bahaya kerana sungainya dalam dan anyak buaya. Kami berlima juga terpaksa melintasi dan menyusuri jalan keretapi untuk sampai ke sekolah. Setelah jadi orang dewasa, saya sering ketawa sendiri bila terkenangkan betapa kami masing-masing akan menyorok dalam semak sambil menahan nafas bila ada kereta api lalu.

Kami diberitahu kepala keretapi suka makan kepala budak. Kebetulan kepala api yang dulunya pakai arang berwarna hitam dan bentuknya agak menyeramkan di samping di bahagian atasnya ada terumbu tempat dimasukkan air bila sampai ke sesebuah stesen, tentu untuk sejukkan injinnya yang dibakar guna arang batu untuk menjana tenaganya. Cerita kepala keretapi suka makan kepala budak itu sngaja diada-adakan supaya budak-budak tidak bermain dekat landasan kerana merbahaya.

Kereta, motosikal dan basikal amat pelik bagi kami kerana kampung saya yang dikelilingi sungai sama seperti kampung-kampung Orang Asli di tengah rimba. Kampung itu asalnya dibuka oleh tokcik saya (Abdullah Sulong dan abangnya bernama Tayib). Mereka berdua yang aktif dalam pergerakan API dan seterusnya telibat dalam perjuangan bersenjata sebenarnya lari dari buruan penjajah dan memilih lokasi yang sukar dikesan dan didatangi oleh askar-askar dan polis penjajah untuk menahan mereka.

Untuk mendapatkan keperluan seperti garam dan gula, kena keluar ke pekan sekali dalam seminggu. Dalam sebuah kampung hanya ada sebuah rumah yang ada radio dan dengar radio pun hanya sekali dalam setahun, yakni bila adanya petandingan membaca al-Quran. Bila selesai terawih, semuanya akan ke rumah yang ada radio dengan duduk bersila di halaman untuk mendengar petandingan membaca al-Quran.

Kerana saya tidak mahu kesusahan itu akan dirasakan oleh anak-anak saya, maka saya bekerja kuat sehinggakan saya tidak berpeluang melihat pembesaran lima anak saya , kecuali anak bongsu saya yang saya mula jaga ketika dia masih dalam inkubetor hinggalah makan pakai dan saya menghantar ke sekolah dan mengambilnya setiap hari (kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielak) sejak dia di pra-sekolah lagi. Anak-anak lain tidak begitu mesra dengan saya kerana kurangnya pendamingan saya.

Belum pernah saya dengar lima anak saya meminta direct duit dari saya untuk apa-apa keperluan sekali pun. Mereka akan minta melalui mama mereka yang kemudiannya akan memintanya dari saya, malah pada hari pertunangan anak kedua (kini anak perempuan saya itu sudah ada dua anak), saya tidak ada di rumah kerana terpaksa menjalankan tugas kemediaan di Kuala Terengganu. Macam manapun kini anak, terutama yang lelakinya sangat manja dengan saya,kalau dia meragam pun akan cepat normal bila saya pujuk.

Sempena hari jadi ke 53, saya gagal menahan tangis bila mengenangkan betapa perasaan anak saya ketika itu apabila pada hari bersejarahnya saya sebagai bapa boleh tidak ada di rumah kerana menjalankan tugas. Ketika itu saya yang masih bertugas dengan Ursetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKn) ke Kuala Terenganu kerana menjemput Ustaz Subky Latiff yang ketika ituk beerja denan Kerajaan as Terengganu untuk hadiri satu mesyuarat berhubung dengan penerbitan Warkah Darulnaim terbitan UPKn yang mana Ustaz Subky adalah pengarang kehormatnya. Agaknya anak saya menganggap dia tidak ada sebarang harga pada penilaian saya.

Pada saya, kerana saya tidak menunaikan tanggungjawab kebapaan, anak-anak mungkin tidak sukakan saya kerana itu mereka tidak mesra dengan saya dan saya bersedia menerima hakikat itu kerana terlalu memberi tumpuan kepada mencari rezeki, saya abaikan anak-anak dari sudut memberi layanan sebagai bapa kepada mereka tetapi kebajikan mereka dijaga.

Tugas menjaga anak dilonggok atas bahu bini saya yang kadang-kadang saya sendiri banyak memongoh kepdanya kerana sentiasa dalam keadaan tertekan dengan tugas-tugas kemediaan. Saya juga menganggap bini saya tidak mengharagai saya kerana saya lebih banyak bersama dengan mesintaip (dulu) dari bersama bini bila balik ke rumah, dahlah balik ke rumah seniasa lambat.

Tetapi bila menerima SMS dari mereka saya sedar bahawa tanggapan saya terhadap anak-anak dan bini saya selama ini sangat silap. Dalam tidak berapa mesra itu rupanya anak-anak sentiasa memerhati dan mempedulikan saya sehingga mereka boleh ingat tarikh lahir saya walaupun saya sendiri lupa. Kerana selama ini saya salap anggap. membuatkan saya sangat sebak.

Sesunguhnya kalau tidak menerima tujuh SMS yang serupa ayatnya, saya tidak perasaan pun bahawa hari ini 20 Oktober adalah hari lahir saya dan pada hari ini saya yang dilahirkan pada 20 Oktober 1956 genaplah berusia 53 tahun. Patutlah rambut dan janggut sudah putih semuanya dan gigi pula sudah banyak yang bergoyang. Kebetulan Presiden Pas juga tarikh lahirnya jatuh pada hari ini.

Semasa saya ke Kampung Gelung, Bruas Perak lama dulu (sebelum kahwin lagi), seorang kenalan yang bernama Ramli Said, juga tarikh lahirnya 20 Oktober di samping nama kami kebetulan sama. Beberapa bulan lepas saya ke Pekan Bruas dan cuba mencari jalan untuk ke Kampung Gelung tetapi gagal menjumpainya. Saya acap kali berutus surat dengan adik perempuannya bernama Faridah yang kekika itu masih bersekolah menengah.

Kalau Abang Li, Adik Dah atau pun sahabatku Rohaya Samad Kampung Gelung (Rohaya dah berhijrah ke Kampung Baru atau kampung Pandan Kuala Lumpur) atau sesiapa yang kenali mereka, mohon hubungi saya melalui telefon 017-9871322 atau melalui email: meli_industry@yahoo.co.uk. Saya teringin sangat mendapat khabar tentang mereka.

Saya juga ingin menghubungi rakan-rakan lama seperti Siti Mariah Awang Long (Kampung Jal, Kok Lanas) Esah Deraman (Kok Lanas), Masti Marjin (Sabah), Masni (Kota Belud), Nurulhuda Yusoff (Bachok), Khairaniey Yusoff (Segamat), Fauziah Sulaiman (Panglima Bayu), Maimun Jaafar (Palekbang), Halimah Musa (Bukit Serindit Melaka), Jamaliah Mahmud (Kampung Luat, Lenggung Perak), Syarifah Hasliza Abdul Kader (Palekbang) dan rakan-rakan lain yang mungkin saya lupa nama mereka kerana otak juga sudah dimamah usia.

Saya yang kini sudah mempunyai empat cucu dan bakal menerima cucu kelima pada awal tahun depan ingin sekali mendapat maklumat tentang mereka, sudah berapa anak dan berapa cucu serta bagaimana keadaan mereka sekarang. Bagi saya sekali menjadi sahabat, maka seumur hidup tetap sahabat.

Dikala usia semakin senja ini terasa teringin pula untuk bersua muka atau bertanya khabar melalui ganggang telefon, sekurang-kurangnya ingin diketahui pencapaian hidup serta mutu kesihatan masing-masing. Kalau ikut usia Rasulullah s.a.w. tinggal 10 tahun saja lagi saya akan hidup, jika ikut usia ayah saya yang mati pada usia 67, maka masa untuk saya hidup tinggal 14 tahun saja lagi.

Sama ada 10 atau 14 tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang. apa yang saya mahukan sebelum kembali ke alam abadi adalah supaya perniagaan yang saya bina stabil untuk warisan anak cucu dan yang paling saya harapkan, perjuangkan dan akan berdoa sehingga ke hembusan nafas terakhir adalah supaya bangsa Melayu saya bersatu atas nama Melayu + Islam dan tidak berpecah dan terbelah kerana percaggahan fahaman politik.

Melayu kena terus wujud sebagai umat Islam yang beriman dan bertakwa dan setiap orang Melayu kena bersaha bagi menjayakan misi itu. Ianya boleh direalisasikan jika orang Melayu berpada-pada dalam bepolitik dan tidak memploitikingkan semua perkara dan semua masa.

2 comments:

john said...

TUBIK JARE-JARE- john ucap selamat hari lahir jugok..semoga panjang umor,dimuroh rezeki dan diberkati.

p/s: tarikh lahir abe li serupo denga TG Hj Hadi Awang...kebetulae....

Anonymous said...

assalamualaikum
terharu baca cerita kesusahan, kesempitan dan ketabahan abg li, semoga ksemua pengalaman yang dilalui membawa abg li dan kita semua ke dakapan RedaNYA.

teringat kata2 kartunis ibrahim anon(ujang)- masa susah, kartunis gila-gila macam adik beradik...tapi bila senang dah ada yang tak kenal kawan.

sabarlah...kita tak tau kekadang kesusahan lampau kita penuh dengan kerahmatan yang bakal menjelma.

a.m