Tuesday, November 3, 2009

MUNCU KEMBALI (477)

Piala malaysia: jangan punahkan semangat juang pasukan Kelantan melalui andaian

SETIDAK-TIDAKNYA kira-kira 1.4 juta rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik serta dibantu pula oleh sokongan rakyat Terengganu dan Pahang atas nama semangat Pantai Timur Semenanjung mahu melihat Pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia Sabtu ini.

Walaupun keupayaan Negeri Sembilan tidak boleh diandang rendah, namun berdasarkan pasukan Kelantan telah menunjukkan kehebatan luarbiasa dengan meraih dan menggapai kemenangan-kemegangan dengan bilangan gol mewah bagi perlawanan-perlawanan untuk membina jambatan dan lebuhraya ke perlawanan akhir, sukar untuk diberi sebab kenapa Kelantan tidak boleh muncul sebagai juara Piala Malaysia musim ini.

Para penyokong Kelantan dan penyokong Negeri Sembilan serta pihak yang berkecuali semacam sudah melihat betapa seronoknya pemain Kelantan serta pegawainya seronok menjulang Piala Malaysia diiringi dengan sorakan gemuruh kira-kira 60,000 penyokong di stadium dan jutaan penyokong lagi di depan kaca tv di seluruh negara mnakala manaka pemain Negeri Sembilan akan sugul bersama kemuruman para penyokong di stadium mahu pun di depan kaca tv.

Kepada saya ada semacam gerakan secara halus cuba dilakukan untuk menafikan hak Kelantan untuk menjulang Pala Malaysia dengan meracuni semangat juang pemain Kelantan apabila pada saat-saat akan bertempur di medan juang, maka ditimbulkan laporan tentang kemungkinan Kelantan hilang kelayakkan beraksi dalam Liga Malaysia musim depan kerana masalah hutang semasa Persatuan Bola Sepak kelantan (KAFA) dibawah pengurusan lama.

Pemain-pemain Kelantan tidak seharusnya memasukkan laporan-laporan negatif itu dalam kepala mereka,sebaliknya tumpuan mereka hendaklah diberikan kepada memastikan Kelantan mesti menang manakala hal-hal yang berkaitan dengan uusan KAFA hendaklah diserahkan kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, sebaliknya mereka kena bermain dengan penuh komitmen dan segala masalah KAFA yang sengaja dibangkitkan sebagai antara perang saikologi, hendaklah dianggap telah di'beres'kan oleh Annuar.

Para pemain kena yakin kalau bonus sebanyak RM66,000 kepada pemain boleh dibayar dalam keadaan sumber kewangan KAFA yang kononnya terhad, Annuar pasti akan ada jalan ikhtiar untuk langsaikan hutang persatuan yang dibuat pada era sebelum beliau menjadi Presiden KAFA bagi membolehkan Pasukan Kelantan layak menyertai Liga Malaysia musim depan dan seterusnya menjuarai liga berkenaan.

Saya cukup yakin kalau Anuar menegaskan Skuad Kijang akan hadir mewarnai bolasepak tanah air musim 2010 dengan pasukan yang lebih kuat untuk mengejar gelaran treble, maka penegasannya itu bukan bersifat retorik apabila Pengerusi KADA dan bekas menteri itu telah membktikan keupayaannya membina Pasukan Kelantan dari sebuah pasukan yang paling tercorok kepada pasukan paling terjulang bagi kejohanan Piala Malaysia musim ini.

Tambahan pula Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjanjikan hadiah paling istimewa kepada Pasukan Kelantan jika menjuarai Piala Malaysia musim ini, sekali gus membuktikan bahawa walaupun Prisedien KAFA dari Umno, namun dalam soal sukan, terutama sukan bola sepak, perbezaan fahaman politik diketepikan dan Umno-Pas bersatu hati dalam memberi sokkongan dan bersatu harapan agar Pasukan Kelantan muncul sebagai juara.

Seandainya Kelantan muncul sebagai juara Piala Malaysia musim ini, tempias nikmat juara pasti akan turut dinikmati oleh rakyat Kelantan apabila Kerajaan negeri terajuan Dato' Haji NikAbdul Aziz dikatakan bersetuju untuk isytiharkan Ahad nanti yang merupakan hari bekerja bagi Kelantan sebagai hari cuti.

Mudah-mudahan para pemain Kelantan menyumbangkan corak permainan terbaik kerana tanpa mereka sedari bahawa aura mereka berjaya menjadikan akyat Kelantan yang agak fanatik dalam berpolitik boleh melupakan soal anutan politik dan boleh bersatu menyokong dan ersatu hati mengharapkan Kelantan muncul sebagai juara. Para penyokong pula hendaklah menjaga nama baik negeri dan air muka Tan Sri Annuar serta air muka Dato' Nik Aziz dengan mengutaakan profesionalisme dalam memberi sokongan kerana bukan udah untukmngawal 60,000 manusia kalau manusia yang perlu dikawal itu tidak mengawal diri, perasaan, pemikiran dan perilaku masing-masing.

Walaupun orang Kelantan terkenal dengan 'gedebe', 'bengkeng' dan 'tidak herankan seteru lawan' tetapi biarlah segalanya itu tidak disalahgunakan demi untuk memastikan semangat dan keprofesionalan sukan bolasepak terpelihara. Masing-masing kena pastikan rakyat Malaysia akan terperanjat bukan kerana penyokong Kelantan mudah bertindak balas bila diprovokasi tetapi biarlah untuk perlawanan perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia Sabtu ini dan pada masa-masa akan datang, rakyat Malaysia akan terperanjat kerana tahap kesabaran peonton dan pemain Kelantan yang sangat tinggi.

Ingatlah sikap penonton boleh mempengaruhi sikap dan rentak pemain dipadang. Rakyat Kelantan dan penyokong Pasukan Kelantan walaupun di mana berada akan sangat bangga kalau kemenangan diraih dalam keadaan permainan berjalan dengan bersih dan profesional serta mampu pula menjadikan lawan merasa malu untuk melakukan kekasaran kerana kita mengutamakan kualiti dalm permainan.

1 comment:

Al Quds Travel said...

PROMOSI MUSLIM TOUR
“Maghi Pakat Gi Jale”
Tel: 609-747 9999

TIANJIN-BEIJING
6DAYS 5NIGHT
HARGA DARI RM340