Tuesday, November 3, 2009

MUNCUL KEMBALI (476)

Gadis kurier: sikap boleh mengurangkan kes

WALAUPUN bukan mudah untuk menghadang perlakuan buruk kerana pelakunya sangat licik dalam kegiatan mereka, namun usaha-usaha pembendungan jenayah yang menyebabkan mangsanya teraniaya perlu dilakukan secara proaktif walaupun barangkali ianya memerlukan guna tenaga dan kos yang besar.

Dengan seramai 1,265 rakyat Malaysia terutama gadis kini meringkuk dalam penjara di luar negara pada waktu ini kerana terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah, dengan 44 pratus daripada mangsa terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antrabangsa adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

Saya yakin mangsa-mangsa itu teraniaya dan melakukan jenayah bukan atas kerelaan mereka tetapi mereka terpedaya dan dipedayakan dengan menerima tawaran kerja sebagai ‘gadis kurier’. Paling menyedihikan sebagaimana kata Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay, statistik menunjukkan kebanyakan mereka terdiri daripada gadis-gadis tempatan yang berpendidikan tinggi yang merupakan aset negara.

Wang dan kesukaran mendapat pekerjaan selepas tamat belajar tentunya menjadi punca kenapa mereka terjebak dengan kegiatan yang menyebabkan mereka teraniaya, iubapa dan negara mendapat malu.

Dengan tawaran gaji mencecah AS$3,500 (RM11,900) untuk melaksanakan misi menghantar ‘barang’, barangkali kepada mangsa ianya adalah satu kjerja yang dianggap mudah. Padahnya mereka terpaksa meringkuk dala penjara.

Pada pendapat saya, dalam embateras kegiatan keji itu, selain dari pihak bekuasa kena meningkatkan gerakan mengesan memburu dan mebanteras kegatan itu yang pastinya ada agen-agennya dalam negara ini sendiri, gadis-gadis terpelajar kena guna thapa keterpelaran mereka bagi menahan diri dari tergoda oleh kelumayanan tawaran gaji, elakkan dari rasa tamak dan melihat kebendaan adalah segala-galanya.

Paling penting sebelum mengambil sesuatu keputusan dalam menerima tawaran pekerjaan di luar negara atau apabila bercadang berkahwin dengan warganegara asing, kena berbincang dengan keluarga, minta pandangan pihak polis, malah kena rujuk kepada kementerian luar terlebih dahulu.

Permemintaan Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay supaya semua wanita tidak mudah mempercayai dengan janji manis daripada lelaki yang baru dikenali termasuklah teman lelaki sendiri, patut diberikan perhatian oleh para gadis bagi mengelak dari mereka menjadi mangsa sinidiket yang sanggup memperbinatang sesama manusia bagi membina kekayaan dankuasa ekonomi.

Pada saya, sikap bakal-bakal mangsa boleh membantu mengurangkan kes. Antaranya ialah jangan menjadikan tawaran kerja gaji lumayan di luar negara dan suntingan kekasih warganegara asing untuk dijadikan isteri sebagai suatu hak perinadi yang dirahsiakan dari pengetahuan ibubapa, polis dan kementerian luar, sebaliknya ianya kena dimaklumkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kalau dimaklumkan kepada polis dan kementerian luar, maka langkah-langkah pencegahan pasti dapat dibuat. kerja-kerja membantu mangsajuga akan lebih mudah sama ada untuk membebaskan mangsa dari penjara atau pun pusat-pusat pelacuran dan sebagainya di negara asing.

No comments: