Kalut ribut isu penahan Dr Mohd Asri
SEBAGAIMANA saya keliru, saya yakin ramai yang keliru dengan penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd. Asri Zainul Abidin yang pernah menjadi pilihan bekas pengarang majalah WASILATUL-UMMAH terbitan syarikat saya menjadi penghias kulit depan terbitan sulung majalah berkenaan yang terpaksa diberhentikan sementara penerbitannya dan kini dalam proses kmunculan kembali untuk menui pembaca.
Membaca pelbagai komen, terutama melalui catatan bloggers tentang isu pnahanan Dr mohd asri menjadikan saya semakin keliru kerana masing-masing mula melihat isu dengan mata politik dan cuba mengaut keuntungan politik dari kejadian itu. Bagaimanapun saya rasa laporan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) adalah paling neutral dan bertanggungjawab sejajar dengan statusnya sebagai sebuah agensi berita resmi negara.
Sehubungan dengan itu saya memperturunkan laporan-lapoan BERNAMA mengenainya sebagaimana berikut;
Tangkapan Asri Timbulkan Persoalan
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin malam tadi kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah menimbulkan pelbagai persoalan.Selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan motif penahanan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata Jais dan kerajaan negeri Selangor perlu menyelesaikan kes itu dengan sewajarnya.
"Ini kerana tangkapan dah dibuat tetapi proses pendakwaan tidak berjalan dengan sepatutnya. Kalau sudah minta (Asri) untuk pergi mahkamah pukul 9 pagi tetapi sampai tengah hari perkara (tuduhan) itu tidak dimaklumkan, hal seperti ini tidak sewajarnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Asri di sini Isnin.
Beliau berkata pertemuannya dengan Asri adalah bagi mendapatkan penjelasan daripada bekas mufti itu mengenai apa yang berlaku terhadapnya Ahad.
Katanya kerajaan pusat tidak bertanggungjawab memandangkan kejadian itu berlaku di Hulu Klang, iaitu di bawah jajahan negeri Selangor.
"Hal agama tertakluk kepada negeri masing-masing," katanya.Asri ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau.
Jais telah menahan Asri kerana dikatakan menyampaikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay pukul 12 tengah malam tadi.
Beliau diminta hadir di Mahkamah Rendah Syariah di Gombak pagi ini tetapi tidak ada pertuduhan disebut, dan beliau kemudian dibebaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran.
Malahan, isu penahanan Asri itu dibangkit dalam persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat menyifatkan tindakan Jais sebagai penyalahgunaan kuasa.
"Kalau alim ulamak tidak dibenarkan berceramah, pelik saya rasa, melainkan ajaran sesat," kata Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata pegawai penguatkuasa seharusnya menggunakan daya pemikiran yang waras kerana Islam adalah agama yang dimuliakan.
"Mereka (penguatkuasa) harus diberikan tarbiah sebab mereka ini menjaga agama. Mereka tidak boleh buat sesuka hati mereka," katanya.
Cadangan menyelaraskan peraturan agama Islam di seluruh negara juga disokong wakil-wakil pembangkang.
Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) menggesa kerajaan menjelaskan isu pentauliahan supaya difahami oleh rakyat manakala Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) berkata seorang Mufti Perak sebelum ini juga gagal mengadakan ceramah di Johor kerana ditolak oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Isu penangkapan Dr Mohd Asri turut dibangkitkan dalam sesi soaljawab di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata setiap negeri mempunyai peraturan masing-masing sekiranya ingin mengadakan ceramah.
Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya membidas penahanan Dr Mohd Asri dan menyifatkan penahanan itu lebih bersifat dendam peribadi pihak tertentu yang mahu mengaibkan pihak lain melalui salah guna kuasa.
"Saya amat kecewa kerana insiden seperti ini yang pernah beberapa kali berlaku kepada pihak lain pasti mengaibkan agama Islam dan pihak berkuasa agama.
"Terlebih lagi ia berlaku terhadap seseorang yang sepatutnya dihormati kedudukan keagamaannya, tetapi dinafikan haknya untuk mengajar agama yang mana beliau sendiri menjadi rujukan dalam urusan agama," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, di sini.
Dr Juanda, yang menggantikan Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis pada Februari lepas, menyifatkan isu tauliah mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah dan ia adalah suatu peraturan yang bersifat dua mata yang boleh membunuh tuannya jika disalahgunakan.
"Pihak berkuasa agama sewajarnya mengambil pendekatan nasihat dan dialog secara bersemuka dengan pihak yang tidak disenangi, bukannya menjadikan penggunaan kuasa sebagai cara utama," katanya.
Dr Juanda berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa tertinggi negara iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersidang bagi mengkaji semula pengurusan dan peranan agensi yang melaksanakan urusan agama bagi pihak pemerintah dan Raja-raja Melayu agar pengamalan Islam di negara ini menepati kehendak Al Quran dan Hadis.
Di KOTA BAHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penahanan itu satu tindakan melampau.
Mursyidul Am PAS itu berkata: "Saya anggap ia satu tindakan yang melampau, kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti, ramai lagi orang yang patut ditangkap.
Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.
"Nasihat saya kepada JAIS, jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia," katanya.-- BERNAMA
Ini satu lagi laporan BERNAMA:
Shahidan Mahu Dr Mohd Asri Tolak Tawaran Terajui YADIM
KANGAR, 2 Nov (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap Dr Mohd Asri Zainul Abidin menolak pelantikannya sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sekiranya ditawarkan.
Katanya, bekas mufti Perlis itu telah dikenakan tekanan oleh pelbagai pihak selepas cadangan untuk melantiknya ke jawatan itu oleh kerajaan Malaysia.
Baru-baru ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang disifatkan Shahidan sebagai satu serangan peribadi terhadap Mohd Asri.Ketika menghubungi Bernama dari London pada Isnin, Shahidan berkata tokoh muda agama itu telah dihukum lebih awal dan sewajarnya beliau tidak menerima jawatan yang ditawarkan itu.
Menyentuh penahanan Mohd Asri pada Ahad malam oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan alasan beliau mengajar tanpa tauliah, Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menyifatkan perbuatan itu amat memalukan.
Banyak lagi isu agama yang lebih penting dan perlu diberi perhatian oleh JAIS, katanya.Shahidan berkata JAIS tidak pula menahan "orang-orang agama" yang berucap di pentas politik.Beliau mendakwa JAIS bersikap pilih kasih dalam tindakan mereka dan penahanan Mohd Asri itu adalah kesan daripada pilih kasih itu.-- BERNAMA
Lagi laporan BERNAMA mengenai Dr Mohd.Asri;
Asri Ditahan Kerana Ajar Agama Tanpa Tauliah : JAIS
SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) -- Tangkapan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tiada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau cuba menyebarkan fahaman Wahabi di negeri Selangor sebaliknya kerana mengajar ajaran Islam tanpa tauliah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
"Ketika ditangkap, Dr Asri didapati sedang memberi ceramah kepada hampir 200 orang yang hadir. Tangkapan telah dibuat oleh penguatkuasa JAIS dengan bantuan pihak polis," katanya kepada pemberita di bangunan JAIS di sini.
Asri ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang Ahad malam ketika memberikan ceramah.Asri dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur Isnin tanpa sebarang pertuduhan dikemukakan terhadap beliau, yang kemudian dilepaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran.
Mohammed Khusrin berkata siasatan terhadap Asri akan dipercepatkan kerana ia menarik minat umum.
Mohammed Khusrin berkata Asri disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agam Islam Negeri Selangor 2003 yang menetapkan denda sehingga RM3,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula meminta Jais mengendalikan siasatan secara telus terhadap Asri.-- BERNAMA
Berikut juga laporan BERNAMA mengenai Dr Mohd Asri/
Dihadapkan Ke Mahkamah Tapi Tiada Pertuduhan
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahad malam kerana dilaporkan tidak mempunyai tauliah untuk berceramah, dihadapkan ke Mahkamah Rendh Syariah Gombak Timur di sini Isnin tanpa sebarang pertuduhan dikemukakan.
Beliau kemudian dilepaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran yang ditawarkan oleh pegawai penguatkuasa Jais.
Peguam beliau, Zulkifli Che Yong, ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah berkata pertuduhan belum dilakukan dan pihak Jais masih menyiasat lagi perkara ini.Asri pula berkata beliau tidak tahu apakah sebab sebenarnya beliau ditahan malam tadi dan kenapa beliau diminta oleh Jais untuk datang ke mahkamah itu hari ini.
"Apa yang dia orang nak tuduh saya hari ini pun saya tak tahu, itu yang saya hairan. Saya ingat hampir 30 orang pegawai daripada pejabat agama datang untuk tangkap saya malam tadi yang saya sendiri belum tak tau kes apa.
"Kalau nak kata kes saya tak ada tauliah (untuk memberi ceramah), terlalu ramai, sampai 30 orang (datang membuat tangkapan). Sampai sekarang belum tahu kes apa, tunggulah dia orang charge (dakwa) dulu," katanya merujuk kepada penahanannya di sebuah rumah milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay di sini malam tadi berhubung dakwaan kononnya beliau cuba menyebar dan menyampaikan ajaran Wahabi.
Sambil menafikan dakwaan itu, Asri berkata ia merupakan satu rekaan oleh golongan yang tidak ada apa-apa bukti."Sekarang ni saya mahu tahu siapakah tangan ghaib yang menyuruh agar saya ditangkap," katanya.
Pengarah Jais Datuk Mohammed Khusrin Munawir dijangka mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat untuk memberi penjelasan mengenai penahanan Asri.-- BERNAMA.
Kes penanahanan Dr Mohd Asri turut mendapat reaksi Perdana Menteri;
Najib Persoal Penahanan Asri Oleh Jais
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin mempersoal motif penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam Isnin kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.
Perdana Menteri berkata ramai lagi individu yang berceramah namun tidak ditahan serta didakwa.
"Saya tidak tahu apa motifnya. Tindakan ini (penahanan Asri) dibuat oleh (jabatan agama) kerajaan negeri (Selangor). Ia tiada kena mengena dengan kerajaan pusat.
"Saya tahu banyak lagi orang yang buat macam-macam ceramah, tak didakwa pula, tetapi bila Dr Asri (berceramah), dia ditahan?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di PWTC di sini.
Najib diminta mengulas penahanan Asri oleh Jais di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 orang.
Perdana Menteri berkata Asri merupakan seorang pendakwah yang bercakap secara terus-terang dalam ceramahnya dan disokong dengan dalil serta nas-nas yang nyata serta konkrit.
Mengenai dakwaan kononnya bekas mufti itu ditahan kerana dikaitkan dengan fahaman Wahabi, Najib berkata beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut.
"Kena tanya mereka (Jais)," katanya.Jais dipercayai menyiasat kegiatan Mohd Asri sejak beberapa bulan lepas kerana didakwa cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi di sekitar Selangor.
Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yasiin, tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pula meminta Jais supaya segera memberikan penjelasan mengenai penahanan Asri kerana tindakan jabatan itu akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam memandangkan bekas mufti itu diketahui tidak memihak kepada mana-mana parti dan sering memberi syarahan agama yang turut dihadiri menteri selain diundang berceramah di televisyen.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini beliau ingin tahu tauliah macam mana lagi yang Jais hendak kerana Asri mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam Pengajian Islam dan juga merupakan bekas mufti.
"Kita tidak boleh menolak fahaman itu (Wahabi). Bagaimana kita hendak solat di Mekah jika kita menolak Wahabi," katanya.
Ketua Dewan Pemuda Pas Nasruddin Hassan berkata pergerakan itu sangat kesal dengan Jais kerana menahan penceramah agama semata-mata kerana tidak memiliki tauliah.
"Selain universiti, masyarakat juga mengiktiraf ilmu beliau dan tindakan Jais ini merupakan satu lagi episod malang bagi perkembangan agama di negara ini," katanya.-- BERNAMA
Ini satu lagi laporan berkaitan Dr Mohd Asri;
Bekas Mufti Perlis Ditahan Semasa Adakan Ceramah
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.
Menurut beberapa saksi, Asri ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh polis serta pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kemudian dibawa ke Balai Polis Hulu Klang.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.-- BERNAMA
Jika diperhatikankepada laporan-laporan BERNAMA, semua pihak termasuk para pemimpin kerajaan dan pimpinan kerajaan negeri dikuasai pembang serta parti politik pendukung kerajaan dan juga pembangkang tidak senang dengan isu penahan Dr Mohd. Asri. Polis juga hanya dipanggil membantu dalamkerja-kerja penahanan.
Persoalannya, JAIS teah bertindak atas arahan pihak manadan apa tujuan serta matlamat penahanan itu. Apakah untuk menahan seorang sehebat Dr Mohd. Asri JAIS boleh buat keputusan dan tindakan sendiri tanpa merujuk dan dapatkan pestujuan kepada pihak yang menaungi JAIS?
Kepada Dr Mohd Asri, saya selaku pemilik syarikat penerbit (meli Industry) serta seluruh tenaga kerja dan bekas tenaga kerja majalah WASILATUL-UMMAH merakamkan rasa dukacita dan sedih yang amat sangat terhadap apa yang berlaku. Semuga Dr, isteri, anak-anak dan seluruh anggota boleh bersabar menerima ujian ini.
Sebagaimana yang Dr sedia tahu, pejuang mesti berjiwa besarmaakala dalam konteks Islamnya, bila sering diuji bermakna Allah menyayangi hamba-Nya yang diuji. Saya yakin Dr adalah antara hamba-Nya yang disayangi kerana terpilih untuk menerima ujian yang tidak mampu ditanggung oleh pejuang yang bukan berjiawa besar!
Monday, November 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
PENAHANAN DR ASRI TIADA KAITAN KERAJAAN PUSAT :NAJIB - melayau
Najib Razak mempersoal motif penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan penahanan beliau tidak ada kaitan dengan kerajaan Pusat.
KAH KAH KAH…KAH KAH KAH..
woit… TAK ADA KAITAN DENGAN KERAJAAN PUSAT?.... kah kah kah..
woit… KALAU TIDAK KERAJAAN PUSAT KERAJAAN MANA?.... kah kah kah
kah kah kah…. KERAJAAN LUTUT KE?.... kah kah kah…
kah kah kah….ATAU KERAJAAN PERUT… kah kah kah…
kah kah kah….. ATAU KERAJAAN BAWAH PERUT… kah kah kah..
kah kah kah… PELIK… HAIRAN… RUPA RUPANYA ADA KERAJAAN LAIN…kah kah kah…
kah kah kah... INI MESTI AYAH PIN... KERAJAAN LANGIT....kah kah kah..
saya rasa isu penahanan Dr MAZA menggambarkan para penjawat awam yg berpendidikan awam tidak berani utk berdepan dengan skala pemkiran baru. Mereka hanya berani berani berselindung di balik undang2 lapuk zaman penjajah, seperti isu tauliah utk menyebarkan agama Islam. Sedih saya melihat kedangkalan ilmu mereka yang memegang jawatan tinggi dalam insitusi agama di Malaysia seperti JAIS. JAIS sepatutnya berani utk berdebat secara akademik dalam wacana kelimuan dengan Dr MAZA, sebelum menuduh beliau sesat dan sebagainya.
utk Anonymous, beliau kena ingat bahawa JAIS adalah di bawah selia kerajan Negeri Selangor di bawah PR, jangan lah kerana saudara membenci kerajaan UBN, saudara jadi cepat melatah. (Jangan marah yer)/
Sudara MKJ patut tapis dan jangan lepaskan komen yang tidak membina macam Anonymous. Jangan biarkan blog tuan disampah-sarapkan oleh komen-komen yang bernilai anjing dan kucing kurap buruk kepala.
INILAH ROSAKNYA PENTADBIRAN KERAJAAN DI MALAYSIA, BAWAH KONGKONGAN UMNO, DIMANA SUDAH MENJADI LUMRAH.. JENTERA KERAJAAN/ PENJAWAT AWAM DIPERALATKAN UNTUK TUJUAN KEPENTINGAN POLITIK TERTENTU. ... TERUTAMA MUSIM PILIHANRAYA, KETIKA NAK DAPAT TENDER/ KONTRAK/ PROJEK/ PERMIT,/ DLL. Kita perlu benteras penyalahgunaan kuasa & jentera kerajaan seperti ni ... REFORMASI POLITIK MELALUI PILIHANAYA...PRU13! Insyaalah...
Katanya Dr Mohd Asri tipu ijazah dia, mengaji sastera dan bahasa arab di Jordan tetapi diubah ijazah kata mengaji syariah. Mudah-mudahan pendedahan yang dibuat oleh seoang pegawai IKIM tida benar.
Gu saya yang kononnya sejamaah dengan Dr Asri memang tidak menerima iman mazhad. Tahlil, qunut, selawat, maulud, baca Yasin atas kubur, bacan Yasin malam Jumaat,iman berzikir sedangkan ada makmum yang datang lambat meneruskan sembahyang,cukur jambul bayi dan yang menjadi kelaziman tok-tok lebai d negara ini dianggap bida'ah,
Sama ada betul ke itu pendirian Dr Mohd Asri atau sebaliknya sukar untuk dipastikan.
Post a Comment