Wednesday, November 4, 2009

MUNCUL KEMBALI (478)

Wang ihsan petroleum: Kelantan tak payah tunjuk te-mo-on

KATA orang kalau mayat bapa yang baru berpulang ke rahmatullah masih panas dan tanah kuburnya masih merah, anak cucu sudah berbincang, apatah lagi bertelagah tentang harta pusaka, nampak sangat betapa kemaruk dan te-mo-onnya si anak cucu kepada si arwah tadi.

Demikian halnya denan isu royalti/wang ihsan minyak untuk Kelantan, bila Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memberikan wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan, timbul pelbagai spekulasi, tohmahan dan prejudis, nampak sangat betapa te-mo-onnya mereka yang berhajat dan mengharapkan royalti itu.

Melihat kepada keadaan semasa yang menampakkan ramai kalangan yang kemaruk dan te-mo-on, kalau benarlah Kelantan akan memperolehi royati yang sebenarnya lebih bersifat wang ihsan minyak, ianya pasti akan menimbulkan banyak masalah, malah tidak mustahil akan timbul perlumbaan termasuk di kalangan barisan exco untuk membina benteng bagi mempertahankan kedudukan masing-masing.

Pada waktu ini pun,dalam mendapat sedikit sebanyak wang sumbangan yang FELCRA wajib banyar kepada Kelantan, penulis dimaklumkan ada di antaranya telah digunakan bukan untuk feadah rakyat dan negeri tetapi turut digunakan bagi menubuhan syarikat-syarikat dan benteng untuk mengangkat exco-exco tertentu.

Syarikat-syarikat yang diwujdkan bagaimanapun banyak yang terbantut dan kakitangan yang digunakan kini bercemperana, berkeliaran macam anak ayam kehilangan ibu, nasib mereka tidak dipedulikan.

Padahnya kerajaan pimpinan Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diseranah sedangkan penubuhan syarikat-syarikat tertentu lebih bersifat peribadi, hanya kerana diwujudkan oleh anggota exco tertentu, maka ianya dianggap syarikat milik kerajaan, lantas bila disalurkan dana yang tidak sepatut pun dianggap halal dan suci.

Ladang-ladang sawit yang FELCRA majukan dan diserahkan untuk diagihkan kepada para peneroka umpamanya, penulis dibeitau kini dijadikan hak milik anak syarikat yang diwujudkan sebagai anak syarkat Perdanan Menteri Besar.

Sepatutnya ladang-ladang sawit itu diagihkan kepada.rakyat yang miskin yang dipilih sebagai peneroka.Kenapa ladang-ladang sawit yang patut diberikan kepada rakyat yang dipilih sebagai peneoka diletak bawah urusan sebuah syarikat? Jawabnya kerana te-mo-on atau kemaruk.

Sudah tentulah apabila royati minyak disalurkan nanti, pelbagai syarikat dan anak syarikat lagi akan diwujudkan oleh kalangan tertentu yang ada kuasa manakala rakyat akan tetap kekal pada tahap biasa. Yang jual etak tetap jual etak, yang gatih teksi roda tiga tetap gatih teksi bagi tambah tunggekkan lagi punggung yang sudah sedia tunggek kerana lama menggatih.

Secara peribadi, sebagai anak Kelantan jati, saya lebih bersetuju kalau kerajaan pusat menyalukan terus anugerah Allah s.w.t. kepada Kelantan itu suaya rakyatnya dapat menikmatinya sama rata dan sama rasa, bukannya berlaku kes rakyat hanya melihat kehebatan exco, orang exco, CEO dan pengarah serta kakitangan syarikat-syrikat yang diwujudkan bergaya dengan kereta besar dan mewah untuk beberapa ketika sementara operasi syarikat belum tutup.

Lagi pun kata Perdana Menteri, pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan. Ini adalah kerana daripada segi perundangan, Kelantan seperti juga Terengganu, tiada hak menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.

Pada saya amat kenalah kalau wang ihsan itu akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan.Yang pentingnya adalah rakyat dapat menikmati hasilnya dan bukan dimonopoli oleh kalangan yang berpegang kepada prinsip 'orang bodoh jadi makanan orang cerdik' dan 'orang lemah menjadi hamba orang kuat dan berkuasa'.

Keperluan untuk terus membangunkan Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, selaras dengan arus pembangunan perdana negara kena diutamakan, bukannya untuk menjadikan wang ihsan sebagai barang rebutan kalangan tertentu yang kemaruk dan te-mo-on macam ikan juara dan lampam berebut tahi. Wang ihsan patut diurus secara profesional dan selari dengan undang-undang, paling penting kena selari dengan kehendakagama.

Sudah tentu Petronas yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja petroleum akan memberikan butiran yang terperinci mengenainya dan semua pihak kena membantu memudahkan kerja Petronas yang mana menurut Petronas hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri Kelantan iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301.

Kekalutan tidak akan timbul dalam soal royalti/wang ihsan petroleum tanpa adanya sikap kemaruk dan te-mo-on kerana bila sudah hak Kelantan, gunalah muslimat apa pun akhirnya hak akan sampai kepada yang hak juga.

Rakyat Kelantan yang bebas dari anutan politik patut membuat kajian dan mengambil peduli latarbelakang pihak-pihak yang nampak kemaruk dan te-mo-on itu, termasuk menyemak nama mereka dengan ROC, pasti akan ada jawapan kenapa mereka jadi kemaruk dan te-mo-on.

4 comments:

Anonymous said...

oh meli kapak! SAYA SUNGGUH SETUJU SEKALI DENGAN CADANGAN PEMBERIAN KERAJAAN PUSAT BERBENTUK PEMBANGUNAN DAN BAGAINYA ITU. kalau bagi duit pada kerajaan negeri, sudah tentu banyak yg akan disalahkan. Usulkan kepada PM ya.... :) saya suka cadangan kamu itu

PUTRA CAKNA said...

Sikap te-mo-on ini bukan saja ada dikalangan orang jahil saja tapi orang alim pun ada juga.
Kadang-kadang kerajaan beri bantuan duit kepada orang miskin tapi orang kaya iri hati!
Sikap tamak holoba adalah mainan syaitan yang merosakkan iman manusia.
Siapa yang tidak suka duit?

Anonymous said...

Bila timbul pasal duit dah mula rioh rendah,mula ada rasa tamak, kononnya septutnya bukan ehsan tapi royalti.
septutnya biarlh bubuh nama apa termasuk khairat, derma, sedekah pun asalkn masuk duit yang halal, terimalah dengn penuh kesyukuran. jangn jadi mac anjing dengan bayang-bayang.
nk malu malu apa denganwang ehsan edagkan selamaini pantang ada majlis keramaian, Pas aan jaja uncang kutip derma. Kalau setelah terima wang ehsan pas asi pungut derma di kelantan macam biasa, aku tak retilah nak kata apa lagi.

Anonymous said...

.. dulu deris jusoh dan Ahmad said Umno Trengganu dok sebuk jugak minta duit ehsan kembali kpd royalti minyak tuu bakpoo? Tamak jugak ko.. kemudian ada rakyat dok rungut duit wang ehsan minyak diterengganu tak sampai ko rakyat miskin .. yg dok pulun projek2 duit ehsan puok2 umno& kroni2 dr krajaan pusat... lo ni banyak projek2 kekoh duit rakyat ni, bila siap asyik do runtuh... stadium la,, masjid la..