Friday, November 13, 2009

MUNCUL KEMBALI (499)

Saya sedia saluran, dedahkanlah apa yang anda tahu

SAYA tidak mungkin berkemampuan untuk memenuhi kehendak setiap orang dalam mendapatkan makumat, terutama makumat terkini melalui blog ini kerana ianya dikendalikan seorang diri, tanpa menggunakan para petugas.

Lagi pun saya tidak boleh melaporkan sebarangan, tambah-tambah bagi isu-isu yang sensitif dan yang membabitan harga diri serta reputasi seseorang. Saya tidak mahu ada yang teraniaya kerana laporan yang tidak tepat.

Bagaimanapun saya membuka peluang dan seluas-luasnya kepada penjenguk untuk mencatatkan apa jua maklumat kerana setiap komen atau catatan yang dihantar akan terus direleas tanpa sebarang tapisan dan suntingan.

Adalah sukar untuk saya memenuhi hasrat penjenguk berikut'
Anonymous said...
tak padan dengan mu ulas lagu ni meli. mu kena korek sapo dale pmbk hak buat krijo sapa geger riuh. tak kira sapo terlibat, ceo ko, exco ke, pegawai ko. mu kena kaji belako. kalu buleh wat gini. biso mu. baru nama meli kapok.mso nak dedah.mu kena dedah jugak.ore lain pakat dedah belako.baru buleh wat perbandingan.
November 13, 2009 7:16 AM


Saya akan cuba dapatkan maklumat-maklumat dan jika dapat saya akan dedahkan klau ianya mendatangkan faedah kepada masyarakat terbanyak. Kalau benda yang masih boleh dan patut diselamatkan, buat apa nak dipecah dan dimusnahkan.

Harus diketahui oleh sekalian makhluk di langit dan di bumi bahawa tujuan blog ini dikendalikan bukan kerana mahu jadi 'biso', tetapi ia lebih kepada mahu berkongsi maklumat sesuai dengan minat.Kebetulan pula ada masa terluang pada masa ini.

Saya tidak akan ketawa bangga sambil meniti atas mayat, meradut banjir ait mata dan darah orang lain. Walaupun nada tulisan saya barangkali keras kerana saya anak kampung yang bersekolah pun tidak tinggi mana, tetapi hati saya sangat lembut sebenarnya.

Sebelum Dato' Nik Aziz menangis ketika mengumumkan pembatalannya untuk menunaikan haji dengan tajaan RM65,000 oleh orang terentu, saya sudah menangis beerapa har yang lalu kerana membayangkan betapa nanti serabutnya beliau berdepan dengan persepsi dan tohmahan liar ekoan isu sponsor itu

Saya bayangkan setelah isu itu diergegekan, miskipun beliau batalkan rancangan ke Mekah, pelbagai persepsi dan tomahan serta andaian akan dibuat apabila penajanya dilihat serba cemar dan busuk lagi membusukkan oleh orang dalam Pas sendiri.

Masing-masing tidak pernah positif untuk menerima kejayaan Din Mardi dalam hidupnya. Memnag betul asalnya Din Mardi barangkali hanya kerani gaji di MARDI, tidak masuk universiti. tetpi kerana kegeligaan otaknya dan kgigihannya berusaha, beliau berjaya dan kejayaan melangakui kalangan pemilik Ph D.

Apakah Din Mardi boleh berjaya kalau bukan kerana itu yang telah ditakdir dan sisuratkan kepadanya. Apa kuasa magic yang Din Mardi ada untuk dan menyanggah takdir dan suratan. Mungkin kita anggap diambil kesempatan secara tidak patut tetapi belum tentu anggapan kita betul.

Macam mana kalau Din Mardi tidak sebagaimana yang kita jangkakan. Mujurlah juga saya berpegang kepada pesanan Umar bin Abdul Aziz supaya jangan merapati para pembesar kerana akan menimbulkan fitnah. Dato' Nik Aziz serta barisan exco maklum sepanjang berkhidmaan dean Kerajaa membangu Bersama Islam selama lapa tahun, belum penah sekali pun saya jumpa MB, TMB atau exco kerana urusan perbadi, lepas ambil gambar untuk sempurnah kerja saya, maka saya akan cabut.

Kalaulah saya lazimkan diri berada di bawah ketiak MB, TMB dan exco dan tiba-iba saya berjaya sebagai penerbit akhbar dan majalah, pasti saya juga akan dianggap sebaaimana yang diaggap kepada Din Mardi. Ada ramai yang kata saya tidak cerdik kerana tidak ambil peluang teapi saya ada prinsip saya sendiri.

Apakah Dato' Nik Aziz tidak akan permudahkan kelulusan balak untuk saya yang bekhidmat selama lapan tahun dengan kerajaan Membangun Bersama Islam dan kalau saya jumpabeliau dan nyataan hasrat mahu hidupkan akhbar dan majalah yang mana kalau berdasarkan permit yang saya ada, saya boleh wujudkan sehingga 500 peluang pekerjaan, malah pada suatu ketika saya juga ada lesen stesen radio swasta.

Orang tidak akan mengambil kira betapa saya terpaksa bertumas di depan komputer sehingga pukul 3.00 hingga 4.00pagi, malah adakalanya tidak lelapkan mata sampai ke pagi keranamengenalikan sat perniagaan bukannya mudah sehingga bini saya pernah kata kalau melihat kepada saya bekerja, sepatutnya Kota Bharu sudah jadi milik saya.

Kerana itu saya tidak kira sama ada Din Mardi ke, Khairy Jamaluddin ke atau sesiapa sahaja yang berjaya dalam perniagaan, saya tidak akan rasa dengki, sebaiknya saya akan bangga kerana saya tahu untuk berjaya dalam perniagaan bukanya satu perkara yang mudah.

Saya sudah mula berniaga sejak tahun 1982 dan sudah masuk 27 tahun tetapi masih belum berjaya, berniaga sekejap lingkup kerana masalah dana yang tidak cukup, juga tentunya kerana tadir dan suratan untuk saya menikmati kejayaan belum sampai lagi dan pasti kerana ada hikmahnya.

Din Mardi berjaya, Ariffahmi berjaya, Khairy Jamaluddin bejaya, Kamaruddin Abdullah bejaya dan anak-anak Melayu lain yang berjaya, saya bangga kerana mereka sebangsa dengan saya. Bila bangsa dalam kesempitan, Melayu yang berjaya pasti akan membantu bangsanya temasuk yang dengki dan mengkhianati kejayaan bangsa sendiri.

Din Mardi seorang yang rajin sembahyang,tak 'kanlah dia tidak tahu yang mana halal dan yang mana pula haram, tak 'kan dia tak takutkan neraka kerana seinat saya dia bukan baru dengan rapat dengan Dato' Nik Aziz. Apaah apabila Mat Sahak atau Zain LPP berjaya jadi kaya, mereka juga akan dilihat macam Din Mardi.

Oleh itu kalau mahu saya selongkar PMBK hingga lebur dan Insyaallah dengan izin-Nya saya boleh lakukannya kerana kerja lebur meleburkan ini pernah saya ada pengalaman lakukan, saya tidak akan melakukan tetapi saya tidak akan menutup saluran blog saya ini bagi sesiapa sahaja yang mahu dedakan apa yang patut didedahkan.

Anonymous yang katanya saya kena korek siapa dang dalam PMBK semacam seorang yang ada maklumat mengenai PMBK. Beliaulah yang sepattnya mendedahkan apa yang patut didedah dan ita sama-sama akan dapat makumat mengenainya. Saya dan penjenguk blog ini pasti menunggu catatan Anonymous berenaan.

24 comments:

Anonymous said...

SIDANG MEDIA SYED AZIDI SYED ABDUL AZIZ PADA 11 NOVEMBER 2009

Kenyataan: Sayanya diminta baca satu hadith, jadi saya tak ingatlah, bila orang suruh baca saya ambil, saya baca. Jadi hadith tu berbunyi: “Wahai manusia, sesungguhnya yang menyebab binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah apabila mereka mendapati orang yang mulia mencuri mereka membiarkannya sahaja, tapi apabila mereka mendapati orang yang lemah mencuri maka mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri nescaya aku akan potong tangannya.” Sabda Rasulullah SAW. Jadi, itu saja kenyataan sayalah, yang saya prepare. Yang lain saya buka pada, apa-apa soalan nak tanya saya, saya dah bebas, saya boleh jawablah.

Anonymous said...

Soalan: Macam mana isu PMBK ini timbul, dikatakan didakwa daripada blog, siasatan itu berikutan dakwaan dari blog?
Jawapan: Dia, kalau kita tengok kepada apa yang berlaku, rentetan pada isu PMBK ni, kita difahamkan bahawa BPR pernah, masa tu BPR, pernah memasuki PMBK selepas perlantikan Ariffahmi Abdul Rahman, menantu MB Kelantan, sebagai Ketua Pegawai Operasi PMBK, tahun lepas. Siasatan dibuat oleh BPR, apa yang kita difahamkan ialah di atas perlantikan, bukan siasatan ke atas Ariffahmi seperti yang Ariffahmi mengaku. Ariffahmi tidak pernah disiasat oleh BPR. Di Parlimen, menteri yang terbabit, Nazri Aziz, membuat kenyataan bahawa kes tu dah ditutup, pihak SPRM mendapati tidak ada ground, BPR pada waktu itu mendapati tidak ada ground, siasatan dibuat waktu tu, kita tak tahu, SPRM tak release detailnya, tapi waktu tu belum ada Akta SPRM, yang ada ialah Akta BPR, kemudian yang terbaru kita dapati SPRM telah memasuki premis PMBK, kita juga dimaklumkan bahawa mereka ke pejabat SUK dan jugak telah bertemu dengan Setiausaha Sulit MB Kelantan. Apa sebab, kenapa, atas dasar apa, siasatan atau lawatan kunjung hormat ke, mungkin kunjungan hormat atas perlantikan CEO, kita tak tahu dan saya pun ambil kesempatan ini mengatakan bahawa kita perlu hormat kepada apa-apa yang SPRM buat dan biar mereka jalankan tugas mereka, jadi kita tak perlu speculate atau cuba mengganggu, kalau ada siasatan jangan mengganggu siasatanlah, jadi saya cuba tak menyentuh apa-apa yang berkaitan dengan siasatan hari ini. Pada 29 September 2009, di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penasihat yang tidak dihadiri oleh dua daripada ahli-ahlinya, iaitu yang tidak dihadiri oleh Datuk SUK dan tidak dihadiri oleh Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, dimaklumkan bahawa sebaik sahaja dalam perjalanan mesyuarat, selesai mesyuarat, selepas round table, habis round table, kemudian Tok Guru memberitahu bahawa dia ada pengumuman untuk dibuat, dan Tuan Guru mengumumkan bahawa dia telah melantik menantunya, Ariffahmi, sebagai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 Syawal (20 September 2009). Saya difahamkan bahawa minit mesyuarat itu tidak sama dengan minit mesyuarat yang telah tersedia dan mungkin yang ada pada SPRM sekarang ni tidak sama dengan apa yang berlaku dalam mesyuarat tempoh hari. Jadi saya menggesa supaya ahli-ahli yang hadir supaya berlaku benar, kita adalah jemaah Islam, kita adalah kerajaan Islam, jadi kita tidak seharusnya cuba menyembunyikan sesuatu, dan jika benar bahawa minit mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penasihat PMBK telah diubah maka ini adalah satu kesalahan besar. PMBK ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri dan ada benda-benda tertentu yang perlu dijawab kepada sidang DUN, oleh yang demikian saya minta bahawa siasatan perlu diambil dalam soal itu.

Anonymous said...

Surat perlantikan Ir Ariffahmi telah dikeluarkan seminggu kemudian, selepas ada desas desus yang mengatakan bahawa ada beberapa orang pergi menemui Tuan Guru dan mengatakan bahawa mereka tidak puas hati dengan perlantikan. Jadi, pada 7 Oktober, Tuan Guru telah memanggil Arif ke pejabatnya, kita tidak tahu apa yang berlaku, tapi kita dimaklumkan bahawa Arif pergi menemui Tuan Guru dengan membawa draf surat perlantikannya sebagai CEO yang didrafkan sendiri. Kemudian keesokan harinya, Tuan Guru menandatangani perlantikan itu dan pekeliling diedar kepada jabatan-jabatan kerajaan mengesahkan perlantikan. Adalah hak mutlak, mengikut Enakmen PMBK, hak mutlak MB untuk melantik sesiapa, hak mutlak kuasa penuh MB kerana perbadanan adalah individu yang diperbadankan, maksudnya satu institusi yang diperbadankan, dia tidak ada ahli. Sebelum ini, di waktu, saya ingin mengulas kenyataan Tuan Guru semalam bahawa waktu BN memerintah dulu perbadanan tidak ada sesiapa, memang benar, sebab dia adalah MB yang diperbadankan, kita memegang amanah. Kita bukan state development corporation, tidak. Government’s asset dipegang di bawah MB dengan Setiausaha Sulit MB yang menjalankan urusan. Kita pernah membuat tafsiran, bila PMBK melantik kakitangan atau melantik pekerja, apakah MB boleh delegate kuasa dia kepada pekerja-pekerja tersebut dan peguam PMBK memberitahu bahawa dalam kebanyakan urusan MB tak boleh delegate dia punya power, bererti hanya MB boleh menandatangani dan mengesahkan pembelian, kontrak, tender, itu, ini, semua perlu MB. MB tak boleh delegate power. Dan precedent itu yang digunakan oleh kita punya CEO yang awal, iaitu Puan Hajjah Fadhilat, sehingga 31 Januari 2008. Selepas 31 Januari 2008, apabila tamat tempoh perkhidmatan Puan Fadhilat, Puan Fadhilat meninggalkan PMBK, Tuan Guru telah melantik menantu dia sebagai COO. Soalnya yang menimbulkan, perkara-perkara yang keresahan kakitangan ialah kerana perlantikan menantu ini dibuat pada waktu ada satu memo tindakan disiplin terhadap menantu yang dibuat oleh pentadbiran sebelum itu tetapi tidak dijawab dan selalu kita sebagai penjawat awam bila ada itu, kita perlu selesaikan masalah itu dulu baru orang itu boleh diangkat kenaikan pangkat dan sebagainya. Ini tidak, ya. Jadi, itu adalah antara perkara awal berlaku yang menimbulkan kemarahan. Kemudian banyak tindakan-tindakan yang dibuat yang menimbulkan kemarahan di kalangan kakitangan, antaranya ialah tindakan mengubah sistem dasar tanpa mengambil kira siapa yang sepatutnya bertanggungjawab untuk melakukan itu. Jadi kebanyakan kakitangan, terutama mereka di bahagian kewangan dan pentadbiran, merasa bahawa keadaan mengancam, sebab mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, jadi benda ini sudah lama, jadi bila timbul Tuan Guru melantik Arif sebagai CEO, perkara ini berlarutan. Apabila berlarutan, maka kita dapati banyak benda yang tersebarlah, dan saya sendiri mengumpul beberapa dokumen, tetapi dokumen yang saya terima tidak ada satu pun saya terima daripada kakitangan PMBK, sebab saya, walaupun saya dibayar gaji oleh PMBK, tapi saya disecondment, tak naik. Jadi saya menerima banyak dokumen, tetapi dokumen-dokumen itu diserahkan kepada saya oleh pihak ketiga, bukan daripada kakitangan PMBK. Dan saya kumpul dokumen tu, saya rasa dokumen tu dah naik tinggi ni dan dokumen-dokumen ini, invois, tiket kapal terbang, kek, beli kek dan sebagainya, semua ni yang sudah tersebar di luar PMBK.

Anonymous said...

Soalan: Encik Syed, yang dimaksudkan oleh Tok Guru pada baru-baru ini menyatakan ada orang dalam, adakah bermakna Encik Syed?
Jawapan: Saya merasakan bahawa, berbalik kepada point saya tadi, memang ada orang dalam, tapi bukan seorang dua, mungkin hampir keseluruhan kakitangan PMBK, kerana, sebab saya kata tadi, saya menerima dokumen, tapi saya tidak terima dokumen daripada kakitangan, saya menerima dokumen daripada orang yang tidak bekerja dengan kerajaan pun, bagi saya, “cuba check dokumen ini”, “cuba check dokumen itu”. Jadi dokumen itu datang kepada saya, bererti sudah ada tidak puas hati di kalangan kakitangan ni menyebabkan banyak dokumen PMBK sudah terkeluar. Jadi kalau dikata, bila Tok Guru kata, pertamanya, dia kata bahawa ada orang dalam, saya langsung tidak mengesyaki diri saya, apabila dia kata ada blogger pun saya kata bukan diri saya, orang telefon bila Sinar keluar kenyataan Tok Guru tu, saya kata tak, mustahil saya, saya kata.

Soalan: Encik Syed, you punya last posting dalam PMBK sebagai apa?
Jawapan: Posting saya sebagai, apa ni, pegawai perhubungan korporat, tapi ada mutual agreement di antara PMBK dengan saya, sebab itu mereka tidak boleh, desas-desus untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada saya sudah lama dimaklumkan, dan saya juga dimaklumkan, Dr Rosli pun ada di sini, dia pun tahu pasal dia sendiri pernah pergi jumpa pegawai tertentu mintak surat tunjuk sebab saya dikeluarkan, kenapa tidak dikeluarkan lagi, tetapi sebab ada mutual agreement di antara saya dengan PMBK maka surat tunjuk sebab itu tidak boleh dikeluarkan. Jadi sebab itu PMBK mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak saya. Pada peringkat awal, bila saya dimaklumkan semalam, PMBK sudah ambil keputusan untuk menamatkan kontrak saya, saya dimaklumkan bahawa ada orang luar tahu, di antaranya Dr Rosli sendiri yang ada di sini tahu, dokumen tu sudah exist. Kemudiannya, dokumen itu pada awalnya dikatakan ditandatangani oleh MB sendiri. Apabila saya menerima dokumen itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMBK. Saya pergi menemui MB, saya ucap terima kasih pada dia dan saya bersihkan nama saya pada dia dan saya keluar. Bila saya keluar saya dimaklumkan oleh Setiausaha Politik MB bahawa Ir Ariffahmi ada datang berjumpa Setiausaha Politik MB tanya apa yang saya cakap pada Tuan Guru. Jadi bila Setiausaha Politik MB maklumkan bahawa saya beritahu Tuan Guru bahawa saya sudah menerima surat, dia konon-konon terkejut, “siapa yang tandatangan surat tu”, dia kata, “betul ke ada surat”, jadi bila saya tunjuk surat saya kepada Setiausaha Politik MB, Setiausaha Politik MB pulak terkejut, “takkan dia tipu saya, dia kata dia tak tahu surat ni”. Tapi itulah sebenarnya Ir Ariffahmi .

Soalan: Bila jumpa Tok Guru?
Jawapan: Saya jumpa Tok Guru 2.45 (petang) semalam (Selasa) selepas saya dimaklumkan bahawa surat tu dalam perjalanan untuk menemui saya. Surat tu saya terima 15 minit lebih kurang selepas saya berjumpa Tok Guru.

Anonymous said...

Soalan: Adakah penamatan kontrak itu mengikut prosedur atau tidak?
Jawapan: Saya rasa soal kontrak ni, kita tak boleh, saya, ada groundnya yang saya tak boleh sebut, sebab kontrak perkhidmatan ini dia ada confidentiality dia. Lepas tu, yang keduanya, saya kerja dengan, apa ni, Kerajaan Negeri Kelantan ni bukan atas sebab kontrak, bagi saya. Dia orang nak pecat saya, pecatlah, dia orang tak nak saya, tak naklah, kan, dia orang nak saya, diaorang nak, tidak penting bagi saya.

Soalan: Perkhidmatan saudara berapa tahun?
Jawapan: Perkhidmatan saya tiga tahun, tiga tahun campur dua tahun, three plus two. Expiry 17 April 2010.

Soalan: Reasons for termination tidak ada?
Jawapan: Reasons tidak ada.

Soalan: So you nak bersihkan nama youlah? Are you willing to help the authorities yang akan menyiasat dalam hal ni ke?
Jawapan: Bukan soal saya willing, bagi saya, kita sudah memberi satu precedent yang salah. Penjawat jawatan awam perlu bersedia untuk menghapuskan fitnah sekiranya fitnah berlaku. Sekiranya ada kita rasa kemusykilan terhadap sesuatu, maka penjawat jawatan awam perlu membuat laporan ataupun perlu memaklumkan pihak yang tertentu untuk menjelaskan sama ada itu adalah satu kesalahan atau tidak. Jadi apabila penjawat jawatan awam ditekan, kebelakangan ini seolah-olah ada pihak menekan penjawat jawatan awam, supaya, seolah-olah sesiapa yang buat laporan kepada SPRM adalah salah, saya rasa itu adalah salah, itu adalah wrong precedent, very dangerous thing. Kita perlu menggalakkan, kalau kita bercakap kita bersih, kita bercakap kita Islamik dan kita perlu buktikan benda yang sama. Kenapa kita perlu tekan orang yang buat laporan? Orang yang buat laporan, siapa pun yang buat laporan dia tidak buat press conference selepas dia buat laporan, ini bukan politik. Kita pernah tengok, contohnya YB Nozula dan YB Adhan Mohd Kechik dua tahun lepas buat laporan terhadap YB Husam, memanggil satu sidang media di Dewan, selepas tu berarak pergi ke bangunan BPR buat laporan dengan bawak bundle-bundle apa ni bahan bukti, selepas tu mengaku salah, mintak maaf, kan, itu memang berniat jahat. Tapi kalau sesiapa yang buat laporan kepada BPR secara diam pergi atau hantar maklumat kepada BPR, itu saya rasa adalah precedent yang bagus, supaya dapat dibersihkan, orang yang dirasai tidak melakukan benda yang benar pun dapat dibersihkan nama dia.

Anonymous said...

Soalan: Syed telah ditamatkan kontrak dengan PMBK semalam?
Jawapan: Ya.

Soalan: Jadi bermakna hari ini Encik Syed membuat pendedahanlah perkara yang sebenarnya berlaku?
Jawapan: Dia dalam kontrak ni kita ada beberapa benda yang kita tidak boleh dedahkan dan, apa ni, kita terikat dalam sesuatu bendalah, tapi saya rasa benda-benda itu tidak ada tercatat dalam kontrak bahawa kita tidak boleh melaporkan kepada BPR atau polis atau mana-mana badan berkuasa sekiranya berlaku penyelewengan dalam syarikat atau sekiranya kita merasakan ada penyelewengan atau kita mahu penjelasan terhadap sesuatu itu adalah penyelewengan atau tidak.

Soalan: Jadi sekarang memang wujudlah penyelewengan dalam PMBK?
Jawapan: Saya rasa kita perlu bagi, sekarang ni kita tengok pihak SPRM telah masuk, walaupun kita tidak tahu apa sebab, kita tunggu siasatan SPRM. Hanya selepas dijatuh hukum atau kes ditutup baru kita tahu bahawa penyelewengan ada atau tidak. Soalnya sekarang bukan soal penyelewengan tapi mungkin kekeliruan atau kemusykilan, jadi benda ini perlu disiasat dahulu dan kita perlu menggalakkan siasatan ini supaya...

Soalan: Adakah Syed sendiri yang membuat laporan SPRM berhubung dengan kekeliruan yang timbul ini?
Jawapan: Saya, sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya jarang sangat berada di PMBK, sebab, apa ni, bidang tugas saya tidak mengkehendaki saya berada di PMBK, jadi saya banyak tidak tahu apa yang berlaku di PMBK. Selepas pilihan raya umum yang lepas pun pejabat saya di PMBK saya telah dimintak kosongkan pejabat saya di PMBK, kemudian bermula bulan Februari 2009, saya telah tidak lagi dipanggil ke dalam mesyuarat PMBK. Jadi banyak benda yang saya tak tahulah.

Soalan: Tapi you sedia beri kerjasama kepada pihak yang berkenaan kalau dia orang ingin tahu apa yang berlaku dalam PMBK ini?
Jawapan: Saya rasa itu tanggungjawab semua rakyat Malaysia, itu tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

Soalan: Termasuk juga saudara?
Jawapan: Termasuk saya. Saya masih warganegara Malaysia.

Soalan: Tuan Syed, ada tak PMBK ni berusaha macam untuk menyekat mana-mana kakitangan atau pegawai dia daripada membuat laporan kepada pihak berkuasa bila timbul kekeliruan ataupun syak wasangka mengenai discrepancy dekat PMBK?
Jawapan: Memang ada usaha-usaha untuk menakutkan kakitangan yang dibuat, memang ada tindakan-tindakan cuba mengaburi pihak tertentu, tetapi semua ini tidak diketahui oleh YAB Tuan Guru. Sepanjang Ariffahmi di PMBK, dia banyak mengaburi Tuan Guru daripada perkara-perkara sebenar.

Anonymous said...

Soalan: Tapi selalunya you akan dituduh sebagai mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan politik dalam soal ini, you akan dituduh begitu?
Jawapan: Saya rasa saya dituduh banyak, jadi tambah satu tuduhan lagi tidak mustahil bagi sayalah, kan. Waktu saya bermula berkhidmat di PMBK, pertama sekali saya dituduh spy UMNO, kemudian saya dituduh spy Mahathir, kan. Masalah saya bermula di PMBK ini bermula dari hari pertama saya bekerja di PMBK. Apabila saya datang saya melapor diri kerja, saya masuk, CEO waktu tu berkata, kita ada masalah antara Encik Syed ni dengan Ketua Sektor Hartanah, waktu tu Encik Ariffahmi. Dan memang masalah, tiap kali saya masuk pejabat dia akan datang jumpa saya, “hari ini awak buat kerja apa”, padahal dia dengan saya setaraf je, “Datuk Husam suruh you buat kerja apa hari ni”, “Datuk Husam tanya you apa”, “Datuk Husam suruh you pergi ke mana hari ni”, memang dari peringkat awallah. Jadi, ada usaha untuk, waktu itu memang saya ada mutual agreement dan jugak ada usaha, waktu itu jugak kata you tak boleh base di PMBK, sebab, apa ni, masalah ni, yang dicuba untuk..

Soalan: Syed, mengapa selama ni, masa di PMBK tu you tak dedahkan benda ni, selepas you diterminate baru you nak dedah?
Jawapan: Tak ada siapa datang tanya pada saya. Dan hari ini pun you tanya tu baru saya cakap. Kalau orang tanya saya akan cakap, sebab, saya rasa, yang pertama, kita tak boleh nak tipulah kalau kita tahu atau kita cakap “saya tak boleh cakaplah”, tetapi perlu diingat bahawa penjawat jawatan awam ada menandatangani beberapa dokumen, ya, selain daripada OSA, akujanji, confidentiality, ada, jadi kita tak boleh simply pergi cakap dengan orang. Tapi dokumen-dokumen itu, seperti saya kata, tidak menghalang kita bercakap dengan pihak berkuasa, tidak menghalang kakitangan kerajaan untuk membuat laporan, jadi sayanya nak…

Anonymous said...

Soalan: Tuan Syed, adakah dengan press conference ni Tuan Syed berulangkali menyebut nama Ir Ariffahmi, adakah benda ini dilihat sebagai satu serangan peribadi Tuan Syed terhadap dia sebab apa yang Tuan Syed katakana tadi daripada hari pertama lagi sudah ada masalah di antara Tuan Syed dengan CEO PMBK ini?
Jawapan: Memang dari hari pertama sudah ada masalah dari segi dia dengan kehadiran saya di PMBK, tapi apabila dia dilantik sebagai COO, saya merasakan tanggungjawab saya melihat dia sebagai orang muda untuk memberi sokongan yang saya mampulah, tapi saya tidak mampu kerana dia suka membazir masa dengan benda-benda kosong, dan hubungan saya dengan dia mula renggang apabila di satu bulan Disember 2008 di Four Season Restaurant dia panggil saya makan, dia bincang dengan saya, dia kata, “saya nak kahwin seorang lagi”, dia kata, “saya nak kahwin seorang lagi, ada orang ni nak berkahwin dengan saya”, jadi saya pun belasah dia kat situ. Jadi sejak itu dia take things very personallah. Dari awal lagi dia, ketidakselesaan tu sudah ada, tapi sejak tu dia take things very personallah. Dan kemuncak permasalahan saya dengan dia ialah apabila saya menegur dia, menasihat dia, saya berkata, saya bagitahu, “Arif”, saya kata, “berhenti berselindung di sebalik serban Tuan Guru Nik Aziz”, saya kata, “Banyak benda yang anta buat memberi nama buruk kepada Tok Guru, memberi nama buruk kepada Tok Guru”. Jadi sejak itu dia memang tidak boleh terima, saya disekat daripada, saya tidak dijemput lagi daripada menyertai mesyuarat dan sebagainya, selepas itu saya memang disideline. Dan kemuncaknya ialah pada 14 Oktober 2009, apabila kita ada satu pertemuan yang diuruskan oleh EXCO di PMBK, dan pintu bilik mesyuarat dikunci, arahan diberi kepada kakitangan supaya tidak membenarkan EXCO berkenaan masuk, dan apabila EXCO berkenaan masuk jugak, dia cuba, dia tak boleh nak usir EXCO tu dia telefon kakitangan suruh usir saya keluar daripada PMBK, bagitahu saya, saya tak boleh pijak office ni, saya tak boleh masuk office ni, saya kena keluar, jadi, dua tiga kali, saya kata, saya ni seconder kepada EXCO ni, you have to tell that EXCO-lah kalau you nak saya keluar daripada office ni. Jadi jawapan kepada soalan tadi ialah saya rasa bukan masalah saya dengan dia, dia yang bermasalah dengan sesiapa yang dia rasa dia tidak boleh control.

Anonymous said...

Soalan: Tuan Syed, makna sekarang ni semalam Tuan Guru kata dia menaruh kepercayaan kepada Ariffahmi sebagai CEO PMBK. Berdasarkan statement Tuan Syed ni maknanya Tok Guru telah tertipulah dengan Ariffahmi?
Jawapan: Tok Guru sudah tertipu, Tok Guru sudah dikaburi dalam banyak aspek, dan saya sendiri pun ada bukti bagaimana dia menipu Tuan Guru, tetapi kerana ia melibatkan pihak ketiga, saya belum sedia untuk mendedahkan di sini.

Soalan: Dia ada kuasa CEO ini kan, setahun lebih dia CEO ni kan, so kuasa untuk terminate orang punya jawatan tu kenapa dia tak buat dari dulu kalau dia bermasalah dengan you atau…
Jawapan: Dia, usaha sudah buat, seperti saya kata Dr Rosli pun dia jalankan sebab Dr Rosli pun pernah beberapa kali dia nak pergi ke pejabat Datuk Husam pergi jumpa pegawai berkenaan tanya surat saya sudah sedia atau belum dan sebagainyalah, apa ni, usaha, dia telah berusaha banyak kali untuk mengambil tindakan, menghantar surat tunjuk sebab, tapi semua peguam yang ditemui dia mengatakan bahawa kontrak saya tidak membenarkan dia berbuat demikan. Dan perlu dingat bahawa Enakmen PMBK dan juga tafsiran PMBK ada benda-benda operational macam bayar bil api bil air CEO boleh buat tetapi ada benda yang tidak boleh didelegate kuasanya oleh MB.

Soalan: Dalam keadaan macam ni, dia dah kira break some rules ke apabila dia…
Jawapan: Seperti saya cakap tadi, dia, soal dia tak nak saya tak nak apa, you straightforwardlah cakap, dan saya pergi ucap terima kasih kepada Tok Guru, “terima kasih Tok Guru atas perkhidmatan yang diberi kepada saya, beri peluang kepada saya berkhidmat pada Tok Guru”, begitu begini, begitu begini. Saya sikit tak rasa terkilan, saya kata kepada Tok Guru, cuma saya nak bersihkan nama saya kepada Tok Guru, di luar saya tak peduli.

Anonymous said...

Kenyataan: Jadi sayanya, kesimpulannya, saya ambil kesempatan ini untuk meminta Encik Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK demi menjaga nama baik kerajaan Islam, parti PAS dan jugak nama baik MB sendiri. Jadi, do the honourable thing, please step down. Dan saya rasa saya mewakili, kenyataan saya ini mewakili sebahagian besar daripada kakitangan PMBK, wakil-wakil rakyat PAS, pimpinan PAS negeri kerana banyak yang telah merasai kemelut akibat kedudukan Ariffahmi.

Soalan: So maknanya selagi mana Ariffahmi ada di PMBK maka berlakulah penyelewengan?
Jawapan: Soal penyelewengan tu pihak berkuasa yang perlu menentukan, seseorang itu innocent until proven guilty di mahkamah, kan, tetapi kita dalam syarikat ada prosedur dan jugak dalam jemaah pun ada prosedur.

Soalan: You menggesa dia meletak jawatan, that means something is wronglah?
Jawapan: Ya, tapi bukan hak sayalah untuk menjatuh hukum, kan, jadi, cuma sayanya rasa, demi kepentingan Tuan Guru, sudah cukup nama Tuan Guru yang dicemar, kan, Tuan Guru terpaksa, nak buat macam mana pun Tuan Guru sudah buat keputusan, Tuan Guru terpaksa berdiri dengan keputusannya, dan jalan keluar yang paling baik untuk kerajaan untuk parti ialah Ariffahmi sendiri berundur, Ariffahmi sendiri berundur, kalau dia minat politik, dia berundur, concentrate politik, bertanding pilihan raya, itu saja nasihat saya.

Soalan: Ada ke sensitive document yang you boleh dedahkan untuk menguatkan kes you ni kepada pihak-pihak berkuasa kalau dia minatlah nak investigate benda ni?
Jawapan: Kita ada saluran dan sebagai bekas penjawat jawatan awam dan jugak sebagai rakyat Malaysia kita ada tanggungjawab kepada pihak berkuasa. Terima kasih banyak-banyak.

Soalan: SPRM boleh jumpa Tuan Syed bila-bila?
Jawapan: Pintu saya sama macam pintu Tok Guru, 25 jam satu hari.

Anonymous said...

Soalan: Adakah dengan terminate Syed ini, dengan gaji tetap berjalan, masalahnya macam mana, seolah-olah PMBK tak telus menggunakan wang rakyat?
Jawapan: Saya tak boleh jawab soalan tu sebab saya terikat daripada kontrak, walaupun saya dah tak bekerja tapi benda yang berlaku sewaktu kerja tu, kontrak kerja tu, contohnya maklumat peribadi, contohnya, kandungan kontrak tu tak boleh saya reveal, jadi yang tu saya terpaksa amanahlah, tak boleh nak jawab soalan tu lah.

Soalan: Walaupun you punya kontrak ada dalam lima bulan macam tu, so supposednya benda ni tidak dibuat sebab mesti amount yang dibayar tu menggunakan duit rakyat, right, then sepatutnya dalam masa lima bulan tu PMBK perlu tunggu lima bulan untuk tamatkan kontrak you bukan dengan cara on the dot berhentikan?
Jawapan: Saya tak berani nak jawab, saya takut, maksudnya tindakan saman boleh dibuat ke atas saya kalau saya melanggar kontrak bekerja, dan berhenti kerja pun dia ada perjanjian jugak, diberhentikan kerja pun dia ada jugak stated kat situ apa dia, kan, jadi ada benda yang tak boleh nak jawablah.

Soalan: Terang-terang disebut atau assumption buat laporan pada SPRM?
Jawapan: Tidak disebut, dalam surat tersebut tidak ada sebab, tidak ada sebab disebut dan saya tidak perlu sebab, cukup dia kata dia tak mahu saya tak apalah.

Soalan: Tuan Syed, bila you mula start kerja dengan PMBK ni?
Jawapan: 17 April 2007.

Soalan: Sampai sekaranglah?
Jawapan: Sampai sekarang, sampai semalam.

Soalan: Dengan post apa?
Jawapan: Position saya Pegawai Perhubungan Korporat PMBK.

Anonymous said...

TQ PADA YANG BUAT TRANSKRIPSI. MESTI PENAT NIH.

LIHAT JAWAPAN DI BAWAH. SYED TAK MENAFI PUN. CUMA MENGELAK SAJA. SO?

Soalan: Adakah Syed sendiri yang membuat laporan SPRM berhubung dengan kekeliruan yang timbul ini?
Jawapan: Saya, sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya jarang sangat berada di PMBK, sebab, apa ni, bidang tugas saya tidak mengkehendaki saya berada di PMBK, jadi saya banyak tidak tahu apa yang berlaku di PMBK. Selepas pilihan raya umum yang lepas pun pejabat saya di PMBK saya telah dimintak kosongkan pejabat saya di PMBK, kemudian bermula bulan Februari 2009, saya telah tidak lagi dipanggil ke dalam mesyuarat PMBK. Jadi banyak benda yang saya tak tahulah.

Anonymous said...

Baca blog geng Arif yang menuduh syaitan quraisy yang disebut tok guru adalah sheih kickdefella. Tapi sheih kickdefella menafi dia yang membocor maklumat sponsorship ke mekah dan dakwa arif sendiri yang cerita kat orang. Ke mana kesudahannya politik budak-budak muda kita ni, Ramli? Apakah PAS Kelantan boleh hangus disebab kerenah dua budak muda yang belum capai umur 40 tahun ni? Harapnya tidak, tapi sebarang kemungkaran perlu ditentang, itu yang pasti!

Anonymous said...

HEBAT BLOG MELI, DIQUOTE OLEH AKHBAR UTUSAN MALAYSIA SEMALAM. TAPI MENGAPA BLOG NEUTRALDAILY PULA YANG DAPAT NAMA PADAHAL SEMUA TU TULISAN BLOG MELI?? NEUTRALDAILY CIPLAK SAJA LA!!

john said...

TUBIK SMULA- kesimpulan ambo sebenarnyo/sepatutnyo dari dulu lagi tiko ore dok gege denga perlantikan arifahmi tu, dio sepatutnyo tok terimo jawatan tu bagi mengelakkan persepsi ore lain. kalu dio ni pr comel..wak kijo bagus..rasonyo tok akan bbunnyi mugo2 lagu ni..satu lagi ujian buat TGNA semogo apa yang berlaku seterusnya ini ado hikmatnyo!

Wakil Rakyat Pas Pencen said...

Saya rasa apa yang Ramli (MKJ) bayangkan akan berlaku sehingga dia sanggup diberi pandangan negatif oleh sebilangan besar orang Pas kerana teguran-tegurannya sejaktahun 2005, telah berlaku satu demi satu.

Saya teringat kata Ramli. biar orang kata kita musang berbulu ayam dalam perjuangan asalkan hati dan perasaan kita tetap ayam berwajah musang, lebih baik dari berwajah ayam tetapi berhati dan berperut pedal musang.

juga katanya manusia akan sentiasa silap dalam membuat penilaian tetapi Allah Maha Adil. biarlah allah nlai kita jangan berdukacita dengan penilaian sesama manusia.

Ramli juga kata kalau Pas terus dalam keadaan yang ada sekarang, lambat bangat bau busuknya akan terhidu juga dan ianya bertentangan dengan apa yang dihasratkan oleh para pengasas Pas.

Saya teringat juga kata Ramli ramai di kalangan orang yang nampak Pasnya lebih Pas dari para pengasas Pas tidak tahu pun apa itu Pas, apatah agi sejarah kelahiran Pas. Sindrom ini katanya akan akhirnya akan menjadikan Pas bercabang-cabang dan songsang.

Ringkas kata, banyak yang Ramli kata/tulis mula menampakkan kebenarannya. Macam mana pun keadaan sudah umpama dahan mumut, silap bergayut boleh jatuh bedebap.

Ramli aku tahu ketulusamu dan kesediaanmu untuk dianggap musang berbulu ayam tetpi mu tetap behati ayam. Semuga Allah memberkatimu. Teruskan teguran terus terangmu yang mu anggap satu perjuangan dan peperangan yang tidak seestinya pihak yang benar akan menang!

Anonymous said...

hubungan saya dengan dia mula renggang apabila di satu bulan Disember 2008 di Four Season Restaurant dia panggil saya makan, dia bincang dengan saya, dia kata, “saya nak kahwin seorang lagi”, dia kata, “saya nak kahwin seorang lagi, ada orang ni nak berkahwin dengan saya”, jadi saya pun belasah dia kat situ.

KOMEN:
Yang KICKDEFELLA pi belasah ARIFFAHMI sebab dia nak tambah bini tu awat? Suka hati dia la nak kahwin berapa pun, kan Islam bagi sampai 4??

Anonymous said...

KOMEN MELI, JANGE TAK KOMEN. KOMEN SATU-SATU. JIHAD FISABILILLAH NI MELI!

Anonymous said...

Hmm, menarik juga blog ni, banyak rupanya yang Syed cakap yang akhbar tak siar. Tq Sdr Ramli bagi ruang. Sokong supaya Sdr Ramli bagi pandangan sebab Sdr mesti tahu banyak...

Anonymous said...

Tuan Guru mengumumkan bahawa dia telah melantik menantunya, Ariffahmi, sebagai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 Syawal (20 September 2009)??? Bukan ker kalau melibat kepentingan diri atau keluarga, yang terlibat kena keluar dari mesyuarat? Kalau kes Rafidah dulu gitu ler katanya. Ni Tuan Guru hadir dan umum tanpa bincang dulu ni kira macam mana? Minit mesyuarat pulak tidak sama dengan minit mesyuarat yang ada pada SPRM??? Masalah besar ler gamaknye.

Anonymous said...

salam.dengan tok guru batal pergi mekah,tidakkah nanti orang akan kata tok guru takut.kalau tak takut dan tak salah kenapa batal?

Anonymous said...

Saya sebagai pemerhati berkecuali melihat point Syed Azidi itu betul. We don't shoot the messenger, tapi kena thank him sebab cuba betulkan PMBK. Teruskan perjuangan, Sdr Syed.

pemudacakna said...

Saya beranggapan adalah sudah terlambat Ariffahmi menantu tok guru meletakkan jawatannya. Begitu juga dengan pembatalan ke mekah oleh tok guru.
Sepatutnya mereka tidak terima sejak awal-awal lagi.
Dua isu yang mencemarkan imej PAS sebagai parti yang dikatakan pendokong Islam.
Kalaulah bertindak mengikut lunas-lunas yang Islam benarkan, InsyaAllah hal yang sebegini tidak akan berlaku kerana Islam mengajar kita menjauhi perkara-perkara yang akan menimbulkan fitnah.
Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah dan sesungguhnya perlu kita mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku pada PAS hari ini.

Datsun Baulu said...

Jangan 'upa bahawa ada puak yang merasakan mereka melakukan perbuatan ahli syurga sebenarnya melakukan perbuatan ahli neraka manakala yang dianggap melakukan perbuatan ahli neraka sebenarnya melakukan perbuatan ahli syurga.