Teori memulihkan reputasi Dato' Nik Aziz
PANGGILAN telefon diterima dari KL tengahari tadi bertanya saya apakah teori yang boleh memulihkan imej, reputasi, kredibiliti dan intergriti Menteri Besar Kelantan yang kononya kini bukan sahaja beliau tetapi seisi keluarga beliau sedang berdukacita.
Kononnya apa yang dirasakan telah pun dilalui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mana menantu digunakan oleh musuh untuk menjatuhkannya, menterpaksakannya mufarakah awal dair waktu yang sepatutnya dari kerusi perdana menteri dan Presiden Umno.
Bezanya yang memulakan serangan terhadap Pak Lah adalah dari luar Umno, antara jaguhnya adalah orang Pas dari Kelantan. Sebagai Mursyidul Am kononnya Dato' Nik Aziz tidak pernah melarang atau mengingatkan agar jangan membuat Pak Lah tertekan dan berdukacita gara-gara serangan yang dilancarkan.
Malah kononnya adakalanya dalam kuliah Jumaatnya Dato' Nik Aziz turut membuat serangan, malah dimasukkan dalam doanya akan kemusnahan Pak Lah. Apakah yang dihadapi sekarang adalah merupakan kifarah terhadap sikap dan doanya?
Juga katanya, apakah tidak mungkin ianya meupakan bayaran tunai terhadap penghinaan dan kekasaran Dao' Nik Aziz terhadap Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang tidak mustahil merasa betapa terhina dan dipersampah-sarapkan apabila beliau dihalau macam anjing dan kucing kurap buruk kepala berulat nyunyak-nyunyak hanya kerana beliau menyokong gagasan kerajaan perpaduan oleh presiden sedangkan atas kapisitinya sebagai timbalan presiden, Ustaz Nasharuddin kena menyokong presiden kerana ianya merupakan hukum dan rukun dalam berorganisasi.
Katanya, tidak mustahil gara-gara dicerca dan diseranah dengan bahasa-bahasa yang tidak sepatutnya, jumlah airmata Ustaz Nasharuddin yang tumpah barangkali sama banyaknya dengan airmata Dato' Nik Aziz yang tumpah kerana masalah yang sedang ditanggungnya sekarang.
Bila saya kata saya tidak boleh beri komen, namun pemanggil berkenaan tetap mendesak supaya saya memberi punca musibah yang menimpa Dato' Nik Aziz, sekaligus saya kena memberikan teori bagi memulihkan reputasi Mursyidul Am Pas itu. Katanya beliau akan menunggu teori saya bagi memulihkan imej Dato'Nik Aziz melalui blog ini pada malam nanti.
Rasanya saya ada menulis dan postingkan melalui blog ini tentang ketidak-bersetujuan saya ekoran cercaan Dato' Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharuddin, malah ungkapan macam anjing dan kucing kurap buruk kepala berulat nyunyak-nyunyak merupakan garapan saya dalam posting berkenaan.
Sama ada apa yang dialami Dato' Nik Aziz sekarang merupakan bayaran tunai terhadap caci cerca terhadap Ustaz Nasharuddin dan lain-lain, sukar untuk dipastikan kerana ianya urusan Allah Yang Maha Mengetahui. Mudah-mudahan apa yang sedang berlaku bukan kifarah tetapi lebih kepada ujian untuk memastikannya akan mendapat bonus pahala kerana boleh bersabar dengan ujian yang ditanggungnya.
Malah bagi saya, apa yang berlaku kepada Dato' Nik Aziz menunjukkan Allah sayangkan kepada-Nya kerana dikatakan Allah akan sentiasa menguji hamba-Nya yang disayangi. antaranya diuji dengan sakit, dengan kemiskinan , masalah dan sebagainya yang akan menyebabkan hambaNya akan mengingatinya dan aka mencari punca kesalahan kerana diuji dengan kesusahan/masalah dn seterusnya akan bertaubat nasuha dari kesalahan/dosa yang dilakukan.
Kekayaan dan kemenangan juga adalah merpkan ujian tetapi lazimnya ianya akan membawa kepada kelekaan, lama menjadi pemimpin, termasuk sebagai menter besar, sebagai perdana menteri, ditaksubi sebagai tokoh dan dan sebagainya adalah juga ujian. Saya melihat ujian-ujian yang mentakdirkan beliau lama menjadi MB dan menjadi tokoh yang ditaksubi telah sedikit melekakan Dato' Nik Aziz.
Antaranya beliau telah mengenepikan tokoh-tokoh seperti Dato'Abdul Halim Abdul Rahman yang dinyahkan ke pusat dan tokoh-tokoh seperti Muhammad Daud Iraqi an Dato' Omar Muhammad pula digugurkan dari jawatan exco dan diganti dengan golongan muda yang pastinya lebih panjang angan-angan berbanding dengan tokoh seperti Muhammad Daud Iraqi an Dato' Omar Muhammad.
Tentang teori untuk pulihkan imej Dato' Nik Aziz bagi saya sangat mudah, tamatkan perkhidmatan menantunya dari CEO PMBK dan pegawai-pegawai perlantikkan politik di sekelilingnya yang terbukti gagal membentengi beliau dari berdepan dengan keadaan yang amat meruncing. apa yang berlaku adalah kegagalan pagar yang diharap tidak akan memakan pagi
Juga kena tamatkan kebenarannya membiarkan orang lain menulis bagi pihak diri untuk mana-mana media, termasuk melalui blog serta buku yang pada pemerhatian saya kerap berlaku percanggahan dengan identiti beliau sebagai MB bergelar ;tok guru;. Yang paling penting beliau kena berhenti (berpantang) dari membuat komen kepada media buat sementara.
Bila orang press tanya, kata NO KOMEN sahaja. Jika teori ini beliau praktikkan, untuk tempoh yang singkat, segala masaah yang timbbul akan mudah lenyap macam debu di atas tunggul disepuh angin lalu. Jangan behenti (jangan sekali-kali letak jawatan) dalam keadaan sekarang kerana sejarah akan melihat beliau berada pada pihak salah jika beliau mengambil tindakan itu.
Bila keadaan sudah reda, maka cepat-cepatlah berundur dari kerusi MB dan kepemimpinan parti dengan menamakan pengganti dari kalangan tokoh yang tidak ada dalam ramalan banyak pihak kan menjadi MB tetapi dipilih tokohkerana iman dan taqwanya serta yang berkemampuan menjadi peneraju yang baik serta tidak panjang angan-angan sebagai MB untuk jangka tempoh khidmat paling pendek, yakni yang akan hanya menjadi MB setakat sementara tibanya pilihanraya umum ke-13.
Saya rasa ramai orang Kelantan napak siapa di antara tokoh yang patut jadi MB menggantikan Dato' Nik Aziz yang tidak akan panjang angan-angan, sebaliknya akan memberi khidmatan sebagai MB untuk mendapat pahala dari perkhidmatannya.
Kalau Dato' Nik Aziz terus menjadi MB atau memilih penggantinya dari kalangan yang dilihat kemaruk mahu menjadi MB, saya rasa harapan untuk Pas terus mempertahankan kemenangan pada pilihanraya umum ke-13 adalah amat mustahil.
Itu sekadar pandangan peribadi saya yang tidak boleh diterima sebelum membuat penilaian dan kajian teperinci kemunasabahannya. Semuga orang KL yang telefon saya berpuashati!
Monday, November 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Satu analisa hebat dari encik ramli. tulus dan adil.
Tahun 82 dulu Dato' Nik Aziz pernah malukan dan jatuhkan Dato' Asri. Kini giliran Dato' Nik Aziz pula merasa nasib sama. History repeats itself, kata mat salleh.
Tuan meli cukup manis DOK puji tokoh2 PAS pilihannya .... rakyat yg bodo ni tau jugk le .. siapa...
Ust Nasharuddin Isa - alim agam tapi lemah kewibawaan politiknya ... yg boleh diusung oleh Umno..
Ustz Dato' Halim - yg asal dr kg paloh TM sekawasan dgn tuan meli tuu- pun rakyat kelantan kenal dia.. seorang alim agama yg kaya raya .. ahli bisnis hebat!? ....
Yang tokoh lain2 disebut tuu ... Nik aziz ada le alasan kukuh jgk mungkin.. kerana "kealiman ilmu feqah saja" kadang2 tak sama dengan "kealiman ilmu politik"..atau "kealiman ilmu ekonomi".. atau "kealiman ilmu perang".. ambil contoh sunnah, Rasulullah bila lantik ketua perang, dipilih Khalid AlWalid sebab kepakarannya. Nabi bila pilih ketua ekonomi, dipilih sayidina Othman Affan, menantu dia, dan Syydina Abdur Rahman Auf, sahabat dia, sebab dipakar ekonomi & perniagaan.... dll.. kaji le sikit sejarah & sirah rasul tuu... baru cakap merapu...
Seperti jugk Tuan Meli
"alim ilmu kewartawanan" tak sama Ir. Ariffahmi "alim ilmu sains & teknologi" atau .."alim ilmu jurutera & pembangunan binaan".. tak dak kelayakan ke... atau Tuan meli setuju lantik pak syed kickdeffela penulis tu.. buat kerja2 engineering and property management...??? FIKIR BIAR MASAK2 LE .. JANGE DOK IKUT NAFSU AMMARAH SIFAT DENGKI & DENDAM KESUMAT TUU ....
Post a Comment