Friday, November 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (514)

Bila pula masanya antara Pas negeri dengan kerajaan negeri berbeza?

SAYA pernah dilabel sebagai 'budak sakit otak' oleh seorang wakil rakyat Pas yang kemudian turut melabelkan saya sebagai 'saiko' kerana semasa menjadi pengarang (kemudiannya diturunkan ke jawatan Penolong Pengarang tetapi gaji dinaikan) di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, saya tidak muatkan bahan-bahan berkaitan dengan politik dalam Buletin UPkn yang diterbitkan atas nama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri walaupun urusan penerbitannya bermarkas UPKn.

Saya tidak akan buat liputan kalau Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan anggota exco menghadiri majlis politik dan berucap atas nama jawatan politik. Selain dari dunia kewartawanan dan penerbitan adalah dunia saya sejak taun 1973, saya juga sering berhubungan dengan Unit Penerbitan (kini Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran) Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana saya memiliki beberapa permit penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan.

Setidak-tidaknya saya ada maklumat tentang peraturan penerbitan, saya tahu apa yang boleh dan yang tidak boleh disiarkan. Bekas Penolong Pengarah Penerbitan di UPKn, Pak Yusoff (Yusoff Jalil) juga sealiran pendapat dengan saya, malah beliau lebih tegas lagi dalam penyiaran bahan. Beliau juga tidak asing dengan KDN. Buletin UPKn terbitan Pejabat Setaiusaha Kerajaan Negeri Kelantan adalah untuk menysiarkan laporan mengenai kerajaan sahaja.

Kebenaran menerbitkan Warkah Darulnaim pun saya yang urus dengan KDN. Ianya boleh dikomersialkan sekiranya laporannya adalah sekitar tentang Kerajaan Kelantan selaku penerbitnya yang tidak memerlukan nombor permit selain dari hanya kebenaran KDN yang saya yakin masih ada dalam simpanan UPKn.

Kerana saya mematuhi peraturan, saya menjadi sasaran kemarahan wakil-wakil rakyat Pas kerana Buletin UPKn pada zaman saya, tidak memuatkan laporan-laporan politik itu. Seringkali saya masukkan laporan mengenai Dato' SUK yang ketika itu kurang disenangi oleh kebanyakan wakil rakyat kerana Dato' SUK ketika itu dikatakan pro Umno dan orang kuat istana yang mana istana ketika itu sangat dibenci oleh orang Pas.

Bagi saya antara parti politik dengan kerajaan adalah berbeza. Antara pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas dengan Menteri Besar berbeza walaupun orangnya sama. Demikian juga antara Prsiden Umno dengan Perdana Menteri, fungsi dan peranannya berbeza walaupun bodinya serupa.

Menteri Besar Kelantan walaupun orang Pas adalah untuk semua rakyat Kelantan tanpa mengira anutan parti kerana sama ada penyokong Pas atau penentang Pas, mereka sama-sama kena bayar cukai tanah dan pelbagai cukai cemukai lagi. Ertinya mereka berhak menerima hak yang sama rata dan layanan yang samarata dari Menteri Besar yang menjadi MB kerana majoriti rakyat mengundi telah memberi mandat.

Bila berkaitan dengan Pas dan tanggungjawab itu adalah tanggungjawab Pesuruhjaya Pas, barulah orang bukan Pas tidak boleh dan tidak berhak dapat apa yang orang Pas dapat, malah orang bukan Pas tidak boleh rasa dengki dan irihati kepada orang Pas apabila mereka tidak dapat apa yang orang Pas dapat.

Demikian juga Perdana Menteri, ianya adalah untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira anutan politik dan tidak terhad kepada orang Umno sahaja walaupun Perdana Menteri adalah orang Umno. Ini adalah kerana rakyat kena bayar segala cukai cemukai tanpa mengira fahaman politik yang dianuti.

Hanya apabila berkaitan dengan Umno dan tanggungjawab itu adalah tanggungjawab Presiden Umno, barulah orang bukan Umno tidak boleh dan tidak berhak dapat apa yang orang Umno dapat, malah orang bukan Umo tidak boleh rasa dengki dan irihati kepada orang Umno apabila mereka tidak dapat apa yang orang Umno dapat.

Kalau itulah natijahnya dan itulah yang dipraktikkan, maka laporan berikut adalah sangat wajar';
PAS Kelantan Tidak Mahu Campur Isu Berkaitan Nik Aziz

KOTA BAHARU, 21 Nov (Bernama) -- PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.

Setiausaha Badan Perhubungannya Mohd Zaki Ibrahim berkata parti itu yakin Nik Aziz mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.

"PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, pada Sabtu.

Mesyuarat itu dipengerusikan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan tetapi enggan menemui pemberita atas alasan kesihatan.

Mengenai khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu, beliau berkata: "Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini)."

Pada mesyuarat itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Husam Musa tidak hadir dan dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan.-- BERNAMA.

Bagaimanapun terdapat sedikit kepelikkan bila membaca paragraf berikut;
Mengenai khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu, beliau berkata: "Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini)."

Kerana hari ini adalah mesyuarat Badan Perhubungan Pas, memanglah khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu tidak dibincangkan kerana perbicangan mengenainya adalah urusan kerajaan, bukan urusan parti.

Setelah PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik, maka isu Ariffahami dan perletakkan jawatan oleh exco kanan memang wajarlah tidak dibincang dan dibangkitkan dalam mesyuarat parti.

Kalaulah exco kanan yang kononnya perletakkan jawatannya adalah khabar angin menjadi punca kepada timbulnya masalah, kalau beliau tidak letak jawatan pun beliau sepatutnya kena pecat sebagaimana Tun Dr Mahathir pernah memecat Anwar Ibrahim dari kabinet dan parti walaupun Anwar adalah merupakan anak didiknya.

Saya sendiri kurang pasti ada berapa exco kanan dalam Kerajaan Kelantan. Kalau yang dimaksudkan itu adalah Haji Husam Musa yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, saya rasa ada sesuatu yang tidak berapa betullah bila beliau tidak hadir mesyuarat dalam keadaan sekarang.

Sakit dan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan adalah alasan klise bagi memudahkan jawapan untuk sesuatu pertanyaan atau persoalan yang pada hakikat dan natijahnya sukar untuk dijawab.

Kalau benarlah dia sakit, maka sembahyang hajat khas lagi perdana patut diadakan agar beliau cepat sembuh kerana dalam keadaan Dato' Nik Aziz berdepan dengan masalah yang agak kronik, orang yang menjadi kepercayaan dan menjadi harapan serta anak didiknya seperti Husam tidak patut berenggang jauh darinya.

Saya juga agak musykil (mungkin saya ketinggalan maklumat kerana tidak mendekati kerajaan negeri sejak hujung tahun 2005) bila pula masanya antara Pas negeri dengan kerajaan negeri berbeza dan sejak bila Pas tidak campuri urusan kerajaan negeri?

9 comments:

joostspring said...

abe li...

gana cerita ni,tok guru pondok pun bunyi dah la...siap oyt sesat lg ko nik ajis...kl kawe gak senang je,kawe xrespek langsung ko ni ajis ni..

boleh jadi betul jgk bokali gapa yg budak pondok lubuk tupah oyt tu....

john said...

-Atah demo belako jootspring..nok respek ko tok se respek ko..tok guru tok perlu ore respek ddio..janji diri sediri tahu respek ko perintoh Tuhe..kalu demo berjiwo umno tok perlu nok respek..kalu demo berjiwo pas demo akae cek dulu srupo kawe ni..kawe hormat jugok ko tok guru pondok tu..jadi lo ni kawe keno siasat bakpo jadi lagu tuh...

Kalu tengok sari duo ni..pas kelate mace ado nnikus sikit..mungkin sebab pasal nnatu tok guru. Nok tegur keno cermat takut kkeno ko tok guru jugok..bagi ambo mudoh jah , suruh nnatu dio tu buat pilihae bijok le. Baik nnatu turun sebelum ore menurunkan tok guru..

so lagi kalu Huse hok keno turun..tok lamo doh tu pas kelate..bersorok la umno kelate..ambo pun prati dari jauh je la tindakan pas kelate. Setuju ambo nga komen abe li hok ni...

Anonymous said...

Pelik lagi ajaib. Siang2 kata ada pengumuman besar. Bila tiba hari menikus. Kalu ginilah cara menghadapi masalah. biar tok soh mimpi tadbir Malaysia. Keluarga pun tak leh tadbir. Dah sah Akta SPRM tak membolehkan perlantikan menantu, buat po ke lantik juga, Dah tu pertahan gila2 sampai tak seh dengar ore royak tak leh. Ttg salahlaku CEO tu, biarlah SPRM siasat tapi imej CEO tu telah mencalar imeg TGNA. Sepaptunya AAF bersikap gentleman, jgn yusahkan ayahanda dan undur diri. Kita semua faham kedudukan TGNA. Pas negeri pun tak boleh nak menekan sangat. Biar TGNA nasihat menantu resign. Jgn menantu jadi kepala batu sudahlah. Kita mahu Pas terus memerintah Kelantan dan semestinya isu ini mesti di tangani dengan cermat.Jgn manantu menyebabkan kejatuhan Pas Kelantan.

Anonymous said...

SPRM perlu segerakan siasatan bebas & profesional terhadap tohmahan kepada salah laku atau salah guna kuasa atau rasuah atau penyelewengan yang telah dilakukan menantu Nik aziz, Ir. Ariffahmi, CEO PMBK itu. Sekiranya beliau bersalah hukumkan sewajarnya, atau jika sekadar konspirasi politik maka ini merupakan fitnah terhadapnya perlu dibersihkan dan dibela.

Badan2 penguasa dan badan2 penegak keadilan negara, seperti spr, sprm, polis, mahkamah, dll... perlu bebas sepenuhnya dari pengaruh, tekanan, atau simpati politik mana2 pihak, sama ada Umno, BN, pas, dlll... jika tidak persepsi negatif awam tetap berlangsung dan usaha menuntut perubahan semakin membara!

Orang Wakaf Haji Ddollah said...

Soalnya....aua ulangi....soalnya, kalau siasatan SPRM mendapati orang Pas terlibat dengan rasuah, bolehkah keputusan diterima dan dianggap SPRM bertindak betul,tidak berniat jahat.

Rasanya kepada Pas, tidak kra SRPRM ke, SPR ke, polis ke, mahkamah ke dan sebagainya tidak pernah adil terhadap pihak pembangkang.

Yang sakit kepalanya adalah Husam, tak mustahillah kalau dia masuk hospital pun, mungkin tertekan dan sakit perasaan.

Penggunaan tenaga seperti Kickdefella,Yunus Said, Zulkifli Sulong dan beberapa orang lain sebagai proksinya tidak pernah disenangi oleh Pas pusat.

Malah perlantikkan Annual Bakri Harun orangnya sebagai SUP MB Kelantan dipertikaikan tetapi tidak dihirau jubur taik. Kalau Husam dengar kata, mungkin apa yang berlaku sekarang tidak berlaku.

Pastik kebenaran akan datang jua.

NH Shah Alam said...

Kenapa susah sangat nak gugurkan ariffahmi dari PMBK? Walaupun beliau layak macam mana sekalipun amat tidak wajar melantik menantu jadi CEO di syarikat yang bapa mertua adalah bosnya. Ini akan mengundang fitnah masyarakat.

Dalam BN kita melihat Pak Lah jatuh kerana menantunya Khairy Jamaludin (KJ), adakah dalam PAS kita mahu melihat TGNA jatuh kerana menantunya Ariffahmi?

Tok Guru kena sedar perkara ini, jangan ambil remeh tentang pandangan akar umbi PAS.

Pada saya isu ini akan selesai sekiranya Ariffahmi keluar dari PMBK. kamu lah punca semua ini berlaku.. Jangan malukan Tok Guru. Jangan ingat kamu menantunya kamu boleh buat sesuka hati kamu.. jalan terbaik demi islam dan jemaah PAS kamu letak jawatan dan cari kerja lain, kamu kan ada Ir. Lain macam kami ni yang kerja kilang setakat sijil LCE sahaja. Kalau berhenti memang susah nak dapat gaji balik macam yang dapat sekarang ni.

Pimpinan PAS kelantan jangan buat kerja bodoh yang membolehkan kerajaan Islam PAS kelantan tumbang dalam PRU-13 nanti. Kalau jatuh, kamu lah punca semua ini. Jangan salahkan rakyat sekiranya ini benar2 berlaku... Kamu akan didakwa dihadapan Allah Rabbul Jalil kerana mengkhianati amanah rakyat.

* NH Shah Alam *

Orang Tengah Jalan Gi Temangan Jah said...

Ariffamahmi tu 'kan orang Umno, baka Umno. Komen-komen Umno macam kuman dalam daging babi juga, ayah mampus kaau setakat direbus,bawa virus nipahlah,penyebab selsema babi, chikukunya dan macam-macam penyakit yang memasalahkan dunia.

Tanggnglah sendiri bila kuman yang begitu bahaya dibawa masuk dalam Pas dan PMBK atau kerajaan. Sialap sapo, bodoh siapa dan bangan siaa kalau benda-bnda macam ni jadi?

Worih Jauh-Jauh Pok Nik Loh said...

TGNA dulu pun Umno, cikgu sekolah buta Umno. Masuk Pas tahun 1967, itu pun Pok Nik Loh ajak, suruh ttande di Kota Bharu hiir bila Ahmad Pari mati.

Kalau bukan Pok Nnik Loh tak ajak Pas, llonni tak tau TGNA jadi Mursyidul Am ke tidak.

Tak hairanlah kalau menantudari Umno yang orang pas tak suka beliau petahankan.

Moleklah kalau Husam dan puak-puak Husam berhenti, biar Ariffahami jadi exco kanan, Nik Abduh, Nik Adli, Nik Omar dan sebagainya jadi exco, mudah TGA buat kerja, semuanya akan ikut angin dia belaka.

TGNA nanti akan bwi alasan khlaifah Ar-Rasyidin pun terdiri dai menantu dan mertua nabi. Kena TGNA tak boleh amalkan kronisme dan nepotisme, mugo nabi pun amalkan kronisme dan nepotisme.

Yang takbolehamal kronisme dan nepotismenya orang Umno kerana mereka tak ikut cara nabi berpolitik. Ko guano gamok?

joostspring said...

john..

kl baca ko kenyataan penuh tok guru pondok tu...

napok berat benar dah nik ajis demo tu...org yg kuat agama dan byk ilmu pasal islam jgk yg oyt tu..siap ajak nik ajis demo debat lagi tu!!!ada brani ko pok nik demo tu john..hohohoho

bkn bru benda ni dia duk oyt..cuma lani jah br brani nak oyat dlm media...mujur jgk tok guru pondok wat tegur,kl mufti hok tegur gak confirm kena hina dah...