Sunday, November 22, 2009

MUNCULKEMBALI (517)

Saya akan cuba langkah ke kandang tertuduh berbekalkan langkah pahlawan pena

PADA pukul 9.00 pagi ini (Isnin 23 November 2009), pada usia 53 tahun 23 hari, untuk kali kedua saya akan berada di kandang tertuduh mahkamah majistret Kota Bharu dan ini adalah kali ketga saya kena ke mahkamah.

Kali pertama saya ke mahkamah dan tepaksa berada di kandang tertuduh kerana kesalahan memandu tanpa lesen (lesen tamat tempoh), cukai jalan tamat tempoh dan tanpa perlindungan insuran tapi seumur hidp saya memandu, jangan orang, seekor katak pun saya tak pernah langgar.

Seingat saya bila saya mengaku salah atas tuduhan-tuduhan terhadap saya. mahkamah memutuskan saya didenda RM5,000 (Ringgit: Liama Ribu Sahaja) kerana kesalahan-kesalahan itu. Saya pergi seorang diri k mahkamah. Waktu itu saya adalah Ketua Biro Harian Watan di Kelantan.

Bila hakim tanya saya nak merayu ke tidak, saya kata tidak. Dah mahkamah kara denda RM5,999 maka RM5,000 lah. Hakim agak tergamam dan dengan suara yang agak tinggi ditanya saya mahu merayu ke tidak.

Ketika itu paha saya dicubit oleh seorang aggota polis dan meminta saya merayu. Bila saya kata kerana disuruh merayu, maka saya merayu minta dikurangkan denda kerana saya tidak pernah lakukan kesalahan se umpamanya sebelum itu. Butir rayuan itu polis yang ajar saya. Kerana rrayuan itu denda yang saya kena bayaran RM150 (Ringgit: Seratus Lima Puluh Sahaja).

Kali kedua saya ke mahkamah dan berada di kandang saksi kerana menjadi saksi pembela kepada Husam Musa (kini Dato')yang diakwa oleh Dato' Rosli Ibrahim dan Dato' Rozali Isohak kerana Husam dituduhkan menyebut dalam satu ceramahnya bahawa kedua-dua akan masuk Pas. Kini Rosli dah masuk Pas dan menjadi senator mewakili Pas di Dewan Negara manakala Rozali pulasaya dimaklumkan telibat dalam bidang perniagaan.

Husam menang dalam perbicaraan itu. Sebagai saksi saya menerima kiriman wang dari Husam RM100 dan selepas kira-kira setahun dari peristitwa itu saya yang sudah berhenti dari Harian Watan diminta bertugas di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn) dan saya sempat bekerja selama kira-kira lapan tahun.

Kali ini (hari ini, Isnin 23 November 2009) saya akan berada di kandang tertuduh atas tuduhan terbitkan majalah Fajar Islam tanpa permit. Saya dituduh melakukan kesalahan dibawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin cetak dan Penerbitan 1984 (Kta 301) dan boleh dihukum di bawah seksyen 5(2)(b) akta yang sama.

Pihak KDN datang jumpasaya dan mencadangkan saya mengaku salah. Kononnya kalau saya mengaku salah pihaknya boleh adjust dendanya tidak akan lebih dari RM2,000. Kalau saya minta dibicarakan dan andainya saya kalah, dendanya adalah RM20,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Itu kalau saya kalah dalam perbicaraan itu. Kalau saya menang? Apakah saya boleh menuntut kerugian saya untuk tempoh saya terpaksa hentikan perniagaan kira-kira setahun lalu. Waktu perniagaan saya beroperasi, jumlah aliran dan cairan perniagaan saya adalah antara RM300,000 hingga RM500,00 sebulan.

Lagi pun yang saya terbitkan adalah akhbar mingguan, bukannya majalah sebagaimana tuduhan ke atas saya. Fajar Islam bukannya tidak pernah ada permit tetapi semasa diterbitkan pemitnya tamat tempoh. Saya sudah hantar pembayarannya bagi kelulusan pembaharuan permitnya tetapi lambat dihantar oleh pihak KDN. Ketika itu Suara Keadilan diterbitkan langsung tanpa permit sebagaimana sekarang ini.

Entah apa alasannya, akhirnya wang bayaran saya dikembalikan semula dan saya didakwa. Fajar Islam dihalang penebitannya tetapi Suara Keadilan terus berada di pasaran. Barangkali kerana saya tidak ada kuasa dan pengaruh politik sebagaimana yang dimiliki oleh penerbit Suara Keadilan. Ekoran dari itu perniagaan saya mengalami masalah kerana pengedar tidak mahu mengedar akhbar dan majalah terbitan saya lagi kerana bimbang akan dirampas oleh KDN.

Seramai 12 pekerja dengan sebilangan besarnya siswazah terpaksa diberhentikan kerja kerana perniagaan terpaksa ditutup. Saya tidak perlu bergantung kepada perniagaan untuk ters hidup dan menyara keluarga kerana dengan keahiran yang dimiiki, dengan sebatang pen dan sehelai kertas saya bolehmemlakan kehidupan baru walaupun usia lama. Tuisan saya laku di mana-mana sahaja dan akan dibayar.

Tindakan KDN itu telah menyebabkan perniagaan saya terbantut sedangkan matlamat utama saya membuka perniagaan ialah bagi menyahut seruan kerajaan supaya Bumiputera menceburi bidang perniagaan dan menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di samping membuka peluang pekerjaan kepada anak bangsa, terutama sisawazah menganggur.

Saya akan ke mahkamah yang tidak jauh dari rumah saya seoran diri, tanpa teman dan Insyaallah tanpa sesen duit pun selain dari berbekalkan doa Hasbiyallahi-nikmatil-wakil. Kalau apa yang saya lakukan menyusahkan rakyat dan negara ini saya reda dihukum tetapi kalau sebaliknya saya serahkan kepada Allah meneruskan segalanya.

Sama ada saya akan mengaku salah atau minta dibicarakan, terpulang kepada apa yang terilham semasa di kandang tertuduh nanti. Bagaimanapun saya akan cuba langkah ke kandang tertuduh berbekalkan langkah pahlawan pena tetapi sebagai seorang yang tewas dalam apa yang saya usahakan kerana kerenah birokrasi.

Sya akan menulis tentang perjalanan perbicaraan itu pada sebelah petang nanti!

6 comments:

Anonymous said...

Saya pohon kepada Allah semoga dipermudah peroses perbicaraan di mahkamah nanti..apa-apa pun tawakkal lah saja kepada Allah, insyaAllah..

Tokpanda

john said...

John sokong dari belakang....nok buat guano ujian dari Tuhe untuk ore beriman....tawakkaltu alallah...

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat!

Bolih lihat disini http://berkatilah.blogspot.com/ untuk bacaan iringan doa semasa menghadapi perbicaraan dimahkamah. tk

Anonymous said...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut


AIIKK SPR MACAM PARTI POLITIK PULAK DAH ! KER SPR PARTI KOMPENEN
BE END

kutan said...

ANTARA PATI2 YG BAKAL BERTANDING DLM PRU KE-13

KOMPONEN BN
* Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO)

* Persatuan Cina Malaysia (MCA)

* Kongres India Se-Malaysia (MIC)

* Parti Gerakan Rakyat Malaysia
(Gerakan)

* Parti Progresif Penduduk (PPP)

* Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
(PBB)

* Parti Rakyat Bersatu Sarawak
(SUPP)

* Parti Maju Sabah (SAPP)

* Parti Bersatu Sabah (PBS)

* Parti Liberal Demokratik Sabah
(LDP)

* Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

* Pertubuhan Pasokmomogun
Kadazandusun Bersatu (UPKO)

* Parti Demokratik Progresif
Sarawak (SPDP)

* Parti Rakyat Sarawak (PRS)

# Parti Rakyat Malaysia (PRM)

# Kongres Dayak Malaysia (MDC)

# Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
(PPM)

# Barisan Jemaah Islamiah
Se-Malaysia (BERJASA)

# Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

# Kongres India Muslim Malaysia
(KIMMA)

# Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)

# Parti Demokratik Malaysia (MDP)

# Barisan Kemajuan India
Se-Malaysia (AMIPF)

# Parti Punjabi Malaysia (PPM)

# SPR

# SPRM

# PDRM

# UTUSAN MELOYA

# BERITA HAIRAN

# METRO

# KOSMO

# TV3 SUKU

# BELIA 4B

# KEMAS

# ATM (UNDI POS )

# JAKIM

# IKIM

# YADIM

# ISIS

# PARTI BEBAS PERAK

# PARTI BEBAS KELANTAN

# PARTI BEBAS SELANGOR

# PARTI MELAOMPAT PASCA PRU ....?


Parti komponen Pakatan Rakyat

* Parti Keadilan Rakyat (PKR)
* Parti Tindakan Demokratik
(DAP)
* Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Anonymous said...

Tuan Meli kata ....

.......... "Entah apa alasannya, akhirnya wang bayaran saya dikembalikan semula dan saya didakwa. Fajar Islam dihalang penebitannya tetapi Suara Keadilan terus berada di pasaran. Barangkali kerana saya tidak ada kuasa dan pengaruh politik sebagaimana yang dimiliki oleh penerbit Suara Keadilan. Ekoran dari itu perniagaan saya mengalami masalah kerana pengedar tidak mahu mengedar akhbar dan majalah terbitan saya lagi kerana bimbang akan dirampas oleh KDN.

Seramai 12 pekerja dengan sebilangan besarnya siswazah terpaksa diberhentikan kerja kerana perniagaan terpaksa ditutup. Saya tidak perlu bergantung kepada perniagaan untuk ters hidup dan menyara keluarga kerana dengan keahiran yang dimiiki, dengan sebatang pen dan sehelai kertas saya bolehmemlakan kehidupan baru walaupun usia lama. Tuisan saya laku di mana-mana sahaja dan akan dibayar.

Tindakan KDN itu telah menyebabkan perniagaan saya terbantut sedangkan matlamat utama saya membuka perniagaan ialah bagi menyahut seruan kerajaan supaya Bumiputera menceburi bidang perniagaan dan menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di samping membuka peluang pekerjaan kepada anak bangsa, terutama sisawazah menganggur." .................

TUAN MELI ...ITULAH TINGGI RENDAHNYA NILAI AMALAN KETULUSAN DEMOKRASI & TRADISI MEMBELA RAKYAT MENGIKUT VERSI KERAJAAN UBN, YG MANA TUAN MELI SABAN HARI DOK PUJI & PUJA SELAMA KENIN... ITU BARU SOAL PERMIT AKHBAR! BAGAIMANA DGN PROJEK BERJUTA2, PERMI CERAMAH/ HIMPUNAN AMAN PEMBANGKANG, ROYALTI MINYAK, .... RAKYAT NEGERI2 PENGELUAR MINYAK HIDUP MEREMPAT, KEMEWAHAN MINYAK DIBOLOTI OLEH PEMIMPIN/ ELIT KERAJAAN,... HASIL MINYAK PETRONAS.. DOK BINA KEMUDAHAN MEWAH DIPUTRAJAYA, MENARA PETRONAS, LITAR FORMULA 1 (1Malaysia akan bankrap) DAN DIKAWASAN2 YG ADA IMPAK POLITIK MEREKA SAJA...

TUAN MELI.. TAK PAYAH DOK MENGELUH & MERINTIH, KERANA KERAJAAN UBN NI HASIL JUANGAN & PILIHAN RAKYAT MAJORITI BUKAN?...

Inilah kesan sistem demokrasi palsu hasil kemenangan melalui manipulasi kuasa & politik wang oleh kerajaan UBN selama ini.

Budaya politik wang yang amat digemari oleh para conglomerate/ towkey2 tempatan & kuasa utama kapitalis - zionis, USA, barat ... dengan "sumbangan kewangan dari luar parti"- untuk perkudakan para pemerintah/ pentadbir sesebuah negara.