Sunday, December 6, 2009

KECEMASAN!KECEMASAN!KECEMASAN!

Jerlus: dua mati seorang cedera parah

SEKURANG-KURANGNYA dua ditemui mati manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian tingkat atas KB, sebuah pusat membeli terkemuka di Jalan Hamzah Kota Bharu, jerlus dan seterusnya berlaku runtuhan dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada yang mati itu pekerja pusat membeli-belah itu atau pun pelanggan. Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya menghadiri satu majlisanjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) pada pusat membeli-belah itu esok.

Seorang perkerja pusat membeli-belah itu ketika menceritakan tentang kejadian itu kepada blog Melikapakjangak berkata, beliau yang bekerja di tingkat satu tergamam apabila mendapati bangunan bergegar.

"Saya ingatkan gempa bumi apabi;la berlaku gegaran tetapi stelah berjaya keluar dari bangunan, saya dibertahu bahagian atas yakni tempat parking kereta runtuh. Syukur saya selamat tetapi saya gagal temui rakan-rakan setugas saya setakat ini. Masing-masing lari selamatkan diri, mereka mungkin dalam keadaan gementar dan takut macam saya" ujarnya.

Kejadian itu berlaku berpunca dari sebuah kereta terjerlus. Kereta dan batu-batu runtuhan kemudiannya menimpa
tingkat demi tingkat hingga ke tingkat paling bawah. Ada yang mendakwa keadaan itu berlaku kerana sebuah kereta yang hilang kawalan merempuh dinding bangunan.

Bagaimanapun memandangkan kereta yang terjerlus itu tidak ada pemandu, besar kemungkinan kejadian jerlus itu berlaku kerana struktur bangunan tempat kereta itu diparking memang tidak kukuh dan bukannya kerana rempuhan.

Ekoran dari kejadian itu, KB Mall ditutup serta merta kepada manakala kerja-kerja mencari mereka yang kemungkinan terperangkat di bawah runtuhan masih diteruskan. Kereta bomba dan ambulans didapati keluar masuk di tempat kejadian.

Sehingga pukul 6.30 petang ini, angka kematian kekal dua orang manakala yang cedera parah seorang. Pada waktu ini sedang berlaku kerja mengga;li lubang bagi pemasangan tiang jambatan bersebelahan pasara raya yang mula dibuka beberpa tahun lepas.

Tapak KB Mall asalnya dikenali sebagai Dalam Show yang mana ianya adalah pusat hiburan dan pelacuran yang telah ditutup pada era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan dijadikan tapak pasar borong sebelum pasar berkenaan dipindahkan ke Wakaf Che Yeh bagi tujuan pembinaan bangunan KB Mall apabila pemerintahan Kelantan bertukar tangan kepada Pas.

Sama-samalah kita berdoa agar kejadian itu menyebabkan kematian dan kecederaan paling minima, bukannya didoakan kemusnahan dan kecelakaan untuk sesiapa pun. Juga sama- samalah kita berdoa agar ianya adalah yang pertama dan terakhir berlaku di negeri ini.

8 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...
wah...terkejut gak cik pinky dgr berita psl kb mall 2.. tp bce2 dlm blog 2 ado kot..tokok2 tambah sket...sbb cik pinky pn ade jgk kt situ td..cik pinky g repair enset...
tp yg cik pinky nk tahu kepastian drpd tuan punye bl0g nie..
ape kaitannye ngan Tuan Guru Nik Aziz..MB Kelantan...???????? Kenapa tbe2 elok je cite psl bngunan kt kbmall n ps 2 msukkan cite yg Tuan Guru Nik Aziz nk dtg sne esok??ape kaitan ngan beliau...??? tbe2 je ckp cm 2... semua perkara yg berlaku adalah ketentuan Allah...kalu Dia kata jadi..jadilah!!..so..jelas terbukti..XDE KAITAN NGAN SAPE2!!!.. so, jgn bg cik pinky n mgkin ade org lain lg yg slh fhm k...pleaze..tlh jelaskan...

anak tok ayah said...

KB Mall dibina masa kerajaan TGNA pun boleh runtuh jugak???
Kalau berlaku di tempat lain mesti kata rasuahlah dan sebagainya. Bila berlaku di negeri TGNA bagaimana pula???
Sudah barang tentu kejadian ini berlaku adalah takdir dari NYA dan XDE KAITAN NGAN SAPE2!!!
Begitulah tanggapan puak-puak ini bila terkena pada dirinya.
Bagi saya kejadian ini adalah satu dugaan dari ALLAH untuk kita RENUNGKAN!
Adakah petanda Runtuh KB Mall menandakan kerajaan kelantan juga akan runtuh???????

Anonymous said...

eh,btul ke xnk berpolitik? saya rasa jelas tjuk2 anda dibwh mempunyai unsur politik, maybe anda blh agak yg mna satu, honestly, sy amat setuju dgan yg tlh dikatakn oleh cik pinki dengan anak tok ayah yg menunjukkan ketidakpastian beliau, bila saya renung betul-betul,saya amat faham apa yang anda ingin maksudkan tapi anda telah menujukkan kesifatan berdolak dalih anda terhadap perkara ini. Apa yang saya belajar tetapi sangat tidak setanding kalau dibandingkan dengan anda ,seorang itu perlulah berpolitik tapi tidak perlu sangat berparti,mungkin ramai yang mlihat perkara ini adalah 1 perkara yang sama tetapi sebenarnya tidak.Mungkin anda selaku wartawan yang mempunyai pengalaman lebih kurang 30thun boleh mencari senddiri apa yang dimaksudkan oleh saya. Mustahil anda tidak tahu perkara ini kerana ia mungkin sudah terkandung dalam ilmu yang anda belajar dulu.Terima kasih.

Anonymous said...

buke rutuh la meli...keto tepoh dinding...kalu tak jelas bain taksoh wat tubiik lagi taut napok blawok pulk

Anonymous said...

mulai hari INI ABE LI kena tuka lah nama dari MELI KAPOK JANGAK KEPADA
"MELI KAPAK BELAWOK"

Anonymous said...

BUKAN GANU NI BUAT STADIUM TOKDAN STAHUN RUNTUH DOH BANGUNANG...MALU ..MALU BAHKAN KERUNTUHAN STADIUM GANU
TELAH MASUK DALM REKOD GUINNES BOOK WORLD OF REKORD ...MALU 1DUNIA TAHU .....STADIUM RUNTUH...KOLAM RENANG BOCOR,BESI PALANG DI KEMAMANG RUNTUH ,MENARA TELEKOMUNIKASI DI ULU BESUT RUNTUH, MAKMAL SEKOLAH DI MARANG RUNTUH,

Wartawan Pencen said...

Meli lapor kata jerlus, bukan runtuh. Dia terima telefon kata KB Mall runtuh.

2. Makluman tentang asal usul tempat tu betullah. Patut pembaca berterima kasih kerana beliau beri informasi. Mungkin sudah ramai yang lupa dan tidak tahu tempat KB tu asalnya tempat apa.

3. Itu tugas wartawan, memberi informasi sebayak mungkin kepada pembaca. Yang lapor apa yang berlaku pada masa itu namanya pemberita, jawatan yang kena dijawati beberapa tahun sebelum naik ke jawatan wartawan.

4. Saya boleh nampak, pengomen yang fanatik dan terlalu berparti politik bimbang takut ada yang kata PADAN DENGAN MUKA, MAU DOA KEMUSNAHAN ORANG, MAKA SENDIRI DULU YANG MUSNAH. Kalaulah perkara itu jadi pada hari TGNA ada majlis di KB Mall, bayangkan apalah agaknya tanggapan umum.

Anonymous said...

HOK SALAH DREBAR KERETA TU LA, GI REMPUH DINDING TU BAKPOR? TAPI HAK BUAT KB MALL PUN SALOH JUGOK, BAKPOR TAK BUH SIMEN KONKRIT HAK KUAT NYOR, KALU SIMEN MOLEK GERENTI TAK PECAH KENA REMPUH. PAH ACU PERATI TENGOK TEH, BANGUNAN KB MALL MEME DAH RETAK SERIBU. PAH KB BAZAR HAK MAPUH KONG TERUS. TENGOK JUGAK BANGUNAN KBTC, BANYAK MASALAH, TEMPAT PARKING BAWAH TANAH DIA CURAM GILA, BAKPOR MPKB BULEH LULUS?