Sunday, December 6, 2009

MUNCUL KEMBALI (544)

Najib menjadi harapan ulamak Selatan Thai

UMAT Islam di Selatan Thai kini umpama sedang kehausan di padang pasir nan kontang. Yang dharapkan bukannya berbongkag-bongkah emas tetapi cukup kalau sekadar diberikan segelas air untuk hilangkan dahaga.

Tidak hairanlah kalau kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke ke Narathiwatt Rabu nanti disifatkan digembira dan dialu-alukan oleh oleh golongan ulamak Selatan Thai.

Lawatan Perdana Menteri disifatkan sebagai lambang keprihatinan Datuk Seri Najib dan menunjukkan keikhlasan Malaysia dalam membantu menamatkan konflik di wilayah berkenaan.

Mereka tidak mengharapkan Datuk Seri Najib membawa syurga untuk mereka tetapi cukuplah sekadar kalau atas nama perasahabatan Malaysia-Thailand, Datuk Seri Najib dapat memainkan peranan supaya umat Islam Selatan Thai mendapat layanan yang saksama, paling penting pergolakkan yang telah meragut banyak nyawa dapat dihentikan.

Ulamak-ulamak Selatan Thai
percaya lawatan Najib itu akan membuka satu era baru dalam komitmen Malaysia bagi memastikan penduduk Islam di ketiga-tiga wilayah yang bergolak tersebut iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang terutamanya ekonomi.

Perdana Menteri dijangka akan berada di Narathiwat pada hari Rabu ini dalam rangka lawatan tiga hari ke Thailand bermula Isnin. Para ulamak Selatan Thai amat berharap Malaysia akan membantu Thailand dengan apa juga cara bagi mengembalikan keamanan di situ.

Mereka percaya apabila Datuk Najib menemui pemimpin-pemimpin Islam di Narathiwat nanti beliau akan mendapat gambaran sebenar bahawa masyarakat Islam tidak menyokong mana-mana pihak yang mencetuskan pertumpahan darah.

Ulamak-ulamak itu ialah Mohammad Alee Nochi dari Yarang (Pattani), Abdullateh Tohdea dari Yaha (Yala), Abdul Romae Cheyi dari Muang (Narathiwat), Arziz Lenitanjung dari Yala dan Areefeen Jehmea dari Banangseta, Yala.

2 comments:

Anonymous said...

lawak teragung ULAMA SELATAN hormati najibtunya

Budak Pondok Lubok Tapah said...

Boktan ulamak-ulamak selatan thai tak pangkal tok guru di awal nama mereka ke?