Monday, December 7, 2009

MUNCUL KEMBALI (557)

Cegah jenayah: elakkan sumbangan orang awam bawa padah

NEGARA diselubungi kesedihan lagi apabila seorang suami mangsa ragut Abdul Rahman Mohd. Kaladin, 34, terkorban manakala isterinya yang juga berusia 34 cedera dalam kejadian yang berlaku di Jalan Jejaka. Taman Maluri, Kuala Lumpur, kejadian yang saya yakin buka satu-satunya kes tetapi tidak mendapat liputan sebagai kes yang menimpa Abdul Rahman dan isteri.

Kurang dua minggu lalu seorang warga emas berusia 66 tahun maut setelah terjatuh daripada motosikal yang dibonceng akibat diragut di Alor Setar. Maknanya sesiapa jua dan di mana juga mereka berada di negara ini, mahu tidak mahu terdedah kepada kemungkinan menjadi mangsa ragut, cuma tunggu saat dan ketika bila ianya akan berlaku sahaja.

Pernah berlaku kes orang awam mahu membantu mangsa ragut mati ditikam peragut, sampai sekarang peragut yang menikam insan yang ada hati mahu menolong mangsa perlakuan jenayah itu masih bebas lepas dan insan berhati mulia tadi hanya mati katak, isteri menjadi janda, ana-anak menjadi yatim dan tidak ada siapa lagi mempedulikan masa depan mereka bersama reputnya mayat di pusara.

Pada hari raya haji yang baru lepas, dua lelaki yang merentap rantai kanak-kanak perempuan di sebuah kampung di Pendek, Kota Bharu, Kelantan dibelasah teruk oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis, seorang daripada mereka mati. Penyebab kematian peragut berkenaan dicari dan akan didakwa, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Melihat kepada esisod cerita ragut ini, malah apa juga jenis jenayah, rata-rata berakhir dengan orang ramai yang akan menjadi mangsa yakni mangsa ragutan/jenayah yang boleh menyebabkan kehilangan harta benda, mendatangkan kecederaan dan juga kehilangan nyawa, juga orang ramai akan menjadi mangsa perundangan apabila peragut/penjenaha dicederakan, apatah lagi kalau peragut/penjenayah mati.

Sudah ramai mangsa ragut/jenayah yang mati dan peragut/penjenayah yang menyebabkan kematian gagal dikesani, apatah lagi untuk didakwa dan dihukum mati mandatori. Sejak jenayah ragut sering terpampang di dada-dada akhbar, sehingga ini seingat saya baru seorang sahaja peragut mati dibelasah.

Pembelasahnya dicari dan terancam oleh hukuman mati.

Justeru tidak hairanlah kalau orang awam tidak menaruh minat yang tinggi untuk membantu, apatah lagi mengambil peduli tentang kelakuan jenayah dan mempedulikan penjenayah kerana banyah padah dari faedah yang akan diterima jika diambil peduli.

Antara padahnya boleh terdedah kepada pelakuan jenayah penjenayah yang tidak pernah mempedulikan perundangan, keduanya jika penjenayah dicederakan atau dibunuh walaupun tanpa sengaja, penjara dan tali gantung menanti mereka.

Bila keadaan yang lebih berpihak kepada pelaku jenayah begitu, siapa yang patut dipersalahkan. Polis? Pada sata mereka juga terikat dengan peraturan dan perundangan dalam menjalankan tugas. Polis bukan sahaja tidak boleh menembak penjenayah sewenang-seweganya, malah mengacukan pistol pun kalau tidak kena gayanya boleh menyebabkan akan kehilangan jawatan.

Walaupun sah yang ditembak adalah penjenayah yang paling dikehendaki dan sangat membahayakan orang awam, kewajaran tindakan polis akan dipersoalkan, malah ada anggota keluarga yang menggunakan peguam ternama dan hebat untuk mendakwa pihak polis.

Terlalu gelojoh menggunakan tembakan dijadikan alasan untuk dakwa polis yang melepaskan tembakan basmi jenayah tetapi apabila anggota polis ditembak, kecekapan polis pula ditimbulkan, seolah-olah kecederaan atau kematian anggota polis oleh angkara penjenayah adalah sesuatu yang amat patut.

Sudah sampai masanya undang-undang dipinda bagi membolehkan keterlibatan orang awam dalam pembasmian perlakuan jenayah dikebalkan dari kemungkinan dikenakan sebarang hukuman supaya orang awam akan melihat sumbangan mereka dalam pemabasmian jenayah terutama jenayah ragut akan banyak memberi faedah dari padah.


No comments: