Monday, December 7, 2009

MUNCUL KEMBALI (558)

Pijak gambar, jangan sampai wajah pemimpin diukir dan dijadikan mangkuk tandas

PADA saya walau untuk apa tujuan sekali pun, perlakuan-perlakuan yang membawa kepada kecederaan moral dan mencarik adat tidak patut dijadikan amalan kerana ianya boleh mengundang dan mendorong kepada tindakan balas yang lebih teruk dan menyumbang musibah.

Ini terbukti apabila perbuatan beberapa pemimpin DAP memijak poster wajah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, dua darinya bekas ADUN dari PKR manakala seorang lagi dari DAP, baru-baru ini dibalas dengan pijakan gambar DAP pula.

Gambar-gambar yang dipijak itu adalah gambar Gambar-gambar pemimpin DAP yang dipijak dan dibakar itu ialah Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, bekas Speaker Perak, V. Sivakumar; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Ong Boon Teow.

Ianya berlaku di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau, Taiping, Perak pada satu ceramah yang turut dihadiri oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Parlimen Pasir Mas Kelantan.

Membalas sesuatu perbuatan itu semacam suatu asam garam dalam kehidupan manusia. Pada suatu ketika Perdana Menteri Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) diserang hebat dengan mengaitkan menantunya, terutama oleh Pas. Sebagai balasan Mursyidul Am Pas kini menjadi sasaran serang mengaitkan menantunya. Serangan itu pula datang dari dalam Pas sendiri.

Dengan pelbagai kemudahan dan dan terdapat ramainya manusia Malaysia yang kreatif, perlakuan yang mencederakan moral dan adat oleh DAP yang memijak gambar tiga ADUN dari Pkatan Rakyat (PR) dan kemudiannya dibalas dengan gambar pimpinan DAP pula dibijak, saya yakin boleh mengilhamkan bentuk saling berbalas tindakan yang membawa kepada kecederaan moral yang lebih teruk.

Tidak mustahil ianya barangkali boleh menyumbang kepada kemungkinan permukaan jalan akan dilukis dengan wajah-wajah pemimpin tertentu oleh pihak pembangkang dan lukisan tindak balas dari pihak kerajaan supaya dijadikan mangsa pijakan. Ianya akan sukar dibendung jika membabitkan golongan remaja yang rata-rata kreatif dalam kerja conteng menconteng, malah golongan ini mudah meniru apa yag orang dewasa buat.

Juga nantinya tidak mustahil nanti pada mangkuk tandas akan diukir muka para pemimpin utama negara sama ada dari pihak pembangkang mahu pun kerajaan yang mahu tidak mahu ianya akan menenyebabkan orang asing akan memberi penilaian yang tidak molek terhadap nilai da n etika moral rakyat negara ini.

Walaupun tujuan perlakuan oleh DAP dan pihak yang mermbalas perlakuan DAP itu barangkali untuk berseronok, namun jika dibiarkan tanpa langkah-langakah pencegahan, ia boleh menyumbang kepada perlakuan yang lebih serius dan mendatangkan bahaya besar kepada masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama di negaa ini.

Saya tidak yakin orang Melayu dari mana-mana parti sekali pun akan seronok, apatah lagibangga apabila gambar bangsa mereka dipijak oleh bangsa lain. Demikian juga dengan orang Cina dari mana-mana parti sekali pun, mereka akan rasa terhina apabila gambar bangsa mereka dipijak oleh bangsa lain, malah kalau pun oleh bangsa sendiri.

Kalau atas nama bangsa tidak ada rasa marah dan rasa terhina bila gambar bangsa dipijak, apatah lagi pemijakannya pula sengaja dirancang, terutama pijakan adalah oleh kalangan bukan sebangsa, pasti bangsa yang tidak rasa apa-apa itu mengalami kecederaan dan kecacatan pada semangat, nilai, moral. etika dan identitinya.

Justeru itu sebelum wajah-wajah tokoh utama diukir pada mangkuk-mangkuk tandas, langkah-langkah untuk membersihkan negara ini dari perlakuan memijak gambar atau perlakuan-perlakuan yang boleh mencederakan moral dan menjadikan rakyat terbanyak melihat para pemimpin lebih tidak cerdik dihentikan serta merta.

Sama ada tokoh pembangkang atau kerajaan berikanlah masa, fikiran dan tenaga bagi melakukan perkara-perkara yang lebih banyak membawa faedah dari mendatangkan padah.

Antaranya cuba gembleng tenaga membantu negara menjadi lebihg maju, rakyat lebih makmur dan harmoni kerana sumbangan pihak kerajaan atau pembangkang sama-sama penting bagi negara yang mengamalkan demokrasi.

Ingatlah, sama ada kemajuan, kemakmuran mahu pun keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum yang dinikmati sekarang kalau dipunah dan dicederakan oleh orang politik yang berebut kuasa dan pengaruh, ianya akan memakan masa ratusan dan ribuan tahun untuk pulih semula. Tak payah tunjuk gedebe kerana kalau kita gedebe, ada orang lain yang mungkin seratus ribu kali lebih gedebe dari kita.

No comments: