Monday, December 7, 2009

MUNCUL KEMBALI (559)

Lupakan bantuan kerajaan: beranikah usahawan Melayu sahut cabaran

DENGAN budaya hidup apabila subsidi harga minyak dikurang menyebabkan jualan runcit minyak naik beberapa sen pun, akan timbul kritikan sana sini, akan adakah usahawan Melayu yang berani menyahut cabaran bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang juga Pengerusi Sime Darby Berhad supaya mereka lupakan bantuan kerajaan?.

Tambahan pula dengan tradisi mewgharapkan serba serbinya disubsidikan dan ditongkat oleh kerajaan dan pelbagai hak keistimewaan sebagai bumiputera, apakah usahawan Melayu boleh melihat dan menilai cabaran Tun Musa itu sebagai sesuatu yang releven?

Dalam pelbagai kemudahan pinjaman mudah untuk modal kerja disediakan pun, usahawan Melayu gagal menjayaka Dasar Ekonomi Baru (DEB), pada saya untuk tempoh 52 tahun akan datang, tidak akan ada usahawan Melayu yang berani menyahut seruan Tun Musa.

Bagaimanapun cabaran Tun Musa itu patut dipedulikan oleh usahawan Melayu bagi memulakan perjuangan mengumpul modal bagi membiayai perniagaan, senaraikan perniagaan yang hedak disertai dan melaksanakan program perniagaan sendiri tanpa perlu mendapatkan bantuan dari kerajaan.

Ketidak-bergantungan kepada bantuan kerajaan perlu diusaha dan dimulakan oleh usahawan dan bakal usahawan Melayu kerana adalah mustahil untuk mereka atas nama bumiputera akan terus dimanja dan diistimewakan oleh kerajaan yang pastinya akan menjadi beban kepada kerajaan di samping tidak akan wujud semangat dan kebersungguhan usahawan Melayu untuk bersaing dalam meraih kejayaan.

Apa yang dimulakan oleh usahawan Melayu hari ini bukan untuk dinikmati hasilnya oleh mereka sendiri dalam tempoh jangka masa yang singkat, tetapi adalah untuk dinikmati oleh generasi 52 tahun akan datang. Kalau tidak dimulakan sekarang, maknanya usahawan Melayu tidak menyediakan platform untuk usahawan Melayu 52 tahun akan datang.

Ertinya demi kepentingan bangsa dan negara pada masa depan, khususnya dalam bidang ekonomi yang hanya boleh diraih oleh orang Melayu dengan melibatkan diri dalam bidang keusahwanan, maka usahawan Melayu perlu bersedia untuk menjadi usahawan yang terpaksa melupakan bantuan kerajaan dan mengharap terus dimanja dan diistimewakan atas nama bumiputera.

Sebalikya mereka kena bersedia mencari dan membangunkan dengan usaha sendiri kerana mereka suka atau tidak suka masanya akan tiba bahawa tidak kira apa bangsa dan anutan agama pun, nantinya rakyat negara ini akan terkategori sebagai anak peribumi belaka, malah seadainya kerajaan Umno/BN tumbang, kerajaan yang baru selaku pembangkang sekarang akan hapuskan status bumiputera kerana sekarang pun mereka sedang berjuang ke arah itu.

Ertinya usahawan Melayu kena sediakan payung sebelum hujan kerana dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, macam-macam boleh berlaku kerana jatuh bangun sesebuah kerajaan bergantung kepada kuasa undi rakyat.

No comments: