Thursday, December 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (564)

Jangan bermain api dengan isu masjid

WALAUPUN masjid terletak di Taiping, Perak, namun secara hakikatnya ianya bukanya hanya milik orang Taiping dan menjadi hak orang Taiping untuk menjaga kesuciannya, tetapi ia menjadi tanggungjawab umat Islam di setiap pelosok dunia bagi memeliharanya.

Masjid adalah juga merupakan air muka, maruah dan harga diri setiap umat Islam yang akil baligh. Sebarang pencabulan terahadap kesucian atau sebarang isu yang boleh mencalar-balarkan imej masjid bererti kesabaran umat Islam dicabar.

Masjid juga adalah merupakan rumah Allah yang mencipta dan memiliki alam dunia ini dengan segala isinya. Mempertikaikaan pembinaan masjid bermakna mempertikaikan perkiidmatan umat Islam terhadap Allah.

Kalangang bukan Islam boleh bangkitkan pelbagai isu, termasuk hak keisitmewaan orang Melayu, DEB dan sebagainya, malah secara biadab gambar-gambar pemimpin Melalayu boleh diconteng, dipijak atau diperlakukan dalam bentug yang bagaimana sekali pun tetapi jangan cuba bermain api dengan isu masjid.

Mempersoalkan pembinaan masjid bukan hanya akan membakar hati dan perasaan orang Melayu tetapi bangsa-bangsa lain juga asalkan mereka beragama Islam. Saya yakin umat Islam boleh bersabar dan bertoleran dalam bayak perkara tetapi bukan yang berkaitan dengan masjid.

Sehubungan dengan itu, demi kemakmuran dan hidup penuh harmoni masyarakat pelbagai kaum yang diikmati sekarang terus terpelihara, pihak kerajaan kena bertindak tegas tanpa kompromi membendung individu dan mana-mana pihak yang memperisukan pembinaan masjid yang sifatnya umpama menyala api dalam sekam.

Pihak kerajaan kena sedar bahawa mencegah adalah lebih baik dari menangani setelah perkara-perkara yang tiodak diiingin berlaku.

9 comments:

penerima kupon beras subsidi said...

apakah hukum seorang suami membiarkan isterinya berlaga pipi dengan pelakon HINDUSTAN..

ganu kiter said...

Unit Aman Kolam ialah singkatan kepada Unit Amar Maaruf Nahi Mungkar yang ditubuhkan oleh Pemuda Pas Kolam, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu.
Mereka adalah terdiri daripada golongan remaja dan belia yang bencikan kemungkaran dan cintakan kesejahteraan menurut Islam.

Ia ditubuhkan kerana kegagalan JKKK untuk berfungsi sepenuhnya untuk semua penduduk. Unit ini juga dianggotai oleh Blogger Pro Ustaz Azhar "Permulaan Baru" dan "Lelaki Misteri Berjubah Putih" yang mengunjungi kediaman ahmad Said setiap jam 10.00 malam. Blogger Pro Erdogan terlalu sibuk dengan exam kebelakangan ini

Selain daripada itu ia ditubuhkan kerana kegagalan program Kawan Bantu Kawan Belia Negara dan kerana keinsafan serta kesedaran memuncak pemuda terhadap gejala sosial yang kronik dan kian meruncing tempias daripada pemerintahan bervirus kerajaan Barisan Nasional yang disebarkan oleh media massa yang dimonopoli sepenuhnya mereka..

Unit yang dicetus penubuhannya oleh Pengerusi PIBG Sekolah Keb. Pusat Kuala Ibai, Tuan Guru Haji Abas@Ali Bin Khatib Muhammad (Guru mengaji Saya masa kecil dulu) yang begitu lantang menyuarakan kebimbangan terhadap permasalahan sosial glokal. Ia dipantau sepenuhnya oleh Pengerusi Peti Undi DUN Batu Burok merangkap Imam Masjid Koalm, Ustaz Haji Ibrahim@Muda bin Khatib Muhammad yang juga lebih dikenali dengan nama Ustaz Haji Da.


Kesungguhan membikin apa yang dicakap, Aman Kolam telah berjaya menyelesaikan banyak masalah kecurian dan pasangan khalwat secara senya dan terbuka. Walau pun ada sesetengah manusia yang memandang sinis terhadap aktiviti Aman Kolam yang mereka gelarkan sebagai “Polis Kampung” unit terus mendapat pengiktirafan dan sokongan yang padu daripada ADUN N16 YBM Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Unit Aman Kolam terus beroperasi tanpa rasa penat, tanpa ada helah setiap malam walaupun tidak disuap dengan Dana sebagaimana yang berlaku kepada ahli Umno. Mereka tidak mendapat sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana pihak termasuk JKKK setempat.

Kejayaan Aman Kolam memberkas lebih daripada 8 pasangan yang berkhalwat dan beberapa kes kecurian yang melibatkan remaja telah mendapat pujian penduduk setempat dan menjadi buah mulut ramai.

Sekali gus ia telah menempelak dan membelasah teruk fungsi JKKK yang sepatutnya melakukan tugasan itu. Sayang JKKK terus gagal dan bukan sekadar mengecewakan Dato’ Ahmad Said malah keseluruhan komuniti setempat. Amat malang nasib JKKK kerana gagal berfungsi akibat tiada dana khas yang nak disuapkan kerajaan ke dalam perut mereka.

Kejayaan demi kejayaan Aman Kolam diraih, kemungkaran demi kemunkaran dapat dicegah, imej JKKK terus robek teruk dibelasah pemuda sehingga terduduk. Dalam tidak berbuat apa-apa untuk komuniti, JKKK mendapat dan sedang dalam pembinaan sebuah pusat komuniti untuk ahli Umno setempat. Itu, mesti ada makan jugak tu.(Pendatang siam pun dia boleh lindungi).

Ada kalangan penduduk setempat yang bermurah hati secara ikhlas menyumbangkan gula, the dan sedikit dana walau pun tidak sebesar bajet pembinaan stadium Terengganu yang runtuh itu.

Selain daripada Aktiviti keselamatan, Team Aman Kolam juga aktif menganjurkan pelbagai aktiviti untuk membawa kesedaran kepada warga setempat seperti ceramah umum dan sukaneka. YB Saifuddin Nassution, Ustaz Azhar, Pesuruhjaya Pas, YB Dr Syed Azman dan ramai lagi pernah terlibat dengan aktiviti anjuran mereka.

Tahniah diucapkan kepada Pemuda Kolam kerana terus beroperasi setiap malam, tanpa ada penat dan bukan kerana nama, wang ringgit atau kedudukan cuma mahu mencegah mereka yang bersekedudukan dan merampas hak orang lain. Sebaliknya mereka melakukannya kerana ia adalah printah yang disyariatkan.

Tidakkah ini contoh terbaik yang perlu Pemuda gagah Perkasa Bagan Pinang mengambil iktibar? Kenapa tidak dijadikan keruntuhan pelbagai bangunan di Terengganu akibat kealpaan kerajaan BN sebagai sempadan? Kenapa tidak dijadikan aktiviti pemuda yang bertungkus lumus untuk menjamin keselesaan hidup berkomunti sebagai renungan sebelum mereka keluar membuang undi nanti. Fikir-fikirkan lah..

YANG GAMBI said...

Bro, nilah perangai puak-puak PAS khawarij, mereka lebih mempertikaikan bab lain dari memikirkan sifat kurang ajar sekutu komunis mereka.........

Anonymous said...

poknik ajis tak marah pun....

sebab dap tok faham islam...jangan marah sama dia

budak mrsm P.Che Pa said...

AHLI PANEL EHWAL ISLAM TAK TUTUP AURAT

Pada (malam jumaat 3 dis 2009) satu forum perdana ehwal Islam disiarkan di tv 1 RTM. Siaran ini memang telah menjadi satu program mingguan RTM sejak turun temurun. Cuma kali ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku di dalam forum seumpama ini iaitu salah seorang ahli panelnya tidak menutup aurat, iaitu Professor Dr Adeeba Kamaruzzaman, (presiden Majlis Aids Mlaysia) yang dengan jelasnya tidak memakai tudung dengan sempurna (menunjukkan jambul di kepala).

Mungkin ini merupakan satu perkara yang tidak dianggap salah menurut PERSEPSI umum, tetapi ia secara jelas mencabuli larangan Allah, lebih-lebih lagi di pentas EHWAL ISLAM. Adakah patut seorang Islam yang nak membicarakan tentang Islam di atas pentas Islam dalam keadaan sedemikian rupa? Apakah pihak JAKIM dan RTM yang menganjurkannya telah ketandusan tokoh? Sehingga terpaksa memilih orang yang seperti ini? tambahan lagi gandingannya pada hari ini ialah artis yang berambut ala trojan? (Dr Fazlie), Atau inilah yang ingin diterapkan di dalam konsep SATU MALAYSIA yang diwar-warkan kepada kita?

Kalau dulu FORUM PERDANA EHWAL ISLAM dipenuhi dengan ahli panel dari kalangan ulama yang cukup hebat seperti Dr Haron Din, Ust Ismail Kamus, Dato’ Hasan Ali, AlMarhum Dato Ishak Baharum, Dato Tuan Ibrahim dan lain-lainnya, tetapi semakin hari forum ini dilihat tidak lagi mengundang tokoh-tokoh yang hebat. Nama-nama di atas langsung tidak lagi diundang, sebaliknya hanya mengundang orang-orang yang menyokong kerajaan tanpa mengira status keilmuannya.

Jikalau ini berterusan kita bimbang Islam yang tercinta ini dicorakkan di negara kita oleh orang-orang yang telah menyeleweng (samada di segi aqidahnya atau amalannya), dan yang akan menjadi ahli panel utama Forum Ehwal Islam SATU MALAYSIA ialah artis-artis yang berpakaian menjolok mata.

Kepada JAKIM dan RTM ingatlah pesanan Rasulullah SAW : (maksudnya) “Apabila di sia-siakan amanah tunggulah kehancuran”. Sahabat baginda bertanya “Apakah maksud disia-siakan amanah?” Baginda menjawab :”Apabila disandarkan sesutu urusan bukan pada ahlinya, maka tunggulah kehancuran

Anonymous said...

kenapa hanya Ust Nasaruddin je orang PAS yang bantah dap pertikai pembinaa an Masjid?... poknik ajis sejap je....takut menikus bila DAP bersuara.

ambo said...

Macam mana PAS nak maju..... selalu bandingkan sgt kerjanya dgn BN.... BN jadi benchnark.....

Ikhlas seseorang bukan ditentukan oleh manusia.... lg tak ikhlas... kalau sibuk bandingkan kerja amal yg dibuat lalu dibandingkan lg dgn BN....

Biarlah Allah yg menilai keikhlasan kita... itu lebih mulia....

Anonymous said...

Apa guna banyak MASJID dibina tapi ditutup dari program mengimarahkannya?

Masjid2 ditadbir oleh mereka yang jahil agama dan yang fasik, yang tak yakin dan dok tolak sistem hidup Islam. Masjid2 dikawal dan disakat oleh ahli2 sekular yang tak beriman dengan Kitab (tolak hikum alquran) dan tak beriman dengan Rasul ( tolak amalan & hukun alhadist)

Pengajian2 dimasjid2 kerajaan hambar dan ala kadar saja. Sekadar dok kutib elaun pegawai masjid. Maksiat di sekitar kampung/ taman sesebuah masjid macam tuu juagak..?

Apa nak dihebatkan bina Masjid jika pada masa sama dok anjur program maksiat...

Bapak Kambing Neruk said...

Kelantan bagus dalam hal-hal urus dan imarahkan masjid. Buang anak pun kerap berlaku di masjid, malah bini orang yang dah mengandung pun boleh berujubur atas mangkuk tandas masjid, siap tutup dengan telekung semayang lagi.

AJK Masjid di negeri lain kena rujuk pengurusan masjid di Kelantan, barulah selari dengan Islam. KO guano gamok?