Sunday, December 13, 2009

MUNCUL KEMBALI (571)

Dato' Nik Aziz mungkir janji atau beliau dikhianati?

MEMBACA laporan desakan terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) oleh Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked MPKB mengundang pertanyaan apakah Dato' Nik Aziz mungkir janji atau beliau telah dikhianati, termasuk oleh PMBK sendiri.

Desakan Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked MPKB juga menjadikan rakyat ingin tahu, malah pasti ada pihak yang mencari gali nama sebuah syarikat pemaju dan ahli lembaga pengarahnya yang diserahkan oleh PMBK bagi memajukan Bazar Tok Guru.

Juga rakyat akan cari maklumat kenapa sejak beberapa bulan lalu penyewa dipasar lama telah membayar sewa kepada sebuah syarikat lain yang dipercayai anak syarikat pemaju itu Bazar Tok Guru dan tidak lagi dibayar kepada MPKB sebbelumnya.

Sama-samalah kita nilai dengan hati yang sejuk, dada yang lapang dan pemikiran yang terbuka mengenai laporan berikut;

Peniaga desak Perbadanan Menteri Besar Kelantan patuhi janji Nik Aziz

KOTA BHARU 13 Dis. - Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked MPKB mendesak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) memenuhi janji Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada mereka berhubung dengan penempatan di premis yang baru.

Meskipun peniaga terbabit diberi jaminan oleh Menteri Besar bahawa lot-lot untuk ahlinya di Bazar Tok Guru yang sedang dibangunkan itu akan dijual dalam lingkungan harga RM40,000 bagi tingkat bawah, namun PMBK tidak mengendahkannya.

Pengerusinya, Ab. Salim Ahmad berkata, sebelum pilihan raya umum tahun lalu, Nik Abdul Aziz telah membuat janji bahawa mereka akan diberi kelebihan daripada segi kemudahan berniaga dan pemilikan di bazar yang mengambil nama sempena gelaran Menteri Besar itu.

Selain itu, beliau turut menyeru pihak berkuasa terutama sekali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau berhubung kemungkinan wujudnya unsur-unsur penyelewengan dalam pembangunan projek itu.

''Dulu kami minta kepada Tok Guru agar kami ditempatkan di tingkat bawah berserta dengan harga yang paling rendah dan beliau berjanji permintaan kami itu akan ditunaikan.

''Namun sekarang apa yang berlaku adalah kami diperuntukkan untuk berniaga di tingkat satu dan harganya pula antara RM80,000 sehingga RM90,000,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bazar Tok Guru merupakan sebuah kompleks perniagaan yang dirancang di atas tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu membabitkan kawasan tanah seluas kira-kira dua hektar.

Ab. Salim percaya, peningkatan kos itu berlaku disebabkan oleh tindakan PMBK menyerahkan projek bazar tersebut kepada sebuah syarikat pemaju yang tentunya cuba mahu membuat keuntungan lebih besar.

''Kami difahamkan sebahagian lot kedai di tingkat bawah dan tingkat satu telah dijual kepada peniaga luar terutamanya di kalangan peniaga Arked MPKB dan Arked UDA yang juga terpaksa berpindah.

Jelasnya, keadaan menjadi semakin buruk apabila peniaga pasar lama itu telah digesa keluar kerana pihak berkuasa bangunan lama itu telah menjadi hak milik sebuah syarikat yang turut membangunkan Bazar Tok Guru.

Malah katanya, walaupun masih belum ada surat yang mengesahkan status hak milik bangunan itu, para peniaga di situ sejak beberapa bulan lalu telah membayar sewa kepada sebuah syarikat lain yang dipercayai anak syarikat pemaju itu.

''Kami tidak tahu apa sebab kami tidak lagi perlu membayar sewa kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sedangkan masih belum ada surat yang membuktikan bangunan ini hak syarikat berkenaan.

''Pada masa yang sama, kami dihalau keluar tetapi apabila buat aduan kepada Exco kerajaan negeri, mereka suruh kami kekal di sini,'' tegasnya.

Ab. Salim yang yakin ada 'tangan' cuba mengeksploitasi keuntungan turut menunjukkan surat daripada MPKB-BRI kepada peguam yang mewakili persatuan bertarikh 25 Ogos tahun ini menyatakan perihal pindah milik bangunan berkenaan masih belum diputuskan.

Sehubungan itu katanya, pihak persatuan telah mengatur pertemuan dengan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada 6 Disember lalu bagi menyatakan masalah persatuan dalam berdepan isu berkenaan.

Katanya, dalam mesyuarat berkenaan, Ahmad turut terkejut selepas meneliti surat berkenaan.

''Beliau kata bangunan itu bukan lagi milik MPKB-BRI tapi apabila kami tunjuk surat ini, dia sendiri terkejut kerana apa yang berlaku sebaliknya kerana semua masih dalam proses,''

3 comments:

joostspring said...

mapuh keras la nik ajis kali ni...

kena doa smpi pecah perut jgk la pok nik ajis kali ni sbb wat nakyo ko sek2 peniaga ni..

panda mu doa ko ore suruh pecah perut..alih2 ore plak akn doa srh mu pecah perut sbb wat nakyo ko ore..

bukam oran klatam@ganu said...

Tahniah kepada penyokong dan penduduk Laos kerana;
1. Mereka tak bakar mercun
2. Mereka tak lontar botol minuman
3. Mereka tak bakar kerusi stadium
4. Mereka tak maki hamun
5. Stadiumnya nampak kukuh, tak ada tanda nak runtuh.
6. Bla..bla..bla

dan yang PENTING semua hal itu ditunjukkan oleh negara BUKAN ISLAM. Malulah sikit...

bekas PELAJAR MRSM said...

woi jootspring baca yang ni pulak

Rosmah Isteri Najib Bagaikan Menteri


"Datin Sri Paduka Rosmah Mansor atau nama manjanya Rosma RM dikalangan pegawai dan kakitangan di jabatan perdana menteri. Peranan Rosmah mengalah seorang menteri dalam kabinet suaminya.

Setiap isteri perdana menteri boleh mencadangkan sesuatu projek kepada suaminya?. Kita merasa satu perkara pelik dan bertentangan peranan isteri Datuk Sri Mohd Najib Razak.

Contuh yang amat ketara dan berlawanan dengan kementerian pendidikan malah mengalahkan menteri wanita dan kebajikan..,Bajet 2010 yang dibentang oleh Kemeterian Kewangan Malaysia merangkap perdana menteri Malaysia memperuntukan RM100 JUTA UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PERMATA PINTAR. MALAH KALAU SEKALI PANDANG ROSMAH BAGAIKAN MENTERI PENDIDIKAN DAN MENTERI YANG MENJAGA KANAK-KANAK.

Program PERMATA PINTAR sekadar untuk menonjolkan diri ROSMAH sebagai wanita pertama Malaysia. Di zaman Tun Mahathir menjadi perdana menteri diberi peruntukan RM100 JUTA PROGRAM AID/HIV Datuk Paduka Marina Mahathir menjadi penaung AID MALAYSIA.

PERMATA PINTAR dibawah naungan Rosmah soalah-olah memperlekehkan program sekolah kluster yang dilaksanakan oleh menteri pendidikan. Dengan wang RM100 JUTA untuk PERMATA kami anggap ianya bersifat EKSKLUSIF DAN ELITIS. Program PERMATA hanya sekadar membantu segelintir pelajar yang kecerdasan luar biasa. Namun PERMATA tidak akan merubah keadan pendidikan nasional.

Dasar PERMATA programnya tidak jelas. Malah bertindih fungsi dengan dua kementerian yang sedai ada. Adakah kementerian wanita dan masyarakat dan kementerian pendidikan gagal dalam mengadakan program pra- sekolah dan pendidikan nasional?...Siapa pula yang jaga segala belanja dan membenarkan belanja wang peruntukan PERMATA RM100 JUTA.?. Mungkin wang bertukar nama ROSMAH MANSOR 100 JUTA.?. banyak tuuuuuuuuu