Monday, December 14, 2009

MUNCUL KEMBALI (573)

BTN kena diteruskan, persetankan dengan pembangkang

WALAUPUN apa pun alasan dan hujah diberikan oleh pihak yang mempertikaikan peranan dan fungsi Biro Tata Negara (BTN), faktor pokok kenapa biro berkenaan kalau boleh mahu dimansuhkan adalah kerana keberkesanannya.

Hakikatnya sebagai kerajaan, apa jua cara akan digunakan untuk mempertahankan kerajaan dari serangan pembangkang yang dalam konteks Malaysia adalah bagi meruntuh dan meleburkan kerajaan tetapi tidak pernah dengan jayanya menzahirkan peranan sebagai pembangkang.

Untuk menjayakan misinya, pembangkang akan mengenalpasti faktor tunjang kepada kekuatan dan kemantapan kerajaan, sekaligus yang kuat itu akan cuba dilemahkan. Kerana BTN dilihat antara faktor kekuatan kerajaanlah, maka biro itu kiri janji sasaran kaca-ganggu pembangkang.

Saya bersetuju Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa di sebalik tuduhan parti-parti pembangkang bahawa kursus yang dijalankan oleh BTN berunsurkan perkauman, agensi itu sebenarnya telah melahirkan berjuta rakyat yang cintakan negara, sekiranya BTN memainkan sentimen perkauman, sudah lama negara ini hancur.

Bagi saya tidak ada yang benar melainkan benar belaka, negara ini baik dan bertambah kuat dari setahun ke setahun antaranya kerana ada BTN dan funsi BTN. Punca orang tidak bergaduh dalam negara ini kerana ada BTN.

Justeru itu persetankan dengan pembangkang, BTN kena terus wujud dan meneruskan peranan dan fungsinya. Rancangan Kerajaan Selangor mahu menganjurkan kursus mereka sendiri iaitu Kerohanian, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial (SPIES) adalah kerana matllamat yang sama dengan BTN, cuma namnya sahaja diubah.

Melalui SPIES, sudah tentu mereka juga akan cerita tentang dasar Kerajaan Selangor. Jadi apa bezanya dengan fungsi dan peranan BTN yang berfungsi menceritakan dasar kerajaan sehingga boleh mengubah fikiran yang tidak sukakan kerajaan menjadi suka kerana betl-betul faham tentang dasar kerajaan.

Lagi pun modul BTN itu sendiri sentiasa diubah mengikut keperluan keadaan kerana matlamat utama BTN adalah supaya negara yang aman dan makmur serta rakyat pelbagai kaum pelbagai anutan agama yang hidup penuh harmoni dan saling hormat menghormati terus dikekalkan harmoni dan aman makmur.

Yang pasti BTN menjadikan pembangkang mengelabah kerana segala temberang, pelan, rangka dan kerangka memburukkan kerajaan oleh pembangkang berdepan dengan kegagalan kerana antaranya adalah oleh peranan dan fungsi BTN.

Sekali lagi ingin saya tegaskan, persetankan dengan pembangkang, BTN kena terus kekal berfungsi dengan modul-modul terkini sesuai dengan keperluan semasa dan biarkanlah pembangkang dengan mimpi siang harinya dan seribu satu macam kerenah kerana pilihanraya umum ke-13 nanti, saya yakin keputusannya akan membuatkan pembangkang pekak dan bisu.

Keresahan, kecelaruan, keluh kesah dan bayangan maut buat pembangkang pada pilihanraya umum ke-13 semakin menyerlah ekoran tindak tanduk yang mula mahu mematikan saraf-sarat kekuatan kerajaan yang mana kalangan pemimpin pembangkang yang mahukan BTN dimansuhkan arf dengan kehebatan BTN kerana merekapernah kendali atau terlibat sebagai peserta BTN.

8 comments:

BBEKAS PELAJAR mrsm said...

Rosmah Isteri Najib Bagaikan Menteri


"Datin Sri Paduka Rosmah Mansor atau nama manjanya Rosma RM dikalangan pegawai dan kakitangan di jabatan perdana menteri. Peranan Rosmah mengalah seorang menteri dalam kabinet suaminya.

Setiap isteri perdana menteri boleh mencadangkan sesuatu projek kepada suaminya?. Kita merasa satu perkara pelik dan bertentangan peranan isteri Datuk Sri Mohd Najib Razak.

Contuh yang amat ketara dan berlawanan dengan kementerian pendidikan malah mengalahkan menteri wanita dan kebajikan..,Bajet 2010 yang dibentang oleh Kemeterian Kewangan Malaysia merangkap perdana menteri Malaysia memperuntukan RM100 JUTA UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PERMATA PINTAR. MALAH KALAU SEKALI PANDANG ROSMAH BAGAIKAN MENTERI PENDIDIKAN DAN MENTERI YANG MENJAGA KANAK-KANAK.

Program PERMATA PINTAR sekadar untuk menonjolkan diri ROSMAH sebagai wanita pertama Malaysia. Di zaman Tun Mahathir menjadi perdana menteri diberi peruntukan RM100 JUTA PROGRAM AID/HIV Datuk Paduka Marina Mahathir menjadi penaung AID MALAYSIA.

PERMATA PINTAR dibawah naungan Rosmah soalah-olah memperlekehkan program sekolah kluster yang dilaksanakan oleh menteri pendidikan. Dengan wang RM100 JUTA untuk PERMATA kami anggap ianya bersifat EKSKLUSIF DAN ELITIS. Program PERMATA hanya sekadar membantu segelintir pelajar yang kecerdasan luar biasa. Namun PERMATA tidak akan merubah keadan pendidikan nasional.

Dasar PERMATA programnya tidak jelas. Malah bertindih fungsi dengan dua kementerian yang sedai ada. Adakah kementerian wanita dan masyarakat dan kementerian pendidikan gagal dalam mengadakan program pra- sekolah dan pendidikan nasional?...Siapa pula yang jaga segala belanja dan membenarkan belanja wang peruntukan PERMATA RM100 JUTA.?. Mungkin wang bertukar nama ROSMAH MANSOR 100 JUTA.?. banyak tuuuuuuuuu

Anonymous said...

kKomen awk kurang ilmiah...Tak payah bagi komen la kalu kurang pengetahuan...Salah ke kalau isteri Nik Aziz bagi cadangan kat Nik Aziz...dan diguna pakai kalau cadangannya baik?.Sama la jugak dgn Najib...Apa alasan yang tidak membolehkan kita dengar pandangan orang lain?...Apatah lagi cadangan tersebut sebenarnya ilham PM sendiri...cuma suruh bini dia ada tugas, tlg uruskan...tolong jadi jurucakap...

Pertama sekali saya nak tanya....awk faham ke apa tujuan Permata Pintar di adakan...? Berdasarkan tulisan awk ni, memang awk tak faham...! Memang dah banyak saya lihat, bila kerajaan buat sesuatu dasar atau kemudahan utk rakyat, pembangkang mcm awk ni kutukkkk...sebab boss awk ajar gitu!, tidak ada yg betul...tapi aleh-aleh puok-puok ni la hok kuat dok mintok nya...Contoh terbaru...bila kerajaan buka untuk mengambil guru2 sementara utk mengajar di sek2 agama bantuan kerajaan...dah dekat 30 orang anak org2 pembangkang dtg jmpa saya buat 'lembik tengkok' mintak tlg masukkan anak mereka...

Contoh lain..., bila kerajaan persekutuan kesian dan tolong beri bantuan untuk membangunkan sekolah2agama rakyat yg di tadbir oleh kerajaan kerajaan negeri Kelantan, (hok sekolah macam kandang kuda tu)...dulu tolak habis-habisan, tapi sekarang...jadi macam cetti terhormat...setiap hari tel ke pejabat tanyakan peruntukan bila nak sampai...Bila nak tambah...Sebuk tanya itu dan ini...tapi kat sekolah bukan nak tanamkan budaya berterima kasih, tapi ajar pelajar-pelajar ceramah bagaimana hentam kerajaan, kononnya kerajaan ni zalim, kerajaan ni rasuah, dsb...

Ubahlah cara berfikir... majukan diri dan bangunkan anak bangsa dengan jiwa yg murni...dah 50 tahun lebih kita merdeka...Malaysia tetap maju. Besyukurlah...Jangan nanti bila dah Lim Kit Siang yg awk puja-puja tu, jd PM...baru tahu langit tu tinggi atau rendah...Contoh ada dpn mata...skrg ni mereka sedang berlakon...! Tolong jangan lena dengan lakonan mereka...'SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA'

bekas plajar MRSM P.C said...

OSMAH TIDAK RISAU TUDUHAN LIAR – berita hairan

SINGAPURA: Rosmah Mansor berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak yang bersikap memusuhi beliau.

Rosmah berkata beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

“Saya tidak punya masa untuk melayan mereka," katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di sini hari ini bila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… TUDUHAN LIAR MACAM MANA?... kah kah kah…

kah kah kah… LIAR MACAM HARAIMAU KE?.... kah kah kah..

woit… INI BUKAN TUDUHAN LIAR… kah kah kah…

woit… INI TUDUHAN JINAK… kah kah kah..

salmiah said...

KALU KAMU ORANG BERILMIAH CUBA JAWAB SATU SOALAN NI DALAM BENTUK ILMIAH...

APAKAH HUKUMNYA SEORANG SUAMI YANG MEMBIARKAN ISTERINYA MEMELUK@BERLAGA PIPI DENGAN JANTAN@PELAKON HINDUSTAN?

Mengaji pondok uduh-udoh said...

Rosmah bukan kelulusan darjah 6 sekolah Melayu atau belajar setakat SRP/SRU. Dia orang berilmu, ada idea. Kerana itu adalah takdirkan jadi bini PM, bukan jadi bini tok menyadat atau tok peraih pot getah

Tak pakai tudung tidak sampai gugur Islam selagi yang tidak tudung kepala itu tak kata tak tudung kepala tu halal. Ianya hanya berdosa dan boleh bertaubat.
Orang bunuh 100 orang termasuk seorang tok guru pun boleh masuk syurga. Tutup kepala tapi kalau perut dan mulut busuk, demo ingat boleh masuk syurga.

Nak jadi alim pun biar cukup kilo. Sepatutnya kena pakat doa suruh Datin Seri Rosmah pakai tudund, itu lebih berphala dari mengutuk dan membuat andaian yang bukan-bukan. Jngan buat kerja ingat dapat laba sebenar rugi, ingatkan buat pahala tetapi buat dosa.

Anonymous said...

Tuduhan pembangkang 'budaya sejagat'

SINGAPURA 15 Dis. - Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadapnya sebagai berniat nakal bagi menarik perhatian rakyat.

Isteri Perdana Menteri berkata, bukan beliau sahaja yang menghadapi tuduhan malah berdasarkan perbincangan dan perjumpaannya dengan isteri-isteri pemimpin dunia lain, tindakan itu dianggap sebagai 'budaya sejagat' yang digunakan oleh pembangkang.

"Saya bercakap dengan wanita pertama dari beberapa negara dan mereka juga menghadapi masalah yang sama terutamanya sebelum pilihan raya.

"Jadi, saya tidak bersendirian berkongsi keadaan yang tidak menyenangkan ini," katanya apabila diminta mengulas tuduhan terhadapnya termasuk oleh penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam baru-baru ini.

Balasubramaniam dalam klip video YouTube baru-baru ini mendakwa dia telah diminta untuk menarik balik akuan bersumpahnya dengan bayaran RM5 juta.

Terdahulu Rosmah menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kepimpinan Wanita Dalam Era Baru' pada Forum Pemimpin Wanita ASEAN di Hotel Fullerton di sini hari ini.

Ia dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan ASEAN bersama Forum Perniagaan ASEAN.

Menurutnya, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada masa untuk melayan isu seperti itu.

Beliau berkata, ini kerana fokus mereka kini untuk meningkatkan kesejahteraan dan pendapatan rakyat agar menikmati kehidupan yang lebih baik demi masa depan anak-anak mereka.

"Tanggungjawab kami adalah kepada rakyat dan negara. Ia bukan tentang Datuk Seri Najib atau Rosmah," katanya. - Utusan

MIAH said...

JAWAPAN YANG PALING ILMIAH

1.Tak pakai tudung tidak sampai gugur Islam selagi yang tidak tudung kepala itu tak kata tak tudung kepala tu halal.

2.Ianya hanya berdosa dan boleh bertaubat.

3.Orang bunuh 100 orang termasuk seorang tok guru pun boleh masuk syurga. Tutup kepala tapi kalau perut dan mulut busuk, demo ingat boleh masuk syuRGA

jawpan spt ini B END MEMANG SUKA

Anonymous said...

IANYA HANYA BERDOSA TETAPI BOLEH BERTAUBAT..

HANYA BERDOSA?