Wednesday, December 16, 2009

MUNCUL KEMBALI (576)

Pinjaman mudah, elakkan TEKUN bersaing dengan AIM

TABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang diwujudkan kira-kira sepuluh tahun yang lampau pada dasarnya bertujuan menambahkan lagi bilangan keistimewaan kepada bumiputera yang ada kecenderungan untuk menjadi usahawan.

Membantu usahawan sedia ada yang mahu menambah keperluan modal pusingan atau membiayai kalangan baru mahu memulakan perniagaan sudah menjadi matlamat TEKUN. Para usahawan dan bakal usahawan bumiputera kena berterima kasih kepada kerajaan.Setidak-tidaknya dalam tempoh kira-kira sepuluh tahun lebih 100,000 usahawan TEKUN jaya telah dilahirkan.

Ini didasarkan kepada fakta daripada 153,102 peminjam dengan nilai pinjaman RM1.4 bilion atau RM1,400 juta sejak TEKUN ditubuhkan, cuma 39,576 peminjam yang tidak menjelaskan hutang lapok yang berjumlah RM130 juta sahaja. Maknanya seramai 112,526 peminjam membayar balik pinjaman sebanyak RM1,370 juta.

Sudah tentulah yang membayar pinjaman itu kerana mereka berjaya dalam keusahawananan mereka manakala yang tidak membayar balak adalah kerana mereka gagal. Kalangan yang gagal ini kalau dibuat desakan macam mana sekali pun, malah kalau didakwa dan dikenakan denda atau dipenjarakan sekali pun mereka tidak akan mampu bayar, malah akan menjadi mereka tambah terbeban.

Kergagalan itu pula bukan semuanya berpunca daripada mereka pun, sebaliknya ada yang gagal kerana melibatkan pihak lain sebagaimana yang dihadapi oleh peminjam TEKUN yang mengusahakan ternakan ikan keli di satu kawasan di Selangor apabila rakan TEKUN yang membeli ikan-ikan keli yang diternak tidak berbuat demikian.

Dalam pada itu, bagi saya tiimbul persoalan kalau seramai 112,526 membayar balik pinjaman dengan jumlah bayaran RM1.37 bilion macam mana boleh jadi kerana 39,576 peminjaman tidak menjelaskan hutang lapok sebanyak bernilai RM130 juta, dana berbaki TEKUN boleh jadi hanya tinggal RM100 juta dan membuatkan TEKUN kekurangan dana sehingga terpaksa menghantar 'surat menangis' kepada peminjam yang tdak bayar balik pinjaman.

Bukankah RM1,370 juta ditolak RM130 juta jumlahnya adalah RM1,240 juta atau RM1.24 bilion. Ertinya untuk membiayai permohonan 16,000 permohonan baru yang berjumlah RM350 tidak sepatutnya timbul masalah pun kerana kalau jumlah RM1,240 juta ditolak RM350 juta, jumlahnya akan berbaki sebanyak RM890 juta lagi.

Sehubungan dengan itu selain dari mencari punca sebenar kenapa
39,576 peminjaman tidak menjelaskan hutang lapok sebanyak bernilai RM130 juta, punca pula patut dicari kenapa dengan 112,526 membayar balik pinjaman dengan jumlah bayaran RM1.37 bilion, dana TEKUN kini hanya tinggal RM100 juta untuk diagih-agihkan kepada kira-kira 16,000 bakal peminjamyang kini permohonan mereka dakam peringkat proses.

Kalau terlalu lama pemohon terpaksa menunggu keputusan permohonan mereka sama ada lulus atau tidak ianya akan memberi kesan buruk kerana barangkali peluang niaga akan terlepas. Bila pinjaman diluluska, peluang niaga pula sudah tidak ada, maka wang pinjama akan habis begitu sahaja dan membawa kepada kegagalan mereka untuk membayar balik pinjaman.


Pada saya keagagalan peminjam membayar balik pinjaman bukan kerana peminjam tidak mahu bayar kerana mereka beragama Islam dan tanhu bahawa hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Tetapi gagal membayarnya kerana mereka tidak mampu yang mana kadang-kadang pinjaman itu sendiri membuatkan mereka terperangkap oleh tanggungang hutang kerana kesilapan sistem dalam kelulusan pinjaman.

Misalnya peminjam memohon pinjaman RM30,000 yang disediakan dengan kertas kerjayang lengkap tentang keperluan pembiayaan bagi setiap sen yang dipohon. Tetapi yang diluluskan cuma RM10,000. Kertas kerja kena bayar dengan jumlah ratusan atau ribuan ringit. Kelulusan pinjaman yang begini lazimnya menjadi masalah. Ibarat kereta memerlukan minyak RM300 untuk sampai ke Kuala Lumpur, kalau hanya diisi RM100, alamatlah kereta akan tersadai keringan minyak di tepi jalan.

Tidak ramai usahawan yang boleh berjaya menjalankan perniagaan tanpa modal/dana mencukupi. Kalau berjaya ianya akan memakan masa yang panjang dan terpaksa sepanjang tempoh berusaha sebelum jaya, ushawan berkaitan kena banyak berpuasa. Tetapi sebodoh dan sebangang mana pun usahawan yang berniaga dengan dana melebihi dari keperluan, pasti akan mudah berjaya.

MARA pernah memberikan pinjaman mudah pada jumlah pinjama yang kecil dan sejarah mencatatkan bahawa jarang mereka yang meminjam tidak mampu bayar balik pinjaman dan rata-rata mereka sudah meninggalkan dunia keusahawanan. Tetapi peminjam MARA yang meminjam dengan jumlah yang ratusan ribu dan jutaan ringgit, semuanya berjaya.

TEKUN pada saya mengulangi sejarah MARA, malah mengambil risiko yang telah menyebabkan MARA gagal dapatkan bayaran balik pinjaman. Sepatutnya pinjaman RM500, RM5,000, RM30,00 dan pinjaman dibawah RM100,000 dimansuhkan. TEKUN patut berfungsi sebagai pemberi piminjam dengan jumlah yang lebih tinggi dari keperluan pemohon.

Misalnya jika pemohon memohon pinjaman sebanyak RM50,000 cadangkan supaya dipinjam RM100,000 bukannya dipotong jumlah kelulusan pada jumlah RM10,000 sahaja. Kalau dana yang dip[erlukan RM50,000 tertapi yang diluluskan cuma RM10,000, apa yang peminjam boleh buat. Yang pasti mereka akan terspit dan akan termasuk dalam bilangan yang akan gagal bayar balik pinjaman.

Kalau permohonan pinjaman dibuat RM50,000 tetapi dicadangkan kelulusan RM100,000, mahu tidak mahu sseseorang peminjaman mampu selesaikan masalah dana dan akan mamp bahayar balik pinjaman kerana RM50,000 lebihan keperluan barangkali boleh difixed-depositkan di mana-mana bank sebagai persediaan untuk menghadapi musim bermsalah. Dengan
asalah dana dan akan mamp bahayar balik pinjaman kerana RM50,000 lebihan keperluan barangkali boleh difixed-depositkan sudah dapau untung.

Tetapi kalau pinjaman dipohon RM50,000 sedangkan yang diluluskan cuma separuh atau lebih kecil dari itu, maka secara tidak langsung peminjam telah teperangkap dan diperangkat dalam masalah sebagaimana yang pernah dialami oleh peminjaman MARA dibawah program pinjaman mudah dengan jumlah pinjaman berskala kecil. Apa yang diusahakan akan gagal dan pinjaman balik pinjaman tdak dapat dibuat.

Pada saya TEKUN akan lebih berkesan dan akan lebih mencapai matlamat kalau menggunakan sistem meluluskan seratus peratus jumlah pinjaman pemohon dan bukannya memotong jumlah kelulusan pinjaman kerana berdasarkan penilaian dan cadagan kakitangan TEKUN yang tidak berpengalaman pun sebagai usahawan.

Semolek-moleknya pinjaman RM100,000 ke bawah dimansuhkan dan TEKUN kena kendalikan pinjaman RM100,000 keatas, malah kena mencapai angka berjuta kerana yang mahu dilahirkan adalah usahawan bumiputera. Untuk pinjaman yang kecil-kecil, sama ada penjual goreng pisang, peniaga pasar malamata apa juga jenis perniagaan kecil-kecilan, ahkan sahaja kepada Amanah Iktiar Malaysia (AIM) yang mana terbuka AIM mampu mengendalikan pinjama berskala kecil dengan jaya.

TEKUN jangan bersaing dengan AIM dalam mensasarkan bakal peminjam.

8 comments:

pemakan royalti said...

kalu runtuh kota melaka,
maka bersepai-sepailah yang lain runtuh

14 November lalu, Pusat Latihan Antarabangsa (ITC)di Kemamam yang menelan belanja kira-kira RM50 juta itu, runtuh satu bahagian yang dipercayai sebagai penghadang alat pendingin ataupun balkoni di tingkat lapan bangunannnya.

(Masjid Kampung Puteh yang runtuh)

Yang paling popular adalah Stadium Tuanku Mizan di Gong Badak, Terengganu yang runtuh pada 2 Jun lalu. Ia menjadi tumpuan pengunjung khasnya di musim cuti sekolah.

Yang menariknya pula, kebanyakan projek yang runtuh ini dibuat dengan menggunakan wang ehsan iaitu wang yang dianugerahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Terengganu selepas royalti minyak di rampas dari kerajaan negeri.

Selain itu, Pusat Akuatik bocor di Batu Burok, siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud, menara telekomunkasi di Besut dan Masjid Kampung Batu Putih.

Tok ayah Su said...

salam hormat !

Semolek-moleknya pinjaman RM100,000 ke bawah dimansuhkan dan TEKUN kena kendalikan pinjaman RM100,000 keatas, malah kena mencapai angka berjuta kerana yang mahu dilahirkan adalah usahawan bumiputera.Untuk pinjaman yang kecil-kecil,sama ada penjual goreng pisang, peniaga pasar malamata apa juga jenis perniagaan kecil-kecilan, ahkan sahaja kepada Amanah Iktiar Malaysia (AIM) yang mana terbuka AIM mampu mengendalikan pinjama berskala kecil dengan jaya.TEKUN jangan bersaing dengan AIM dalam mensasarkan bakal peminjam.

Tok ayah su-pernah pada suatu masa tok ayah su pergi temankan salah seorang ahli keluarga terdekat kepejabat Tekun untuk cuba buat permohonanan pinjaman.Jumlah yang dipohon mengikut didalam kertas kerja pinjaman tersebut sememangnya mencukupi keperluan biayaan tambahan perniagaannya tetapi setelah kakitangan Tekun membuat semak kira kira pendapatan peniaga didapati kadar kemampuan membayar balik tidak sepadan dan dibimbangi pemimjam tidak dapat melangsaikan bayaran balik lalu dipotongnya hampir separuh dari apa yang dipohon

Maka betullah dengan pendapat yang mengatakan apalah yang dapat dilakukan jika mengisi minyak hanya separuh tangki sedangkan lokasi yang hendak dituju dijangka memerlukan setangki penuh minyak, jawapannya sudah tentu kemaraan perjalanan tersebut akan jadi terbantut.

Jika objektif Mara ditubuhkan untuk membantu menaik tarafkan kedudukan ekonomi melayu/bumiputra dalam bidang pendidikan dan perniagaan agar bolih berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa bangsa lain akan tetapi hari ini kita dengar Tekun telah membuka peluang pinjam untuk kemudahan bangsa lain termasuk Cina dan India malah kadar faedah peratusan bayaran telah dinaikan mengalahkan pinjaman pinjaman olih Bank bank Msia, jadi dimana dikatakan Tekun itu untuk "mesra peniaga bumiputra"? jika begini tidakkah nanti melayu bumiputra akan terus ditinggal dan tercicir dari persada dunia niaga?

Berbalik kepada permohonan pinjaman olih saudara terdekat tok ayah su tadi mahu tidak mahu beliau terpaksa menerima jumlah kurang dari apa yang dipohon sekadar hanya untuk buat tampal tampal dicelah gigi sebelum gigi asal tercabut dan akan diganti dengan gigi palsu pula.....

MELI KAPOK BELAWOK said...

TAHNIAH KEPADA PEMIMPIN UMNO

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin disahkan sudah bernikah dengan pelakon terkenal, Zizie Izette dipercayai pada minggu lalu.

Walaupun Bung Moktar enggan mengesahkan perkahwinannya itu, rakan karibnya, Datuk Mohamad Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, semalam mengesahkan pernikahan mereka.

“Dah selamat...saya doakan beliau bahagia. Saya sempat berpesan kepada Bung Moktar jangan berahsia lagi... biar semua kawan tahu kerana ucapan tahniah adalah doa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Anonymous said...

TEKUN hadapi masalah kerana salah konsep.Betulah kalau keperluan makannya nasi sepinggan tetapi diberi sekadar segenggam, mana boleh hilang lapar.

Anonymous said...

Meli kapo belawok dengan Melikapakjangak orang yang sama ko ni.

Mohon penjelasan. Kalau tuan sendiri ikut beri komen, pelik sikitlah.

Anonymous said...

Salam..

Tekun caj perkhidmatan 4% (Dulu 8% - diturunkan)

AIM = 10%

Tekun = Diaorang datang kutip tiap2 minggu/Bulan

AIM = Kena berkumpul pada satu tempat, mengaji (bukan ngaji quran)(Bagi ssaya buang masa aje). Nk keluar kena cari pengganti, abis bayar - tabung kena bayar lagi(Selagi xda pengganti).

----------
Kelebihan AIM;

- Banyak Insuran (termasuk insuran kematian).
- Kalau xbayar - sahabat yg kena bayar (Boleh perang ni)
- Tiap2 minggu dapat berjumpa sahabat2 (mengeratkan silaturahim)

aubout vita said...

Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Sigorta plc temsilcisi. Biz 3% geri ödeme oraninda kredi sunuyoruz. Bu (CEO) e-posta adresine bizimle irtibata ilgilenen varsa: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Sadece Aiicco sigorta plc izin alir 20 yas üzeri edin.
Bireysel Krediler Yatirim.
Isletme Kredileri Yatirim.
Konsolidasyon Kredi.
Insaat Krediler.
Bir veya ödeme yasindaki seçin.
Plan kapsaminda aylik ve yillik ödemeler arasinda seçim yapin.
Esnek kredi kosullari.
Yil 5000 8000.000.00 Euro kadar kredi yok.
Firmamiz Güvenilir, Verimli, hizli ve dinamik bir islemdir. Bize bugün.SR GERAD JUDE Yatirim plc: Yanitlar Isim gönderilmesi gerekmektedir. E-posta: xavigeradloanfirm@yahoo.com

Kelly Wood said...

Kami adalah perusahaan yang terdaftar, meminjamkan uang kepada orang-orang yang membutuhkan bantuan keuangan mendesak, dan mereka yang telah ditolak kredit dari sana bank karena skor rendah kredit, pinjaman bisnis, pinjaman Pendidikan, mobil pinjaman, kredit rumah, kredit perusahaan (dll), atau untuk membayar utang buruk atau tagihan, atau yang telah scammed oleh pemberi pinjaman sebelum uang palsu? Selamat, Anda berada di tempat yang tepat, dapat diandalkan Pinjaman Perusahaan Ibu Kelly untuk memberikan pinjaman dengan tingkat bunga yang sangat rendah dari 2% telah datang untuk mengakhiri semua masalah keuangan Anda sekali dan untuk semua, untuk informasi lebih lanjut dan pertanyaan hubungi kami melalui email perusahaan kami: kellywoodloanfirm@gmail.com
Terima kasih
Terima kasih dan Tuhan memberkati
Ibu kelly
KellyWoodLoanFirmLTD
(Kellywoodloanfirm@gmail.com)