Friday, December 18, 2009

MUNCUL KEMBALI (579)

Tema Sambutan Hijratul Rasul 1431 Hijrah bertepatan dengan konsep 1Malaysia - Pemangku Sultan Kelantan

PANDANGAN
kurang selesa terhadap institusi kesultanan dan keistanaan di Kelantan berubah kepada lebih baik apabila Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Sultan sepanjang tempoh kegeringan ayahnda baginda, KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra, selaku Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim.

Kalau dulu orang politik sering mencaci istana, malah bila ada sesuatu isu yang gagal di atasi dan bagi mengelak dari dikecam rakyat selaku pemberi mandat (undi), maka akan didakwa sebagai isu berbangkit gagal diselesaikan kerana campurtangan 'demo dalam pagar', sekarang tindak tanduk YTM Tengku Muhammad Faris sering diberi pujian.

Embas ke atas istana adalah satu alasan dan kerja mudah bagi selesaikan masalah kerana peraturan tidak membenarkan rakyat jelata 'ungga' ke istana untuk mendapatkan pengesahan manakala pihak istana pula tidak ada amalan memanggil press untuk membuat penjelasan. Kerana itulah juga maka institusi kesultananan keistanaan menjadi negatif pada mata rakyat jelata.

Kalau dulu rata-rata orang berkopiah akan keruhkan muka kalau pun tidak mencebik bibir bila mendengar perbualan tentang sultan dan istana tetapi kini istana, khususnya YTM Tengku Muhammad Faris dipuji penuh mulut. Dengan kata lain, bila Tengku Faris menjadi Pemagngku Sultan, institusi kesultanan dan keistanaan Kelantan menjadi suci dan serba positif pada kacamata orang politik.

Sebelum ini, bagi membuktikan betapa tidak sukanya orang politik terhadap insitusi kesultnanan dan keistanaan, semasa khatib yang berkhutbah Jumaat atau bekhutbah sunat Raya Adilfitri atau pun sunat Raya Aidiladha membaca doa bagi menamatkan khutbah, ada yang menjatuhkan tangan yang ditadah bagi aminkan doa, sebaik sahaja nama Tuanku Sultan disebut kerana ketidak-kesudian mereka mengaminkan doa khusus untuk sultan dan istana.

Saya tidak tahu apa nanti penilaian dan persepsi orang politik terhadap Pemangku Sultan Kelantan yang dipuji penuh mulut oleh orang politik sebelum ini apabila dalam menyempurnakan Majlis Sambutan Hijratul Rasul 1431 Hijrah peringkat negeri Kelantan di Balai Islam Lundang, telah memberi pandangan positif terhadap Konsep 1Malaysia.

Antara lain baginda bertitah bahawa tema sambutan majlis tersebut, Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah amat bertepatan dengan Konsep 1Malaysia yang diterapkan oleh kerajaan pada masa kini. Saya boleh bayangkan betapa 'terkejut biawaknya' pimpinan kerajaan negeri dan sidang hadirin dengan titah YTM Tengku Muhammad Faris itu.

Konsep 1Malaysia adalah konsep kerajaan pusat yang diperkenalan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Keenam tetapi ianya menjadi tejean pembangkang yang mana pembangkang yang meneje konsep itu adalah kerajaan bagi Negeri Kelantan, di samping turut menjadi kerajaan di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Baginda bertitah bahawa tema sambutan majlis tersebut, Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah amat bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang diterapkan oleh kerajaan pada masa kini itu pula pada majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias dan Exco-Exco kerajaan negeri manakala hadirinnya pula terdiri dari kalangan yang sebahagian besarnya meneje Konsep 1Malaysia.

Apa reaksi kerajaan dan orang politik Kelantan terhadap YTM Tengku Muhammad Faris dengan titah baginda itu sama-samalah kita tunggu dan lihat seandainya apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia dan ianya dijadikan paragraf terakhir laporan diperasani oleh pembaca terdiri dari kalangan yang selama ini meneje Konsep 1Malaysia.

Saya sendiri tidak hadir pada majlis berkenaan, malah sejak akhir tahun 2005 yakni sejak tidak lagi berkhidmat dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, saya tidak pernah hadir, malah mengelak dari hadir pada apa-apa program anjuran Kerajaan Negeri utuk mengelak dari sebarang prejudis.

Untuk maklumat bersama, saya postingkan sekali laporan Utusan Malaysia yang meyiarkan titah YTM Mulia Tengku Muhammad Faris Petra selaku Pemangku Sultan Kelantan sebagaimana berikut;

Kembali bertaut dengan persaudaraan

KOTA BHARU 18 Dis. - Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyeru umat Islam agar kembali bertaut dengan kasih sayang dan persaudaraan.

Baginda bertitah, telah terbukti ketiadaan kesepakatan di kalangan umat sentiasa memperlihatkan dunia Islam terpaksa mengharungi pelbagai cabaran yang amat getir.

"Kasih sayang, persaudaraan, tolong menolong, tolak ansur dan kecintaan telah bercambah dalam sanubari umat Islam, hasilnya kesepaduan dan kesepakatan menyebabkan Islam terbina dan berkembang pesat di seluruh dunia pada masa dahulu.

"Namun begitu sejarah membuktikan ekoran ketiadaan kesepakatan dan kerjasama dunia Islam telah mengharungi pelbagai cabaran di pentas dunia dan kini umat Islam berada dalam keadaan tertekan," titah baginda.

Baginda bertitah ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Hijratul Rasul 1431 Hijrah peringkat negeri Kelantan di Balai Islam Lundang di sini, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias dan Exco-Exco kerajaan negeri.

Pada majlis tersebut, seorang pendidik, Salamah Hassan, 77, dipilih sebagai tokoh Hijratul Rasul Negeri Kelantan bagi tahun ini.

Pemilihan Salamah dibuat berdasarkan sumbangannya dalam mengembangkan dunia Islam selain menjadi golongan wanita pertama dari negara ini yang melanjutkan pelajaran ke timur tengah, Mesir.

Bagaimanapun beliau tidak hadir kerana uzur.

Selain itu, Anugerah Tokoh Saudara Kita disandang oleh bekas Pengurus Felda, Abdul Rahim Pui Abdullah.

Bagi Anugerah Masjid Terbaik, Masjid Telipot diumumkan sebagai johan untuk ketagori bandar manakala Masjid Mukim Sri Aman bagi kategori mukim.

Tengku Muhammad Faris bertitah, imej umat Islam yang tercalar pada masa kini perlu dipulihkan dengan menunjukkan sikap yang baik serta perpaduan yang kukuh.

"Beta menyeru kepada semua rakyat yang terdiri daripada ahli politik, profesional, rakyat di bandar dan desa supaya menjadikan sambutan ini sebagai pemangkin untuk memperjuangkan hak Allah agar kuasa Islam kembali berdaulat dengan cara bersatu padu.

"Beta juga menyeru kepada rakyat agar sama-sama muhasabah dan menambah baik tahap kehidupan masing-masing serta berusaha untuk kemakmuran dan kebaikan demi kemajuan ummah," katanya.


Titah baginda, tema sambutan majlis tersebut, Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah amat bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang diterapkan oleh kerajaan pada masa kini.

2 comments:

Anonymous said...

Retorika 1Malaysia....perpaduan Melayu ... perpaduan rakyat?

salah satu bukti hipokrasi kerajaan UBN.. Laporan Malaysiakini....

Masjid: Senarai bercampur orang PAS dibatal
Abdul Rahim Sabri
Dis 17, 09
5:35pm

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bersetuju untuk membatalkan pindaan senarai nama ahli jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu.

Keputusan itu dibuat ekoran perbincangan antara Pengarah JAIP Datuk Mohamad Nor Mansur (foto, baju biru) dengan ADUN Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib (foto, kiri) yang mendedahkan semalam bahawa senarai nama telah dipinda dengan memasukkan nama penyokong PAS.

Keputusan ini dinyatakan oleh Penghulu Mukim Slim River, Mohd Rashid Mohd Hassan, yang turut hadir dalam perjumpaan selama kira-kira sejam di pejabat Khusairi pagi tadi.

Berikutan itu, tambahnya, JAIP akan mengguna pakai semula senarai nama jawantakuasa yang telah dipersetujui pada 2 Ogos lalu.

.................>> read Malaysiakini online...

Anonymous said...

assalamualaikum
salam maak hijrah, semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang membawa kita pada kerahmatan n keredaanNYA

a.m