Tuesday, December 22, 2009

MUNCUL KEMBALI (590)

Isu enjin pesawat F-5E kena ditangani secara telus

HIDUP
ini penuh dengan ujian. Isu kehilangan dua enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan lesap pada 2007 adalah ujian kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ianya terbongkar pada era beliau menjadi perdana menteri.

Pencapaian siasatan dalam mengenal pasti pihak yang bertanggunjawab melakukan pengkhianatan bukan sahaja kepada TUDM khasnya dan angkata bersenjata negara amnya tetapi juga pengkhianatan kepada negara itu menjadi perhatian dan penantian umum.

Apabila sebuah syarikat dikenal pasti terlibat dalam urusan pembelian dua enjin pesawat F-5E, apatah lagi syarikat berkenaan adalah di dalam negara ini, maa sudah pasti dalam tempoh terdekat pengkhinat yang tidak mungkin kesalahannya boleh diamaafkan oleh setiap rakyat negara ini dapat diberkas, didakwa dan menerima hukuman paling berat.

Tidak kira siapa dan sebesar mana pengaruh mereka yang tefrlibat, tindakan tegas tanpa kompromi perlu dikenakan kepada yang bertanggunjawab melakukan perbuatan terkutuk dan tidak beretika itu.

Isu kehilangan enjin pesawat F-5E bukan sahaja sesuatu yang memeranjatkan setiap rakyat tetapi juga boleh dikaitkan dengan kelemahan tugas kepolisian, ketenteraan dan urusan kawalan keluar barangan dari negara ini dan juga barangan yang dibawa masuk.

Kalau enjin pesawat yang cukup terhad bilangannya dan urusan membawa masuk dan keluarnya kena akur kepada pelbagai prosedur boleh dilesapkan dan dijual, ap[atah lagi barangan lain, termasuk dadah dan sebagainya.

Kegagalan menyelesaikan penangkapan, pendakwaan dan penghukuman ke atas mereka yang terlibat mahu tidak mahu akan menjadi bahan kempen pembangkang pada pilihanraya umum ke-13 nanti yang pastinya akan menjual dan menjaja kelemahan kerajaan ekoran isu yang seingat saya tidak pernah kedengaran berlaku di negara lain itu.

Dengan kata lain, jika isu berkenaan gagal diselesaikan dengan pelakunya tidak dikenaan hukuman yang dianggap sebaga paling saksama, tidak mustahil ianya boleh menyebabkan akan tumbangnya sebuah kerajaan.

Justeru itu pelaku perbuatan itu perlu didawa dan dihukum sebagai pengkhianatan dan pemusnahan wibawa, hemah, imej dan reputasi sebuah kerajaan. Makanya hukuman yang patut dkenakan adalah yang terberat dari yang berat.

9 comments:

john said...

terbit jare2...

M'sia buleh...tak dan g perang lagi enjin jet buleh hilang!...tak do apo yang pelik untuk kerajaan bn di malaysia ni...hidup BN!

Anonymous said...

Gemulah Abang Ya Daging said...
Weh adik Lii, di MAlaysia loor nih semua bulih ilang, kalu mung letak ikut sey kok dam, batu pley mung pun bulih orang curi sebab dia minat hok jenis tak dak uluran. bulat molek. Kalu hak man botak tu mung bulih letak kat mana pun orang tak ambil sebab orang tak minat batu pley uluran. tak lih jual. koo guana?

Anonymous said...

Abe Li...Kehilangan ni sebenarnya adalah musibah, tidak kiralah sapa pun atau kerajaan manapun, soal kehilangan ini akan tetap berlaku, tidak ada siapa pun yang mahu...Soalnya ada sesetengan kakitangan yang mengambil mudah dalam soal kerja buat, tidak amanah...Bukan soal kerajaan, sebab kalau PAS memerintahpun belum tentu perkara ini tidak berlaku...Ini soal kelalaian staf-staf yang diamanahkan...manusia ni tak serupa, arahan suruh buat lain, dia buat lain...Dalam PAS pun ada jugak hok gitu...kalu tidok gak, tak mapuh la koperasi Hilal. Pitih ambo pun ada jugok...saloh Tok guru ke koperasi Hilal mapuh?. Kalu kata kerana Tok Guru...ore tu tak berapa segar la...

Ahli Kohilal Haram Jadah said...

Kohilal punya pasal bunyi kaba pitih bini tok guru pun nyo tipu. Meli kenal ko sapo pemimpin Kohilal? Baka dia putar belit berat benar.

Silap haribulan Meli pun kena tipu ko titih bekakas ni. Perut jahat, baso mulut manis jubur masam.

Hilang enjn pesawat tu mugo mahal, penjahat boleh pitih banyak jual mugo beruk tu. di Kelantan bunyi kaba periuk proses debu milik syarikat bawah PMBK pun hilang, cuma suratkoba tak buat gege jah. Boktan t la kerajaan tak bersungh doh hal-hal depu ni.

yes said...

Betul kata kapak janggak, memang satu ujian buat DS Najib. Hilang semasa DS Najib jadi menteri Pertahanan, keluar berita masa DS Najib jadi PM. Harap PM siasat habis habisan.

Yang hairan nya General dan beberapa orang telah di ambil tindakan, tapi siasatan masih belum selesai. Ada di antara mereka yang di ambil tindakan masih dapat pencen. Memang menakjubkan.

bekas ajk bhgn said...

Cikgu mendapat maklumat bahawa sudah keluar pekeliling berkaitan dengan kenaikan yuran asrama sebanyak 200 %. Pelek juga...dalam masa kerajaan menjaja slogan " Rakyat di dahulukan " tetapi dalam masa yang sama hak2 pelajar dinafikan dan di belakangkan.....

Bertambah pelek.... apabila dalam belanjawan terbaru Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 200 juta untuk Taska Permata.... tetapi menarik balik budget untuk pelajar asrama ? Persoalannya.... adakah ikhlas peruntukan tersebut diberi atau hanya untuk MENAIKKAN imej Rosmah ??? Fikir2kan le.......

Anonymous said...

JAMAN NAJIB JAGA TENTERA C4 PUN HILANG....

Anonymous said...

Rakyat makin menderita dengan kenaikan cukai GST, mungkin dalam tahun akan datang cukai kepala akan dikenakan, minyak akan mengikut harga pasaran, minyak naik akan dinaikan, harga minyak turun, kerajaan perlu berfikir dulu untuk menurunkan harga minyak, Gula juga akan kehilangan subsidi, yg tinggal subsidi beruk, Apakah benar rakyat Malaysia menikmati subsidi atau rakyat yg memberi subsidi kepada pemerintah

Anonymous said...

Daripada Abu Hurairah, katanya: Ketika Nabi s.a.w berada dalam suatu majlis, berucap di hadapan orang ramai, tiba-tiba datang seorang badwi dan berkata: “Bilakah akan berlaku qiamat?” Nabi s.a.w meneruskan ucapannya. Ada di antara orang ramai berkata: “Nabi dengar pertanyaan itu, tapi Nabi tidak suka ungkapannya”. Sebahagian yang lain berkata:”Nabi tak dengar”. Apabila selesai berucap, Nabi s.a.w bertanya: “Mana orang yang bertanya tentang qiamat?” Badwi tadi menjawab:”Saya, ya Rasullullah”. Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Apabila amanah dipersiakan, maka tunggulah qiamat”. Badwi tadi bertanya lagi: ”Bagaimana dipersiakan amanah?” Lalu Nabi s.a.w menjawab:” Apabila diserahkan urusan pentadbiran kepada orang yang bukan ahlinya (tidak beriman, tidak jujur & tidak mahir), maka tunggulah qiamat (kehancuran)”.