Sunday, December 27, 2009

MUNCUL KEMBALI (604)

Siapa dalang desak Pas keluar Pakatan Rakyat di Selangor?

BAGI orang Pas yang melihat menjadi antara komponen Pakaran Rakyat (PR) adalah satu keperluan untuk globalisasikan perjuangan Pas, perhimpunan di Depan Pejabat Perhubungan Pas Selangor, di Shah Alam, mendesak Pas keluar dari PR di Selangor bukan dilakukan oleh orang Pas tetapi angkara orang Umno.

Tetapi kepada yang melihat bahawa dengan menjadi anggota PR menyebabkan Pas banyak tersasar dari maltamat asal perjuangannya. Desakan itu dan perhimpunan yang diadakan menjadi satu keperluan sekurang-kurangnya dari sudut 'fardu kifayah' kalau pun bukan sampai ke peringkat 'fardu ain'

Siapa pengasas, pemimpin dan ahli Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas (GKPPNS) itu tidak dapat dipastikan. Pun begitu tidak susah untuk dapatkan jawapan dengan menyemak nama jurucakap GKPPNS, Wan Hilman Wan Ibrahim yang juga ahli Pas cawangan Gombak, sama ada beliau benar-benar orang Pas atau Umno.

Kalau betul beliau orang Pas, tentu ada sebab yang sangat munasabah untuk beliau dan ahli GKPPNS bertindak demikian kerana sebagai ahli Pas yang menyokong atau memimpin Pas atas alasan keagamaan, apa-apa pun tindakan yang dibuat tentulah telah diambil kira dari sudut halal haram dan boleh atau tidak bolehnya dari sudut agama.

Alasan yang Wan Hilman berikan ekoran tindakan GKPPNS itu adalah atas kesedaran mereka yang mahukan Pas terus kekal sebagai sebuah parti politik yang tidak perlu bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta kerana wujud rasa tidak puas hati penyokong dan pengundi Pas di peringkat akar umbi dalam banyak hal melibatkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

GKPPNS tidak mahu Pas dipermain-mainkan oleh PKR dan DAP dalam membuat keputusan melibatkan pentabdiran negeri, termasuklah dalam menangani isu-isu sensitif melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

Antaranya GKPPNS meminta kepimpinan Pas bersikap realistik dalam menyelesaikan isu orang Melayu dan Islam serta bukannya mengikut kehendak pakatan pembangkang yang didominasi oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, ujar Wan Hilman dalam memorandum yang disediakan, GKPPNS menyarankan kepimpinan Pas supaya mengambil iktibar dalam senario politik di negeri Perak supaya parti itu tidak dihukum oleh penyokong dan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Kepimpinan Pas juga dituntut supaya melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan Perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu serta kedudukan agama Islam di Selangor.

Tetapi pada saya, agak sumbang dan nampak dayus, pengecut dan bacul apabila memorandum yang mahu dikemukakan oleh GKPPNS kepada Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali gagal disampaikan berikutan pejabat parti itu ditutup pada hari diadakan perhimpunan. Soalnya ianya ditutup atau sengaja ditutup.

Wan Hilman turut menegaskan, tindakan mereka itu dibuat atas kesedaran mereka dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ertinya Hassan sebagai seorang yang educated tidak sepatutnya mengelak diri dari menerima memorandum walaupun ianya diserahkan oleh orang Umno atau pun oleh 'tok fakir' yang bikung dan berkurap berpanau sekali pun.

Percayalah setiap sebaris ayat yang dikemukakan kepada kita adalah suatu maklumat sama ada perlu diterima atau ditolak, bergantung kepada kebijksanaan kita yang membaca dan menilainya. Setiap orang yang datang pada kita adalah kerana gerak geri Allah yang pasti ada hikmahnya.

Amat rugi kalau setiap bungkusan yang dihantar kepada kita dianggap penuh prejudis bahawa ianya bmengandungi tahi belaka. Macam mana kalau dalam bungkusan itu mengandungi bongkah emas.

Sesunggunghnya amat rugi lagi kalau benang basah cuba ditegakkan kononnya tindakan seumpama itu bukan dilakukan oleh orang Pas kerana orang Pad dididik dengan displin ilmu dan agama tetapi ianya hanya akan dilakukan oleh Umno untuk burukkan imej Pas.

Respon kepimpinan Badan Perhubungan Pas Selangor melalui seorang pemimpinnya yang kononnya akan memecat keahlian mana-mana ahli Pas yang menyertai perhimpunan itu bagi saya bukan respon yang bijak dan boleh meredakan keadaan, sebaliknya akan mendorong kebangkitan yang lebih hebat dan sukar untuk dibendung.

Ini adalah kerana tindakan GKPPNS itu berlandaskan rasa sayang yang mendalam kepada Pas agar tidak menjadi alat kepada PKR dan DAP. Mereka bangkit bersama rasa cintakan perjuangan, bukannya bangkit kerana kebencian kepada parti.

Saya yakin walaupun GKPPNS melakukannya di Selangor tetapi secara tidak langsung GKPPNS telah mewakili ahli dan penyokong Pas seluruh negara yang mana kerjasama dengan PKR dan DAP adalah kerana kepentingan kerjaya politik para pemimpin, bukannya atas kemahuan terdesak penyokong dan ahli akar umbi.

13 comments:

Anti hipokritsme said...

Kena buah Meli sebutir ratan ni orang Pas jadi bisu.

Orang macam John dan yang spesis dengannya tidak berani komen. Padan muka, mengata dulang paku seperpih, asyik caci cercakan BN, apa yang akan jadi pada Pas paat-pakatlah kita nanti kelih

pokyakgawah said...

apa yg berlaku di selangor adalah satu gimik politik ..mereka yang berarak bukanlah dari ANGGOTA PAS, mereka yang berhimpun adalh dari golongan PARTI NASIONALIS KEBANGSAAN MELAYU BERSATU.Tujuan demo tersebut adalah untuk menjatuhkan Kjaan PR di Selangor..harap maklum

pokyakgawah said...

PERHIMPUNAN DEPAN PEJABAT PAS
pengarah dia lupa bawak 20 biji ketayap bagi sorang satu kat mat pacak tu, cuma bawak manilakad je.....tu pun nyorok bawah manila kad.... takut org nampah..... malu diupah nasik bunguk & air mineral...

pokyakgawah said...

Teman mengandaikan ianya satu cubaan paling buruk pernah dilakukan oleh UMNO bagi memburukkan PR negeri Selangor........UMNO dilihat sudah begitu desperate sehingga sanggup berbuat demikian demi utk mendapat dan mengembalikan sokongan orang2 tua di kampong2....... apatah lagi hanya TV3/4 sahaja yg menjadi promoter terhebat perhimpunan ini.............

Kalau benar2 orang PAS sudah pasti mereka2 ini terdiri daripada orang2 yg sanggup berdepan dgn segala kemungkinan........bukan sahaja wajah mereka tidak ditutup berbeza dgn apa yg dilakukan oleh pelakon2 extra tak mahir UMNO ni........malah pertembungan dgn FRU juga sudah menjadi kebiasaan bagi pejuang2 PAS.......

Konklusi teman......."a bad try from UMNO".......review back this fail demonstration and try again later........and next time....please...please make it real.............

UMNO Mengharapkan rakyat yg tidak mempunyai akses pada internet mempercayai insiden ini..........

kutan and the gang said...

pakatan dalam bahaya
seramai 20 orang yang hadir pagi semalam bakal bertambah sekiranya amno menambah peruntukkan nasi bungkus dan duit poket ... hehehehehehe

nasi tambah said...

senang je teori nya..kalau polis tu rileks jer tu perhimpunan org ameno ler, amat ajrang sekali la kalau penyokong PR buat demo polis dalam berkeadaan rileks jer mesti nak buat kacau wlpn perhimpuan aman ..cuba tgk kalau org PR berdemo siap ngn FRU, polis , ngn helikopter lagi hahahaha...

penerima kupon beras said...

AHLI JAWATANKUASA KERJA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN GOMBAK SESI 2009/2011

Ketua Pemuda / Jabatan Ketua Pemuda Ust Syarhan Humaizi Abd Halim

Timbalan Ketua Pemuda / PKKM Sdra Mohamad Azizul Abu Bakar

Naib Ketua Pemuda / PEWARIS Sdra Mohd Helmizan Abd Karim

Setiausaha / Majlis SEKRETARIAT Sdra Damanhuri Dol

Bendahari Sdra Azmi Hashim

Ketua Penerangan Sdra Afyan Mat Rawi

Lajnah Politik & Pilihanraya Sdra Abd Rashid Abdullah

Lajnah Tarbiyyah Ust Ahmad Termizi Mohd Din

Lajnah DACS Sdra Mohd Fadzli Abu Bakar

Jabatan AMAL Sdra Normazali Zainal

Jabatan R&D Sdra Mohd Nadzim Ahmad Azmi

Pegawai Kewangan / Dana & Ekonomi Sdra Mohd Taufik Mohamed Yusof

Jabatan PASTI Ust Hasbullah Mohd Ridzwan

Pengetua AKP Sdra Khairulfahmi Mat Som

Jabatan Belia & Masjid Ust Abd Manaf Jusoh

Penyelaras Kelab Penyokong Muda
PAS Sdra Muslim Ismail

AJK Sdra Muthanna Saari
Ust Muhammad bin Al
Sdra Mohd Fahmi Abd Jalil

Ketua UKJ DUN Batu Caves Sdra Mohd Fairuz Izree Mhd Yusof

Ketua UKJ DUN Gombak Setia Ust Md Noor Husin

Ketua UKJ DUN Hulu Kelang Sdra Mohamed Habibullah Abdullah

SUK Sdra Mohamad Muhaimin Mahammaddin

pokyakgawah said...

senarai lengkap AJK Pemuda PAS Gombak.
tapi tak jumpa pulak nama Wan Hilman Ketua Kumpulan yang mendesak PAS keluar dari Pakatan.
harap Ketua Pemuda PAS Gombak boleh ambil tindakan ke atas Wan Hilamn.
itupun kalau Wan Hilman adalah salah seorang ahli PAS kawasan Gombak.
hehehehehe.
ssssssseeeeeeeeeemmmmmmmmppppppooooooiiiiiiiiiii

nasi tambah said...

Mana nak jumpa sedara.. dia Ahli UMNONGOK BAHAGIAN Gombak.. bukannya PAS KAWASAN Gombak..

Orang Jemuran Pejabat MB Selangot said...

Kalau sah orang Umno buat perhimpunan, repot polislah. Apa pasal suka-suka guna nama parti orang lain. Nak berpolitik biar profesional.

Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan atau Selangor patut ambil tindakan ke atas ahli mereka yang buat onar tu kalau benar yang berhimpun tu orang Umno.

Umno parti besar, buat apa nak sembunyi di sebalik parti yang pajak tak berapa terima nak digadai.

Nak tawan kembali Selangor bukan itu caranya. Lagi pun dalam keadaan sekarang, kalau ada pilihanraya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan lingkup pun.

Rakyat Selangor beri mandat kepad pembangkang kerana mereka mahu rasa pemerintaha ala Pas, corak pemerintahan sekarang bukan yang mereka harapkan.

Sejak PR perintah Selangot berapa premis judis dan pusat hiburan yang dibatalkan lesen premisnya. Yang tutup tidak ada yang jumlah dibuka bertambah memang ada.

Bila Hassan Ali arah rampas jualan arak kawasan umat Islam, bukan sahaja arak yang dirampas dikembali, Hassan Ali pula yang kena sisasat oleh jawatankasa isplin parti.

Umno tak peru main peranan untuk rebahkan kerajaan PR Selangor atau mana-mana negeri pun. Ia akan tumbang sendiri, rakyat bukan bodoh sebagai pengundi.

Ahli Pas Kawasan Gombak said...

Cuba perhati molek-molek dalam senarai berkomputer keahlian Pas, Wan Hilman tu orang Pas ko orang Umno?.

Jangan jadi macam kes Kelantan dulu, kononnya orang mati pun keluar mengudi pada pilihan raya kecil pengkalan pasir.

Akhrinya pengundi yang dikata mati itu hadir ke mahkamah sebagai saksi. Bisu Pas jadinya.

joostspring said...

HUSE MUse bukak mulut dah pasal isu2 di kelate skrg ni...

nak kata ko NaJis direct takut...kias2 la sikit, gana huse ooiii..patah angin dah ko dgn nik ajis...

xlama lg perang besar la npk gaya puak2 NAjis anak beranok dgn puak2 huse..

syabas beti...

kawe nak tepuk tangan jah..

Anonymous said...

..kawe rasa bukan orang PAS yang tunjuk perasaan tu..kalau orang PAS mestilah dengan aksi yang hebat..mesti bawa bendera bulan, pakai lilit kepala macam Si Nizar tu dan habis koman pun mesti baring atas jalan tar seperti di Perak..

..PAS boleh..PR boleh..Islam pun mereka dah gadai masuk kedai pajak Ah Chong..kini 'Allah' pun orang kafir dah ambil..Hudud entah pi kemana..hebat sungguh perjuangan PAS muktahir ini..sikit lagi yang tinggal hanyalah kopiah dangan seluar dalam sambil mengebar bendera bulan..BULAN = O..

PAS Sengoti