Monday, January 4, 2010

MUNCUL KEMBALI (616)

Kerajaan Pas Kelantan perlu wujudkan unit interaksi media

WALAUAPUN orang Pas jarang yang boleh menerima laporan media arus perdana, termasuk media cetak dan elektronik, kecuali media milik parti itu dan bloggers berhaluan kiri, namun laporan media yang tidak dipercayai itu mahu tidak mahu, suka atau tidak, tetap akan memberi impak.

Orang Pas mungkin tidak lagi membaca akhbar-akhbar arus Perdana dan juga tidak lagi menonton saluran tv dan mendengar radio yang kononnya menjahati Pas tetapi hakikatnya Pas tidak boleh sekat para pengundi berbuat demikian.

Contohnya bila kempen boikot akhbar-akhbar arus perdana tertentu dibuat, tidak ada sebuah akhbar pun yang ditutup kerana kerana tiada siapa nak beli, malah naskah jualannya pula kian bertambah.

Yang cepat gulung tikar adalah akhbar alternatif, termasuk yang saya terbitkan. Akhbar boleh laku tetapi pulangannya sukar diperolehi yang mana para pengedarnya adalah di kalangan mereka yang berhaluan kiri.

Maknanya pembaca med
ia arus perdana tetap ada dan merekalah yang kena ditarik untuk menyokong mana-mana parti pun yang mahu menang dalam pilihanraya. Keahlian parti tidak menjamin kemenangan kerana jumlah pengundi yang tidak menjadi ahli mana-mana parti lebih ramai bilangannya dari ahli parti.

Atas sebab musabab bahawa laporan akhbar, tv, radio, blog tetap ada kesannya, maka dapat kita lihat macam mana kalutnya Kelantan, malah betpa menteri besarnya 'berbulu daam kain bereba dalam perut oleh mainan pihak media.

Saya yakin kini ada di kalangan pendukung dan penyokong Pas sudah tidak seutuh dulu lagi ketaks
uban mereka kepada Dato' Nik Aziz ekoran kemelut yang menimpanya serta ekoran kenyataan dan ulasan mengenainya dan keluarga disiarkan oleh media.

Kepunahan reputasi beliau pada pemerhatian saya bukan hanya mainan akhbar, tv, radio dan blog berhaluan kanan sahaja, tetapi lebih 'parak' lagi oleh kerana mainan akhbar, tv, radio dan blog kiri kerana mereka lebih tahu apa yang sebnarnya berlaku dan sering pula bertindak lajak dari laju.

Kadang-kadang bodek dan laporan ampu melampau boeh menjadi umpama mata 'cok cangkul' dipijak, ulunya akan terbingkas dan menggodam dahi sendiri, juga umpama menepuk air di dulang dan meludah ke langit yang akhirnya menimpa diri sendiri.

Yang terbaru berhubung pertembungan kenyataan antara Menteri Besar dengan Tengku Temeng
gung Kelantan berhubung dengan tahap kesihatan Sultan. Jika ianya tidak ditangani secara cermat, bagaikan menarik rambut dalam tepung, ianya boleh mendatangkan 'bah padah' yang parah dan kerajaan Pas Kelantan boleh goyah.

Antara yang perlu ditangani dengan cermat adalah hal-hal yang berkaitan dengan urusan kemediaan supaya apa-apa pun kenyataan kepada media akan dipastikan tidak akan menjadi umpama menghantar 'bola tanggung' kepada lawan atau bersifat menghulur bantal kepada yang sedang mengantuk.

Oleh itu selain dari perlantikan Setiusaha Akhbar (SUA) pengganti Ustaz Saiba perlu disegerakan dari kalangan mereka yang pakar dan mudah digauli oleh orang media, semestinya seorang yang tidak prejudis terhadap petugas media, sudah sampai masanya untuk UNIT INTEKASI MEDIA DIWUJUDKAN.

Unit ini selain dari berperana
n membaca dan menilai dan mengesan apa yang tersurat dan tersirat dari sudut positif dan negatifnya semua laporan media cetak, mendengar semua siaran radio dan tv serta melayari blog, juga mestilah bertindak memberi respon cepat dan tepat melalui kenyataan akhbar sama ada melalui MB, TMB, anggota exco berkaitan, pegawai kerajaan berkaitan dan pimpinan parti sebagai sumbernya.

Unit itu barangkali perlu diletakkan dibawah naungan SUA dengan diketuai oleh seorang yang cukup berpengalaman dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai bereluan tetap dengan wakil-wakil dari media pelbagai bah
asa barangkali patut dilantik sebagai ahli mesyuarat yang dibayar elaun pada etiap kali mesyuarat diadakan.

Dengan cara itu secara tidak langsung hubungan antara kerajaan dan pihak media akan menjadi akrab, sekali gus secara tidak langsung akan mengurangkan laporan berita dan rencana yang kurang baik dan boleh mendatang musibah kepada kerajaan disiarkan.

Jangan pandang mudah kepada peranan media kerana sehebat-hebat Hitler pun, beliau tabik dengan media. Bagi Hitlter sebuah majalah kekuatan sama dengan satu briged tentera, sebuah akhbar mingguan kekuatannya sama dengan satu devision tentera dan sebuah akhbar harian kekuatannya sama dengan angkatan tentera bagi sebuah negara.

Kerana media boleh mendatangkan bahaya dan juga boleh menyumbang kepada perdamaian, maka bila sesebuah negara mahu menyerang negara yang lain, mereka akan gunakan media membuat serangan dahulu manakala pihak yang kena serang juga akan menggunakan media bagi serang balas.

Isu pertembungan MB - Tengku Temenggung sama ada akan semakin parah atau akan reda dan sterusnya selesai dalam tempoh yang singkat, bergantung kepada mainan pihak media.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum wth....

terlebih dulu sy pohon agar post sy ini tidak di edit.....biarkan lah ianya menjadi tatapan pembaca semua....
sbg rkyt kelantan, sy cuma tertarik kpd berita konon ada pertembungan di antara komen tok guru nik aziz dgn tg temenggong....

pada sy tak ada apa yg nk disensasi kan....kita semua faham siapa yg berkuasa mengeluarkan titah perintah di kelantan lo ni...tk lain tk bukan ialah pemangku raja tengku faris petra....jd soal komen tg temenggong bg sy tk blh langsung dianggap pertembungan dgn tok guru sbb beliau tidak diarah pun oleh pemangku raja supaya buat sebarang komen.....
nampaknya utk kali yg seterusnya tg temenggong masih membelakangi pemangku raja...

Istana Dikasih Kerajaan Disayang said...

MB kata lain, Tengku Temenggung kata lain, bukan pertembungan ke namanya tu.

Jangan ingat Pemangku Raja akan buang darah daging sendiri dalam kes-kes begini.

Kalau MB tak boleh buang menantu dia dengan mudah, kalau Nik Amalina bermati-matian bela lakinya dan Nik Abduh pun mempertahankan iparnya, tak 'kanah Pemangku Sultan akan biarkan adinda baginda diperkotak-katikkan. Cubit paha kanan pasti paha kiri akan ikut sama terasa sakitnya. Keduanya berayahndakan Sultan dan berbondakan Raja Perempuan.

Pemangku Sultan mahu pun Tengku Temenggung bukan BODOH, keduanya anak raja mengaji tinggi.

Tengok kepala keduanya dah tau cerdik ke bodoh. Sejarah kejatuhan kerajaan, termasuk kerajaan Umno/BN kerana bermain api dengan istana.