Tuesday, July 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (771)

Dibenarkan bepolitik: guru kena diberi kebebasan memilih

KEPADA guru-guru yang tidak sepenuhnya mengabdikan kehidupannya kepada kerjaya perguruan, tentulah sesuatu yang amat mengembirakan, malah pastinya sangat mengalu-alukan apabila pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik oleh pihak berkuasa.


Kebenaran itu bersifat kembali kepada tradisi asal yang mana para gurulah yang paling banyak terlibat dalam politik, termasuk dalam menyedar peri pentingnya menuntut kemerdekaan negara dan seterunya memberi pelbagai idea dalam pembentukkan kerajaan melalui amalan demokrasi setelah negara merdeka.

Apabila yang membuat kenyataan akan membenarkan guru berpolitik itu adalah Ketua Setiausaha Negara, maka 'akan' itu pasti akan direalisasikan, sekali gus guru-guru yang meminati politik dan ada cita-cita politik bolehlah aktif berpolitik secara terbuka. Selama ini pun ada guru yang aktif politik tetapi keaktifan mereka terhad, rata-rata kalau menonjolkan yang aktif dalam parti pemerintah.

Kecuali yang pro atau aktif dalam parti pemerintah dan mendapat kebenaran dari Ketua Setiausaha Negara, terutama guru besar/pengetua yang mana bilik masing-masing sering kosong kerana menyertai aktiviti politik, kebanyakan guru yang pro pembangkang aktif dalam politik secara sulit untuk mengelak dari kemungkinan disiksakan dengan tindakan pertukaran ke kawasan dan negeri yang tidak sepatutnya kerana atas alasan pro pembangkang.

Gara-gara bermain politik secara kotor, jumud, tidak telus dan tidak profesional, ramai guru yang terkorban, yang terpaksa meninggalkan jawatan lebih awal dari sepatutnya kerana tidak tahan dengan siksaan petukaran secara jahat dan khianat, menyebabkan bidang pendidikan kehilangan guru-guru yang berpengalaman, ada di kalangan guru-guru terbabit kini menjadi wakil rakyat pembangkang.

Manakala yang keras semangat dan tabah, mereka menghadapi siksaan yang dikenakan ke atas mereka dengan reda menyebabkan ada kawasan-kawasan yang asalnya tidak ada pembangkang, akhirnya mejadi kawasan yang ditawan pembangkang gara-gara peranan yang dimainkan oleh guru-guru yang menjadi mangsa pertukaran secara jahat dan khianat.

Semuga kebenaran yang akan diberikan yang melibatkan kira-kira 190,000 guru berijazah di seluruh negara terlibat dalam politik nanti adalah secara telus dan profesional, yakni mereka perlu diberi kebebasan untuk memilih sama ada mahu aktif dalam parti pemerintah atau pembangkang mengikut selera mereka, bukannya dimestikan aktif dalam parti pemerintah sahaja.

Ini adalah kerana peranan kerajaan dan pembangkang sama-sama penting, sama-sama saling perlu memerlukan. Kerajaan akan kuat jika pembangkang kuat dan hebat, sebaliknnya kerajaan akan menjadi tidak bermaya sekiranya pembangkang lemah dan tidak benar-benar berfungsi sebagai pembangkang yang berkesan.

Seandainya guru-guru diberi kebebasan sama ada mahu aktif dalam politik pemerintah atau kerajaan, saya yakin kualiti gelangang politik dan aktivis politik negara akan meningkat dan keyakinan rakyat pelbagai lapisan terhadap politik dan orang politik juga akan meningkat kerana masing-masing akan benar-benar memainkan peranan sama ada sebagai penyokong kerajaan mahu pun pembangkang demi untuk faedah rakyat dan negara.

Pada saya pada waktu ini kebanyakan parti dan orang politik kurang faham dengan peranan sebagai penykong keaaan mahu pun pembangkang kerana rata-rata mereka menggunakan segala peluang yang ada, sama pada ceramah atau rapat umum, di parlimen atau dewan-dewan undangan negeri juga untuk berbalah dan berbahas demi kepentingan parti yang diwakili.

Sepatutnya selepas selesainya pilihanraya, maka pihak yang menang bukan lagi berbahas atas nama parti yang diwakili tetapi kena menggunakan platform kerajaan atau pembangkang. Nama parti kena ditinggalkan di luar parlimen atau dewan-dewan undangan negeri. Yng ada dalam dewan adalah kerajaan dan pembangkang sebagaimana lambang parti tidak dibenarkan dibawa masuk.

Tugas pemerintah atau pembangkang setelah selesai pilihanraya adalah untuk menyelesaikan segala masalah rakyat dan negara. Tidak sepatutnya timbul kes-kes mengejek atau ungkitan kononnya apa yang kerajaan buat tiru apa yang pembangkang buat atau pembangkang buat kerana meniru apa yang kerajaan buat.

Apa yang pihak kerajaan lakukan dan didapati gagal memberi faedah kepada rakyat dan negara, pembangkang kena tegur dan kena memberikan idea dan cadangan untuk membaikinya. Manakala yang baik kena dipuji untuk memberi semangat dan ransangan supaya kerajaan buat lebih baik lagi.

Demikian juga bila pembangkang memberikan idea dan cadangan yang didapti berfaedah untuk rakyat dan negara, maka ianya perlu dilaksanakan dan kena nyatakan ianya adalah idea dan cadangan pembangkang.

Mudahan dengan guru/pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, gelanggang politik negara akan jadi lebih matang, lebih telus dan profesional serta parlimen dan dewan-dewan undangan negeri akan bersih dari longgokan sampah sarap perbahasan dan pertengkaran tentang hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan politik kepartian, sebaliknya akan lebih tertumpu kepada berbahasan antara kerajaan dengan pembangkang demi kepentigan rakyat dan negara.

6 comments:

john said...

"Cikgu suka main politik, hari-hari cikgu main politik"
-main politik umno selamat! main politik pembangkang mampus! hulu mariii....

Anonymous said...

john ni tak habis-habis, ore nak menipu pun dia tak bui peluang, UMNO mana boleh hidup.

Anonymous said...

Guru main politik ada 2 kemungkinan,

politik UMNO---> guru senang naik pangkat walau kurang kompetensi & sumbangan ilmiah, guru senang tubuh syarikat cepat kaya..kerana ada kabel kuat (cable) dengan aristokrat UMNO, guru senang bina rangkaian politik nak jadi calun2 pemilihan, ... tukar profesion .. wakil rakyat, menteri, .....dsb.....

Politik PR, pkr,pas, dap -----> senang bertukar ke daerah hulu, senang didiskriminasi kenaikan pangkat, senang bina rangkaian reformasi rakyat, .. senang difitnah/ konspirasi/ tribulasi... dsb... oleh PPN & PPD hamba UMNO sepanjang hayat..

joostspring said...

dah cikgu tu keja dgn kerajaan UMNO...baso dia dah..xsoh dok koya la wei..org yg keja dgn kerajaan negeri PR dan xsokong PR, aku rasa berat lagi kena..silap2 kena buang keja..

kkl PR perintah aku rasa sapa nak keja dgn goverment kena sain aggrement..sapa xundi pr kena bayar 10juta...kahakahakhahakahahah..base nate sek2 terdesak...pas buat baih,dap buat law aggrement..pkr jgk melopong..kkahakhakhkahaakhak..

Husein Cetong Tanah Merah said...

Abe Li bukan ko kena buang kerja kes tulisannya banyak tegur kerajaan Pas Kelantan?

Anonymous said...

MELI KOHOR LAMA KOHOR BENGONG