Thursday, August 19, 2010

Ihya' Ramadan 1413 - (10)

Ihya' Ramadan

Lima jenis manusia menjadi sasaran Huraisy

oleh
RAMLI ABDUL HALIM

BILA disebut Huraisy tidak akan ada siapa yang tersentak dan gementar kerana tidak ramai yang tahu apa itu Huraisy.

Tetapi barangkali ramai yang mula berpeluh dalam bilik dingin bila mendapat tahu dan diberitahu bahawa Huraisy adalah KALA JENGKING NERAKA yang ditugaskan mendatangkan kesiksaan kepada penghuni Neraka Jahanam.


Huraisy akan keluar dari Neraka Jahanam di akhirat nanti. Besarnya adalah dari timur hingga ke barat dan panjangnya pula seperti jarak langit dengan bumi.

Disirahkan, bila Huraisy keluar dari neraka Jahanam dan semacam mencari sesuatu, maka bertanyalah Malaikat Jibril: "Engkau nak ke mana. Engkau semacam mencari sesuatu"


Maka Huraisy pun menjawab;
"Aku mencari lima jenis manusia semasa hidup di dunia"
"Jenis yang pertama?""Orang yang meninggalkan sembahyang"
"Jenis kedua?"
"Orang yang tidak mahu keluarkan zakat
Jenis ketiga?".
"Orang yang derhaka kepada ibubapanya"
"Jenis keempat?."
"Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid"."
Jenis kelima?"
"Orang yang suka minum arak."

Huraisy mencari kelima-lima jenis manusia yang dikategorikan sebagai mangsa dan sasaran pencarian itu bukan bertujuan untuk saja-saja jumpa mata atau beramah mesra tetapi ianya akan melaksanakan perintah Allah supaya memberi sengatan neraka.

Justeru ketika peluang masih ada dari usia yang masih bersisa, maka marilah sama-sama kita berusaha dengan gigih lagi kertagih sambil berdoa agar kita tidak tergolong dalam satu daripada lima jenis manusia yang dicari oleh Hurasy, apatah lagi menjadi kelima-lima jenis sekaligus.

Kalau dirasakan kita termasuk dalam jenis yang akan dicari Huraisy di akhirat nanti, maka segerlah bertaubat nasuha kerana pintu taubat sentiasa dibuka oleh-Nya sebelum nyawa berada di halkum.

Manusia yang bertaubat nasuha dari dosa-dosanya akan bersih dan suci sebersih dan sesuci bayi yang baru lahir! - Penulis adalah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan pengamal media sejak tahun 1973.

Nama & Alamat Penuh Penulis;
RAMLI BIN ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:017-9871322

1 comment:

pemudacakna said...

satu pesanan yang baik untuk panduan dan keinsafan sebelum meninggalkan dunia yang fana ini...