Wednesday, August 11, 2010

MUNCUL KEMBALI (782) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Mencegah perbuatan mungkar pada bulan puasa akan dapat pahala berganda juga

LAPORAN berita kaki Utusan Malaysia berdate-line di Buffalo, New York, 11 Ogos hanya kecil, cuma empat paragraf tetapi ianya satu laporan yang besar maknanya jika dikaitkan dengan kes pembuangan bayi dan janin yang menjadi-jadi di negara ini.


Buffalo, New York adalah di Amerika Syarikat yang terkenal dengan kerakusan menggunakan kuasa besarnya terhadap negara-negara yang lemah, majoriti penduduknya bukan beragama Islam, malah orangnya tidak selembut dan sesantun rakyat negara ini.

Tetapi bayangkan di negara yang sedemikian sifat rakyatnya, seorang lelaki didakwa, bukan mendera atau melakukan perbuatan buruk dan kejam terhadap manusia tetapi kerana melakukan kekejaman terhadap seekor kucing.

Gary Korkuc, 51, yang ditahan polis yang mahu menyamannya kerana melanggar lampu isyarat didakwa kerana mengurung kucing bernama Navarro di dalam kandang di dalam but kereta dengan bulunya berlumuran minyak dan diseliputi lada tumbuk.

Polis menemui Navarro setelah membuka but kereta Gary Korkuc apabila mendengar kucing mengiau semasa menahan dan menyaman Gary Korkuc kerana kesalahan melanggar lampu isyarat.

Gary Korkuc memberitahu polis, dia bertindak demikian kerana Navarro kucingnya garang dan bercadang untuk memasak kucing jantan berusia empat tahun itu dan beliau telah didakwa atas kesalahannya itu.

Di Malaysia hampir setiap hari kita membaca laporan mengenai kes-kes penemuan bayi dan janin, malah pernah berlaku kes mayat bayi digonggong anjing tetapi tidak banyak tangkapan dibuat terhadap pelakunya.

Kalau dibandingkan dengan kes pendakwaan terhadap Gary Korkuc yang melumur minyak dan lada tumbuk untuk memasak kucingnya yang garamg dengan kes buang bayi, janin dan mayat wanita mati dibunuh selepas dirogol, siapa di antara kita di Malaysia dan di Amerika Syarikat yang lebih berperikemanusiaan.

Sempena bulan puasa yang berkat ini, kita patut memikirkannya kerana kerja-kerja bagi mencegah perbuatan mungkar seperti kes pembuangan bayi dan janin serta mencegah rogol dan bunuh adalah juga merupakan kerja ibadah yang diberikan pahala berganda.

8 comments:

Ismail Kbg.Gendang said...

Salah satu kupasan yang menarik apabi Tok Guru menjelaskan tentang hadith:

"sesungguhnya Allah menolong agama Islam ini dengan lelaki yang melakukan dosa". Dalam mengupas hadith ini, beliau menjelaskan tentang peristiwa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Mihjan r.a. yang merupakan peminum arak tegar.

Dalam peperangan al-Qadisiyyah melawan tentera Farsi yang dipimpin oleh panglima tenteranya yang terkenal Rostum, Abi Mihjan telah turut sama untuk mengejar shahid. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Sa`ad bin Abi Waqqas r.a. Setelah berperang beberapa ketika, sewaktu tentera Islam berehat, Abu Mihjan telah mengambil kesempatan untuk minum arak. Lalu beliau ditangkap oleh tentera Islam dan dihadapkan kepada Sa`ad bin Abi Waqqas. Dengan merujuk kepada hukum hudud, Sa`ad telah menetapkan bahawa Abu Mihjan akan dijatuhkan hukuman sebat sejurus dia sedar daripada mabuknya.

Lalu Abu Mihjan telah dikurung sementara menanti hukuman, manakala tentera Islam pimpinan Sa`ad mara ke medan meneruskan peperangan. Peperangan yang meletus begitu hebat sehingga tentera Islam telah terkepung di tengah-tengah tentera Farsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, beliau menyedari tentera Islam telah mara ke Medan, lalu beliau meminta kepada isteri Sa`ad bin Abi Waqqas untuk dilepaskan agar boleh menyertai tentera Islam untuk meneruskan jihad. Pada awalnya isteri Sa`ad berat untuk melepaskannya, tetapi setelah Abu Mihjan berjanji akan kembali semula untuk menerima hukuman, beliaupun dilepaskan.

Di tengah-tengah kepungan tentera Farsi itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda yang menutup muka, merempuh kepungan tentera Farsi tersebut. Tentera itu sangat hebat dan pantas, sehingga berjaya memecahkan kepungan tentera Farsi tersebut. Setelah selesai pertempuran hari itu, tentera-tentera Islam yang kembali bercerita antara satu sama lain tentang kehebatan tentera berkuda tersebut. Lalu salah seorang daripada mereka menyebut kemungkinan Allah swt telah mendatangkan pertolongan dari kalangan tentera Malaikat. Apabila Sa`ad mendengar kata-kata tersebut, beliau menyatakan: "dia bukan tentera Malaikat kerana kuda yang ditunggangnya adalah kuda aku".

Sa`ad Ibn Waqqas seterusnya mengkhabarkan bahawa tentera berkuda itu adalah Abu Mihjan yang menanti hukuman hudud kerana meminum arak. Kisah ini dapat dibincangkan oleh para ulama berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud semasa perang. Terdapat beberapa riwayat yang menyebut Abu Mihjan kemudiannya telah dilepaskan daripada hukuman itu. Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua, dan harapan kita Zaid Ibrahim akan mencontohi Abu Mihjan r.a.

Soalan,
Bagaiman jika peliwatpun boleh bantu agama Allah, sebab peliwatpun pendosa juga.Se lagi bagaimana Harbi DAP buleh bantu Islam, mungkin Tok Guru ada hadith, tapi tak wak tubik lagi, Cuba abe li kupas, sebab ramai tanya ambo, sebab ambo tahfiz di Pusat Tahfiz Al-Balagulmubin, mesjid Brunai. Dulu masa arwah Dato Nasir ada lagi, . Tahfiz tak ngaji Usuludin, xreti nak jawab.Jawab Abe Li deh

Kapak Jangak Follower said...

Buke nak komen original pos, tapi nak komen hak Ismail Kgg. Gendang.

Orang PAS akan cari hadith dan ayat yang sesuai dengan nafsu politik yang semakin serakah, tanpa kisahkan risiko kpd umat. sebagai contoh "Allah menolong agama Islam dengan lelaki yang melakukan dosa" jadi peminum arak boleh jadi kuat dan gagah untuk bantu Islam. Sebab itu PAS sokong Zaid Ibrahim peminum arak tegar yang bakal membantu ISLAM. Hadis ini digunakan secara meluas di Hulu Selangor tempat Zaid Ibrahim bertanding, ini menunjukkan PAS pun tahu Zaid kaki botol, tetapi hadis ini tak laku di situ Zaid pun kalah, Jadi lepas ni ramai anak muda akan minum arak, untuk bantu Islam. Saya tolong jawab bagi pihak Abe Li. PAS jangan berdoah, ni-lah karutnya PAS, Tapi takleh kata apo, rakyat jelata telah di Brain Wash, hok PAS buat semua betol belako, Nik Aziz tu lah hok sebena-benanyo. Hok kerajaan buat semua tak betul belako. Hatta buat masjid, buat Hospital, buat Putrajaya tempat anak orang PAS belambok bekerja di Situ, dulu projek membazir, rasuah, buat Mahligai. Inilah munafiknya pemimpin PAS, anak buah tak tahu gapa pakai angguk, angguk. Tetapi puak tok angguk ni ramai. Maka keputusan orang macam ni diambil kira dalam p/raya. Kitalah tanggung akibatnya. Wallahuaklam.

kakiku said...

kah kah kah!
meli oh meli!
lama tak layari blog ini, sejak pergi jual dan promosi ubat "barang naik" ke Qatar dan Bahrain.
Kemarin balik Kelantan, nak jumpa geng-geng sepenjual ubat "barang naik" di medan ilmu. Sambil dengar ceramah, terbuka pula blog "kapakjangak" yg saya kategorikan blog UMNOtegar.
Saya ada cerita yang berkait dgn apa yang dicatat untuk renungan si meli pada pagi jumaat ini.
Ceritanya begini,
Saya dijemput untuk berubat "barang naik" dgn seorang orang besar UMNO, bukan kaki rembat RM100, tapi kaki rembat RM5&6 juta.
Setelah berpuashati beliau berubatkan saya, kami berbual dari satu topik ke topik, bila tiba topik Kelantan, secara selamba beliau berkata, "saya telah hantar anak-anak saya belajar di Kelantan, nak didik mereka suasana kehidupan Islam". Saya pun layan tak layan apa cakapnya, apa yg saya tunggu adalah RMdolar.
Dia terus beritahu saya "kalau kau pergi ke Bukit Bintang kau tenguk betapa teruk anak melayu, di Kelantan tempat sesuai untuk pelihara anak".
Aku terkejut dan cuba bertanya, "kenapa siang malam nak guling kerajaan PAS Kelantan". Sambil hulur sampul beliau berkata "hanya orang gila nak guling kerajaan PAS di Kelantan!".
Sambil ambil sampul, aku rasa pening, bagaimana dato' boleh cakap macam itu.
meli! kawe tak faham, macam mana anta boleh menidakkan apa yg dilakukan oleh PAS dgn mengiakan apa yg dilakukan UMNO.
SELAMAT BERPUASA, mustahil maksiat dan mungkar dapat dicegah daripada mereka yang mencintai kemungkaran dan maksiat, renung-renungkan.

Kakimu said...

Kelate tempat bagus untuk tempat besarkan anak? Tak baca paper ke, pagi ni Utusan kata jumpa mayat baby dalam lubang tandas di bukit bunga, minggu lepas jumpa doh, bulan lepas , siap bakar lagi babby tempat pelupusan sampah K.Krai, beberapa hari lepas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Mengumumkan semua daerah di Kelantan adalah kawasan hitam dadah, dimana enam bulan pertama tahun ini hampir 1000 kes, berbanding lebih 600 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu, begitu juga HIV dikalangan remaja meningkat dengan mendadak.

Dato' yang you jumpa tu tak diberi maklumat yang betul kakiku oiii, kakiku jangan letak otak kat kakimu.
Maaf ye mengate sikit posa-posa ni.
Cakap biar berfakta, berfikiran mau saintifik sikit.

Abe li jangan hirau, lagi tegar UMNO abe Li, lagi bagus. Tulis lagi bagi faham, mudah-mudahan kurang sikit kebodohan, kejumukan, ketaksuban mereka-mereka yang tersenarai doh sebagai ahli Syurga yang bakal didiami bersama khalifah mereka dari penang'

Abdillah said...

UMNO = Untuk Masuk Neraka Oiii,
Meli baik mu tobat, masuk PAS = Puak Ahli Syurga.

Mu tu Tua Dah, Tak Dan Kayo doh, dok sokong menate UMNO pun. PAS parti Allah. Nik Aziz tu Ulamak kekasih Allah, kalu kita sayang , sanjung nik Aziz Tok Guru, Kita pun jadi Kekasih Allah. Saing ngan Tok Guru dapat 2x untung, Didunia tuhan bui kaya raya, lepas mati tuhan bui Syurga. Saya ni nega lama sangat doh, tak kaya-kaya, sekat dok rapat ngan Tok Guru ni, baru ngerak sikit, banyak peluang nega juga, kalu kita pandai di Kelantan pun. Mumari jumpa aku Meli modal 20,000. untung 2 juta. 20,000 itu pun bukan buat gapo, bagi derma buleh pala lagi. Tak payah susaha-susah dok jek UMNO nak jadi kaya.

Anti Ubat Kaki Lima said...

Kaki jual ubat memang kaki temberang. Nak ubat naikkan barang orang konon, barang kakiku sendiri ada naik ko tidak, ada larat naikkan tiga biji buah nyor basah ko tidak?

Anonymous said...

Orang tak buat kiro dengan kaki jual ubat 'barang naik' . jenis temberang banyak. Ambo boleh cerita pasal pemimpin PAS negeri. Pernah jadi Exco pulak tu. Nasihat ko ambo tak payah masok PAS. Buat kerja tidak profesional. Nmpk ko dio pun kecewa dengan keberkesanan pentadbiran PAS. barang dah terlanjur nak buat macamana.

Mengenai Abdilah, dia tu ahli syurga. Mana layak dgn kita mo yang berserah kepada keredaan Allah untuk menentukan kedudukan kita nanti. Hanya ahli syurga yang telah berdaftar dengan PAS aje yang layak buat ulasan mengenai pandangan Abdilah. Mungkin Khalifah Umar Abdul Aziz al aLIM GUANo ENGkau berada dalam kem yang sama dengan Abdilah dalam Syurga khayalannya kot. Wallahualam.

Saudagar Ubat Kurap said...

Mumari jumpa aku Meli modal 20,000. untung 2 juta. 20,000 itu pun bukan buat gapo, bagi derma buleh pala lagi. Tak payah susaha-susah dok jek UMNO nak jadi kaya.

KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!

KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!
KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!
KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!
KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!
KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!
KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!KOYA!