Doa dalam khutbah Jumaat hanya untuk muslimin dan muslimat
BERDOA adalah antara rukun khutbah Jumaat. Bagaimanapun doa yang menjadi rukun adalah doa untuk kesejahteraan kaum muslim dan muslimat, mendoakan untuk kesejahteraan bukan untuk orang bukan Islam rasanya tidak disyorkan dalam dalam khutbah Jumaat atau apa-apa doa pun oleh umat Islam.
Ucapan salam untuk orang bukan Islam pun akan disebut dalam bahasa sesuatu bangsa penganut agama Islam yang dipastikan tidak akan membawa makna dengan salam yang digalakan diucapkan dan kena dijawab oleh umat Islam yakni Assalamualaikum! atau Assalamualaikum-warahmatullahi-wabarokaatuh!.
Dalam bahasa Melayu dan dalam konteks Malaysia disebut salam sejahtera dan tidak diucapkan salam sebagaimana yang dituntut kepada umat Islam menyapa sesama Islam yang menajdi amalan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para anbia'.
Sukar untuk dipastikan apa rasionalnya dan berfakta hujah serta hukum hakam mana, maka berlakunya kes nama Yang Dipertuan Agung yang beragama Islam digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang yang pada pengetahuan umum belum Islam.
Hakikatnya kalau tidak dimasukkan nama Yang Dipertuan Agung atau nama sultan dan raja dalam khutbah Jumaat tidak akan mencacatkan khutbah, apatah lagi kalau sekadar nama seorang ketua menteri atau menteri besar.
Tidak tahulah kalau kerana tertarik dengan kezuhudan Khalifah Umar Ibnu Aziz dan berazam untuk mengkhalifah-umar-ibu-azizkan dirinya, Lim Guang Eng memeluk Islam tanpa menukar namanya. Rasanya kalau Lim Guan Eng sudah Islam bolehlah namanya sebagai ketua menteri dimasukkan dalam doa khutbah yang tidak dilakukan pada hayat Rasululllah s.a.w.
Memasukkan nama-nama pemimpin negara dalam doa khutbah bukan sunnah dan asalnya dimasukkan nama khalifah ar-Rasyidin tetapi kemudiannya telah digugurkan kerana dikatakan bida'ah. Kalau sahabat yang ditentukan sebagai ahli syurga semasa hayat mereka lagi digugurkan nama mereka dalam doa khutbah Jumaat, atas faktor apa maka pimpinan pada zaman mutakhir ini dimasukkan.
Berbalik kepada Lim Guan Eng, jika beliau sudah muslim bukan sesuatu pelik kalau pun beliau tidak menukar nama asalnya kerana jumlah umat Islam di negara Cina sendiri pun bilangannya jauh lebih ramai dari jumlah umat Islam di negara ini, malah Islam lebih awal sampai ke Cina berbanding dengan di negara kita.
Tetapi kalau Lim Guan Eng bukan beragama Islam, memasukkan nama beliau dalam doa khutbah Jumaat adalah bersifat mempersenda khutbah dan kena dihentikan segera, apatah lagi kalau tujuannya adalah kerana tujuan berkepentingan politik kepartian.
Mempermain-mainkan rukun khutbah bermakna mempermainkan Islam. Mempermainkan Islam adalah perlakuan terkutuk yang perlu dicegah dan ditentang habis-habisan dan usaha ke arah pencegahan adalah merupakam fardu kifayah.
Kalau tidak ada ada yang menyertai usaha itu boleh menyebabkan seluruh umat Islam di Pulau Piang khasnya dan di seluruh negara amnya akan berdosa kerananya.
Thursday, August 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Kerja siapa agaknya yang masukkan dalam teks nama lim guan eng yang dimusuhi oleh meli & umno nih?
Rasa aku, tak berapa cerdik jika "ustaz" yang karang khutbah seperti ini..... dan jugak tak berapa bijak jika "pihak berkuasa agama negeri" yang meluluskan & menerbitkan khutbah seperti ini!
Begitu jugak "dungu" ... imam2 yang terima teks membaca khutbah membuta tuli tanpa fikir & timbang dari segi kebenaran syaraknya....
Belum dibuat orang lagi sebelum ini... ... tapi jika manusia berhati syaitan mungkin boleh buat apa saja dia suka ... PERSOALAN... Apakah terdapat elemen2 "musang berbulu ayam" dalam pentadbiran majlis agama Islam Pulau Pinang? Kerja2 kotor oleh "musang2 umno" yang berkeliaran untuk sabotajkan dan provokasikan kerajaan PR, khususnya DAP?
Sama seperti banner gambar gambar anwar, chua jui meng, dan sultan johor yang berlogo pkr..yang direntang dikawasan pmasyarakat meleyu johor....itu... Apakah ini kerja2 ahli2 PKR atau "pakar2 provokasi UMNO"?....
Jika betul telahan aku... pencetus, penjual dan pengulas berita2 seperti diatas ... merupakan penulis2 berotak dungu dan berhati dendam kesumat yang diselumbungi "jiwa yang sakit tenat" dengan hujjah mengikut hawa nafsu sendiri..... membesarkan lagi tugas sebagai PEMBAWA VIRUS FITNAH & PERPECAHAN UMMAH dibulan puasa yang mulia ini...
Orang berpuasa yang hakiki adalah semakin membawa kepada ketaqwaan.... bukan orang2 yang sakit jiwanya & perekacipta fitnah .... pohon maaflah kepada mangsa fitnah...
Salam..
Ambo buke apo..ambo harap apo berito ni yang dibowok umno kali nih biar sungguh la..tulong la umno biar la berito ni sunggoh..buke apo kalu sungguh senang ambo nok sokong umno lepas ni..kalu dok gak meme ambo kato umno jenis PELAWOK!,TERDESOK! dan NOK MAPUH! dale berpolitik.....
TAZKIRAH RAMADHAN
untuk mereka yang memahaminya.
bula ramadhan bulan al-Qur'an,
dibaca ditadabur dengan hati,
Bukan semata untuk keberkatan,
Tujuan utama membuka hati,
Ubat mujarab hati berkarat,
hapus sudah si hati karat biru,
lihat ayat ini :
يأيهاالذين أمنوا إن جاءكم فاسق بنيإ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهلة فتصبحوا على ما فعلتم ندمين
Bacalah ayat ini berulang kali,
bukankah al-Quran itu tali,
kemudian berfikir dengan hati,
jawablah soalan diberi,
Adakah suatu yang masuk akal umat Islam P.Pinang memasukkan doa ke atas orang bukan dalam khutbah jumaat mereka?,
Adakah umat Islam P.Pinang tolol dan bangang dalam masalah ini?.
Daripada mulu siapakah keluar tuduhan ini? (kemarin si mamat inilah yg tuduh orang durhaka, mu pula meli tolong heretkan).
Adakah beliau bermusuh dgn orang yang dituduhnya?.
Adakah beliau mempunyai kepentingan dengan berita ini?.
Jawapan jelas dan terang bagaikan bukit Bendera dan bangunan KOMTAR.
Ana rasa terkejut, anta yang berhati ikhlas (hampir sampai ke martabat wali khutub) menjadi tukang sambungan untuk menyebarkan berita tidak diketahui ulu dan hilirnya.
Kalau nak mengangkat pun, janganlah samapai angkat jamban tahi.
apa nk susah-suahnya. Guan Eng ke diangkat sebagai Khalifah Mirip Umar Abdul Aziz. Tak hairan kalau nama dia didoakan oleh khatib waktu membaca khutbah. Ke Guan Eng Taraf wali. Sebab tulahlah yang Nik Aziz Sayang sangat. nampak gaya ahli syurga dalam senarai PAS tambah pulak sorang lagi.
Inilah hasil kejayaan PAS berdakwah kepada DAP sepertimana yang dipertahankan oleh Mursidul Amnya :
"Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud" .
Berkaitan dengan Khutbah Jumaat yang mendoakan Khalifah Lim Guan Eng, ada beberapa ulasan nakal, yang akalnya dimamah nafsu amarah dan tohmohan jahat, yang tercemar pemikirannya telah dihapuskan dek bukti yang jelas lagi nyata.
1) Tohmohan Anonymous 20 Ogos, 2.46 AM :Apakah terdapat elemen2
"musang berbulu ayam" dalam pentadbiran majlis agama Islam Pulau Pinang? Kerja2 kotor oleh "musang2 umno" yang berkeliaran untuk sabotajkan dan provokasikan kerajaan PR, khususnya DAP?
2. Nafsu amarah beserta tohmohan. yg membuktikan kebenaran daripada pihak lain tidak diterima, yang diterima daripada kalangan puaknya sahaja. iaitu dari (Ustaz?) John, 20 Ogos, jam 4.07 AM :
....buke apo kalu sungguh senang ambo nok sokong umno lepas ni..kalu dok gak meme ambo kato umno jenis PELAWOK!,TERDESOK! dan NOK MAPUH! dale berpolitik.....
DAN INI BUKTI DAN PENGESAHAN ORANG YANG BERKAITAN DGN ISU TERSEBUT :
Dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan berlaku penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat.
Mereka ialah Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.
Hamir mengakui nama Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25 Jun lalu.
Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.
''Rakan-rakan kariah masjid ada menjemput dia (Zakaria) untuk memberi khutbah dan kita tiada halangan.
"Kalau ditanya mengenai isu ini, kita memang akui nama ketua menteri memang ada disebut dalam doa khutbah.
Semoga Allah SWT memberi petujuk kepada mana-hambanya dari kalangan puak Asobiyyah yang ternyata bebal dan tertutup pemikirannya ini. Wallahhualam.
Puak2 UMNO dok beri cerita palsu ko menteri2 dia. Kemudian menteri2 & media massa umno cepat2 besarkan isu2 yang "diagaknya" orang2 melayu termakan & melenting ....
... dulu isu pemusatan ladang babi, jual arak dishah alam, kemudian bina kuil di SA, hingga demontrasi kepala lembu..... isu kalimah Allah, isu pasir, isu gambar raja johor pada banner pkr, terbaru isu doa kutbah pulak.... nampak bagusnyaaaa.. UMNO .. pejuang "melayu & Islam " konon ... heeheheeheheee...
Bila nok tutup bisnes judi & maksiat terbesar di asia tenggara di kasino genting highland oleh kerajaan UMNO Pahang tuu ..eh? Kita buat hotel peranginan tanah tonggi tapa maksiat atau kita convert kepada university ko, hospital ke, rumah kebajikan ko,...hehehehe
JAKIM dok kira anak haram lebih 80,000 orang doh... dok kira saja ko? tak ko nak cadang apa2 tindakan untuk atasi budaya jahiliyyah dalam masyarakat melayu & negara sekarang ini? JAKIM ni bawah UMNO. banyak ulaamak & ustaz. dok buat kerja apa? Dakwah & tarbiyyah lah seluruh ummat yang dalam kesesatan tu... Kita tukar kepada amalan budaya hidup sunnah nabi dan akhlak Islami.
Para penguasa, pegawai & hakim kerajaan UMNO bila lagi nak kaji perundangan sekular diterapkan dengan prinsip2 Islam yang sebenar? Takkan hukum nikah kawin saja, atau hukum orang tak puasa saja,.. mana hukum qisas bagi orang bunuh bayi, mana hukum qazaf bagi mereka tuduh zina/liwat, mana hukum hudud? Takkan UMNO sama dengan DAP, karpal sink, sama2 tolak hukum hudud?
hehhehhehehe.... yang murtad, berzina, minum arak/dadah, berjudi, ... lebih teruk dari isu doa khutbah tu en meli...... kahkahkah....
salam...
cakap lah apa pun dengan orang hok totok PAS...dia dah meme kayu! kalu de slimut tlanje ngan bendero PAS...tok soh royat gapo la...kenyataan terang2 dan ada bukti pun dia tolok mentah2 kecuali 'Tohok Guru' dia royak baru dia ccayo..meme loni puok2 dio dok pujo ustaz Lim Guan Eng, muga samo ngan khalifah Umar ke...!
"Bila nok tutup bisnes judi & maksiat terbesar di asia tenggara di kasino genting highland oleh kerajaan UMNO Pahang tuu ..eh? Kita buat hotel peranginan tanah tonggi tapa maksiat atau kita convert kepada university ko, hospital ke, rumah kebajikan ko,...hehehehe"
HAHAHA..! TAHNIAH KHALID SAMAD KAT SELANGOR!!!...NAK BERI TANAH LEBIH LUAS UNTUK MEMBESARKAN KILANG ARAK... TAKEBIER!
KAT KELANTAN MENTERI BESAR NIK AZIZ MENGAKUI PENJUALAN ARAK MASIH DIBENARKAN DI KELANTAN..."untuk orang bukan Islam", ujarnya.
HAHAHA!!!...APA MAKNANYA TU!!!??? BIUL SEKEJAP NAK PIKIR TARAF MENTERI BESAR MACAM NI...KEBUDAK-BUDAKKAN BUNYINYA...TAK KAN X BLEH PIKIR...UMNO BUAT PUN ATAS TUJUAN TU LA WEI!!!
hah..umno bengong babak doh..lawak sarkas bulan ini makan tuan! lain kali si pembawa berita @ Zahid siasat dulu maklumat tu betul ko namo LGE tu ganti tepat Agung..kalu versi ore kapung nama LGE memang khotib sebut tapi bukan ganti tepat agung. Tok khotib doa suruh LGE masuk ISLAM! saloh ko wahai umno bengong!(rujuk metro hari ni 21/10)..tok pasal kurus poso dok ngato ko umno yang bengong sokmo tamboh2 di bulan poso nih!
Jenis ahli syurga yang PAS senarai ni royat gapo pun tak dengar. Kelompok mereka ni layak tersenarai dalam puak-puak Asobiyyah. Doa ko Khlaifah Alfadhil Lim Guan Eng tetap berlaku dalam kutbah yang dibaca. Itu Pokoknya. Manakala alasanya utk membenarkan khatib berbuat begitu boleh direka-reka. Kita tunggu dalam Harakah yang baru ayat mana yang mereka akan petik utk membenarkan tindakan Khatib tersebut. Sama seperti isu SHIT yang mana Nik Aziz membenarkan kata huduh dengan mencari dalil-dalil yang ditafsirkannya dari ayat Quran.Muga dia sorang jah reti tafsir. Lo ni Khalifah Lim Guan Eng senyum. Ko saudara Islam didoakan kemusnahan. Ko DAP didoakan kesejahteraan. Pikir-pikirlah dengan akal yang rasional bersendikan iman bukannya nafsu dendam dan amarah.
Jenis umno bengong..tu la tujuan pas baik nga dap..kalu mano hok napok baik ko islam suruh la Tuhan bkuo hati buleh menerima islam..saloh ko umno bengong? (pok mat beruk nga beruk pok mat lain maknonyo!)..ni yang umno bengong dok sain ngan mca 50 tahun doh pun siap mca buleh kutuk lagi islam! nok wak guanonyo mugo dok tengok contoh geng2 umno hok toghut tu..tok pasal kurus poso aku hari dok kutuk umno yang sememangnyo bengong!
wahai zahid hamidi.... hari tak dak "cereka" baru lagi ko.... dari boria UMNO pulau pinang yang awak percaya tu?
Dua tahun DAP perintah ranap "Melayu Mamak" ... lebih 50 tahun lim chong yu & tsu koon perintah dulu, UMNO tumpang semangkok, projek2 mega alibaba dibawah BN-Gerakan, di pinang... melayu masa tu hebat ko? Tak payahlah UMNO dok bising, masa dibawah BN dulu lagilah... teruk rakyat kena halau oleh kroni & sahabat UMNO .....
Untuk geng2 umno bengong (mu npk cayo ko tok ser ko ikut mu lah)
Isu Khutbah: Umno Bodoh! Tak Reti Bahasa Arab!
Hanya salah faham & tidak faham B.Arab - Imam
TASEK GELUGOR 20 Ogos - Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.
Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.
Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.
''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.
''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.
"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.
Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.
Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.
"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya.
p/s: lain kali gapo lawok hok pemimpin umno buat keno siasat dulu baru buleh nok suko...kah..kah..kah.
Ini kandungan doa yang dibacakan oleh ustaz Zakaria, khatib yang diamanahkan untuk membaca khutbahnya sepertimana yang dimaklumkan kepada saya :
Dalam doa khutbah keduanya, Zakaria membacakan doa yang berbunyi "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri".
saya akan cuba meminta salinan isi khutbah yang asal bagi mengesahkan isi kandungan, tak kiralah bahasa melayu atau bahasa arab.
astghfirllah hal azim....
tak sangka John dan rakan2 boleh tulis gini bulan2 poso ni...
nmpak ada tanda2 riak dan suma'ah dlm hati..Islam ajar ko kalu lagu ni?
Pok Nik zid keno tarbiah banyok lagi ni...! Wahai saudara2 ku...
kalu nak berdakwah, gunakan cara bil hikmah...jgn terikut2 cara org lain...ni yg nabi ajar...
KATA JOHN (1)
Ambo buke apo..ambo harap apo berito ni yang dibowok umno kali nih biar sungguh la..tulong la umno biar la berito ni sunggoh..buke apo kalu sungguh senang ambo nok sokong umno lepas ni..kalu dok gak meme ambo kato umno jenis PELAWOK!,TERDESOK! dan NOK MAPUH! dale berpolitik.....
August 20, 2010 4:07 AM
KATA JOHN (2)
Untuk geng2 umno bengong (mu npk cayo ko tok ser ko ikut mu lah)
Isu Khutbah: Umno Bodoh! Tak Reti Bahasa Arab!
August 21, 2010 12:05 AM
SENJATA MAKAN TUAN
Doa yang dibacakan oleh khatib pada khutbah kedua solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora 25 Jun lalu dibuat dalam bahasa Melayu.
Kandungan doa itu adalah meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus kekal dan berjaya mentadbir negeri Pulau Pinang selain tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas.
Perkara itu dijelaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya yang menafikan dakwaan kononnya berlaku salah faham dalam kalangan jemaah yang tidak memahami doa kerana ia dibacakan dalam bahasa Arab.
Perkara itu disahkan oleh seorang saksi, Mohd. Radzi Husaain, 34, yang mengakui terkejut dengan doa yang dibacakan khatib terbabit.
"Ramai jemaah yang terpinga-pinga kerana khatib juga tak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri sebaliknya lebih mengutamakan pemimpin bukan Islam seperti Guan Eng. Perkara seumpama ini tak pernah berlaku di masjid ini sebelum ini," katanya.
Seorang lagi rakannya, Mohd. Shahril Harun, 36, yang turut bersolat di masjid sama menjelaskan, dia tidak pernah mendengar doa seperti itu sebelum ini.
SAMBUNGAN
Bunyi Doa :
Doa yang dibacakan Zakaria didakwa berbunyi "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri," dan tiada doa kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.
PERISTIWA BERKAITAN :
Syeikh Rasyid Redha berkata: “Imam Ahmad meriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir katanya, sabda Nabi saw: :”Sesungguhnya kita esok pagi akan pergi ke perkampungan Yahudi, maka jangan kamu semua memulakan salam kepada mereka, Jika mereka memberi salam kepada kamu, jawablah, ‘wa’alaikum.”.
(Catatan : Apalagi mendoakan mereka secara terbuka didepan khalayak seolah-olah tidak ada pemimpin Islam lagi yang perlu didoakan)
Post a Comment