Wednesday, October 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (830)

Fatwa: silap terima boleh punahkan akidah

KESEMPURNAAN Islam adalah berpegang teguh kepada Rukun Iman dan Rukun Islam, yakni kena beriman dan bertakwa. Taksub dan berpegang kepada fahaman mana-mana parti politik tidak menjanjikan kesempurnaan keislaman serta kemantapan iman dan takwa.
Seandainya silap menerima fatwa boleh punahkan akidah.


Parti-parti politik yang mempermainkan hukum hakam dan mengeluarkan fatwa berkepentingan politik kepartian secara tidak langsung boleh menyumbang kepada kepunahan akidah.

Silap memberi fatwa bukan sahaja boleh menyumbang kepada kepada kepunahan yang membuat fatwa itu sendiri tetapi juga boleh menjahanamkan akidah serta para ahli parti, penyokong serta para pengundi yang memberi undi kepada parti yang pemimpinnya memberi fatwa siongsang dan menyesatrkan.

Demi untuk keselamatan akidah, adalah lebih wajar kepada setiap umat Islam, termnasuk para engundi di kalangan umat Islam di Galas mahu pun di Batu Sapi supaya berpegang teguh kepada Rukun Iman dan Rukun Islam tanpa terikut-ikut dan terpedaya dengan fatwa-fatwa yang mengelrukan.

Sesungguhnya syautan menjalankan kerja menyesatkan anak cucu Adam melalui pelbagai cara, anekamacam pendekatan dan pelbagai saluran, peluang dan ruang, antaranya melalui saluran sikap riak kerana rasa lebih alim dari segala yang alim.

Syaitan dan iblis boleh berada dalam jubah, dalam serban, dalam janggut, dalam purdah, bawah kopiah dan sebagainya kalau di alam dan dibawah jubah, dalam serban, dalam janggut, dalam purdah, bawah kopiah ada unsur-unsur riak dan takbur.

Justeru itu ada hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa kadang-kadang apa yang dibuat dan disangka perbuatan ahli syurga sebenarnya adalah perbuatan ahli neraka manakala yang melakukan sesuatu perbuatan yang disangka perbuatan ahli neraka pada natijahnya adalah perbuatan ahli syurga

9 comments:

kakiku said...

meli .....
guano demo menengu ni? ...
tinggal keretapi? ....
relaxlah ada keretapi lain ....

nak terberak kawe ...
bila candu UMNO menulis ....
"Seandainya silap menerima fatwa
boleh punahkan akidah".
kuang kuang kuang!

silap terima fatwa punah akidah!,
tolak fatwa apa pula?.
Fatwa ulamak mana, harus ...
nama nabi untuk fesyen 50% bogel,
judi bola harus bila dapat duit,
rasuah atas bawah kiri kanan,
merembat harta negara,

kuang kaung kuang!
"Parti-parti politik yang mempermainkan hukum hakam dan mengeluarkan fatwa berkepentingan politik kepartian secara tidak langsung boleh menyumbang kepada kepunahan akidah".

nak corner kepada PAS ke?,
"buah durian buah seta,
kata ke ore ya dia",
mula DAP naik masjid,
haraaaaam, tak hormat agama,
bila baca yasin untuk hindu,
bisu mulut kena jahit,

sebenarnya .....
umat Islam tak percaya pada UMNO,
pemelihara ugama jaga Islam,
bukannya ikhlas atas dasar iman,
kerana takut kepada melayu benci,
gerun kalah lagi bila mengundi.

Kalau demo nak berguru ugama, bergurulah seikhlas-ikhlasnya dengan maha guru hj. abdullah as-Sampah dari geting, ulamak besar ahli UMNO.

kukujariku said...

"Seandainya silap menerima fatwa
boleh punahkan akidah".
memang betul... bagi ambo fatwa tidak boleh dipermainkan kerana ia melibatkan hukum dalam Islam.
Kalau tersilap memberi fatwa maka punahlah akidah umat islam...
tunggulah balasan allah di akhirat nanti...
hukum allah jangan dibuat main...
di akhirat nanti tak boleh nak kuang kuang kuang lagi...
jangan sangka air tenang tidak ada buaya...
jangan sangka disebalik serban ada seribu malaikat yang menjaga...
takut-takut ada sejuta syaitan yang menggoda...
orang yang berniat jahat tidak akan menzahirkan kejahatannya melainkan berpura-pura baik untuk melindungi sifat jahatnya...
syaitan tidak akan menyerupakan syaitan juga untuk menggoda manusia kerana dia tahu kalau dia menyerupakan syaitan maka ramailah orang akan lari...maka sudah pastinya ia menyerupai malaikat...
hanya orang yang ada iman tahu membezakan antara syaitan dan malaikat...dan antara bisikan syaitan dan bisikan malaikat...dan barangkali tulisan syaitan dan tulisan malaikat....
Allah huakbar...Allah huakbar...Allah huakbar...

Burung Gemala Kuba said...

Saya perhatian, yang berhujah menyanggah Meli bukan berteraskan ilmu tetapi lebih kepada warna ketaksuban melampau, kalau Meli kata pembeRHALAan terhadap buah kata seseorang yang seolah-olah bersi dari dosa.

Memang di hujung dunia macam tu lah jadinya, makin jauh dengan jarak kewafatan Rasulullah s.a.w. semakin jauh umat Islam dengan Islam tulen sehinggakan Kerajaan Langit Ayah Pin pun ada pengikut. Sesiapa pun kalau peranannya memunahkan akidah orang, termasuk bagi kepentingan politik, tidak ada bezanya dengan Ayah Pin walaupun serbannya sebesar pusu jantan dan ekor seberannya boleh buat ikat anak lembu jantan, jubahnya boleh jadi tempunya sembunyi ratusan musang dan janggutnya boleh dihadikan tempat persembunyian kawanan babi yang diternak di Selangor dan Kedah.

kakiku said...

$$$ $$$ $$$!
bila pula geng UMNO ni bercakap menegnai agama, kononnya pejuang agama, biasanya orang nak mampus buat-buat jadi alim.
baik nasihatkan isteri ketua besar UMNO yang anjurkan festa fesyen Islam yang jelas menghina Rasulullah S.A.W..
tiadakah fatwa dalam agama Islam yang menjelaskan hukum apabila Islam dihina dan dipermainkan?. Mana pergi mufta mufti UMNO, sedang membuncit perut ke, atau menjadi syaitan bisu?.
Orang alim tinggi melangit pun akan rosak apabila bersama UMNO, kerana pemikiran sarat dengan usaha melanun dan merembat harta negara dan wang rakyat.
Kuang kuang kuang!

taksub ke kalau kata begitu? menyokong membuta tuli ke kalau cakap begitu?.

Ustaz Kampung said...

Jangan amalkan bodon sombong. Tak tau kena tanya. Umno mana ada mufti. Yang lantik mufti adalah Sultan, Raja dan Ketua Menteri. Soal mufti nak condong kepada parti mana itu hak dia dalam negara demokrasi.

Demo rasa Umno tak selari dengan Islam, tapi belum tentu mufti anggap begitu kerana mufti orang mengaji. Kalau ikut pengajian Pas tak betul mana dengan Islam, tak kan dia nak sokong Pas.

Lagi pun parti sebuah parti politik, bukannya satu agama atau pertubuhan agama. Dakwaan Pas berjuang atas agama memang betul bagi orang Pas tetapi belum tentu kepada orang lain.

Orang berjuang demi agama tak kata koksir ko orang, tak buat tuduhan dan tohmahan liar, sebaliknya akan berhikmah dalam berdakwah. Islam tidak benarkan dikata kafir kepada yang bukan Islam kerana belum tentu orang kafir akan kekal dalam kafir dan yang Islam kekal dalam Islam.

Nak main dengan Islam ni kena mengaji kena banyak.

Mamat Nibong said...

Kalau tengok ko fesyen ulasan Kakiku orangnya tak mengaji agama mana. Kalau gi Mesir pun bukan mengaji, kenis ponteng kuliah. Kalau mengaji pun, jenis hamba-Nya yang tidak mendapat hidayah.

Berpolitik, bercakap tentang Islam tak serupa dengan syarahan tentang ubat barang naik. Lagi pun umumnyalah, penjual ubat barang naik ni kaki kelentong, kononnya nak boleh naikkan barang orang naik tetapi barang sendiri mamba. Tanya sikit Abe Li, mamba tu maksud sebenarnya begapo. Saya rasa Abe Li sering guna. Amo bukan orang bahasa.

Anonymous said...

Kaki ku, bakpo la demo ni buta hati dan mata dalam soalpakaian. sering kali Rosmah menjadi rujukan. Bakpo demo tak rujuk ko Puan Seri Noraini (isteri Tan Sri Muhyiddin - TPM) yang pakai tudung.
Serupa jgk n.ajis marah bila ditujuk Kapal Singh tolak hudud. Katanya walapun Kapal Singh Pengerusi DAP namun ianya tidak memberi gambaran keputusan DAP.

Baso jenis punah hati. dah lah Ilmu Islam tak belah mana sdg ilmu PAS melebihi agama Islam. Harap nama demo tersenarai dalam ahli syurga parti pas dan ada dalam senarai n.ajis. Tq

Anonymous said...

Salam tue Meli...,

Anon 738... hujuah demo sngoti netup, ado class..

Penjenguk setia

melikapakjangak said...

Berbalas hujahalah dengan berpaksikan ilmu dan maklumat supaya mana yang baik boleh diteladani manakala yang tak baik disempadani.

Kita manusia biasa tidak maksum dan tidak suci dari silap atau orang nampak kita silap dan kita nampak orang silap. Kerana itu berlaku kes berpuak-puak menyumbag kepada berlakunaya perang.

Untuk selamat dari sebarang ketidak-tepatan atau telibat dalam mebuat tohmahan liar, kena jadikan al-Quran dan Hadis, kena baca dan emak sendiri terjemahannya, jangan ambil dari pihak kedua dan ketika yang menterjemah dan membuat pentafsiran iku keperluan dan kepentingan tertentu.

Apa pun yang kita buat kaang-kadang nampak kejam dan memang kejam. Umpamanya bila mahukan madu, kita sua karak ke sdarang lebah dan ibu lebah mati. Ibunya dibunuh madunya diambil.

Bila nak makan daging, kita sembelim kambing, lembu atau kerbau dan melapahnya. Nampak kejam kerana haiwan-haiwan itu tidak buat salah pun pada kita, cuma kerana dagingnya enjadi makanan kita, maka kita sembelih. Salahnya kerana ianya makanan kita.

Demikian juga dalam membuat ulasan, komen dan firasat dalam apa pun isu, kadang-kadang kita terpaksa jadi kejam, agah, samseng dan ego pada mata orang yang tak sukakan kita tetapi tetap santun dan sopan pada mata orang yang sukakan kit. Antara SUKA dengan tidak SUKA adalah antara keperluan dalam kehidupan kita manusia.