Berundur dari kempimpinan KAFA: keputusan Annuar patut dihormati
DEMI untuk kepentingan kesihatan, kita kena berhenti makan sebelum kenyang. Dalam sifir kepimpinan, untuk mengelak dari cercaan dan hinaan, kita kena berhenti sebelum timbulnya kebencian terhadap kita.
Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa seorang tokoh yang berpandangan jauh dan berpengalaman menerima cercaan dan penghinaan.
Selain dari dicaci cerca kerana pegangan politiknya, beliau juga atas nama Presiden KAFA dicaci cerca apabila pasukan Kelantan kalah dalam sesuatu perlawanan.
Suatu ketika kereta beliau dirosakkan.
Pun begitu beliau tidak menjadikan caci cerca sebagai bom pemusnah, sebaliknya dijadikan azimat keramat untuk memimpin KAFA dan pasukan Kelantan supaya lebih mantap dan berketerampilan.
Akhirnya airmata dan keringat beliau tidak sia-sia apabila Kelantan untuk pertama kalinya muncul sebagai juara Piala Malaysia menundukkan Negeri Sembilan.
Sekali lagi airmatanya pasti mengalir bukan kerana tersentuh dan berkecil hati oleh cacian dan kejian tetapi kerana terharu oleh pujian dan sanjungan, termasuk dari kalangan yang melihat beliau sebagai musuh dan 'seteru mak-anak' sebelumnya.
Ertinya misi beliau untuk membuktikan 'Kelantan Boleh' sebagai terjemahan daripada 'Malaysia Boleh' dan atas semangat "1Kelantan' terjemahan dari '1Malaysia' mampu membuahkan jaya, terbukti berhasil.
Kini tiba masanya untuk beliau meninggalkan kejayaan untuk dijaga dan dipelihara oleh pimpinan baru KAFA dengan tumpuannya akan diberi kepada tugas membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas sifatnya sebagai Timbalan Presiden persatuan itu supaya pasukan bola sepak negara akan meraih kejayaan dalam kejohanan peringkat dunia.
Beliau tidak patut dihadang, sebaliknya kena diberikan dorongan dan sokongan moral untuknya merencana, merangka dan mengkerangkakan strategi bagi kepentingan pencapaian pasukan negara.
Dengan kata lain hasratnya untuk tinggalkan KAFA patut dihormati dan direlai.
Bayangkan apa akan terhadi kepada beliau jika Kelantan gagal mempertahankan Piala Malauysia pada musim akan datang, apakah ada pihak yang akan menghadang atau yang akan menangisi serta mertapi hasratnya untuk tinggalkan KAFA.
Yang pasti tidak mustahil beliau akan dinyahkan atau diminta supaya nyah dari KAFA beriringkan cacian, sumpah dan seranahan.
Justeru adalah lebih bermaruah jika beliau tinggalkan KAFA dalam keadaan sekarang demi misi yang lebih besar serta demi kewibawaandan dan reputasinya sebagai tokoh kepimpinan, termasuk dalam bidang politik.
Yang kena diperakukan oleh semua pihak, Annuar selain dari tahan diuji, beliau adalah antara tokoh kepimpinan yang bijak dan berpandangan jauh di negara ini.
Wednesday, November 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Seperti kata salah seorang adun pas kelate..nuar muso telah menemui bidang dio yang sengoti iaitu bola..buke dale bidang politik..seseorang yang mahir dalam bidang tertentu tetapi dalam bidang lain dia tidak mahir..jika dia mahir dalam politik seperti mana bola, sudah tentu selama 2 penggal kelantan berjaya ditakluki dibawah naungannya...
p/s: dale sukan kalu sumber kewangan gagoh, takdok campur politik disusun dengan perancangan yang baik..InsyaAllah akan berjaya ko guano abe li setuju?...
Ambo mitak N.Ajis pulak pegang KAFA. Dia bijak urus tadbir,Pandai atur strategi dalam ekonomi, jugak tokoh perancang yang hebat. Tambah pulak dia jenis wali dan mulut masin. Takkan lah kalu dia kata Kelate boleh jadi johan dalam Piala Malaysia tentu Kelate boleh jadi johan. Ke dia mulut masin lagi keramat pulak. Pelbagai bidang ilmu di kuasainya. Kalu dia kata Kelate boleh masuk akhir piala dunia tentu penyokong PAS akan duduk sebelah N.Ajis dan yakin Kelate boleh masuk akhir jgk. Ko guana penyokong N.Ajis sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak (Islam) Kelantan.
nak buat gana mugo puak2 pas duk pelahap dgn jawatan nuar musa lani..maklumla team tgh harum..ada la hok nak cari populariti dgn bola kelate ni...
time bola kelate tak sohor gapo pas@kerajaan negeri buat ko team bola????
Tahniah kepada bakal presiden Persatuan Bola Sepak (Islam) KAFA YAB Al Murshid Tok Garu N.Ajis. Tokoh " ambo tak tahu " 2010. Tak keluar fatwa ke pemain bola sepak pakai seluar pendek ?. Takkan fatwa politik je nampak.
salam...
apa pun stadium kelantan adalah antara yg termahal...stadium kelantan utk ank kelantan, tapi nk guna utk mengangkat nama negeri kelantan...sewa stadiumnyer cukup mahal...kerajaan negeri nak berniaga dengan rakyat!...
salam...
..ambo rasa pihak kerajaan negeri mungkin telah ada calon yang tidak kurang hebat dan berwibawa untuk ganti tempat DS Anuar Musa sebagai Presiden KAFA..seperti Dato Husam iaitu pakar ekonomi Kelantan yang selama ini banyak menyumbang idea dalam membangunkan ekonomi negeri Kelantan..Arif Fahmi iaitu menantu TG Nik Aziz yang pernah memegang jawatan CEO PMBK yang telah berjaya melaksanakan projek-projek hebat yang menjadi mercu tanda dalam bandar Kota Bharu..
..dengan sentuhan 'emas' dari mereka ini akan menjadikan KAFA sebagai sebuah persatuan bola sepak terkuat dan terkaya..mungkin akan diberi kawasan balak atau tanah ladang kelapa sawit atau punya bangunan sendiri seperti bangunan KTC..atau punya stadium sendiri seperti pasukan MU..
Ambo hairan dengan puak-puak PAS ni. Berak je lebih. Sebelum Nuar Musa mengemudi KAFA dan berjaya bawa Klate menjadi Johan piala Malaysia tadak sekor abok puak PAS minat ko Bola Sepak Klate. Oauw Menang dan Johan masing-msing rasa boleh pegang jugak jawatan hak Nuar Musa pegang lo ni. Napok nak dooh kita wi PAS pegang tapi kalu Tak dapat Johon Piala Malaysia tahun depan kita pakat te mampuh puak-puak PAS han berak besar jubor tahik kecik ni.
salam.... ambo raso meli patut jd pengerusi KAFA.... ko guano meli hehehe.
Post a Comment