Wednesday, November 24, 2010

MUNCUL KEMBALI (853)

Saya dalam keuzuran

ADA email yang dihantar menyentuh perasaan saya yang bertanyakan;
1. Kenapa Abe Meli menyepi dan tidak up-date blog lagi
2. Betulkah Abe Meli sakit kerana kena panah malam kalangan mulut masin dalam Pas bila ramalan Abe Meli Pas kalah di Galas betul
3. Betul ke Tok Pengulu Kak Lah sudah lari dari rumah kerana;
a) dia mabuk asmara dengan seorang muslimin Pas
b) Abe Meli pelir mampus
c) Abe Meli tak buwi nafkah zahir batin
4. Betulkah Abe Meli telah tinggalkan Kota Bharu?

Soalan-soalan yang ditanya lebih bersifat mengaibkan saya. Bagaimanapun kerana saya memilih bidang yang menjadikan saya adalah milik masyarakat dan memerlukan saya sentiasa telus dan tulus, maka saya kena beri jawapannya dan inilah penjelasan saya:
1. Saya akui memang saya kurang up-date blog kerana saya lebih tumpukan kepada facebook baru-baru ini. Insyaallah blog saya akan saya pertahankan dan akan sentiasa diup-date kerana saya tahu ianya ada pengikut setia. Atas keterlekaan saya, dipohon berbanyak maaf.

2. Memang betul saya uzur. Mengalami demam sejak dua minggu lepas. Denyutan jantung saya laju dari biasa, sentiasa dalam keadaan macam orang sedang berjongging. Sama ada saya kena panah malam atau tidak saya tak tau. Tetapi saya tidak pernah percayakan kekeramatan dan kemasinan mulut sesama manusia yang melebihi keramat dan masinnya mulut nabi.

Bagi saya selepas Nabi Muhammad s,a.w. sudah tidak ada nabi dan rasul lagi. Kalau ada manusia yang keramatnya lebih daripada nabi dan rasul, ianya adalah tahyol dan kepercayaaan yang boleh merosakkan akidah. Rujukan mutlak saya adalah al-Quran dan Hadis. Itu yang menjadi pasak-paksi hidup saya.

Saya membuat ramalan tentang Galas berdasarkan fakta. Saya masuk ke kawasan berkenaan sebelum dan selepas wakil rakyat mati sehingga pilihanraya terpaksa diadakan. Dalam pemerhatian saya yang sentiasa berada di akar umbi sebagai pihak yang berkecuali dari fahaman mana-mana parti politik, banyak lagi kawasan yang Pas akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang dan kalau kerajaan Pas masih dapat dipertahankan lagi di Kelantan pada pilihanraya umum ke-13, ianya adalah sesuatu yang luar biasa.

Saya memberi pandangan, ramalan dan firasat bebas tanpa berpihak kepada mana-mana parti. Terpulang kepada orang parti politiklah sama ada mahu percaya atau tidak kerana keadaan boleh diubah dan pihak orang parti politik sendiri patut berubah ke arah yang lebih positif. Paling penting kena hapuskan retoriksme.

3. Memang betul bini saya sudah memilih hidup berasingan kira-kira dua bulan yang lampau, malah dia telah menfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah Pasir Mas. Mana-mana yang berhajat nak memperisterikannya, bolehlah mula bersiap sedia dan hantar permohonan mulai sekarang, cubalah untuk uruskan kehidupan berumahtangga dengan manusia bernama Tok Penghulu Kak Lah, sama ada mudah atau payah, sama ada ketahanan mental atau fizikal boleh terus mantap atau retak.

Saya akan tetap dengan prinsip hidup saya walaupun terpaksa kehilangan apa jua yang menjadi milik saya. Demi mempertahankan prinsip, saya sanggup hilang apa-apa sahaja, termasuk bini, asalkan saya tidak kehilangan Allah dan Rasul-Nya, al-Quran dan Hadis serta iman dan takwa dari kekal terpahat di hati sanubari saya.

Bini hanya akan mengembirakan kita masa kita berada, bila kocek kosong, kita akan jadi kohong dari segenap jeghun dan akan dipandang lebih hina dari anjing kurap buruk kepala, suami akan diderhakai tanpa mengambil kira berapa besar dosanya, bila ada yang kata syurga di bawah telapak kaki suami, ianya akan menjadi bahan ketawa dan sendaan semata, apatah lagi kalau suami bukan muslimin Pas.

Soal dia ada mabuk asmara dengan muslimin Pas itu saya tidak tahu. Saya akui memang ada SMS menggunakan private nombor yang buat aduan tetapi saya tidak pernah percaya dan menganggapnya sebagai antara fitnah yang terpaksa dihadapi oleh pemain politik. Kalau ada juga, maknanya muslimin dan muslimat yang terlibat telah menipu Allah dan Rasul-Nya dengan hanya bermake-upkan status muslimin dan muslimat. Padahnya pasti akan datang laknat.


Na-u-zubillehi-minazalik.

Setelah saya wakafkan bini saya untuk perjuangan yang dia minati, maka saya serah kepada Allah yang menjaganya, termasuk perilakunya. Saya tidak pernah simpan rasa curiga kerana saya yakin Allah Maha Bijaksana menguruskannya.


Kerana saya tidak alim mana, dengan mewakafkannya kepada perjuangan Pas, saya yakin ilmu amalnya akan meningkat kerana berpeluang bergaul dengan orang kuat agama dan segala aktivitinya pula berlandaskan Islam belaka.

Kalau ada yang ambil kesempatan atau bini saya sendiri yang ambil kesempatan untuk menyimpang dari apa yang dihalalkan oleh Islam, itu adalah antara skrip takdir yang saya terpaksa terima dan terbuktilah parti yang dianuti tidak suci dari kemungkaran yang pastinya akan menerima kifarah dari Allah.

Setelah saya serahkan kepada Allah, maka Allah lah yang uruskannya. Tanpa bini, saya tetap tidur lena, saya dapat uruskan hidup seperti biasa. Yang agak kelam kabut adalah anak-anak saya, terutama yang paling kecil. Mungkin lama-lama mereka boleh sesuaikan diri. Lagi pun mereka jarang ada kesempatan bersama ibu mereka yang sentiasa sibuk dengan program parti.


Jika ditakdirkan jodoh kami putus, rasanya anak-anak tidak akan terasa sangat kesan kehilanganya tetapi bila usia semakin tua dan glamour semakin lupus, mungkin dia akan rasa bahawa selama ini dia telah melakukan kesilapan yang sangat besar.

Sebagai pengamal media saya banyak bertemu dengan manusia parti politik dari pelbagai fahaman. Setelah segala tenaga diperah dan dikerah serta didapati tidak akan melabakan parti lagi, jangankan pendukung dan penyokong parti yang disanjung yang dijulang dengan segala kudrat nak kerling sebelah mata, lalat langau pun tidak akan sudi hinggap. Masa itulah baru terasa betapa bernilainya anak cucu berbanding dengan parti dan geng-geng dalam parti politik.


Nak kata saya pelir mampus menjadi punca bini pilih hidup berasingan rasanya saya dan bini saya yang lebih tahu sama ada alat kejantanan saya masih berfungsi atau tidak. Rasanya bukan pasal pelir.

Puncanya kerana politik, kerana saya tidak banyak menyokong Pas. Dalam mesyuarat yang dihadiri, ahli-ahli mesyuarat sering bangkitkan tentang rembatan saya terhadap Pas dan menyebabkan dia rasa gagal untuk Paskan saya walaupun menjawat pelbagai jawatan dalam parti.

Mereka yang membangkitkan sikap saya itu lupa bahawa saya pengamal media, bukannya orang parti politik yang bebas mengkritik mana-mana parti dan mana-maba tokoh pun kerana saya tidak terikat dengan sebarang ikatan peraturan, saya hidup dengan cara saya dan tidak berfantung pada batu pelir mana-mana tokoh.

Yang pasti kerana mereka memberi kefahaman silap terhadap bini saya sehingga memilih hidup penuh dosa dengan mengasingkan diri dari suami dan anak-anak, mereka juga, termasuk pemimpin, pendudukung dan penyokong parti juga menerima tempias dosa, celaka dan laknat kerana memporak-purandakan rumahtangga yang dibina selama 31 tahun, sekaligus telah meletakkan enam orang anak dan tujuh orang cucu dalam keadaan keliru, dukacita, sedih dan kehilangan pakatan kemesraan ibu dan bapa bagi anak-anak serta kehilangan ikatan kemesraan mokwe dan tokcik bagi cucu-cucu kami.


Punca lain mungkin kerana dia rasa lebih tersohor, lebih glamour, lebih berdarjat kerana kawan-kawan dan kenalannya orang hebat-hebat belaka. Saya ni siapa sangat, hanya anak Kampung Rong Chenak yang daif, anak Halim Tok Latif dan Muyan Tok Dollah yang hanya penoreh getah, saya sudah tidak ada jawatan apa-apa dan kedudukan untuk dilihat sebagai ada darjat dan pengaruh.

Perniagaan pun ditutup, hutang keliling pinggang. Di samping itu dia mungkin termakan dengan alokkan rakan-rakan seperjuangan yang tidak cukup inci dalam soal hukum hakam walaupun bergelar muslimat dan muslimin Pas. Ini yang akan menjadikan Pas umpama pokok betik mengalami penyakit buruk akar pada musim tengkujuh,

Saya yakin bini saya tersalah menerima dakwah dan tarbiyyah. Bagaimanapun saya tidak kesal dengan apa yang berlaku dan sentiasa tabah serta bersyukur kerana menjadi sasaran ujian-Nya bagi mengukur sejauh mana saya mampu menpertahankan kyakinan saya terhadap al-Quran, Hadis, Allah dan Rasul-Nya serta iman dan takwa.


Saya sentiasa doakan agar dia akan diberi hidayah dan menjadi pejuang sebagaimana yang saya dan parti serta ahli parti yang bebas dari cuba ambil kesempatan untuk 'bergalak' dalam aktiviti-aktiviti, harapkan.

Kalau putusnya jodoh kami, biarlah dia mendapat pasangan yang sejuta kali lebih baik dari saya sama ada dari sudut pemilikan harta benda, glamour, darjat, mudah berkira dan dari sudut iman dan takwanya serta boleh wakafkan untuk perjuangan sebagaimana yang saya lakukan.

Dengan itu dia akan jadi seorang bini yang hidup dalam kawalan dan tidak bebas lepas seperti lembu yang tidak pernah ditambat seperti yang saya lakukan terhadapnya kerana memang itu gaya saya, tidak suka mengongkong dan menyimpan sebarang curiga.

Parti akan rosak dari sudut prestasi dan reputasinya kalau dianggotai oleh pendukung dan penyokong yang tidak benar-benar faham dengan dasar dan matlamat perjuangan parti. Padahnya parti yang akan kena kifarah, dalam pilihanraya yang patut menang, akan kalah, kerana gara-gara setitik nila boleh rosak susu sebelanga.


Saya yakin apa yang berlaku kepada saya ada hikmahnya bagi memastikan aktivitis Pas yang lain sentiasa memuhasabah diri dan mengambil iktibar. Hari ini kes yang tidak patut berlaku telah berlaku dalam kehidupan saya, mungkin esok atau lusa akan berlaku dalam kehidupan orang lain juga, termasuk di kalangan tok-tok wakil Pas kalau tidak kena gayannya kerana langit tidak selaunya cerah dan hari tidak selalunya siang.

Saya pernah selesaikan kes kenanaran seorang suami apabila isterinya yang juga aktiviti muslimat Pas menfailkan perceraian kerana tergoda oleh kecekan seorang pembimbing program anjuran Pas.

Si suami berkenaan saya pertemukan dengan seorang usahawan wanita dan hidup mereka kini bahagia manakala sang si isteri berkenaan mengikut kata bekas si suaminya masih menjanda kerana si jantan yang membuatkan isterinya mabuk asmara dan minta cerai darinya hanya nak kecek baham punggung free.

Soal saya tidak beri nafkah zahir batin rasanya tidak timbul. Lagi pun saya sudah tua dan bini saya juga sudah 50-an. Keperluan dan keupayaan batin tidak mungkin segagah zaman muda-muda. Anak-anak pun sudah besar, malah cucu pun sudah nak masuk tujuh. Kalau kata saya feel huduh kenapa sekarang, kenapa tidak dulu?

Kalau nafkah zahir mungkin benar kerana setelah ada orang kuat Pas sendiri gagal sempurnakan janji dan menyebabkan perniagaan saya ditutup, saya kehilangan sumber pendapatan, itu hanya dalam tempoh beberapa bulan yang lampau dan kini kedudukuan ekonomi saya kembali pulih.

Mudah-mudahan, dengan jawapan saya ini semua pihak berpuashati. Saya menunggu lanjutan skrip takdir apakah saya masih ada jodoh atau sebaliknya dengan bini saya, Tok Pengulu Kak Lah yang kononnya sangat glamour, terutama di kalangan orang parti.

Doakan supaya saya kembali pulih dari demam dan akan dapat setiasa up-date blog ini. Terima kasih kerana menjadi penjengok setia.

4. Saya masih di Kota Bharu dalam belum berhasrat untuk tinggalkan ibu negeri kesayangan saya.


19 comments:

kukujariku said...

Saya tumpang terharu dengan apa yang dialami. Apa yang saya harapkan semoga jodoh tuan berpanjangan. Cuma hati saya bertanya sendiri, mengapa orang yang mempertuhankan allah swt, mengaku muhammad seagai rasulnya tidak mengamalkan apa yang dikehendaki oleh allah dan rasul. Tidakkah mencintai suami itu lebih dari segala-galanya selain tuhan dan rasul?

Anonymous said...

Hmmmmm....patutnya tak jadi ke org lama yg dah ada cucu..
Kuat sangat main parti sampai tinggal rumah gitu la jadinya...
Tak tahu mana lebih priority untuk org perempuan..
Tak pernah lagi saya dengar mana2 org mengajar boleh tinggal rumah lama2 ni...
Tak pernah jugak saya tahu kisah dalam mana2 kitab org perempuan masuk syurga dengan cara ni..
Kita ni esok2 dua pilihan saja.. berjumpa dengan syurga atau masuk neraka..
Kisah abe meli ni boleh buat pedoman supaya kita tidak terlalu taksub kepada sesuatu hingga lupa priority apa yg tuhan suruh buat dulu.

john said...

Tok sekko pulok meme sungguh lah apo hok abe li luohkan sebelum ni benar2 berlaku pado diri sendiri..punco kesilapan dalae rumohtanggo ni hanyo laki-bini jah tahu! Keciwo jugok kalu alasae penceraian seperti yang dikato oleh abe li tu sengoti! kadae2 imej parti ni dicemari oleh ahli2nya walaupun dasarnya comel. Nok wak guano qodo' dan qadar yang menentukan..diharap abe li dapat meneruskan istiqomah apo yang dipegang selamo kening!...

p/s:nok kato abe li p***r mapuh mano buleh mugo umur tuo ado anok sekoloh rendoh lagi tu...tabik!

Anonymous said...

abe Li alami masalah yang sama dengan ambo. ambo jgk menjadi mangsa tuntutan penceraian kerana bini orang kuat PAS dan ambo UMNO. Keluarga orang puan ambo semua PAS. Kononnya perjuangan tak sealiran. ambo perjuangan sekular dan bersaing dengan puak-puak kapir mic dan mca. itu cerita dulu. namapok gaya Allah dan celikkan mata bekas isteri saya bilamana PAS dok bersaing (berpelok mesra) dengan kapir laknatullah DAP dan bersekali bergerak dengan PKR Parti Sekular -Liberal. Nampaknya lo ni Allah mendedahkah satu-satu fael dan perangai buruk PAS untuk menjadi teladan kepada mereka yang bermulut buruk dan tidak bertapis sepertimana sebelum ini.

Anonymous said...

s ambung....
Demi Allah dan Rasulnya, ambo bersumpah untuk berjuang melawan puak-puak PAS ini yang ternyata terpesong hasil pembawaan pemimpinnya.Ambo rela mati kerana melawan puak-puak asobiyyah PAS ini. Pemimpin mereka yang bertanggungjawab menghancurkan rumah tangga ambo. Mereka bijak menggunakan hukum -hakam dan fatwa untuk kepentingan kerusi dan mengumpulkan harta dunia hingga ambo dan keluarga menjadi mangsanya. Ambo berdendan dengan parti syaitan PAS ini. Ambo akan berjihad melawannya sampai kemati, Insy'Allah. Semoga perjuangan ambo diredai Allah dan Rasulnya.

Dulu S46 Lloni Umno Semula said...

Kalau Tok Pengulu Kak Lah main asmara pun tak pelik pasal gu dia, tok pengulu juga, pun ada main asmara tidak lama dulu dan saya yakin tok ngulu tahu benar hal tu alaupun Abe Meli tak tau. Kkawan dengan lembu maka akan jadi lembulah kita, kalu kkawan dengan kambing jdi kambinglah. Sebab tu kena pilih kawe. Kalun nak sebut nama tok ngulu tu dengan pasangannya pun ambo boleh tulis.

Dalam bab-bab ggini patut pimpinan Pas kena ambil perhatian. jangan dok buwi imej parti cemar olreh angkara aktivis jenis lagu makan menyambar.

Tok ngili Kak Lah jadi lagu tu silapnya Abe Meli jugal, ccayo dok-oh ko bini, cut gi ikut-dan. Mulo-milo ssaing, mugo ttino dengan jate mmano boleh ssiang, hok Tuhan larang nabi tegah sokmo kerana bila ttemu jate dengan ttino, setan pun mulolah main peranan, pahgat mulolah nak buka zip seluar selak kain.

Kes tok llaki orang mmain dengan bini orang ni bukan pelik dalam Pas. Bukankah dulu ada ketua dewan pemuda Pas kawasan dengan Ketua Dewan Muslimat Kawasan di kawasan di Kelantan ditangkap berkhalwat di satu resort di Cherating. Masa tu Ketua Dewa Pemuda tu suami orang manakala ketua dewan muslimat tu pulak bini oarng.

Dan jate ada pe.....dan betina ada bu....jenis gatal tak bertempat dan tidak kira masa mentah masak gat boleh jadi belako la. Sebab tu tok llaki tokleh lok bini ikut gi macam amalan Abe Meli kito. Buah curiga tu kena ada. Kuasa boleh buwi penampar jarang-jarang tu patut digunakan.

Ambo arap macam Abe Meli kataolah, dakwaan mabuk asmara bini dia dengan muslimin Pas tu bokali hanya fitnah. Tambah-tambah walaupun janagok, tok ngulu kak lah tua parok doh dah kata cucu pun nak masuk tujuh doh.

Macam mana pun ambo cayo kalu putus jodok Abe Meli dengan tok ngulu kak Lah, Abe Meli akan dapat bini yang lebih baik kerana sikap telus dan tulus Abe Meli tu. Banyak-banyak bersabar Abe Meli deh.

Seingat ambo masa dalam S46 dulu tok ngulu Kak Lah jenis tak berapa jjurus mana. Ramai dok ppakat kata dia orang buje, tak tau dia tu bini Abe Meli. Jangok pelik dan geletah bedo'oh menah. Mula la. Takut bila jadi muslimat Pas jadi jjurus tak tau la. Harapharap dia jjurus la dan dakwaan masuk asmara tu tidak benar.

PARPUKARI said...

Salam Tuan, saya ingin berkongsi kisah ini dengan pembaca saya, harap diizinkan, terima kasih

JEBAT said...

SALAM..
SAYA PUNYA PANDANGAN IKHLAS KEPADA TUAN-TUAN...
JANGAN JADI BATU API DALAM PERMASALAHAN ABANG MELI.. DENGAN DULU CERITA SEBELAH PIHAK SANA (ISTERI BELIAU). KEMUDIAN CARI JALAN PENYELESAIAN. DAMAI KAN MEREKA SEMULA. JANGAN RUNTUHKAN MESJID YANG TELAH MEREKA BINA SEKIAN LAMA..

pacat said...

salam tuan, mohon kebenaran untuk hamba link ke sini....

moga2 menjadi ikhtibar kepada setiap pembaca blog ini.......

Anonymous said...

Isu krisis rumah tangga atau suami-isteri sepatutnya diselasai secara syarie - eg MAJLIS TAHKIM ko.. bukan dibuka cerita dan 'aib sendiri kepada orang awam yang tak berkaitan. nanti cerita sebenar menjadi lain pulak en. meli .... ambo simpati ko demo jugak, tapi eviden perlu la sohih .... kedua belah pihak .. baru adil & secara ma'ruf.... carilah jalan perdamaian... islah...

Alasan perceraian kerana "isu kepartian" ni pun boleh beri aib umum kepada pihak2 yang berkenaan....

Kerana perceraian atas benyak sebab2 nyata atau tersembunyi....

Najibul dulu pun cerai bini dia yang pertama... untuk kahwin dengan RM .... dan ramai lagi....

Rakan Seperjuang Kak Lah said...

Nampak gayanya Abe Li saye sangat ko Kak Lah. Mudah-mudahan jodoh mereka akan berpanjangan.

Dia jenis orang benar-benar terbuka. Bila ada yang tanya dia jawab, maknanya akan hilanglah sokse-soksek yang tidak betul.

Saya tidak yakin Kak Lah tidak menyayangi Abe Li yang begitu menyayangi Kak Lah hinggakan kebebasan yang diberikan pada Kak Lah dan kewakafan Kak Lah untuk parti tidak sanggup dilakukan olh pimpinan parti sendiri, termasuk TGNA.

Kalaulah Abe Li kehilangan Kak Lah dan anak cucu menjadi mangsa, malang benarlah nasib Abe Li yang mungkin sedang menerima ujian kesabarang sebagaimana yang diterima oleh Nabi Ayob.

Kalau Abe Li mampu besabar, sayakin akan Abe Li akan jadi antara insan yang paling beruntung dan Kak Lah akan menjadi insan yang paling menyesal, terutama di akhirat nanti.

Semiga jodoh mereka berpanjangan dan Kak Lah kena bertaubat nasuha dengan kembali semula ke rumah dan memohon ampun dari Abe.

Kalau pun terpaksa bercerai, kena dalam keadaan halal, jangan buat dosa kering dalam tempoh proses mahu bercerai.

CUCU TOK WAN said...

bersyukurlah Abang Meli kerana Allah Taala masih sayangkan Abang Meli menerusi ujiannya.

Sesungguhnya Allah Taala tidak akan memberati seseorang itu dengan ujiannya melainkan telah diketahui-Nya ketahanan individu tersebut untuk ujian-Nya.

Kepada sekalian daripada kita, ambillah iktibar dan pelajaran kerana secebis kehidupan saudara kita, adalah cebisan dalam hidup kita juga... sama ada benar-benar sama atau pun sekadar sipi-sipi...

Tiada yang lebih baik untuk Abang Meli melainkan bersabarlah hendaknya... moga-moga kesabaran Abang Meli akan membuahkan taqwa yang jauh lebih baik berbanding isteri yang cantik dan gedik!

melikapakjangak said...

Para Penjenguk budiman!
Apa yang berlaku kepada saya adalah merupakan kegagalan mutlak saya berfungsi sebagai seorang suami. Saya akui bahawa saya tidak menggunakan kuasa-kuasa saya sebagai suami dan sentiasa memberi muka kepada bini, tidak pernah bertanya ke mana dia pergi, malah tidak pernah menyimpan sebarang rasa curiga kerana saya serah kepada Allah dan para malaikat mengawalnya.

Mungkin keana saya tidak mempedulikan apa yang dia buat, maka dia menyangka saya tidak menghargainya manakala saya pula tidak mengambil kisah tentang kegiatannya kerana saya telah mewakafkannya kepada muslimat parti yang dia minati.

Saya tidak menyimpan curiga, malah tidak mengesyaki beliau akan berlaku curang kerana saya sendiri tidak pernah curang.

Bini saya tahu saya juga ramai kawan-kawan perempuan dan selalunya kawan-kawan perempuan saya dikenalinya dan saya akan perkenalkan supaya tidak timbul sebarang kecurigaan.

Saya tetap yakin tindakan bini saya memohon perceraian bukan kerana dia ada hubungan asmara dengan mana-mana lelaki tetapi ianya berpunca dari masalah kefahaman politik yang kurang seragam antara saya dengan dia di samping dia tidak faham dengan peranan dan fungsi saya.

Tulisan-tulisan saya tidak banyak membantunya dan juga partinya manakala saya pula sebagai pnulis tidak boleh menyongsang kenyataan berdasarkan pemerhatian saya. Kami ada percanggahan di sini.

Maksud saya posting hal yang berkaitan dengan krisis rumahtangga melalui blog ini bukan kerana mahu aibkan bini dan diri sendiri tetapi bagi memberi penjelasan sebenar kerana timbul pelbagai soksek-soksek yang tidak benar.

Sebagai penulis, saya juga tidak ada saluran lain yang boleh meluahkan rasa hati kecuali melalui tulisan. Justeru itu sebarang pandangan dan komen membina dialu-alukan TETAPI JANGAN KAITKAN DENGAN PIHAK LAIN dalam kes saya. Orang lain dia punya pasal.

Terus terang saya katakan bahawa saya sayangi bini saya kerana di dalam urat nadi anak-anak dan cucu-cucu saya ada campuran darah kami berdua. Dia anak mangsa perceraian dan saya juga anak mangsa perceraian. Kalau boleh saya tidak mahu ianya menjadi tradisi dalam keturunan kami berdua.

Saya menganggap tindakannya untuk tinggal berasingan adalah untuk bagi menguji hatinya sendiri dan juga ketahanan kesayangan saya serta masa untuknya memuhasabah diri sama ada saya seorang suami yang kejam atau sebaliknya.

Kerana itu setiap kali lepas sembahyang saya tidak lupa berdoa semuga Allah ampuninya dan janganlah dilonggokan dosa kerana tindakannya telah mengasingkan diri dari saya sedangkan kami belum bercerai dan mahkamah syariah juga belum buat apa-apa keputusan.

Semasa dipanggil untuk kali pertama saya tidak terima surat, cuma saya dimaklumkan oleh bini melalui SMS. Atau pun kemungkinan surat sampai dan anak-anak yang sorokkan. Macam mana saya akan cuba selamatkan rumahtangga kami, setidak-tidaknya demi anak-anak dan cucu kami.

Terima kasih kepada yang hantar sms dan email dan meminta saya bersabar. Insyaallah saya sentiasa bersabar.

Yang nakal ajak kawin tu minta maaflah, saya dah 54 tahun, sudah tua. Kalau pun putus jodoh, barangkali sudah tidak sesuai untuk saya cari pengannti lagi. Biarlah sisa usia saya habiskan untuk bermain dengan anak cucu.

melikapakjangak said...

Para Penjenguk budiman!
Apa yang berlaku kepada saya adalah merupakan kegagalan mutlak saya berfungsi sebagai seorang suami. Saya akui bahawa saya tidak menggunakan kuasa-kuasa saya sebagai suami dan sentiasa memberi muka kepada bini, tidak pernah bertanya ke mana dia pergi, malah tidak pernah menyimpan sebarang rasa curiga kerana saya serah kepada Allah dan para malaikat mengawalnya.

Mungkin keana saya tidak mempedulikan apa yang dia buat, maka dia menyangka saya tidak menghargainya manakala saya pula tidak mengambil kisah tentang kegiatannya kerana saya telah mewakafkannya kepada muslimat parti yang dia minati.

Saya tidak menyimpan curiga, malah tidak mengesyaki beliau akan berlaku curang kerana saya sendiri tidak pernah curang.

Bini saya tahu saya juga ramai kawan-kawan perempuan dan selalunya kawan-kawan perempuan saya dikenalinya dan saya akan perkenalkan supaya tidak timbul sebarang kecurigaan.

Saya tetap yakin tindakan bini saya memohon perceraian bukan kerana dia ada hubungan asmara dengan mana-mana lelaki tetapi ianya berpunca dari masalah kefahaman politik yang kurang seragam antara saya dengan dia di samping dia tidak faham dengan peranan dan fungsi saya.

Tulisan-tulisan saya tidak banyak membantunya dan juga partinya manakala saya pula sebagai pnulis tidak boleh menyongsang kenyataan berdasarkan pemerhatian saya. Kami ada percanggahan di sini.

Maksud saya posting hal yang berkaitan dengan krisis rumahtangga melalui blog ini bukan kerana mahu aibkan bini dan diri sendiri tetapi bagi memberi penjelasan sebenar kerana timbul pelbagai soksek-soksek yang tidak benar.

Sebagai penulis, saya juga tidak ada saluran lain yang boleh meluahkan rasa hati kecuali melalui tulisan. Justeru itu sebarang pandangan dan komen membina dialu-alukan TETAPI JANGAN KAITKAN DENGAN PIHAK LAIN dalam kes saya. Orang lain dia punya pasal.

Terus terang saya katakan bahawa saya sayangi bini saya kerana di dalam urat nadi anak-anak dan cucu-cucu saya ada campuran darah kami berdua. Dia anak mangsa perceraian dan saya juga anak mangsa perceraian. Kalau boleh saya tidak mahu ianya menjadi tradisi dalam keturunan kami berdua.

Saya menganggap tindakannya untuk tinggal berasingan adalah untuk bagi menguji hatinya sendiri dan juga ketahanan kesayangan saya serta masa untuknya memuhasabah diri sama ada saya seorang suami yang kejam atau sebaliknya.

Kerana itu setiap kali lepas sembahyang saya tidak lupa berdoa semuga Allah ampuninya dan janganlah dilonggokan dosa kerana tindakannya telah mengasingkan diri dari saya sedangkan kami belum bercerai dan mahkamah syariah juga belum buat apa-apa keputusan.

Semasa dipanggil untuk kali pertama saya tidak terima surat, cuma saya dimaklumkan oleh bini melalui SMS. Atau pun kemungkinan surat sampai dan anak-anak yang sorokkan. Macam mana saya akan cuba selamatkan rumahtangga kami, setidak-tidaknya demi anak-anak dan cucu kami.

Terima kasih kepada yang hantar sms dan email dan meminta saya bersabar. Insyaallah saya sentiasa bersabar.

Yang nakal ajak kawin tu minta maaflah, saya dah 54 tahun, sudah tua. Kalau pun putus jodoh, barangkali sudah tidak sesuai untuk saya cari pengannti lagi. Biarlah sisa usia saya habiskan untuk bermain dengan anak cucu.

Anonymous said...

dah lama mengikuti hasil tulisan tuan..diharap add saya sebagai kawan di fb..anuar jaffar

Orang Kuala said...

Pertama kali melayarinya. Insya Allah akan mengikutinya.

Mudah-mudahan diberi Allah taufik dan hidayah. Amin.

Cikgu Di said...

Salam buat tuan...
Sebagai salah seorang penjenguk blogger saya agak terkejut dengan catatan terakhir krisis rumah tangga tuan yang kadang-kadang terasa ianya telah diapi-apikan dari luar. Biarpun begitu tuan lebih memahami keadaan yang sebenar kerana tuan adalah sebaik pengadilnya.Cuma yang saya agak sedih adanya manusia berhati hitam yang telah menjual keretakkan rumah tangga tuan dengan perkara-perkara yang tak senonoh yang tidak sepatutnya digosipkan. Betapa kotornya pemikiran seperti itu.Apa pun semoga tuan dapat memaafkan mereka yang mungkin terlalu jauh untuk mendapat cahaya kebenaran. Saya doakan tuan cepat sembuh dan cekal menghadapi ujian yang tuan terima. Semoga tuan tidak mudah mengalah...amin..walahualam.

Anonymous said...

Abe Meli supo ayoh ambo..walaupon dop kenal lluar, kenal sini pun lebih dari segalanya.

Adat doh, ada masa kito dok atas, ada maso kito dok bbowoh..

Tapi ingat, masa dok bbowoh kito acap menangis depan Allah..

Nabi royat dos, dio dop takut umat dia di uji dengan kemiskinan, dia takut umat dio di uji dengan kekayaan.

Tabbahkan hati abe Meli.. Dugaan dari Allah ada sokmo, sebab Dia sayangkan makhluknya.

butuk said...

kisah hidup abe li sangat melukakan krn umur masing2 dh kira tua lh. sabar dan berusaha supaya jodoh berkekalan. Kepada kak lah, jgn ikutkan hati, sudahnya tak ke mana melainkan penyesalan. Kalu kak lah kawin lain, bakal suami juga tidak lari melainkan dgn org yg dh ada anak dan cucu juga. Masalah akan dtg kpd kak lah bertimpa-timpa. Sudahnya kembali hidup keseorangan Apa lagi kalu anak2 sendiri pn menjauhkan diri