Melayu isytihar perang ketuanan celaka dan laknat
MENYAYANGI keturunan dan bangsa adalah dituntut, malah keutamaan dalam memilih pasangan pun dituntut mengutamakan keturunan, kemudian paras rupa dan kemudiannya agamanya. Walaupun matlamat utama yang kena dipilih adalah agama yakni kealiman dan ketakwaan, namun keturunan dijadikan tonggak pilihan utama dan pasti ada hikmahnya.
Rasulullah s.a.w sendiri pun ada susur galur keturunan baginda, malah baginda dikenali sebagai bangsa Arab Quraisy dan baginda tidak menyembunyi atau menghapuskan identiti bangsa baginda. Tidak ada sirah mengatakan baginda malau kerana jadi bangsa Arab Quraisy. Yang baginda tentang adalah Arab Quraisy jahiliah manakala Arab Quraisy yang menerima seruan baginda dijadikan sahabat akrab.
Apabila Melayu isytithar perang terhadap ketuanan Melayu, apakah kelas Melayu jenis ini kalau tidak dari kalangan Melayu yang celaka dan lagi laknat, Melayu yang sanggup meleburkan Melayu kerana gila kuasa, pangkat dan darjat. Melayu yang pastinya akan akhirnya terpaksa menanggung kesengsaraan dan kemeranaan oleh penangan Melayu yang ketuanannya mahu diperangi.
Betullah kata orang bahawa manusia yang hidup di dunia ini jumlah yang gila lebih ramai dari yang siuman. Perinsytiharan perang terhadap ketuanan Melayu oleh orang Melayu adalah suatu bentuk 'kegilaan' dan 'kemerengan' yang jika tidak segera diubati dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ianya boleh menular menjadi wabak dan sindrom yang barangkali akan sukar untuk dibendung.
Hanya kerana mahukan seorang yang dianggap 'tokoh' oleh segelintir manusia Malaysia yang majoritinya menolak ketokohan tokoh berkenaan menjadi perdana menteri, sanggup diisytiharkan perang terhadap ketuanan Melayu dan tokoh berkenaan pula sanggup janjikan jawatan timbalan perdana menteri kepada tokoh parti yang secara jelasnya anti Islam.
Dengan itu secara tidak langsung menampakkan pembuat janji juga menyerlahkan sikap anti Islamnya. Apakah tokoh jenis ini boleh diharap untuk membina pemerintahan dan pentadbiran sebuah negara yang lebih baik dari sekarang, yang mungkin pada suatu ketika boleh dihalalkan ayam yang disembelih secara Islam digulai dalam satu belanga dengan ayam yang mampus tengkuk.
Tidak hairanlah apabila boleh dibenarkan pemimpin bukan Islam memberi ceramah di surau/masjid, ayat al-Quran dan hadis boleh menjadi bahan hujah tokoh-tokoh bukan Islam dalam ceramah, pemimpin bukan Islam boleh sumbang lembu korbannya dan hasil judi boleh diagih kepada fakir miskin yang beragama Islam. Kerana gila kuasa dan jawatan perdana menteri, pelbagai cara yang sepattutnya tidak dilakukan telah dipraktikkan.
Ekoran dari perkembangan terbaru sekarang, saya yakin parti yang diterajui tokoh yang menjanjikan jawatan timbalan perdana menteri kepada pemimpin DAP dan yang pemimpinnya isytiharkan perang kepada ketuanan Melayu akhirnya akan hilang sokongan dan keahlian. malah akhirnya para pemimpinnya akan terpaksa menertima rawatan di hospital mental.
Sunday, November 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Apa beza perkataan "ketuanan melayu" dengan "kepimpinan Islam"?
Rasulullah bangkit dengan kepimpinan Islam bukan pejuang "ketuanan quraishi".
Rasulullah & sahabat2nya adalah pejuang kebenaran & keadilan bukan pejuang rasis bangsa arab.
Rasulullah perangi kerajaan Rom & Parsi bukan atas semangat tujuan Ketuanan & Kekuasaaan Arab tapi dibawah misi Ilahi... tauhid dan syariatNya serta kebajikan kesejagatan manusia seluruh alam.
Perjuangan kebaikan dan keadilan sejagat bukan anti-Islam atau anti-Melayu atau anti-Cina atau anti-Hindu.....
Para pendokong perjuangan Islam, Rakyat dan Negara janganlah terpesong dengan seruan2 songsang parti2 & golongan rasis yang korup!
Institusi2 negara dalam perlembagaan termasuk Raja2 Melayu, Agama rasmi-Islam, Bahasa & Budaya Melayu,... tiada siapa yang mengkhianati kecuali mereka2 yang korup & penderhaka.
Mentaliti perkauman dan anti-kesatuan rakyat semakin merbahaya dalam kerangka politik rasis UMNO/ MCA/ MIC/ dll.
Melayu rasis adalah anti-Islam!
Apabila tiada lagi ketuanan Melayu ,maka bolehkah kita sebagai orang melayu hidup di bumi Malaysia ini dalam keadaan :
1. PM bukan orang Melayu
2. Panglima angkatan tentera bukan org Melayu
3. KSU bukan org melayu
4. Gabenor bukan org Melayu
5. MB bukan org Melayu
6. Menteri pelajaran bukan org Melayu
7. KDN bukan org Melayu
8. Berbangsa Melayu tetapi boleh anuti agama lain selain Islam.
9. Peguam bukan Melayu boleh berkhidmat di Mahkamah Syariah.
10. Raja-Raja Melayu hanya sekadar simbol dan tiada kuasa apa-apa.
11. Di televisyen akan ada slot / rancangan untuk penganut agama lain.
12. Ketua Polis Negara bukan org Melayu
13. Tiada lagi kontrak dan tender kementerian diberi kepada kontraktor Melayu.
Adakah kita semua org Melayu boleh menerima keadaan ini..?Hidup dalam keadaan ini..?
Berapa ramai orang bukan Melayu boleh hidup dan cari makan di kawasan/penempatan org melayu..?
Berapa ramai org Melayu boleh hidup dan cari makan di kawasan/penempatan org bukan melayu..?
Jika anda semua tidak pernah berada di sekolah bukan Melayu ,
Jika anda semua tidak pernah hidup di penempatan majoritinya bukan Melayu,
Jika anda semua tidak pernah bekerja/makan gaji dengan bukan melayu ,
Jika anda tak pernah bergaul dan bersosial dengan bukan melayu,
Jika anda sendiri tak pernah mengunjungi rumah bukan Melayu semasa perayaan @ sambutan, dan
Jika anda semua tidak mempunyai kenalan bukan Melayu sekurang-kurangnya 10 org.( tidak termasuk rakan sekerja dan jiran sebelah rumah )
ANDA TIDAK LAYAK MEMBAHASKAN APATAH LAGI MEMPERTIKAIKAN
" KETUANAN MELAYU ".
PEMAHAMAN "KETUANAN MELAYU" :
Bangsa Melayu bukannya menjadi tuan manakala bangsa lain menjadi hamba/org suruhan.
Maksudnya ialah Bangsa Melayu menjadi bangsa Perancang ,Pentadbir , Pengelola dan Pengurus tampok pemerintahan negara yang mana di bawahnya ada bangsa2 lain.
Sudikah kita memberinya kepada bangsa lain..? bersediakah..?
Penyelewengan slogan "Ketuanan Melayu" dan "Islam agama rasmi" bagi kepentingan peribadi adalah SATU KHURAFAT puak2 UMNO selama ini.
Lebih 50 tahun UMNO menakut2kan Melayu dengan "hilang kuasa" dan "tiada pembangunan" jika tanpa UMNO. Inilah kesyirikan & khurafat yang nyata penganut2 UMNO yang meminggirkan hukum hakam Allah dalam agenda kehidupannya.
Apakah melayu bukan UMNO itu bukan Melayu dan Islam? Tergadaikah hak muslim melayu dibawah PAS atau yang lain?
Yang banyak hak melayu tergadai adalah semasa UMNO perintah.... anda senaraikanlah sendiri...
Bersatulah semua Melayu dalam skema politik Islam,PAS..... keluar dari politik khurafat sekular UMNO,... hehehe... Era Baru Tanpa UMNO ...
gadai perabih. asal bulih merentah. jgn kira apa. gadai.
Kpd pas, mana contoh kepimpinan Islam? cukup dgn cakap saja bdegar@??
KB bandaraya Islam ? Apa yg Islamnya? Cuba senarai 10 kara yg dikatakan bandaraya Islam? Ambo gi K Trganu yg tidak dinamakan bandaraya Islam, tiada beza nya bahkan lebih baik dlm aspek2 tertentu spt kebersihan.
Tu belum cakap hal sosial, kebudayaan, ekonomi lagi. Apa sumbangan pas thadap pembangunan ekonomi umat Islam di kelate?? kohilal sendiri dikatakan rugi berpuluh juta?? Tengok projek lembah sireh yg pas dok sohor. Ambo nk tanya berapa butir kedai org melayu?? mana ketuanan Islam nya?? malu;lah. kecek hukum bulih la degar2.
Kpa alim ulama pas sy sarankan kepada mereka supaya kembali lh melaksanakan tugas hakiki para alim ulam. kembalilah ke masjid. imarah kan masjid. berdakwah lah untuk memperkasakan agama dan umat ini. Politik ni bukan kerja demo. demo tak pandai. buat naya ke org kg jah. Ni semua org sampai ko tok lebai kg pun nak terlibat politik. Nk jadi YB. Sekolah pun tak habis. lepas tu mulalah nak gadai, gadai, gadai...
Tra gi pkln chepa tengok berapa ramai anak tanpa bapa sejak pas memerintah 20 th??? Kecek Islam sokmo, nak laksana tak reti
PAS ko gadai...?
Pulau Singapura,
Pulau Batu Putih,
Pulau Kuala Perlis ko Siam,
Pulau Redang-berjaya group
Pulau Pangkor Laut- YTL
Gunung Genting Highland pusat kasino-Lim Goh tong,
Tanah rezab melayu di Kuala Lumpur & lembah klang, dll.
Hapus jawi- khir johari
PSMI-mahatir
hapus kuasa raja melayu dlm perlembagaan-1988,1992 dll-mahadir
sumpah raja terengganu-sebagai nnatang!--banner umno
dlll
UMNO hanya jaga kepentingan pemimpin2nya dan kroni2 pemimpin saja pakai ISA la, AUKU la, Mahkamah la, dsb...
Tolak UMNO ......selamat Ummat.
Bila PAS reti berjuang tolak melayu. Sila rujuk dalam manifesto PAS Kelantan pada tahun 1969 yang mengandungi 3 prinsip termasuk mempertahankan Melayu. Masa tu Nik Aziz juga bertanggungjawab gubal manifesto PAS. Auw bersaing dengan DAPig lo ni Melayu tolak ke tepi. Jenis kecek toleh pakai. Basa ulamak " ambo tak tahu" ini jenis berubah ikut angin dan musim. jange dok ikut eree sangat dia ni. Tok guru parti hak pertahan hubungan dengan DAPig jah. Hukum hudud tak tahu bertaburan mana dah.
Anwar janji lantik Kit Siang sebagai TPM
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah sah akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Janji itu dilafazkan oleh Anwar dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan pada 26 November lalu (Jumaat) bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.
( catatan : Siapa Terngaga ? )
"Anwar janji lantik Kit Siang sebagai TPM"
"(catatan : Siapa Terngaga ? )"
PELIK APONYO LKS JADI TPM? LGE JADI KM PENANG BRAPO JUTO DOH MLAYU KENO HAMBAT? BANYOK MANO DOH TANOH HALAL ORE MELAYU KENO RAMPAS?
STAKAT TPM KENO IKUT KATO PM LAGI LA, JANGE DOK SEMPIT LA OTOK KITO NIH! NI KENO DAKYAH 52 TAHUN UMNO LA NIH!..TOK GURU TOK KISOH BANGSO GAPO JADI PM SLAGI MANO DIO ISLAM YANG ADIL....HOH! SAPO TERNGANGO PULOK?
John sapa ko tok kisoh Lim Kit Siang jadi TPM, berat benar mu ni john...Pah tu kalu, nuar mati, secaro otomatik la TPM naik PM, bendo tu pung puok mu tokleh nok pikir..jange bodo sapa terngago la john
kalu Nuar jadi PM dan Lim Kit Siang TPM kedudukan pemimpin PAS dok mana pulak. macamana nak laksanakan hukum hudud yang selama ni dok jaja rata riti sapa ko letih kdiri dok ceramah. Sapa ko masa printah negara kuasa pulak tadok. mananya kena bbodo ke PKR dan DAPig jah PAS. Jadilah KlipPAS-klipPAS.
kalu Nuar jadi PM dan Lim Kit Siang TPM kedudukan pemimpin PAS dok mana pulak. macamana nak laksanakan hukum hudud yang selama ni dok jaja rata riti sapa ko letih kdiri dok ceramah. Sapa ko masa printah negara kuasa pulak tadok. mananya kena bbodo ke PKR dan DAPig jah PAS. Jadilah KlipPAS-klipPAS.
kalu Nuar jadi PM dan Lim Kit Siang TPM kedudukan pemimpin PAS dok mana pulak. macamana nak laksanakan hukum hudud yang selama ni dok jaja rata riti sapa ko letih kdiri dok ceramah. Sapa ko masa printah negara kuasa pulak tadok. mananya kena bbodo ke PKR dan DAPig jah PAS. Jadilah KlipPAS-klipPAS.
kalu Nuar jadi PM dan Lim Kit Siang TPM kedudukan pemimpin PAS dok mana pulak. macamana nak laksanakan hukum hudud yang selama ni dok jaja rata riti sapa ko letih kdiri dok ceramah. Sapa ko masa printah negara kuasa pulak tadok. mananya kena bbodo ke PKR dan DAPig jah PAS. Jadilah KlipPAS-klipPAS.
Apa susahnya isu TPM ni... wujudkan TPM 1 (Melayu), TPM2(Bumiputra Sabah/Sarawak) dan TPM3 (Bukan Melayu) ..... sama seperti KM P.Pinang .. ada TKM1, TKM2,... masing2 ada tugas & tanggungjawabnya .....
Mengapa PAS perlu risau dengan "gagasan patriotik rakyat nasional tanpa rasis" PKR yang disebut oleh Presidennya itu..?
Apakah PAS berjuang atas dasar "Ketuanan Melayu" atau "Kepimpinan Islam" ?
Apakah PAS parti dokongan "Keanggotaan Melayu" saja atau sebuah "Keanggotaan Ummah"?
Itulah PAS parti Muslim & ummah .. PAS untuk semua.. Muslim Melayu, Muslim Cina, Muslim India, Muslim Kadazan, Muslim Iban, Muslim Bajau, Muslim Melanau, dll... tidak disempitkan dengan ideologi rasis & budaya kepuakan kronisme UMNO/BN .. yang merosakan pemikiran "divide & rule" rakyat malaysia hari ini.
Identiti PAS adalah bermula dengan ayat "Muslim" kemudian disusuli dengan keturunannya/ asalnya jika perlu. Jika tidak perlu, sebut saja "saya Muslim"... iitulah bezanya perkataan "Muslim Melayu" dengan "Melayu Muslim" atau "India Muslim" atau "Cina Muslim" .... awalkan semangat ukhwah Muslim ... dari kesempitan rasis assobiyah ciptaan penjajah kafir barat anutan UMNO itu.....
lo ni ketuanae melayu pulok dok geger..takrifae ketuanae melayu ialah ore melayu miskin jadi hambo ko tuan dio..iaitu mealyu hok kayo! (tok2 wokil umno) time ngundi gak hok miskin ni tuan dio bui makae eh..pah gak sokom la ko umno si tuae dio tuh..biar rumoh si hambo tuh nok reput pun!..go to hell le ketuanae melayu umno tuh!
Kecek bab islam,tapi xsyg sesama islam,sesama bgsa.bkn ke dlm islam,org islam itu bersaudara. konteks melayu di malaysia adalah berbangsa melayu dan menganut agama islam.xsoh dk kecek psl melayu murtad tu,hok terpesong.kito kecek psl majoriti melayu dimalaysia yg rata2 beragama islam.nate melayu bengong jh xse mempertahankan hak org melayu. Baso gong,kite tuan rmh tp bg ore lain perintah dlm umah kito.pah pok2 mu igt mu anak bini blh hdp staro loni ko klu bkn krna ketuanan melayu selama ko ni?mu ngaji blh biasiswa,anak mu ngaji blh biasiswa, buku teks free,hok milik tanah ore malyu.klu tdk mu nk dk mano?tupe tanah cina sapa jilat chok?tgk penang brapa tanah tggl milik mlyu loni?ngaji universiti dgn kouta.klu xdk ketuanan melayu tu mu jd jd nate apo?mu blh hak pljrn smprna?jd pgwi supo loni?ko jd anak koli sapa mapuh.politik melayu ni gilo dh dgn ore2 mlyu yg xsdr dr,xsdr dek untg yg sggup mnggdaikan nsb anak cucu dibumi sndr!ni sbb pmmpin yg jahat dn takbur yg pntg dr sndr.mu igt bgsa lain akn sokong mu jd pmmpn mrka?buwi dn sokong la loni,dea kito kurap gak,hlg sdh kuasa yg ada,demo sepak kito supo anjing buruk palo.ni la ore kato menang sorak kg tergadai..
kahkahkhakhakha..
perjuangan john bkn perjuangan pas..
perjuangan john adlh perjuangan nik ajis..
kl pas xsetuju dgn kptsn pr dan nik ajis stuju..john akn ikut buah nik ajis..
ahhahhahhahahahhaha...
john sokong lks jd tpm ats kapasiti pembangkang dan suara rasmi pas pulak xdok pun kta setuju sbb pas ni parti politik dan tahu permainan politik...
nik ajis pulak setuju sbb almaklum la kakah tu jenis gila publisiti...
hahhahahahhahahahaha...
selagi UMNO berkuasa selagi tu rasuah menjadi2, dadah tak selasai2, lebih 90% penghuni pusat serenti adalah remaja melayu, ekonmi dimonopli oleh cina & kapitalis melayu, semakin ramai yang murtad, ....
dibawah UBN sebelum ini.. tanah milikkan melayu hampir pupus di lembah klang, bandar melaka, ipoh, jb dan p.pinang ....
tinggalkan saja umno, melayu bersatu dalam PAS lagi baik... jika PRU13 pada 2011 .. kita bina era baru tanpa UMNO ..... masa tu buaya2 umno menangis kelaparan kerana tiada sumber yang dilanun dari harta negara ..... hehehehe...
saya sangat bersetuju dgn pendapat sdr SONTO. Dah bertahun saya kerja dgn bangsa bukan Melayu. Sangat sukar untuk kita maju karena banyak kerenah mereka. Orang yg tidak biasa kerja atau tinggal dlm kelompok bukan melayu tidak layak memperkatakan tentang ketuanan melayu. Hidup Melayu!!!
Post a Comment